Wednesday, October 23, 2013

Kerajaan tua ini hilang kreativiti tadbir negara untuk ringankan beban rakyat

Regim ini sudah terlalu tua dan tidak kreatif

Cadangan : PINDAAN PERINTAH LEVI KENDERAAN BARANG – BARANG (PENGECUALIAN) 1983, AKTA LEVI KENDERAAN BARANG – BARANG 1983

Tanpa perlu diselindung Malaysia sedang mengalami masalah ekonomi khususnya apabila perbezaan antara pendapatan kerajaan jauh amat rendah dari perbelanjaan pengurusan negara. Ini sebenarnya boleh dibaca sebagai kelemahan kebijakan pengurusan ekonomi pemerintah. Maka bukan sedikit cadangan telah diutarakan oleh regim untuk menambah pendapatan kerajaan dan kebanyakannya menjurus kepada menekan semula kepada rakyat untuk ditekan dan diperas dari perbagai segi bagi menambah pendapatn regim. Antaranya ialah cadangan GST barangan keperluan , penarikan subsidi (yang menyebabkan kenaikan harga bahan utama seperti bahan api) dan seumpamanya yang terbaru GST (cukai baru) akan diperkenalkan.

Setiap kali pengumuman diumumkan regim terus menipu rakyat dengan mengatakan bahawa negara ini jauh lebih murah dan perbagai propaganda dengan menimbulkan perbagai perbezaan dengan perbagai negara bagi mewajarkan tindakan regim yang menekan rakyat bagi tujuan menambah pendapatan kerajaan. 

Sebenarnya jika diteliti banyak ruang lain boleh diteroka dalam menambah pendapatan kerajaan. Namun regim yang gagal bertindak kreatif hanya melihat rakyat sebagai bahan penting untuk diperas.

Antaranya ialah dengan meneliti akta levi kenderaan barang – barang (1983) KDRM. 

Bayangkan Singapura mampu mendapat lebih 1Billion SGD setiap tahun hanya dari GST yang dibayar oleh pengeksport Malaysia. Malangnya kita hanya mampu RM147.108 juta (2008) dan RM141.15 juta (2009) melalui levi kenderaan/barangan meninggalkan dan masuk negara melalui pintu sempadan Malaysia-Singapura. Bagaimana perkara ini boleh berlaku dan berlarutan bertahun tahun.

Ini berlaku mungkin berlaku kurang ketegasan dipintu sempadan namun alas an paling besar ialah Menteri yang memerintah khususnya Menteri Kewangan hilang kretiviti serta malas untuk meneliti perkara – perkara ini bagi memperbagaikan pendapatan negara.
Bayangkan Levi kita kekal sejak tahun 1983 tanpa diteliti atau dikaji.

A. A. Kadar levi kenderaan barang-barang meninggalkan negara
  1. Muatan Jadual 1 (perihal kenderaan) RM200.00
  • ii. Muatan Jadual II (dikecualikan sepenuhnya) RM 0.00
  • iii. Muatan Jadual III (dikecualikan sepenuhnya) RM 0.00
  • iv. Muatan Jadual IV (dikecualikan 50%) RM 100.00

B. Kadar Levi Barang – Barang Memasuki Negara

i. Muatan dagangan RM100.00

ii. Tiada Muatan RM 0.00
Ini ialah kadar levi diperkenalkan pada tahun 1983 ketika itu Menteri Kewangannya ialah YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah. Ketika levi tersebut dibentangkan dan diluluskan malah diperkenalkan sistem potongan levi dimana pada ketika itu mata wang Malaysia jauh lebih tinggi dari Singapura malangnya oleh kerana kita punya Menteri yang pemalas dan cuai maka kita telah kehilangan bukan sedikit pendapatan negara apabila kadar levi lapuk ini terus dipakai di pintu sempadan negara dan dalam pada masa yang sama Singapura menikmati lebih 1 billion SGD kerana kecekapan pentadbiran mereka.

Cadangan / Pindaan Akta levi 1983

Berikut ialah kadar levi baru yang dicadangkan :

a) Semua kenderaan dagangan yang meninggalkan negara dikenakan levi RM300 (kadar sekarang RM200)
b) Semua kenderaan dagangan yang membawa jenis barangan dalam jadual II (dagangan mudah rosak) dikenakan levi RM100 (kadar Levi sekarang dikecualikan sepenuhnya)
c) Kadar 50% yang diberikan dalam jadual IV hendaklah dibatalkan dan semua lori yang membawa barangan binaan hendaklah dikenakan levi RM300 (kadar sekarang cuma RM100.00)
d) Semua kenderaan barang – barang bermuatan yang memasuki Malaysia dikenakan levi RM200.00 (kadar levi sekarang iaitu RM100.00)

Rajah 1 : Kadar Levi Kenderaan barang – barang meninggalkan Malaysia
Kadar sekarang
dicadangkan
Jadual I
RM 200.00
RM300.00
Jadual II
RM 0.00
RM 150.00
Jadual III
RM 0.00
BATAL
Jadual IV
RM 100.00
RM300.00

Rajah 2 : Kadar Levi Kenderaan barang – barang memasuki Malaysia
Kadang sekarang
dicadangkan
Muatan dagangan
RM 100.00
RM 200.00
Tanpa muatan
RM 0.00
KEKAL

Rasional / justafikasi

Parlimen Malaysia perlu segera meminda kadar levi ini segera berikutan justifikasi cadangan pindaan akta levi (1983) iaitu :

a) Mengambil kira faktor keselamatan negara iaitu kes penambakan laut oleh Singapura dengan menggunakan batuan, pepejal, simen, besi dan lain – lain dari Malaysia. Tindakan ini juga bagi mengurangkan / mengekang tindakan peniaga Singapura melantik proksi dalam syarikat – syarikat seperti syarikat kuari di Malaysia, selama ini tindakan ini menyebabkan bukan sedikit mereka meraih keuntungan dan mengalirkan wang negara keluar.

b) Pengimport – pengimport dan syarikat – syarikat binaan asing Singapura tidak layak mendapat pengecualian 50% dari Malaysia dan kebanyakanya ialah bertaraf syarikat pengeksport yang telah kukuh dan maju sepatutnya tidak punya masalah bagi membayar sedikit kenaikan levi. Mereka mendapat keuntungan besar hasil penggunaan bahan binaan dari Malaysia.

c) Mereka juga tidak membantah kenaikan kadar GST 5% oleh kerajaan Singapura. Pengeksport boleh dan mampu membayar GST (Goods and Services Tax) kepada kerajaan Singapura berdasarkan nilai SGD. Sedangkan keuntungan mereka berpunca dari Malaysia.

d) Kadar levi lama amat lapuk selama 27 tahun tidak dipinda dan kedudukan mata wang Malaysia yang pada ketika itu lebih tinggi dari Singapura sebaliknya kini berbeza kita tertinggal dari Singapura.

e) Secara tidak langsung kadar baru levi ini sedikit sebanyak mampu menrancakkan penggunaan pelabuhan tempatan seperti Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang untuk menghantar terus barangan tanpa melalui Singapura dan menghantar kemudian melalui pelabuhan Singapura. Selama ini ada peniaga yang melintasi tambak Johor dan menghantar barang keluar menerusi pelabuhan Singapura kerana kos melintasi tambak Johor terlalu minima.

f) Peningkatan kadar levi akan ditanggung oleh rakyat Singapura bukan Malaysia. Selaku negara maju dan punya matawang yang nilai jauh lebih tinggi sudah tentu tidak akan merasai sedikit kenaikan yang dicadangkan sebaliknya kita dapat menampah pendapatan kerajaan bagi mengurangan beban rakyat.

g) Dari segi persaingan antarabangsa kita juga masih terus selesa kerana pengimport Singapura pasti akan menanggung kos lebih jika memilih untuk tidak menggunakan bahgan dari Malaysia dan membeli bahan dari Indonesia, Vietnam dan lain – lain. Bagi barangan mudah rosak pula jika diimport dari Indonesia atau Thailand ianya menyebabkan kos yang lebih tinggi berbanding Malaysia.

Rumusan 

Sebenarnya pindaan akta levi kenderaan barang – barang ini hanya boleh dibuat dengan keputusan Menteri Kewangan yang mempunyai kuasa untuk memperkenalkan kadar levi baru. Namun malangnya kerana kita mempunya menteri kewangan yang malas dan tidak kreatif maka cadangan ini dibawa ke parlimen untuk tindakan semua ahli parlimen. 

Cadangan ini jika diterima sekurang – kurangnya akan menambahkan RM200 juta kepada pendapatan negara pada tahun tahun akan datang.

Cadangan pindaan levi ini hanyalah sebahagian dari ratusan tindakan yang boleh diambil oleh Kerajaan jika punya Kabinet yang benar – benar ‘competent’ . Tekanan kepada rakyat seharusnya merupakan tindakan terakhir namun bagi cabinet yang pemalas ini ia menjadi tindakan pertama. 

Ini adalah contoh kecil bagaimana wang negara boleh diselamatkan dan rakyat tidak terus dibebani tetapi regim tua ini sudah hilang kretivitinya maka terpulang kepada rakyat untuk mengangkat kelompok baru yang punya daya kretiviti dan lebih anergetik dalam tahun mendatang bagi mentadbir negara agar Malaysia akan lebih disegani dan berdaya saing.

Kerajaan mampu jana ekonomi tanpa menjerut rakyat dengan GST jika mereka rajin sedikit lebi. Sempena Buget Jumaat ini mohon Menteri Kewangan membaca artikel ini meransang mindanya mencari ruang menambah pendapatn negara tanpa memeritkan rakyat.


cadangan oleh :

che'GuBard
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia

Artis dikatakan kekasih anak menteri mengaku wujud banglo RM 7.2 juta

Kenyataan Umum
8 Oktober 2013

Banglo 7.2 Juta: Terima Kasih Nora Danish

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Nora Danish di atas pengakuan wujudnya sebuah banglo yang dibeli oleh Nadem Nazri.

SAMM sebelum ini pernah mendedah dan mempersoal kelayakkan seorang anak menteri untuk memiliki sebuah banglo bernilai RM7.2 juta. Pengakuan Nora Danish sekaligus menguatkan lagi dakwaan persoalan tersebut.

Walaupun Nora mengaku bahawa rumah mewah yang dibeli itu bukan untuk dirinya, namun sekurang-kurangnya kewujudan banglo tersebut sudah cukup menggugurkan keraguan munahsabah pendedahan SAMM minggu lalu.

Dengan pengakuan ini juga, SAMM menggesa pihak SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri sedia untuk membuka fail siasatan ke atas anak Nazri Aziz.

“Bagaimana anaknya dapat membeli banglow ini? Adakah dia layak? Adakah dia membeli dengan tunai? Jika melibatkan pinjaman bank berapa banyak pinjaman dibuat dan berapa jumlah tunai yang dibayar? Bagaimana bank boleh memberikan kelulusan bernilai jutaan ringgit kepadanya, adakah kerana dia anak menteri?”

SAMM juga sedia untuk bekerjasama dengan pihak SPRM dan Lambaga Hasil bersama dokumen-dokumen yang berada di tangan, dalam usaha mengheret ‘jerung’ ke muka pengadilan.

Ingatlah bahawa ketika ini sebilangan besar rakyat masih tidak mampu memiliki rumah sendiri, berhempas pulas menyimpan wang dan akhirnya tidak mampu juga membeli rumah di atas kenaikkan harga di pasaran hartanah. Ketika yang sama, seorang anak menteri hidup begitu mewah dan mampu membeli apa sahaja yang dimahunya, tanpa dipersoal dari mana datang hasil kewangan tersebut.

Maka SAMM tampil membuat pendedahan di atas maklumat awam. Kepada pak menteri, jawablah dengan tenang, jika anakmu membeli istana, dari mana datang kewangannya?
- See more at: http://anakmudamalaysia.com/2013/10/banglo-7-2-juta-terima-kasih-nora-danish/#sthash.qhyrkrPk.dpuf

Lawan TPPA sampai selesai

Kenyataan Terbuka
17 Oktober 2013

Lawan TPPA Hingga Malaysia Tarik Diri

Walaupun telah berlangsung dua aksi penting, Pentas Perdana Anti-TPPA di Kg Baru dan Demonstrasi Bantah TPPA di hadapan KLCC minggu lalu, ia bukan bermakna penentangan terhadap Perjanjian TPPA sudah berakhir.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyeru semua pihak agar meneruskan bantahan terhadap Perjanjian TPPA sehingga Malaysia sah menarik diri dari perangkap yang mampu menggadai kedaulatan negara.

Isu TPPA ini bukanlah satu isu yang mudah untuk disampaikan kepada umum, ia agak teknikal dan tidak terjangkau imiginasi keburukkannya kerana TPPA belum menjadi kenyataan. Malah pihak kerajaan tidak menjalankan amanah apabila terus berahsia ketika perbincangan TPPA memasuki fasa terakhir sebelum perlaksanaan. Rakyat telah diketepikan dalam soal menentukan masa depan negara.

Justeru itu, sejak dua bulan lalu SAMM menjalankan peranan membangkit kesedaran rakyat betapa isu TPPA perlu dihangatkan merentasi bidang warna politik. Dengan kerjasama sekutu mahasiswa dan Gabungan BantahTPPA, SAMM telah menggerak jentera di seluruh negara dalam aksi Jelajah #TolakTPPA di mana setiap negeri tidak terkecuali menganjur ceramah umum. Penceramah dari pelbagai parti politik dan NGO khususnya dari Bantah telah menyertai jelajah ini. Sebanyak enam puluh ribu risalah kesedaran bahana TPPA telah diedar sepanjang jelajah.

Kemuncak jelajah menyaksikan Pentas Perdana di Kelab Sultan Sulaiman pada 10 Oktober lalu menghimpun tokoh politik dan aktivis, termasuk dua tokoh ternama tanahair telah diundang naik sepentas melawan TPPA, iaitu DS Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir Mohamad. Namun hanya DS Anwar sahaja yang muncul pada malam tersebut manakala Tun Mahathir tidak memberikan jawapan positif.

SAMM menjemput Tun Mahathir kerana kelantangannya menghalang TPPA dimetrai. Namun sejauh mana keikhlasan Tun Mahathir? Apakah hanya demi menyelamatkan perniagaan monopoli anak dan kroni yang bertaraf konglomerat dari jatuh tersungkur di kaki konglomerat antarabangsa? Kerana mahu merungkai persoalan rakyat, SAMM memberi ruang kepada Tun Mahathir bagi menjelaskan sesuatu. Ternyata Tun tidak berani seperti yang dikenali.

Di sebelah pihak lagi, DS Anwar walaupun dituduh ejen Amerika dan didakwa punya hubungan istimewa dengan US namun beliau berani tampil dengan tegas menolak Perjanjian TPPA yang penuh agenda tersembunyi. DS Anwar mengulangi pendiriannya sejak awal menolak TPPA, ketegasan dan keberanian ini wajar diberi pujian.

Malah DS Anwar turut menyuarakan tujuan Mahathir menolak TPPA adalah sebagaimana Mahathir yang sama menolak IMF, demi untuk terus memastikan urusan kewangan negara boleh diperlakukan sesuka hatinya ketika menjadi Perdana Menteri. Ia bukan demi rakyat, tetapi demi kepentingan diri dan kuasa.

Kehadiran orang ramai pada malam Pentas Perdana Anti-TPPA tidaklah mengecewakan walaupun hujan lebat bermula sejak awal petang hingga ke malam. Lebih seribu memenuhi segelinap padang dan juga menerusi siaran langsung yang dibawa oleh TV Selangor menyaksikan lebih 10 ribu audiens.

Tanggal 11 Oktober, sempena kehadiran wakil Presiden Barrak Obama ke Malaysia, SAMM bersama Gabungan BantahTPPA membuka gelanggang demonstrasi di depan KLCC. Berarak dari Masjid As-syakirin terus ke depan KLCC, rakyat khussunya golongan anak muda menyatakan bantahan penyertaan Malaysia dalam Perjanjian TPPA. Ini jelas.

SAMM dengan pelbagai usaha dan kerjasama, bertekad memastikan tanahair ini tidak dijual melalui skim TPPA. Oleh demikian, proses kesedaran umum amatlah penting. Syukurlah sejak akhir-akhir ini soal TPPA sudah mula dibicarakan di media dan rata-rata rakyat kelas pertengahan telah mula mengambil tahu tentang TPPA, tidak seperti dua bulan yang lalu.

Soal TPPA kini semakin popular memberi tekanan yang besar hingga menyebabkan langkah kerajaan kian kendur, malah Perdana Menteri turut bermain jalan selamat mengutarakan kebimbangan. Kebimbangan Perdana Menteri juga dilihat tidak ‘menjamin’, dan membimbangkan. Najib Razak sememangnya tidak punya ketegasan.

Ayuh terus lawan, rakyat bersatu pasti tidak akan dikalahkan. Menyelamatkan kedaulatan tanahair harus jadi keutamaan setiap anak bangsa Malaysia!

- See more at: http://anakmudamalaysia.com/2013/10/lawan-tppa-hingga-malaysia-tarik-diri/#sthash.j7c1vKpY.dpuf


Sempena Hartal 66 tahun, Ayuh Kita Susun Gerakan Ampuh

Tulisan Terbuka
20 Oktober 2013
Sempena Hartal 66 tahun, Ayuh Kita Susun Gerakan Ampuh

Tanggal hari ini, 66 tahun yang lalu menyaksikan semangat penyatuan rakyat di seluruh negara berada di kemuncaknya. Demi membantah Perlembagaan Persekutuan yang diusulkan oleh Penjajah British, Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) telah melancarkan Hartal di seluruh Malaya. Inilah kekuatan demokrasi rakyat sebelum dilembikkan oleh 'subsidi' kerajaan selama hampir 60 tahun. Dari dasar pecah perintah, hingga ke dasar 'kalimah Allah', rakyat terus cuba dipisahkan dari bersatu.

Hari ini, selepas 5 bulan rakyat dinafikan demokrasi melalui penipuan PRU13, kita terus terperosok menghitung nasib ketika satu demi satu musibah berlaku hasil dari kekalnya pemerintah legasi penjajah. Kemenangan penuh penipuan dengan sokongan minoriti kurang '47 peratus' ini, rompakkan siang hari terus berlaku dan rakyat terus diperah keringat untuk kemewahan tidak terperi kaum kerabat serta kroni.

Aspirasi perubahan yang cuba diterjemah dalam PRU13 telah digagalkan dengan penipuan. Mungkin ramai di antara kita sudah akur keputusan PRU13 dengan alasan kita gagal mengekang penipuan tersebut. Tetapi saya tetap tidak berganjak untuk tidak menyerah dan terus lawan kebobrokan ini hingga ke akhirnya. Gagal mengekang penipuan pilihanraya bukan bermaksud kita perlu akur, kerana saya percaya jika kita akur berserah kepada penipuan ini bermakna kita telah bersubahat. Noktah.

Apabila kerajaan yang terbentuk itu terhasil dari penipuan, ia sama sekali tidak berkat khususnya buat rakyat. Lihatlah bagaimana kerajaan terus menipu dengan menaikkan harga RON95 setelah berjanji ia tidak akan dinaikkan. Telah dijanjikan hanya RON97 sahaja yang diselaraskan mengikut pasaran harga petrol dunia, bukan RON95. Apakah kita begitu mudah terlupa? Maka domino kenaikkan rantaian harga keperluan asas berlaku dan rakyat menjadi mangsa. 

Malah ketika saya menulis ini juga, subsidi gula sedang dalam perjalanan untuk diturunkan. Alasan menteri 'ayam' berbunyi - demi rakyat sejahtera harga gula dinaikkan. Perdana menteri juga acap kali menyebut 'rakyat perlu ubah gaya hidup' ketika ada anak menteri yang didakwa beli banglo RM7.2 juta. Rakyat diminta untuk berkorban demi keluarga 'mereka'.

Saya tidak mahu menyebut soal audit yang harus menjadi polemik besar, ia terlalu panjang untuk dihuraikan. Cukuplah jika saya menyentuh soal kualiti hidup rakyat menjunam merentasi masa. Percayalah bahawa rakyat hari ini terpaksa beralah untuk memilih keperluan asas jenama yang kurang berkualiti berbanding sebelumnya demi penjimatan. Dulu minyak masak botol berjenama, kini hanya minyak masak paket iaitu minyak masak kitar semula dari restoran KFC dan McD. Sos cili yang berplumbum, kicap yang terlebih masin, beras yang hancur berderai, semua ambil jenama murah, kualiti dipinggirkan. Rakyat tidak sihat asalkan pemimpin terus sihat.

Tanahair juga bakal ketandusan modal insan. Kini kedengaran banyak kes anak derhaka, ibu ditinggalkan, bapak dipukul secara 'royal rumble'. Mengapa ini terjadi dalam negara yang rakyatnya kaya budi bahasa? Semua ini berlaku kerana ayah dan ibu telah menjadi pencuri, mencuri masa emas yang sepatutnya bersama anak-anak. Detik tersebut telah disalahguna kerana kesempitan hidup. Ibu bapa mencari lebihan wang untuk berniaga di sebelah malam, menyertai MLM, kerja lebih masa hingga melibatkan sabtu dan ahad. Maka anak akan berpeleseran tanpa kasih sayang yang cukup. Akhirnya rasa hormat dalam sistem kekeluargaan akan berkurang. Kes anak derhaka mungkin terpencil hari ini, bagaimana dalam tempoh 10 tahun lagi? Tanpa modal insan, negara akan lahirkan generasi anak muda sumbang yang tidak menyumbang.

Apa yang saya sebut di atas bukanlah pilihan sebenar rakyat Malaysia. Ibu bapa pasti mahukan masa yang lebih banyak untuk anak-anak, mereka juga mahukan kualiti hidup dengan keperluan asas yang berkualiti. Tetapi rakyat tiada pilihan, terpaksa melalui detik sukar ini ketika pembaziran berleluasa - lihat sahaja laporan audit. Rakyat Malaysia layak untuk kehidupan yang lebih baik, percayalah. Untuk kualiti dan negara yang lebih baik, rakyat telah memilih perubahan, namun kematian demokrasi menghalang. Ini hakikat.

Maka sesuatu perlu dilakukan. Pakatan Rakyat telah melancarkan #Black505 sejurus selepas PRU13 namun memenui jalan buntu. Malah ia tidak terkesan secara menyeluruh kerana tiada hasil yang nyata. Akhirnya rakyat letih untuk meneruskan perlawanan di jalanraya kerana telah masak dengan 'endingnya' - ceramah, ceramah, ceramah! Ini meletihkan, ceramah tidak membawa perubahan.

Rakyat perlukan satu aksi yang mampu membawa perubahan. Tidak keterlaluan jika saya katakan di atas kesedaran betapa penipuan PRU berlaku, rakyat mahu pilihanraya semula jika berpeluang. letih dengan perhimpunan berbentuk ceramah, hasil keputusan yang tidak merubah apa2, tiada kesan mendalam.

Sekiranya satu perhimpunan dianjurkan oleh parti politik, menolak GST contohnya, saya pasti ia tidak akan mendapat sambutan yang besar. Bukan kerana PR tidak mampu menghimpun penyokongnya, bukan kerana PR tidak punya sokongan besar, tetapi seperti saya katakan tadi rakyat letih membayangkan 'ending'nya. Rakyat memang letih hingga merasakan tidak guna untuk melawan kerna 'brengsek' yang menipu pilihanraya ini punya kuasa dan segala kekuatan untuk terus bertahan memerintah

Namun begitu, jauh di sudut hati rakyat yang terluka, mereka menantikan sesuatu yang besar, mereka menunggu satu detik yang paling ideal untuk menunjuk sepenuh kekuatan. Rakyat menunggu kembalinya himpunan demonstrasi penuh bersejarah kembali dijadualkan dalam arena perlawanan jalanraya. Rakyat bersedia untuk kembali ke jalanraya demi demokrasi kemenangan rakyat yang dicuri 5 Mei lalu. 

Bersih 4.0 adalah yang dinanti-nanti. Segala yang dipendam akan diluahkan sehabisnya, bagaikan tiada hari esok. Pilihanraya semula akan dituntut. Percayalah bahawa walau sejauh manapun keletihan itu, rakyat cukup bertenaga untuk satu lagi aksi asalkan ia mempunyai potensi demi membawa perubahan.

Kali ini, Dataran Merdeka harus menjadi sasaran. Dataran Merdeka harus ditawan dengan aksi 'duduk dan terus bantah' hingga keputusan pilihanraya ke-13 diumumkan tidak sah. Harus diingat, salah satu tuntutan Bersih iaitu perlaksanaan sistem dakwat kekal telah diperuntukkan sebagai satu syarat wajib untuk mengesahkan keputusan PRU13. Namun dengan ratusan ribu kes dakwat tidak kekal bersama 1500 laporan polis, bagaimana BN boleh ishtihar menang PRU-13 dan dibenarkan terus memerintah negara ini dengan memijak-mijak rakyat?

Sempena 66 tahun Hari Hartal meninggalkan kita, ayuhlah kita bersatu melawan penindasan dan penipuan ini. Sudah sampai masanya rakyat bangun melawan, bersama semua golongan masyarakat. Semua NGO, semua orang parti, orang bukan parti, rakyat biasa dan luar biasa, aktivis dan pejuang muka buku, ayuh kita susun gerakan ampuh turun ke jalanraya tawan Dataran Merdeka. 

Di atas nama Bersih yakni sebuah gerakan rakyat, di atas nama anak-anak kita, di atas nama bangsa dan agama, tanahair ini perlu diselamatkan segera. Letaklah tarikh, rakyat bersedia untuk sekali lagi, untuk sekali lagi!


Tuesday, September 10, 2013

Anak Muda dan Mahasiswa jelajah negara susun massa bantah TPPA


JADUAL JELAJAH #bantahTPPA MENJELANG DEMONSTRASI ANTI-TPPA | KLCC | 11 OKT 2013



JADUAL JELAJAH #bantahTPPA MENJELANG DEMONSTRASI ANTI-TPPA | KLCC | 11 OKT 2013

SEPT 17 | TAMAN MELATI | WANGSA MAJU | K.LUMPUR (KICK-OFF) | 012-2231239
SEPT 19 | BUKIT GEDONG | BAYAN BARU | P.PINANG | 017-4760274
SEPT 20 | DEWAN KG BERJAYA | ALOR SETAR | KEDAH | 017-5568557
SEPT 21 | DATARAN RAKYAT DUN INDERA KAYANGAN | KANGAR | PERLIS | 019-4342244
SEPT 24 | MERU | IPOH | PERAK | 019-3039240
SEPT 26 | KOMPLEKS PENDIDIKAN ISLAM, BADAK (KPI) | BACHOK | KELANTAN | 019-9317608
SEPT 27 | JALAN GONG PASIR | DUNGUN | TERENGGANU | 019-9809974
SEPT 28 | PADANG BALOK MAKMUR | KUANTAN | PAHANG | 017-9140090
OKT 1 | PUSAT KHIDMAT DUN KUALA KURAU | PARIT BUNTAR | PERAK I 012-5595258 
OKT 4 | PUSAT KOMUNITI BAKRI-BENTAYAN | MUAR | JOHOR | 013-7133652
OKT 5 | TAMAN ASEAN | BANDAR MELAKA | MELAKA | 012-2478016
OKT 6 | TAMAN TASEK JAYA, SENAWANG | SEREMBAN | N.SEMBILAN | 018-3510949
OKT 8 | DEWAN SERI SEKINCHAN | SELANGOR | 012-3312364
OKT 10 | GRAND FINALE | KELAB SULTAN SULAIMAN KG BARU | 010-2675872

Saya Benci Harga Barang Naik!


NILAI matawang Ringgit kian makin merudum berbanding matawang negara jiran kita Singapura yang juga merupakan rakan seperdagangan dan juga PELABUR TERBESAR dalam negara kita, terutamanya dalam Wilayah Iskandar di Johor tu.

Dan seperti berita dari Singapura ini melaporkan, kejatuhan Ringgit berbanding dengan mata wang asing spt Dollar dan juga Dollar Australia adalah di sebabkan KEHILANGAN KEYAKINAN PELABUR ASING dalam Ekonomi Malaysia di mana Pelabur Aeing ramai mula meninggalkan Pelaburan Kewangan mereka dengan menjual Bon-Bon terbitan Malaysia samada korporat atau Kerajaan.

Bagi macai2 UMNO-BN yang MAJORITI BODOH ILMU KEWANGAN dan EKONOMI..."Bon" itu adalah Nota-Nota Hutang keluaran samada oleh Syarikat-syarikat Besar atau oleh Kerajaan sendiri yang lazimnya di terbitkan dalam jumlah nilai beratus juta ke atas atau sampai berbillion di Pasaran Kewangan.

Nak faham mudah, kau ada kawan yang kaya, ada rumah besar, kereta berbiji-biji, ada tanah dan ada kedai dia buat business. Tapi 'cash' atau duit utk operasi dia tak cukup jadi dia perlukan duit utk pakai hari-hari punya operasi kedai dia so dia perlukan pinjaman.

Dia boleh samada pergi Bank, atau dia terbitkan Nota Hutang atau Bon, di mana tempoh matangnya dalam 3 tahun katakan, di mana pada hujung tahun dia bayar Faedah beberapa % dari nilai pinjaman dia tu. Lepas tamat 3 tahun tu dia bayar balik Nilai pinjaman dia tu sepenuhnya termasuk kadar faedah terakhir. Dan awak memberikan pinjaman kepada kawan awak tu dengan membeli Nota Hutang atau Bon terbitan syarikat dia. Dan PENJAMIN bagi Nota Hutang dia tu adalah seorang Peniaga atau Tauke' kaya yang awak KENAL juga, jadi kalau sekirnya apa2 terjadi, pelaburan awak.tu kira masih selamat juga sebab di jamin oleh Tauke atau Peniaga tersebut. Dan sekiranya awak juga perlukan duit, anda boleh Menjual Nota Hutang atau Bon itu kepada orang lain sebab aliran wang bayaran balik pinjaman itu akan di bayar kepada sesiapa yang memegang atau memilki Nota Hutang atau Bon tersebut...memberikan ia 'KECAIRAN' dan menjadikan ia sebuah 'SEKURITI KEWANGAN' sebagai sebuah asset pelaburan.

Banyak syarikat2 besar seluruh dunia dan juga Kerajaan2 menerbitkan Bon, dan Bon-Bon ini lazimnya di terbitkan oleh 'Bank-bank Pelaburan' atau 'Investment Bank' contohnya seperti 'Goldman Sachs', 'Merryl Lynch, JP Morgan Chase', di arena antarabangsa yang mempunyai pelanggan terbesar dan pengalaman lebih 100tahun dalam bidang Permodalan Korporat. Kalau di Malaysia, CIMB, Maybank ran Public Bank pun ada bahagian 'Investment Banking' dia. REPUTASI Bank-Bank Pelaburan ini yang menjadi ibarat sebuah penjaminan yang MEYAKINKAN para pelabur antarabangsa utk melabur dalam sekuriti kewangan keluaran mereka, samada penjualan Ekuiti atau Saham, atau penjualan Debt Sekuriti atau 'Bon' macam contoh Peniaga Kaya atau Tauke yang menjadi penjamin yang saya sebutkan di atas tadi.

Apabila para pelabur antarabangsa HILANG KEPERCAYAAN dalam Ekonomi sesebuah negara, lazimnya mereka akan mula menjual Bon-bon kerajaan negara itu yang akan menyebabkan NILAI MATAWANG Negara tersebut mula jatuh sebab Bon-Bon ini lazimnya di terbitkan DALAM matawang negara pengeluar tersebut. Dan INI lah yang sedang terjadi pada negara kita Malaysia sekarang ni.

Bukan sahaja KENAIKAN KOS BAHAN API akan menyebabkan kenaikan harga barangan tempatan, tapi kejatuhan Ringgit JUGA boleh menyebabkan kenaikan harga barang-barangan IMPORT seperti Gandum, Susu, Susu Tepung dan juga Daging Lembu kerana Malaysia mengIMPORT 80% dari keperluan Daging Lembu tempatan dari Luar terutamanya AUSTRALIA. Sebab tu kerajaan dulu nak biat Projek NFC, sebab nak hilangkan KEBERGANTUNGAN Malaysia terhadap keperluan utk mengIMPORT Daging Lembu dari Negara Luar...tapi akhirnya projek tu di BERI kan kepada LEMBU juga dan yang menyokong Kerajaan UMNO-BN pun kebanyakan Melayu kita yang jenis OTAK LEMBU juga.

Jadi kalau harga Susu, Susu Tepung, Daging Lembu, Tepung Gandum dan Roti mula naik selepas ni...jangan marah yer.

TAHNIAH kepada Penyokong UMNO BN kami ucapkan kerana anda BODOH dan telah BERJAYA DI 'LEMBU' kan!

http://www.youtube.com/watch?v=chh4xTG-fTk

nota : dari  pembaca

Zahid Hamidi 'Menteri Acah' Harus Perjelas Kelakuan Jenayah Sendiri

Kenyataan Umum
9 September 2013

Zahid Hamidi 'Menteri Acah' Harus Perjelas Kelakuan Jenayah Sendiri

Hari ini terbaca kenyataan menteri dalam negeri, Zahid Hamidi kononnya 'akan' dedah ahli politik terlibat kongsi gelap.

Ini bukan acahan pertama bagi Zahid. Nampaknya strategi acahan ini menjadi skill politiknya sejak dahulu lagi.

Ramai masih tidak lupa ketika Zahid menjadi Menteri Pertahanan, pernah menyatakan akan menamakan ahli politik (dengan menggambarkan PR) yang menjadi dalang pencerobohan sulu.

Pengumuman itu diulang-ulang menjadi bahan kempen pilihanraya tetapi sehingga kini masih tiada pendedahan siapa ahli politik yang dimaksudkannya. Zahid ternyata bersalah kerana melindungi maklumat pengkhianatan negara maka Zahid juga jatuh kianat, atau kenyataan sedemikian hanya taktik propaganda 'acahan' semata-mata.

Selaku Menteri Dalam Negeri, dia juga sebenarnya telah hilang kredibiliti kerana dirinya pernah umum konon demi menggambarkan terlalu banyak jenayah berlaku sehingga majlis rasmi di kawasannya ada kongsi gelap hadir dan minta wang perlindungan.

Namun sehingga kini juga pengumuman itu tinggal acahan sahaja tanpa ada sebarang tindakan. Adakah kerana Zahid takut dengan pengutip wang perlindungan kerana rahsia penipuan pilihanraya di tangan kongsi gelap atau ia hanya cerita yang sengaja diada-adakan untuk menyakinkan rakyat bahawa jenayah sudah tidak terkawal maka ISA dan perbagai undang-undang kuno boleh dikembalikan.

Itu belum lagi menyebut betapa Zahid pernah mengacah kononnya sanggup ke mahkamah Peranchis untuk jadi saksi tetapi kemudian memberikan alasan membazir untuk tidak ke sana. Rakyat juga tidak lupa bagaimana dia mengacah konon menjadi hero reformasi melawan mahathir tetapi akhirnya menikus apabila keluar tahanan ISA.

Dalam sisi lain, Zahid juga tidak boleh diketepikan keberaniannya bukan sekadar mengacah. Dia dikaitkan dengan kes pukul atau cubaan bunuh seorang pemuda di mana akhirnya kes tersebut disenyapkan. SAMM telah memperolehi salinan video dan buku berkenaan kes tersebut dan akan mencetak sebanyak 10 ribu naskah untuk tontonan awam bagi mendesak penjelasan. SAMM juga mendesak pemuda tersebut diberi ruang media bagi memperkatakan kes tersebut.

Persoalannya, bagaimana Zahid mampu menjadi menteri yang menjaga keselamatan rakyat sedangkan diri sendiri terpalit tuduhan jenayah?

Akhir sekali SAMM meminta Zahid berhenti bermain politik acah kerana ia amat tidak sesuai dengan kedudukannya selaku menteri penting. Rakyat mahukan menteri yang tegas bukan setakat 'propa' mengacah.

SAMM bersama dalam sebarang usaha perangi jenayah tetapi menteri dalam negeri sendiri harus tampil menjelaskan jenayah yang konon dikaitkan dirinya.

CHE'GUBARD
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

 SAMM ialah sebuah gerakan anak muda (tidak ada struktur dan hiraki formal) yang menghimpunkan anak muda Malaysia dari perbagai latar yang percaya akan keperluan bangkit dengan keberanian dan sepenuh daya mendesak perubahan. Perubahan bukan satu takdir yang harus ditunggu sebaliknya merupakan satu tanggungjawab anak muda untuk sama mendesak dan menggerakkan massa ke arahnya.
 
Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perlawanan rakyat yang ditindas sebelum ini. Perjuangan ini ibarat mata rantai, kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik ketika zaman kita, anak muda harus berani mencipta sejarah. SAMM memerlukan sumbangan dana semua untuk terus bergerak. Sumbangan boleh terus disalurkan ke akaun Solidariti Anak Muda (akaun maybank 555041113224). www.anakmudamalaysia.com

Monday, September 09, 2013

Tumpu Perkukuh Demokrasi Parlimen Sebelum Bentuk Kabinet Bayangan

Kenyataan Terbuka
9 September 2013

Tumpu Perkukuh Demokrasi Parlimen Sebelum Bentuk Kabinet Bayangan

Sekali lagi polimik kabinet bayangan diperkatakan, kali ini ia dimulakan dengan cetusan oleh Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dalam kenyataan terbukanya Sabtu lalu. Cadangan menjelmakan kabinet bayangan dari kalangan Pakatan Rakyat ini pula disambut segera oleh Khairy Jamaluddin umpama Datuk Lee Chong Wei melakukan 'smash' bola tanggung di hadapan net.

Perlu diingat bahawa kabinet bayangan bukan sekadar senarai calon siapa nak jadi bakal menteri. Kabinet bayangan ialah senarai kumpulan atau individu ahli parlimen atau siapa sahaja yang dinamakan oleh parti pembangkang bagi menangani isu berdasarkan kementerian atau segmentasi.

Persoalan paling utama di Malaysia ialah kabinet bayangan di malaysia tidak akan berfungsi kerana demokrasi dan sistem berparlimen Malaysia tidak berjalan dengan baik. Sebagai contoh, jika kita meletakkan seorang atau sekumpulan sebagai pemantau perihal ekonomi, dan mereka mahu mengeluarkan cadangan balas berkaitan TPPA pasti gagal kerana semua rundingan mengenai TPPA dirahsiakan. Malah jika perjanjian itu ditandatangani pun hanya selepas beberapa tahun kemudian baru boleh perjanjian itu diketahui.

Perjanjian TPPA bukan sahaja menjadi rahsia kepada kabinet bayangan malah ahli parlimen kerajaan sendiri tidak memiliki butiran rundingan. Maka apakah ertinya kabinet bayangan tanpa ruang akses maklumat? Lagi contoh, jika PR bentuk kabinet bayangan untuk Kementerian Pertahanan maka adakah PR mampu memperolehi butiran pembelian senjata?

Maka sesiapa yang mahu bercakap soal kabinet bayangan harus memahami asas kewujudan kabinet bayangan itu dahulu. Jika tidak ia akan dilihat lebih kepada 'test market' untuk ketahui di mana kedudukan diri dalam kabinet tersebut, atau sebenarnya telah sebabkan pasukan sendiri terjerumus ke dalam perangkap musuh secara tidak sedar, memberi ruang kepada musuh untuk kucar-kacirkan kesepakatan.

Kepada dua ketua pemuda dari PAS dan umno ini, adalah lebih baik kiranya kita selaku anak muda memikirkan bagaimana memperkukuhkan sistem dua parti, membuka ruang demokrasi ke arah mempertingkatkan penglihatan rakyat dalam sistem demokrasi, memperkukuh integriti sistem negara. SAMM sedia menyertai perbincangan tersebut.

SAMM percaya Khairy Jamaluddin faham dan mampu melakukan ke arah itu namun kadang-kala dia juga tidak terlepas dari terperangkap dengan kenakalan pemain politik.

Kabinet bayangan bukan seperti permainan kad untuk tonjol kad siapa paling kuat, tetapi semangatnya lebih kepada timbang-tara (check and balance). Ia harus juga disuburkan dengan ruang demokrasi perdebatan terbuka demi mencari pendekatan terbaik buat tanahair. 

Dalam masa yang sama, Khairy juga harus menjadi penggalak ke arah pertemuan antara Perdana Menteri Malaysia dan ketua pembangkang negara, samada untuk dialog atau aksi debat, yang penting rakyat menilai.

CHE'GUBARD
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


 SAMM ialah sebuah gerakan anak muda (tidak ada struktur dan hiraki formal) yang menghimpunkan anak muda Malaysia dari perbagai latar yang percaya akan keperluan bangkit dengan keberanian dan sepenuh daya mendesak perubahan. Perubahan bukan satu takdir yang harus ditunggu sebaliknya merupakan satu tanggungjawab anak muda untuk sama mendesak dan menggerakkan massa ke arahnya.
 
Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perlawanan rakyat yang ditindas sebelum ini. Perjuangan ini ibarat mata rantai, kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik ketika zaman kita, anak muda harus berani mencipta sejarah. SAMM memerlukan sumbangan dana semua untuk terus bergerak. Sumbangan boleh terus disalurkan ke akaun Solidariti Anak Muda (akaun maybank 555041113224). www.anakmudamalaysia.com

Wednesday, September 04, 2013

JELAJAH #bantahTPPA BAKAL PERTEMU DS ANWAR DAN TUN MAHATHIR DI PENTAS KEMUNCAK

Kenyataan Umum
4 September 2013

JELAJAH #bantahTPPA BAKAL PERTEMU DS ANWAR DAN TUN MAHATHIR DI PENTAS KEMUNCAK

Ketika kemelut kenaikkan harga harga petrol dan diesel menjadi tumpuan semua lapisan masyarakat, ramai yang terlepas pandang betapa tanah air ini sebenarnya berdepan musibah yang jauh lebih besar iaitu penjajahan ekonomi melalui perjanjian TPPA.

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bahawa Perjanjian TPPA tidak akan ditandatangani ketika kedatangan Presiden Obama di Kuala Lumpur seperti yang dijadualkan pada bulan depan. Namun ramai yang tidak sedar proses metrai perjanjian TPPA hanyalah satu penangguhan. Ia tetap akan berlaku setelah pasukan perunding mencapai ‘kata sepakat’ yang dinafi dari pengetahuan umum.

Proses kesedaran terhadap bahaya TPPA berada di kemuncak sebelum dipadamkan oleh isu harga minyak yang bakal menyebabkan harga semua sektor keperluan dan perkhidmatan melambung. Ia sekaligus mengalih perhatian rakyat supaya melupakan malapetaka yang jauh lebih besar.

Justeru itu, kesempatan dari mood kemarahan rakyat hari ini, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tidak lagi menunggu dan terus menggerak kesedaran umum sehingga muktamadnya penarikkan Malaysia dari menyertai perjanjian multilateral terikat TPPA yang melibatkan negara Asia Pasifik.

Maka satu Jelajah #bantahTPPA anjuran SAMM bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dengan kerjasama Gabungan membantah TPPA (BANTAH) dengan pendokong utamanya Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) akan dilaksanakan bermula 17 September. Jelajah #bantahTPPA yang berbentuk ceramah umum ini akan merangkumi 15 lokasi di seluruh negara. Jelajah ini menampilkan wakil dari parti politik PR dan BN selain aktivis BANTAH dan wakil MTEM untuk sepentas menerangkan bahana penjajahan TPPA.

Kemuncak Jelajah #bantahTPPA akan mempertemukan dua tokoh utama tanahair DS Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir dalam satu pentas raksasa pada 10 Oktober 2013, iaitu sehari sebalum demonstrasi besar #bantahTPPA menyambut Presiden Amerika, Barrack Obama di KLCC.

Kedua-dua tokoh ini dilihat begitu lantang menggesa kerajaan Malaysia menolak Perjanjian TPPA. Dalam masa yang sama, Tun Mahathir dan DS Anwar juga pernah saling menuduh masing-masing pro kepada US. Maka kita sediakan ruang dan peluang kepada kedua-dua belah pihak untuk mengenepikan tuduhan, lantas mengenepikan permusuhan politik domestik demi mempertahan kedaulatan negara. Rakyat juga sudah tentu ingin melihat sama ada tokoh-tokoh ini semata ingin pertahan ego politik domestik atau tampil mempertahankan negara dari dijajah ekonominya.

Penganjuran Jelajah #bantahTPPA kini dalam proses rangkaan akhir dan akan diumum dalam satu sidang media awal minggu depan. Undangan kepada DS Anwar dan Tun Mahathir untuk sepentas di kemuncak jelajah juga sedia untuk disampaikan.

Mungkin ada hikmahnya keputusan tidak popular pihak kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel, ia sekaligus menjadi pemangkin api kemarahan rakyat untuk muncul di setiap lokasi jelajah dan bersama dalam satu demonstrasi besar #bantahTPPA 11 Oktober nanti.

Sekian

CHE’GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Monday, August 12, 2013

Perlawanan Barcelona lawan Malaysia bukti 'kalau nak mudah boleh dipermudah'

Kehadiran kelab bintang ternama dunia Barcelona semalam mengundang perhatian dalam dan luar negara. Banyak pihak lontar perbagai bentuk komen selepas perlawanan semalam.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menghormati usaha gigih pasukan Malaysia dalam aksi semalam, namun SAMM tetap berpendapat aksi tersebut diumpamakan sebagai pertunjukkan ‘sarkis’. Tidak banyak faedah yang diperolehi dari perlawanan ini, tiada markah untuk perbaiki kedudukan pasukan kebangsaan dan hanya membiarkan kejatuhan moral pasukan apabila dibuli sedemikian.

Tidak dinafikan dalam perihal bola sepak ini ia perlu rombakan bukan saja dalam pasukan atau jurulatih tetapi organisasi FAM itu sendiri. Cukuplah puluhan tahun tanpa kejayaan bermakna, tiada konsistensi maka sampai masanya bolasepak negara diberi nafas baru. Jika dilihat pada sejarah, sejak tahun 1980an bolasepak kita merundum, tidakkah terfikir apakah sebabnya?


Kesalahan tidaklah seharusnya diletakkan ke atas jurulatih semata - mata, sudah lupakah kita bagaimana sanjungan menggunung ke atas Rajagopal selepas Malaysia berjaya menjuarai Piala Suzuki sedikit masa lalu ?

SAMM tidak hanya komen berdasarkan prestasi pasukan harimau malaya tetapi ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia melihat di satu sudut, bagaimana regim penguasa ini kalau mahu mudah boleh dipermudah tetapi kalau mahu susah ia cukup menyusahkan. Perubahan venue ini cukup memudahkan bagi mereka yang berkepentingan apabila jualan tiket tiada sambutan maka diubah ke Stadium Shah Alam. Dari jumlah kehadiran semalam, sepatutnya perlawanan berlangsung di Stadium Darul Makmur sudah memadai.

SAMM juga mengajak rakyat berfikir beberapa persoalan yang tidak terjawab, yang perlu kita ungkit apabila perubahan venue berlaku dan soal kebenaran menggunakan Stadium Shah Alam;

1. Siapa yang beri kelulusan? MBSA cuti, bila boleh keluar surat kebenaran?
2. Adakah permit/lesen dikeluarkan? Bila permohonan dibuat?
3. Akta Perhimpunan Aman, bila dimaklumkan kepada Polis? Apakah notis 10 hari diberi?
4. Siapa yang bertanggungjawab jaga keselamatan stadium. Siapa yang nak bayar gaji kakitangan yang bertugas?
5. Apa kerajaan Selangor dimaklumkan?
6. Apakah FAS yang pegang kunci Stadium bukan MBSA? Presiden FAS kena jawab isu ini.

Jika akta perhimpunan aman terpakai, maka Presiden dan Timbalan Presiden FAM perlu didakwa kerana tidak memberi notis 10 hari lebih awal?

Ini telah membuktikan bahawa apa pun dalam perihal himpunan aman ini pasti kalau mahu mudah sudah boleh dipermudahkan. Contohnya che'GuBard didakwa konon dituduh sebagai penganjur Himpunan BlackOut 505 di Padang Amcorp yang kes kini dibicara di Mahkamah Petaling Jaya, semua berjalan sempurna tak ada langsung kekecohan malah peniaga untung hari tersebut, tetapi pendakwaan masih diteruskan....soalnya pendakwaan dan penguatkuasaan di telunjuk parti regim pemerintah.

Salam eidulFitri, Maaf Zahir Batin ; che'GuBard

Assalamualaikum dan salam perjuangan,

Kehadiran Syawal kali ini amatlah bermakna bagi semua komrad Solidariti Anak Muda Malaysia SAMM). Sambutan Aidilfitri adalah simbol kemenangan dari kesabaran setelah sebulan menyempurnakan ibadah berpuasa, menahan lapar dan dahaga dengan kesederhanaan dan penuh tawaduk dalam madrasah Ramadhan.

Namun perjuangan memartabatkan rakyat tanahair ini tetap diteruskan oleh SAMM di seluruh negara, melibatkan ratusan program SAMM Kebangsaan, SAMM peringkat negeri dan zon sepanjang ramadhan ini. Anak muda progressif sentiasa di depan dalam memastikan rakyat terbela dalam negara bertuah ini, itu janji kami dari SAMM.

Kini hari kemenangan telah tiba, kesedaran demi kebangkitan anak muda diteruskan tanpa henti. InshaAllah di penghujung syawal nanti, akan berlangsungnya satu acara terbesar buat anak muda yang mengenal radikal sebagai jalan perjuangan di nusantara ini.

Semoga Allah SWT memberikan kekuatan. Kesempatan ini juga SAMM mengucapkan kepada semua, salam Eidul Fitri Mubarak.




Kesempatan ini juga dimaklumkan kepada semua Komrad SAMM dan sekutu mengenai jemputan untuk berkumpul buat kali pertamanya semua komrad SAMM pada 30 Ogos - 1 September ini sempena Jambori Anak Muda Radikal. Sila berhubung dengan penyelaras negeri dan kawasan masing - masing.

Maaf zahir bathin dan doa moga semua ibadah kita diterimaNya dan perjuangan kita diredhaiNya.


Saya juga ingin menjemput semua ke Majlis eidulFitri pada 25 Ogos 2013, jam 11pg - 3ptg di Pusat Khidmat Penyelaras DUN Sg. Acheh, Taman Sri Acheh, Nibong Tebal. Sesungguhnya kehadiran semua amat bermakna bagi majlis itu nanti.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

che’GuBard dan SAMM Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Friday, August 02, 2013

Regim ini meniaga dalam kempen keselamatan jalanraya

Kelajuan Bukan Faktor Utama Kemalangan, Rakyat Terus Diperangkap!

Syukurlah, walaupun sedikit demi sedikit kesabaran di bulan puasa ini tergugat, dek kenaikkan harga ayam, kenaikkan harga sayur, kenaikkan harga gas dan sebelum itu kenaikkan harga tiket bas, akhirnya ada juga penurunan yang diumumkan baru-baru ini. Daripada 110 turun menjadi 100, dari 90 turun menjadi 80, ini cukup bermakna buat semua pengguna jalanraya sempena musim perayaan.

Kononnya, demi mengurangkan statistik kadar kemalangan jalanraya di musim raya, halaju kebangsaan diberi diskaun oleh pihak kerajaan. Hanya seratus kilometer sejam sahaja kelajuan maksimum di seluruh rangkaian lebuhraya seantero Malaya, rangkaian lebuhraya yang dikatakan terbaik di dunia. Hanya 100km/j untuk semua jenama kereta.

Persoalannya, benarkah kelajuan itu faktor utama kemalangan jalanraya di Malaysia? Atau sebenarnya penurunan hadlaju kebangsaan ini sebuah skim cepat saman?

Dalam pengamatan saya, kesusahan dan kesengsaraan rakyat adalah sebenarnya antara faktor utama kemalangan jalanraya, bukan faktor kelajuan semata-mata. Tipikal rakyat Malaysia khususnya yang telah berkahwin dan punyai anak, walau macamana susah dan sempitnya kehidupan, hari raya wajib disambut. Hari raya tidak bermakna tanpa balik kampung, tidak kira samada kampung suami ataupun isteri. Biasanya dua-dua kampung menjadi destinasi, yang kerap menjadi titik perbalahan adalah untuk memilih kampung siapa di malam dan pagi raya pertama.

Bila ekonomi rakyat tidak seberapa, kenaikkan kos sara hidup tidak terkawal, maka rakyat perlu memilih risiko balik kampung dalam keadaan kondisi kenderaan yang ‘longgar’. Jika selenggara sekalipun, lazimnya rakyat akan tanya apa yang murah untuk tayarnya, untuk minyak hitamnya, untuk keperluan ‘spare-part’nya demi menjimatkan kos. Jika ada bahagian yang perlu ditukar atau diperbaiki, maka tangguhlah dulu kerana rakyat nak balik raya, banyak kosnya. Ketika ini juga tayar terpakai cukup laris di pasaran. Ori atau lokal, untuk jimat kos, ambillah lokal. Kalau ada tiruan, ambil tiruan.

Risiko ini diambil bukan memperjudikan keselamatan sendiri sahaja, tetapi juga nasib pengguna jalanraya yang lain. Akibat penyelenggaraan kenderaan yang sangat tidak sempurna, jalanraya menjadi medan bahana biarpun tanpa kelajuan.

Rakyat yang tertekan dengan sosial kehidupan seperti masalah kewangan yang membawa kepada masalah rumahtangga, akan lebih banyak berkhayal ketika memandu. Tidak fokus ketika memandu dan boleh menyebabkan kecelakaan.

Skop penyelenggaraan kenderaan secara tidak selamat ini juga bukan dipraktik dari kalangan individu sahaja, malah pengusaha bas, pengusaha lori juga akan memilih jalan penjimatan yang sama demi mengurangkan kos untuk menjana sedikit lebihan keuntungan. Tayar celup pun tidak mengapa, asal barang boleh jalan.

Berapakah banyaknya kenderaan yang tidak berada dalam kondisi yang baik di atas jalanraya ketika ini?

Dalam masa yang sama, rakyat mencari duit lebih untuk sambut Aidilfitri, maka kerja pun lebih masa. Bagi pemandu bas dan lori, trip juga perlu lebih dari biasa dan untuk ambil trip lebih dari biasa, perlukan tenaga tahan mengantuk yang luar biasa. Di sini juga jalanraya terdedah kepada bahaya akibat pemandu yang mengantuk dan tidak cukup kuderat kerana telah mengulang trip dalam hari yang sama. Ini lebih seram, lori dan bas bergerak secara automatik sekali sekala tanpa pemandu.

Rakyat mencari sesuap nasi, mana-mana kontraktor kelas rendah perlu belajar rasuah untuk dapat sub-projek, projek tampal jalan seumpamanya. Tetapi oleh kerana sudah keluar kos luar jangka untuk dapat projek, maka kos tar berkualiti untuk menampal jalan juga terpaksa dikurangkan. Akhirnya jalan kembali berlubang juga dalam tempoh masa yang tidak dijangka, jauh lebih awal dari sepatutnya. Lihatlah bagaimana jalanraya di negara ini banyak berlubang, walaupun telah ditampal, jalan tetap kembali berlubang.

Cuma lebuhraya menjadi pilihan yang lebih selamat berbanding jalan biasa. Lebuhraya tidak berlubang, hanya berlendut dan kurang rata. Namun bagi rakyat yang menghargai masa dan wang ringgit, apakah berbaloi untuk membayar tol dalam keadaan kesesakkan lebuhraya yang melampau? Jika duit bukan soal, pasti tiada masalah untuk bayar tol walaupun lalulintasnya tidak lancar sepanjang jalan.

Percayalah, jika rakyat tidak susah, ‘spare-part’ tiruan dan tayar terpakai tidak akan laku di pasaran maka jalanraya lebih selamat. Jika rakyat ada kemampuan, pemandu bas dan lori tidak ambil trip lebih dari sepatutnya, lebih baik duduk rumah rehat dan bermain dengan anak, maka jalanraya lebih selamat.

Bukan sahaja jalanraya lebih selamat, malah jalanraya akan lebih berkualiti, mampu dicengkam oleh tayar dan tidak berlubang sekiranya rakyat tidak memberi dan menerima rasuah, yang juga berpunca dari kehidupan yang sempit. Tiada lagi rakyat yang tertekan ketika memandu, jika kehidupan berjalan baik tanpa masalah kewangan dan seterusnya rumahtangga aman.

Kerana itu saya katakan, kesusahan dan kesengsaraan rakyat menjadi punca utama mengapa jumlah kemalangan jalanraya di negara ini meninggi setiap tahun. Statistik kemalangan tidak mampu dikurangkan melainkan berlaku revolusi rakyat, di mana ketika itu rakyat senang dan tenang dengan kualiti kehidupan yang baik. Hidup ketika itu juga tidak dalam tergesa-gesa seperti hari ini, malah rakyat tidak perlu diugut supaya dikurangkan kelajuan. AES juga tidak perlu ketika itu.

Justeru itu, saya menilai bahawa tindakan kerajaan menurunkan halaju kebangsaan sebenarnya untuk perangkap rakyat, bukan untuk mengurangkan statistik kemalangan jalanraya. Tiada hujah kukuh yang mengatakan kelajuan faktor utama kemalangan.

Apakah dalam notis yang singkat, semua pemandu akan menyedari bahawa halaju kebangsaan telah dikurangkan bermula hari ini? Apakah ada papantanda sementara di sepanjang jalan? Bukan semua orang tengok berita, dan bukan semua orang maklum penurunan ini, ia perangkap!

Bermula hari ini hingga 18 ogos, semua mesin kamera AES akan menjalankan operasi ‘menjala’ dan ‘memukat’, tidak lagi memancing. Inilah yang dinamakan Skim Cepat Saman, kita sangka kita patuh halaju kebangsaan, rupa-rupanya kita terlebih 10km/j. Maka penuhlah kantung kerajaan untuk bayar BRIM tahun hadapan.

EDY NOOR REDUAN
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Thursday, August 01, 2013

Al Quds – Kaji Semula Sokongan Negara Terhadap Resolusi Tempang PBB

Menjelang hari Al Quds, Jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan, Solidariti Anak Muda Malaysia Zon Muar – SAMM Muar menyeru agar seluruh umat Islam Malaysia bersatu menyatakan desakan kita kepada Kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula sokongan negara terhadap resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas perang saudara di Syria.

Walaupun SAMM Muar tidak pernah sesekali menyokong kekejaman rejim Basyar Al Assad dalam menangani kemelut politik dalam negaranya namun ia juga tidak bermaksud SAMM Muar menyokong kefasadan gerakan penentang yang ditunjangi oleh Free Syrian Army (FSA). Kekejaman dan penggunaan senjata berat oleh rejim Basyar Al Assad dalam mempertahankan pemerintahannya bukanlah satu norma yang boleh diterima, begitu juga dengan kekejaman penentangnya seperti yang terkandung dalam sebuah video bagaimana tentera penentang melahap hati tentera rejim Basyar yang mati dibunuhnya juga merupakan sesuatu yang jelik.

SAMM Muar melihat krisis Syria kini bukan lagi satu siri kebangkitan rakyat menentang kezaliman pemerintah sebaliknya telah ditunggang oleh Amerika Syarikat-Israel dan sekutunya dalam memusatkan kuasa politik mereka di rantau berkenaan.

Pendedahan Agnes-Mariam de la Croix seperti yang ditulis oleh Nile Bowie dalam artikel bertajuk Is Malaysia taking the right stance on Syria? sewajarnya menjadi satu helaian baru dalam kita menilai semula sokongan kita terhadap resolusi PBB itu.

Artikel tersebut telah mendedahkan bahawa penentang-penentang rejim Basyar Al Assad telah ditaja oleh Amerika Syarikat, England, Peranchis, Arab Saudi, Qatar, Turki dan Israel. Malahan, artikel tersebut turut mencatatkan bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya merupakan penyumbang terbesar kewangan dan kelengkapan kepada kumpulan penentang bersenjata di Syria. CIA turut dikatakan masuk campur dalam mengkordinasi pengedaran senjata, bantuan dan kelengkapan kepada tentera penentang.

Amerika Syarikat dan sekutu mula menayangkan skrip yang sama sewaktu mereka merancang untuk menyerang Iraq iaitu Senjata WMD turut digunapakai oleh rejim Basyar Al Assad namun, menurut Penyiasat WMD PBB, Carla De Ponte, senjata WMD hanya digunakan oleh tentera penentang rejim Basyar Al Assad. Dua serangan bom oleh Israel juga menjadi satu lagi bukti kewujudan kuasa asing dalam krisis Syria ini.

SAMM Muar sependapat dengan kenyataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS akan kewajaran kuasa besar dalam menilai bantuan mereka terhadap krisis di negara teluk itu iaitu survival negara haram Israel dan penguasaan mereka kepada sumber petroleum bukannya kepentingan rakyat negara-negara Arab dalam konflik berdarah seperti di Syria ini.

Jalan penyelesaian yang kukuh bukanlah meletakkan Syria terus dalam kancah peperangan dengan kita bersama merelakan campur tangan Amerika Syarikat-Israel dan sekutu dalam aspek ketenteraan penentang rejim pemerintah.

SAMM Muar menyokong kenyataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bahawa perbedaan mazhab harus dibincang secara ilmu oleh ilmuwan yang bebas daripada pengaruh kerajaan yang menolak Islam, bukannya diserah kepada yang jahil. Perbezaan kebangsaan atau sempadan negeri boleh diselesaikan dengan baik sekiranya umat Islam kembali kepada ajaran Islam dan tidak bersekongkol dengan kuasa besar dunia semata-mata.

Sekali lagi, SAMM Muar menegaskan bahawa walaupun ketika ini sokongan rakyat Syria terhadap rejim Basyar Al Assad agak ramai namun ia bukanlah tiket sokongan global terhadap perilaku ganas dan tidak bertamadun dalam menghadapi kebangkitan rakyat . Begitu juga dengan kekejaman oleh tentera penentang tajaan Amerika Syarikat-Israel dan sekutu tidak patut ditutup sebelah mata sahaja. Segala kezaliman dan perilaku ganas tidak boleh dibiarkan berakar umbi di dunia ini.

SAMM Muar senada dengan pandangan Nile Bowie dan Dr. Chandra Muzaffar berkaitan sokongan Malaysia terhadap resolusi PBB berkaitan Syria. SAMM Muar menyeru agar Kerajaan Malaysia segera mengkaji semula sokongan terhadap resolusi “tempang” PBB berkaitan Syria. Malaysia seharusnya menjadi negara ke 60 yang bersikap berkecuali dalam isu krisis Syria selepas Indonesia, India, Afrika Selatan, Brazil dan 54 negara lain.

SAMM Muar turut menyatakan sokongan terhadap Solidariti Hari Al Quds oleh umat Islam seluruh dunia. Hentikan perang terhadap negara Islam dan juga terhadap mana-mana negara. Semoga keamanan dunia ini akan terus terpelihara.