Thursday, October 22, 2015

Misteri MH370 : Apa sebenarnya terjadi ?

MH370 mungkin dilihat tidak penting bagi kebanyakan kita, tetapi bayangkan apa yang dirasai oleh mereka yang mana keluarga mereka terlibat ? Apa rasa pula keluarga juruterbang yang pernah menjadi suspek dalam kejadian ini yang mana jelas juruterbang itu juga mangsa ? 

Hingga kini ia kekal misteri, maka apabila misteri seperti ini terus terbiar maka bebaslah semua untuk membuat teori membongkar misteri ini. Di bawah ini ialah salah satu teori yang mana boleh kita firkirkan bersama.

Salam takziah buat semua waris mangsa, ayuh sama hadiahkan Al Fatihah buat semua mangsa moga satu hari nanti keadilan terlaksana buat mereka.


Pada 8 March 2014, Pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 orang anak kapal telah berlepas dari Lapangan terbang KLIA pada pukul 00.35 pagi dan dijadualkan akan sampai ke Beijing pada pukul 6.30 pagi.

1.19 pagi: MH370 sempat berhubung dengan menara kawalan di KLIA untuk kali yang terakhir.

1.35 pagi: Sejam selepas berlepas, Pesawat MH370 telah dirampas oleh Mossad (Ejen Perisikan Israel) dengan menggunakan alat kawalan jauh dari pesawat tentera yang digelar AWACS.


contoh pesawat AWACS milik tentera US
Pesawat tentera AWACS itu telah berjaya mengawal keseluruhan kapal terbang MH370 dengan menggunakan alat kawalan jauh dan kemudian mula memusingkan MH370 ke arah lautan hindi.

2.00 pagi: Fariq Abdul Hamid iaitu pembantu juruterbang pesawat MH370 telah cuba menghubungi seseorang menerusi panggilan telefon ketika pesawat tersebut terbang serendah 5000 kaki di ruang udara Pulau Pinang pada hari tersebut. Difahamkan pesawat Boeing 777-200 ER itu terbang pada ketinggian yang cukup rendah bagi membolehkan isyarat telefon bimbit dikesan oleh pemancar telekomunikasi di darat. Panggilan tersebut bagaimanapun terputus sebelum sambungan berjaya dilakukan.

4.00 pagi: Para penduduk di kepulauan Maldives telah memberitahu kepada para pemberita bahawa mereka telah melihat sebuah kapal terbang yang terbang terlalu rendah dan mereka mengatakan bahawa warnanya sama seperti pesawat MAS (Malaysian Airline System).


6.00 pagi: Pesawat MH370 dan juga pesawat tentera AWACS telah mendarat di pulau Diego Garcia.
Diego Garcia terletak di Lautan Hindi dan juga merupakan pengkalan ketenteraan lautAmerika Syarikat. Luas wilayah tersebut sekitar 60 km².

gambar Lapangan Terbang 'sulit" Dieogo Garcia dari carian internet.

6.30 pagi: Para penumpang MH370  yang berjumlah 239 orang itu telah ditawan dan dimasukkan kedalam penjara yang terdapat disitu. Mata mereka telah ditutup serta telah diberi dadah untuk "mendiamkan" mereka.


kedudukan penjara di lapangan terbang sulit Diego Garcia

20 Penumpang MH370 terdiri dari pekerja Freescale Semiconductor
Terdapat 20 penumpang MH370 yang terdiri daripada pekerja di syarikat Freescale Semiconductor. Diantara mereka terdapat 4 orang yang memegang hakcipta ataupun 'Patent' yang baru didaftarkan mereka. 

'Patent' yang baru didaftarkan itu berada dibawah pegangan 5 individu dengan setiap individu menguasai 20% dari royalti.

Dimana 20% dikuasai oleh Peidong Wang, dari Freescale Semiconductor of Suzhou, China, 
20% dikuasai oleh Zhijun Chen, juga dari Freescale Semiconductor of Suzhou, China.
20% dikuasai oleh Zhihong Cheng, dari Freescale Semiconductor of Suzhou, China, 
20% Li Ying, dari Freescale Semiconductor of Suzhou, China 
dan Freescale Semiconductor sendiri 20%..


Jika salah seorang dari di atas terbunuh atau hilang maka ianya tetap akan dibahagikan sama rata.. dan jika empat dari lima itu terbunuh atau hilang maka keseluruhan royalti akan dibayar kepada yang tinggal..

Siapa pemilik Freescale Semiconductor? Iaitu seorang Yahudi yang terkenal yang bernama Jacob Rothschild melalui Blackstone.
Gambar dibawah menunjukkan wajah 4 pemegang  hakcipta ataupun 'Patent' yang didaftarkan sebelum rampasan MH370.

1) Peid Ong Wang, Suzhou, China, (20%) 
2) Zhijun Chen, Suzhou, China, (20%) 
3) Zhihong Cheng, Suzhou, China, (20%) 

4) Li Ying, Suzhou, China, (20%) 


March 11, 2014.

Gambar dibawah menunjukkan "Patent" yang didaftarkan pada March 11, 2014 iaitu selepas 3 hari kejadian MH370 dirampas.




Jacob Rothschild
Kini hakcipta "Patent" tersebut telah menjadi hak mutlak Jacob Rothschild.

Siapakah dia Jacob Rothschild?

Dia adalah pemilik Bank Dunia dan juga pemilik tidak langsung hampir semua Bank Negara di semua negara . Dia juga adalah ketua kepada kesemua bangsa yahudi diseluruh dunia dan dia juga adalah ketua untuk NWO (New World Order) iaitu ketua kerajaan dunia (secara sulit).

Setiap peperangan yang berlaku di dunia ini adalah atas arahan Jacob Rothschild.
Setiap bencana yang melanda dunia ini adalah atas arahan Jacob Rothschild.
Rampasan MH370 juga adalah atas arahan Jacob Rothschild.

Dia adalah "Dajjal" untuk seluruh dunia.

INILAH PUNCA SEBENAR MOSSAD MERAMPAS MH370 WALAUPUN TERPAKSA MEMBUNUH 239 NYAWA. 
TETAPI MATLAMAT MOSSAD YANG PALING UTAMA IALAH MEREKA INGIN MENGGUNAKAN MH370 UNTUK SESUATU TUJUAN YANG LEBIH DAHSYAT LAGI IAITU........................(JAWAPANNYA AKAN DIDEDAHKAN DALAM POSTING AKAN DATANG)...


Menteri elak jawab isu IPP antara punca pertembungan Mahathir dan Najib.

Kenyataan Umum

22 Okt. 2015

Soalan YB Sivakumar (Bt.Gajah) berjaya buktikan pertembungan Mahathir dan Najib tidak bawa erti pada rakyat, dua-dua sama.

1. Pertamanya Pertama, Seketariat Kempen Sudahlah Mahathir mengucapkan tahniah dan terima kasib kpd YB Sivakumar (DAP-Bt.Gajah) kerana berjaya memasukkan soalan yang menyentuh Power Purchasing Agreement (PPA) yang merupakan jenayah zaman Mahathir yang mesengsarakan rakyat hingga kini.


soalan no 6. yang meminta penjelasan Menteri mengenai usaha kerajaan merunding
semula perjanjian PPA dan menjadikan ia dokumen umum.
2. Dalam jawapan menteri dengan jelas menyatakan kerajaan mengakui terdapat kepincangan dalam perjanjian gelap (sulit) yang ditandatangani di bawah Mahathir dan ia sudah dirunding semula tetapi dengan beberapa kekangan kerana banyak perkara sudah termaktub dalam perjanjian awal. Namun dengan jelas menyatakan tidak ada usaha perundangan atau meminda undang - undang bagi mendedahkan perjanjian tersebut.

3. YB Sivakumar (DAP - Batu Gajah) kemudian bangun dengan penegasan jelas menyatakan PPA ini yang merupakan satu malapetaka kepada rakyat dan negara, Batu Gajah dengan jelas meminta respon menteri mengenai pertembungan Najib dan Mahathir berkaitan isu IPP ini harus diambil kesempatan untuk mendedahkan perjanjian berast sebelah dan menghentikan amalan perjanjian gelap.

4. Perjanjian konsesi antara kerajaan dan Penjana Tenaga Bebas (IPP) menyebabkan negara mengalami kerugian apabila sejumlah RM19 bilion (2010) diperuntukkan setahun untuk membayar subsidi kepada pihak terbabit.

IPP telah dilindungi oleh Power Purchase Agreement (PPA) dimana IPP menjual tenaga yang mahal kepada TNB dan TNB wajib membelinya. Manakala Petronas (kerajaan) wajib terus memberikan subsidi kepada IPP. Idea gila ini yang dicetuskan  mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menguntungkan kira - kira 26 syarikat IPP (yang diperkatakan umum sebagai kroninya). Antaranya YTL Power Generation Sdn Bhd, Genting Sanyen Power Sdn Bhd, Segari Energy Ventures Sdn Bhd, Powertek Bhd Port Dickson Power Sdn Bhd dan Malakoff. 

Ia menjerut rakyat dimana kenaikan tarif elektrik adalah berkait rapat kerana TNB terpaksa menanggung IPP ini umpama biawak hidup. Dalam keadaan kerajaan menarik perbagai subsidi kepada rakyat tetapi kerana perjanjian gelap berat sebelah ini kerajaan terpaksa terus wajib memberikan subsidi kepada IPP dibawah PPA

Ini malapetaka yang dibuat dizaman Mahathir dan sehingga kini tidak ada pendedahan tentang intipati perjanjian membekal tenaga kepada TNB. 

YB Sivakumar menyebut dengan jelas dalam soalan tambahanya bahawa umum mungkin tidak melihat tetapi hakikatnya pertembungan Mahathir (bekas PM) dan Najib (PM sekarang) ialah antara puncanya apabila 1MDB memasuki bidang IPP yang menjadi lubuk kemewahan yang selama ini dikuasai oleh kroni Mahathir semata - mata.  Maka YB Sivakumar mencadangkan agar kerajaan yang ada sekarang ini dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Razak menunjukkan kelainan untuk mendedahkan perjanjian PPA dan menghentikan amalan perjanjian gelap yang jelas akhirnya menguntungkan kroni dan merugikan rakyat dan negara.

5. Hujahan panjang YB Sivakumar hanya dijawab pleh menteri dengan penafian dangkal. Namun menarik dalam responnya, Menteri mengakui dalam tempoh terdekat ini 2 kali tarif kenaikan elektirik berjaya dielakkan dengan kos kenaikan itu diserap atau ditanggung oleh kerajaan. 

6. Maknanya jelas PPA yang ditandatangani ketika zaman Mahathir berat sebelah dan merupakan lubuk kemewahan dia dan kuncu - kuncunya. Namun amat kecewa perkara ini diteruskan di zaman dua Perdana Menteri selepasnya dan tidak ada langsung usaha menghentikan amalan perjanjian sulit berat sebelah dan mendedahkannya. Maka ini seharusnya membuka mata rakyat dan khususnya pemimpin pembangkang bahawa pertembungan bekas PM dan PM sama sekali tidak menguntungkan rakyat.

7. Ini juga menunjukkan sikap Menteri yang lupa bahawa wang negara atau kerajaan ini juga wang rakyat. Kos kenaikan tarif yang dielakkan terus lebih menguntungkan kroni kerana ia disalurkan terus wang rakyat dalam jumlah besar tanpa perlu mengutip sikit-sikit dari bil - bil runcit. Rakyat terus rugi , menteri terus sembunyi dan kroni terus menikmati.

8. Siapa boleh menjawab berapa ratus billion sudah disedut pemain IPP utama yang merupakan kroni Mahathir semenjak ia diwujudkan ? dan berapa jumlah kerugian rakyat dan kerajaan sehingga kini ? Bila menyebut soal Mahathir ia bukan hanya soal 'lalu' tetapi malapetakanya hingga kini.

untuk membaca lagi persoalan IPP ini dijemput membaca semula artikel sebelum ini dengan klik http://chegubard.blogspot.my/2015/07/ipp-antara-sumbangan-mahathir-hingga.html

#sudahlahMahathir

sekian.

cheGuBard
Seketeriat Kempen #sudahlahMahathir

 jemput juga baca : apa dia kempen #sudahlahMahathir ? sila klik

klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

Beranikah Menteri ? Soalan no.6 sesi parlimen 22 Okt.2015

Kenyataan media

21 Oktober 2015

SOALAN PARLIMEN NO.6 (22 OKT.2015)

Pertama, Seketariat Kempen Sudahlah Mahathir mengucapkan tahniah dan terima kasib kpd YB Sivakumar (DAP-Bt.Gajah) kerana berjaya memasukkan soalan yang menyentuh Power Purchasing Agreement (PPA) yang merupakan jenayah zaman Mahathir yang mengsensarakan rakyat hingga kini.

PPA yang melindungi Independent Power Plant (IPP) yang menjadi lubuk kekayaan kroni Mahathir hingga kini sudah tiba masanya untuk didedahkan.

Seketeriat Kempen #SudahlahMahathir mengajak semua khususnya pihak media memberikan perhatian terhadap soalan 6 sesi parlimen 22 Oktober 2015 dan amat ternanti respon menteri terbabit.
Harapnya speaker dapat memberi ruang sewajarnya untuk soalan tambahan dari YB Sivakumar.

Sekian

cheGuBard
Seketeriat Kempen #sudahlahMahathir

Saturday, October 10, 2015

Forum: Apa Harapan Baru Pakatan Harapan? - Rundinglah Demi Rakyat!

Kenyataan Media
8 Oktober 2015

Forum: Apa Harapan Baru Pakatan Harapan? - Rundinglah Demi Rakyat!

Pasca PRU13 memperlihatkan regim pemerintah begitu selesa menghadapi pakatan pembangkang yang berantakkan hingga akhirnya berlaku perpecahan. Ketika itu rakyat terus menjadi mangsa diasak dan dihimpit, malah tanahair ini terus dibuat sesuka-hati apabila kedudukan yang pembangkang lemah tidak bermaya menyekat kerakusan rejim. Ia tidak berlaku pada ketika negara mempunyai gabungan pembangkang yang kuat. 

Keyakinan rakyat untuk melihat tanahair ini diselamatkan juga kian pudar dari sehari ke sehari, mereka seolah-olah akur dengan nasib dan takdir. Siapa lagi yang harus membela nasib rakyat jika bukan gabungan pembangkang yang merasakan mereka lebih baik dan lebih berhak menerajui negara ini dengan polisi 'negara rakyat' atau negara berkebajikan. Harapan rakyat terkubur dengan meletusnya perpecahan Pakatan Rakyat yang terbina di atas gelombang kebangkitan lalu.

Mutakhir ini, muncul satu gabungan baru dengan komposisi parti yang lebih meyakinkan, dan ia dinamakan Pakatan Harapan. Kemunculan gagasan baru Pakatan Harapan ini selain meletuskan gelombang baru perlawanan menentang regim, ia juga dikatakan turut mengundang konflik dalaman dan juga beberapa pertikaian.

Apakah ia satu harapan baru kepada rakyat? Apakah komposisi parti yang menyertai sudah muktamad atau masih terbuka? Apakah ada pergolakan dalaman terbaru dengan penubuhan Pakatan Harapan?

Justeru itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengambil inisiatif awal menganjurkan sebuah forum terbuka dengan mempelawa tokoh-tokoh yang mampu menjawab persoalan "Apa Harapan Baru Pakatan Harapan" yang juga sebagai tajuk forum. Antara tokoh yang mengesahkan kehadiran sebagai panelis termasuklah YB Khalid Samad (Amanah), YB Tian Chua (Keadilan), Wakil DAP, Saudara Arul (PSM), juga wakil golongan intelektual Dr Maszlee Malik dan che'GuBard sebagai Moderator.

SAMM mengajak semua pihak yang merasakan mereka memperjuang nasib rakyat yang kian tenat untuk kembali ke meja rundingan. Pentas forum anjuran SAMM ini juga merupakan satu anjakkan penting mencari titik persamaan dan sebuah 'pre-council' penyelesaian 'mutual'. Tanahair ini memerlukan satu gabungan pembangkang yang mantap untuk menumbangkan regim, atau sekurang-kurangnya membela rakyat dengan kekuatan yang menerbit rasa gerun pemerintah.

Berikut adalah butiran forum;

Forum : Apa Harapan Baru Pakatan Harapan
Anjuran: SAMM Kebangsaan
Tarikh & Masa: 11 Okt (Ahad) 8.45pm
Panelis: Yb Khalid Samad, Yb Tian Chua, Wakil DAP, Dr Maszlee Malik, Sdr Arul PSM
Moderator: che'GuBard
Lokasi: PAGER SAMM
No 334, Jalan Haruan 5/8,
Oakland Commercial Centre 2,
Seremban, N.Sembilan
Koordinat: 2.701912 , 101.919265
contact person: 019-6858558 (Azif)

Forum akan disiarkan secara langsung melalui SuaraTV dan SAMM menjemput pihak media lain supaya turut hadir membuat liputan. Orang ramai dijemput hadir di alamat seperti tertera.

Ayuh, kita semeja merungkai kekusutan, mencapai kata sepakat, demi rakyat.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

SAMM dijemput membentangkan hasil bengkel di depan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP)

Kenyataan Umum

11 Oktober 2015


1. 7 - 9 Ogos lepas SAMM telah mengadakan Rapat  03/2015 , seperti biasa rapat ini akan mengeluarkan satu resolusi yang akan menjadi pedoman kepada gerakan SAMM bagi 4 - 5 bulan ke depan. Antara yang diputuskan dalam Rapat tersebut ialah untuk SAMM memfokuskan perubahan sistem dan menolak mood politik porpulis yang hanya menukar individu tertentu semata - mata. SAMM perlu fokus penerangan atau menvisualkan apa dia perubahan sistem sistem yang dicitakan.
sila klik sini bagi membaca resolusi penuh.

Sehubungan dengan itu maka melalui dua sekolah politik yang diadakan secara bengkel telah melahirkan satu blue print negara perubahan yang dikenali sebagai Jalur tuntutan negara perubahan 1 yang menjelaskan mengenai Reformasi parlimen, Pilihanraya Kerajaan Tempatan , Perlantikan dan pembentukan suruhanjaya, Reformasi Pilihanraya, Kebebasan Media, pengurusan dana politik dan Had kuasa eksekutif.

Buku siri satu ini lengkap sehingga dimasukkan draf pindaan undang - undang yang perlu dilakukan. Blue Print ini juga akan jadi asas kepada tuntutan kerajaan baru yang terbentuk. Ia akan diserahkan kepada semua ahli parlimen sebelum sidang parlimen akan datang. Kesempatan krisis dalam negara hari ini perlu di ambil kesempatan bagi mengenengahkan idea kukuh negara pembaharuan.

2. Draf awal nya telah dihantar ke perbagai pihak dan minggu lepas kami telah dihubungi oleh Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) bagi pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk kami membentangkan sebahagian Buku Jalur Tuntutan Negara Perubahan 1 iaitu berkenaan draf cadangan pengurusan dana politik dihadapan jawatankuasa.

3. SAMM mengucapkan terima kasih atas pengiktirafan tersebut dan ini menunjukkan keterbukaan Jawatankuasa tersebut dalam menerima pandangan dan pendapat perbagai pihak khususnya kelompok muda dalam negara ini. Kami menganggap ia usaha serius ke arah peneguhan integriti dalam negara dan perubahan sistem yang sama kita cita - citakan.

4. Sesi pembentangan tersebut dijadualkan 30 Oktober 2015 di Institut Integriti Malaysia, Kuala Lumpur. Untuk itu SAMM masih membuka pandangan perbagai pihak berkenaan tajuk pengurusan dana politik untuk melengkapkan lagi pembentangan yang akan dilakukan.

Semua cadangan dan pandangan boleh dihantar terus ke email samm4anakmuda@gmail.com

Sekian dan terima kasih.

cheGuBard
Pengasas SAMM

Friday, October 09, 2015

Mahathir dan agennya mengalami Alzheimer terpilih yang kronik

1. Dalam wawancara majalah The Diplomat, bekas Perdana Menteri Mahathir Mohammad menyatakan beliau berharap untuk melihat bekas Timbalan Perdana Menteri untuk menjadi Perdana Menteri. Soalnya siapa dia ? Pentaksub Mahathir dikalangan pembangkang sudah tentu mengatakan orang itu ialah Anwar Ibrahim. Respon saya usah mimpi disiang hari, dengan menyatakan sokongan kepada Anwar beerti Mahathir mengaku salah dan itu sangat pasti tidak berlaku. Mahathir ini sahih buat salah pun dia tidak mengaku salah.

2. Tidak lain sokongan Mahathir ialah kepada Muhiyuddin Yassin. Maka persoalanya bersihkah Muhiyuddin ? Dijemput membaca beberapa tulisan lama saya berkenaan Muhiyuddin,


Muhiyuddin ialah hanya satu lagi tokoh umno yang punya perbagai rekod negatif khususnya salah guna kuasa. Ia dinamakan Mahathir kerana ia seperti mana Mahathir yakin terhadap Najib mampu menjadi kuda tunggangannya, namun Mahathir melawan Najib kerana Najib gagal menjadi tunggangan terbaik dan akur 100% tunai kehendaknya. Percayalah kalaupun Muhiyuddin menjadi PM nanti dan Mahathir terus bernafas pasti Mahathir juga akan cuba gulingkanya kecuali Muhiyuddin mampu menjadi kuda dan penjilat terbaik.

3. Dr Mahathir sudah sangat tua dan nyanyuk walaupun kelihatan sihat kerana kekuatan nafsu rakusnya. Ini jelas apabila dia mengkritik Najib menggunakan undang - undang mendepani lawan politik. Dr. Mahathir lupakah dengan operasi lalang, operasi memali dan perbagai sejarah pembunuhan dan penangkapan tanpa bicara yang dia lakukan terhadap musuh politiknya. Malah kena ingat juga pegawai kerajaan biasa yang tidak menyokong malah hanya hadir ceramah pembangkang akan ditukar serta merta oleh Mahathir. Pasti rakyat Malaysia tidak lupa Tun Salleh Abbas, hakim yang menjadi mangsa Mahathir yang akhirnya Kerajaan Malaysia terpaksa membayar jumlah besar wang rakyat setelah terbukti kezaliman Mahathir ke atas Salleh Abbas.

SAMM mengutuk tangkapan dan manipulasi undang - undang oleh Najib terhadap mereka yang dilihat musuh politiknya namun jika Najib zalim maka Mahathir ialah Bapak kepada segala kepala bapak kezaliman dalam negara yang kita pernah gelar Mahafiraun. 

Mungkin Kuli dan kawan - kawanya juga segar ingatan mereka bagaimana Mahathir tutup lampu menipu kira undi dalam pemilihan Umno yang akhirnya menyingkirkan kumpulan ini sehingga lahirnya parti Semangat 46.

4. Sindrom pelupa atau nyanyuk atau menipu ini bukan sahaja dihidapi Mahathir tetapi peguamnya yang juga bekas setiausahanya iaitu Mathias Chang yang mengatakan Najib bacul kerana menggunakan SOSMA ke atas pengkritik. Wahai Mathias kamu pernah bekerja bawah Mahathir selaku PM adakah kamu lupa bahawa Mahathir lebih zalim dengan ISAnya yang lebih jelas dan terang tanpa bicara, zalim dan celaka.

5. Penyakit pelupa nyanyuk teruk atau sengaja menipu diri sendiri ini juga menjangkit kepada kawan - kawan politik Mahathir seperti Sanusi Jonid yang tiba - tiba membela 'masyarakat Majmuk'. Bukankah kelompok Mahathir termasuk Sanusi ini ketika dalam kekuasaan sering membakar sentimen perkauman demi mengalihkan isu atau memperkukuh sokongan. Malah Sanusi jangan lupa Mahathir antara watak utama pencetus rusuhan kaum 13 Mei 1969, dan ketika kekuasaan Mahathirlah sering menggunakan ugutan 13 Mei kepada rakyat.

6. Penyakit pelupa nyanyuk teruk atau sengaja menipu diri ini merebak dengan cepat mangsa terbarunya ialah Ling Liong Sik. Dia tiba - tiba muncul mendesak Najib letak jawatan kerana katanya Najib mengambil duit rakyat. Bersetuju dengan kata - kata Ling Liong Sik ini tetapi adakah dia layak berkata sedemikian rupa kerana dia juga pakar menelan duit rakyat. Ingat kes PKFZ yang yang Ling Liong Sik terlibat membidankanya yang asalnya 1997 nilai yang diluluskan kerajaan hanyalah RM1.1b namun ketika proses merialisasikanya kerana proses komisyen dalm lain - lain kos akhirnya ialah RM4.6b. Penambahan kos yang menggila ini telah menyebabkan Ling Liong Sik dihadapkan ke mahkamah tetapi akhirnya kerana menampilkan Mahathir sebagai saksi pembela yang pada ketika itu Perdana Menteri dia terlepas secara teknikal sahaja. Mana perginya RM3.5b wang rakyat itu ? Ling Liong Sik juga harus menilai harta kekayaan kaum kerabatnya sebelum begitu gah bercakap soal integriti.

7. Terbaru titah raja digunakan kem Mahathir sebagai talian hayat baru mereka. Ya, dalam satu keadaan cheGuBard bersetuju dengan titah raja yang mendesak ke arah mempercepatkan siasatan terhadap 1MDB namun asas pemisahan kuasa juga wajar menjadi pertimbangan dalam perkara ini. Namun puak - puak menyokong Mahathir (sama ada dalam Umno mahupun pembangkang yang menggunakan hujah ini) harus jangan nampak sangat pelupa teruk atau nak menipu diri sendiri. Kamu junjung kononya Raja - raja Melayu tetapi rakyat tidak lupa kerana pada zaman Mahathir bagaimana teruk Mahathir dengan perbagai cara menghina dan menghimpit Raja Melayu demi meneruskan kelangsungan kekuasaan regimnya.

8. Rakyat jangan mudah tertipu dengan Mahathir dan agenya yang mengalami Alzheimer terpilih yang sangat kronik. Mahathir hanya mahu Umno terus berkuasa dengan Perdana Menteri yang setia menjadi kuda tunggangannya. Pembangkang jangan jadi bodoh mengikut dan mengherokan Mahathir.

Ayuh hadapi Bn dengan kekuatan rakyat, ini masa terbaik jangan sia - siakan dengan menjadi tunggangan Mahathir yang akhirnya semua akan kecewa.

 jemput juga baca : apa dia kempen #sudahlahMahathir ? sila klik

klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

SAMM mengajak mangsa Jerubu saman kerajaan Indonesia dan syarikat terlibat

Kenyataan Media

9 Oktober 2015

SAMM mengajak mangsa Jerebu saman kerajaan Indonesia dan syarikat terlibat

1. Jerebu sudah menjadi acara tahunan di rantau ini dan ia menjejaskan bukan sahaja telah membawa impak negatif kepada ekonomi negeri ini dan menjejaskan produktiviti sektor perindustrian, pelancongan, pertanian, perikanan dan aktiviti komersial yang lain negara malah turut menjejaskan ekonomi dan kesihatan rakyat itu sendiri.

2. Pada 18 September lepas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah menghantar memorandum ke Presiden Indonesia, Bapak Joko Widodo atau lebih dikenali dengan Jokowi (melalui Kedutaan Indonesia di Malaysia) mengenai kejadian jerebu yang berulang. Bagi kami Indonesia tidak serius terhadap kejadian yang berulang saban tahun sejak tahun 90 an lagi. Tindakan SAMM dan beberapa NGO menghantar memorandum itu telah mendapat liputan luas media Indonesia dan mendapat sokongan beberapa NGO Indonesia. (sila klik untuk membaca memorandum penuh)

3. Kami menolak jawapan klise iaitu tindakan yang diambil diucapkan berulang kali setiap kali jerebu. Jika tindakan diambil dan Indonesia serius pasti masalah ini tidak akan berulang setiap tahun. Sepatutnya modus operasi kapitalis rakus yang membakar hutan atau pembakaran hutan kerana pembukaan kebun secara tradisional sudah boleh diatasi jika ia dibuat secara serius.
 
Kami memandang berat bahawa ada dakwaan ke atas syarikat perladangan milikan Malaysia bertanggungjawab atas tindakan membakar ladang-ladang yang mencetuskan masalah jerebu. Namun kami tidak menolak kewujudan syarikat berkepentingan Malaysia atau rakyat Malaysia. SAMM mahukan ia didedahkan dan kami pasti tidak teragak – agak untuk mengambil tindakan undang – undang dan hukuman sosial ke atas syarikat dan individu terbabit. Namun saban tahun alasan itu diulang tetapi tidak ada pendedahan atau tindakan serius. Tindakan saman ini bukan sahaja untuk membela dan mendapatkan pampasan bagi mangsa, mendesak tindakan serius menghentikan acara tahunan ini malah dapat membongkar siapa watak kapitalis rakus disebalik acara tahunan ini.


4. SAMM juga tidak berselindung kecewa dengan tindakan lembab kerajaan Malaysia dalam perihal ini. Untuk itu SAMM bersama beberapa sekutu dan aktivis sudah melakukan beberapa perbincangan ke arah satu tindakan undang - undang diambil dengan menumpukan mangsa yang terjejas kesihatannya kerana jerebu ini.

5. ia diperingkat serius perbincangan dengan sekumpulan pengamal undang - undang untuk melihat ruang yang ada. SAMM meminta untuk sesiapa yang dimasukkan ke wad dan mempunyai laporan perubatan dengan menyatakan kesihatan terjejas kerana jerebu tampil untuk berkongsi maklumat bagi membantu perbincangan ke arah tindakan perundangan ini.

6. SAMM memohon untuk sesiapa yang dimasukkan wad dan doktor boleh mengesahkan kesihatan terjejas kerana jerubu. Mohon emailkan atau whats app kan detail seperti nama, alamat, no kad pengenalan, tarikh dimasukkan ke wad dan hospital mana. hantar detail anda ke whats app 01118685019 atau SAMM4anakmuda@gmail.com.

Sekian.

Edy Nor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM

Thursday, October 08, 2015

Surat terbuka kepada YB Dato' Seri Husni Hanadzlah

8 Oktober 2015

Kepada 

YB DATO' SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH 
Menteri Kewangan II,
Kementerian Kewangan, 
Aras 11, Blok Tengah, 
Presint 2,
62592 PUTRAJAYA.


YB Dato' Seri ;

MEMOHON PENJELASAN MENGENAI WUJUDNYA TUDUHAN BERKAITAN LANTIKAN DALAM SPNB

Perkara di atas dirujuk.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah gerakan anak muda radikal yang mengumpulkan perbagai latar ke arah mengasak perubahan negara telah menerima beberapa maklumat berkaitan lantikan Encik Kamarul Rashdan Salleh sebagai pengurus Syarikat Perumahan Negara Berhad. 

Menurut maklumat yang diperolehi SPNB sebuah syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) yang terletak dibawah bidang kuasa YB Dato' Seri dan lantikan penama diatas selaku Pengarah Urusan tidak dipersetuji oleh Lembaga Pengarah lain. Namun lantikan tersebut tetap dibuat tanpa persetujuan mahupun makluman ahli lembaga yang lain.

Jika ini benar jelas ia boleh sahaja diterjemahkan sebagai, YB Dato' Seri punya kepentingan dalam memastikan penama menjadi Pengarah Urusan.

Sebagai keadilan kami juga memohon untuk YB Dato' Seri menjelaskan duduk perkara ini. Jika ia tidak betul wajar penjelasan diberikan jika tidak ia merupakan fitnah dan kami sedia memanjangkan penjelasan YB Dato' Seri.

Sekian dan terima kasih.

che'GuBard
Pengasas SAMM



Monday, October 05, 2015

Beberapa aktivis dan bekas PKR daftar parti baru ?

Catatan Umum

5 Oktober 2015

1. Mendapat pesanan di aplikasi Whats App yang mengakui seseorang dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan, Putrajaya pagi tadi memaklumkan minggu lepas ada sekumpulan yang terdiri dari pemimpin dan aktivis PKR (semasa dan bekas) telah hadir ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan untuk mendaftarkan parti baru.

2. Saya cuba mendapatkan butiran lanjut dan dikenal pasti antaranya ialah individu yang mengaku sebagai Presiden Akar Umbi Keadilan yang kini memegang jawatan sebagai Naib Ketua Cabang, Pengarah Pilihanraya DUN Bukit Antarabangsa, Bekas Setiausaha Kerja Pemuda Pusat, Bekas Setiausaha Kerja PKR Pusat dan beberapa orang lain yang turut masih memegang jawatan di peringkat pusat.

3. Cuma pelik kerana apa relevanya tindakan ini ? Ramai mungkin menuduh mereka agen Umno tetapi jika ia usaha musuh kenapa dibuat secara senyap ?

4. Setelah siasatan lanjut dihidu kemungkinan ia usaha terancang dan kemungkinan turut melibatkan sekutu lain parti pembangkang. Setakat itu sahaja maklumat di perolehi. Terima kasih kepada pemberi maklumat yang memberi gambar curi dan menangkap imej permohonan tersebut secara sulit.

12 orang hadir dan ini 3 daripadanya yang sempat pemberi maklumat ambil gambar mereka.
5. Adakah PAS terlibat ? Adakah ia kena mengena dengan proses rampasan kuasa kartel Azmin yang mengasak Mesyuarat MPP Khas mempertikaikan tindakan Presiden dan kemungkinan wujud undi tidak percaya ?

6. Saya mengingatkan diri sendiri dan semuanya, Umno dan Bn itu tidak kuat namun dalam sejarah membuktikan lawan berpecah dan lemah menjadi kekuatan regim. Hati - hati dengan "trojan Hourse"....

Sekian

che'GuBard

Azmin menipu bila nafi wujud tuntutan mesyuarat MPP tergempar

Catatan Umum

5 Oktober 2015

1. Tulisan ini perlu dibaca dengan tulisan 'coup de tat' dalam PKR ? 
http://chegubard.blogspot.my/2015/10/coup-de-tat-dalam-pkr.html

2.dua orang Anggota jawatankuasa pusat PKR dalam FMT menafikan dengan cara tidak ada istilah rampasan kuasa dalam perlembagaan. Saya perjelaskan istilah 'coup de tat' itu saya gunakan bagi menggambarkan keadaan ke arah undi tidak percaya.

3. Azmin pula dalam beberapa media menafikan wujud apa yang saya tulis sebelum ini dan mengatakan saya bankrap. Saya nak bagi tahu Azmin, ya saya tak sekaya kamu yang banyak duit dalam politik ini, ya saya kain pagi makan pagi namun saya belum bankrap. 

Adakah kerana saya bekas MPP, bekas ketua Cabang maka saya tak boleh beri pandangan. Bapa angkat merangkap god father Azmin juga bekas pemimpin Umno elok je dia komen hari-hari.

4. Ini semua penafian dangkal malah Azmin jelas menipu. Saya tulis dengan jelas dan saya tampilkan bukti salinan petisyen tersebut. Tetapi biasalah Azmin memang biasa, seperti sebelum ini umum taat setia bersama satu - satunya calon MB dari Pakatan Rakyat tetapi dia melobi diri sendiri termasuk menggunakan jaringan bapa angkatnya dan akhirnya memalukan presiden PKR sendiri maka kali ini jika dia menipu lagi maka tidak pelik.

5. Petisyen memang wujud. Soalnya sekarang, Wan Azizah telah mulakan inisiatif memanggil meja bulat bincang soal kewujudan pakatan baru. Wan Azizah jugalah yang mengetuai sidang media mengumumkan Pakatan Harapan. Maka tiba - tiba ada sekumpulan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang diselaraskan oleh Kartel Azmin telah membuat petisyen mendesak diadakan mesyuarat pusat tergempar atau MPP khas bukan membincangkan tetapi jelas mempertikaikan tindakan Presiden PKR mengumumkan penubuhan pakatan baru. Tajuk petisyen itu pun menggunakan perkataan tuntutan bukan permohonan menggambarkan ke arah mana mesyuarat tersebut hendak di bawa.

6. Keluar petisyen tuntutan yang jelas mempertikaikan tindakan presiden sudah memalukan presiden parti. Jika mesyuarat tersebut mengambil sikap menolak penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan maka apa nasib dan di mana maruah Wan Azizah selaku orang politik dan Presiden PKR ? Ini adalah proses undi tidak percaya kepada Wan Azizah itu sendiri.

7. Saya tegaskan dalam tulisan saya sebelum ini dengan memahami perbagai sentimen sehingga membawa kepada petisyen tuntutan tersebut namun bukan keputusan mesyuarat itu saja tetapi pestisyen tersebut sendiri sudah memalukan presiden PKR dan nampaknya kartel Azmin cekap mengambil kesempatan.

8. Maka buat Azmin tahniah, kamu cekap dan sangat licik sebagai ahli politik yang mementingkan diri. Tak perlu malu dengan kenyataan kamu dengan penafian yang menipu dan menuduh cheGuBard pula bangkrap.

9. Kepada MPP dan semua harus berfikir panjang, kita sudah malu secara amnya kerana dalam keadaan kita menanti undi tak percaya ke atas Najib dalam Umno dan dalam Parlimen, tiba - tiba Kak Wan terpaksa berdepan rampasan kuasa. Tentu Kem Najib sedang tersenyum.

10. Mesyuarat MPP setiap bulan, mesyuarat Biro Politik setiap minggu maka apa salahnya kalau sekadar nak bincang, bincang saja tunggu mesyuarat biasa biro politik mingguan atau MPP bulanan tidak perlu malukan Presiden dan parti dengan panggil mesyuarat tergembar dengan petisyen begitu.

Muncul juga persoalan, adakah peranan Mahathir, ada dalam usaha undi tidak percaya kepada isteri Anwar Ibrahim kali ini ? 

11. Saya sebut dengan jelas di sini Azmin dan beberapa ahli parlimen dalam kartelnya tidak menandatangani komitmen bagi undi tidak percaya ke atas Najib di Parlimen. Hampir semua MP PKR dan DAP serta AMANAH tandatangan untuk nyata komitmen bersama kecuali 4 orang dari Azmin dan kartelnya. Ini menunjukkan cekap politik Azmin, berapa banyak kolam dia main pun tak pasti mungkin baginya asal dia untuk dan mendapat tempat.

Sekian ;

che'GuBard

kenyataan ini perlu dibaca dengan kenyataan sebelum ini sila klik http://chegubard.blogspot.my/2015/10/coup-de-tat-dalam-pkr.html






Saturday, October 03, 2015

'coup de tat' dalam PKR ?

Catatan Umum

3 Oktober 2015

Sejak pemilihan di Kemaman dan keputusan penggabungan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Keadilan Nasional, fraksi atau kem dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah amat jelas. Ketika pemilihan era Kemaman dan penggabungan jelas wujud kem Pro ABIM dan Kem bukan ABIM yang menggunakan istilah Reformis.

Namun parti terus bergerak dengan PKR hilang beberapa tokoh antaranya Anuar Tahir yang kemudian memasuki PAS (kini setiausaha Amanah).

Selepas itu melalui beberapa pemilihan mula wujud fraksi Azmin dan bukan Azmin. Namun fraksi Azmin semakin menguat selepas keluarnya Anwar Ibrahim dari penjara dan keluarnya Ezam dari PKR.

Namun atas semua itu PKR terus juga 'hidup' atas sokongan rakyat walaupun hakikatnya mengalami pasang surut jentera dan kekuatan parti.

Banyak watak dilihat surut naiknya. Rafizi contohnya antara exco Pemuda Keadilan Nasional yang meletakkan jawatan 'merajuk' senyap sebelum masuk semula selepas pembebasan Anwar (tarikh yang tepat ialah setelah dia dipujuk untuk menjadi antara pemikir menyiapkan isi ucapan Anwar dalam debat minyak dengan Shabery Chik.

Pemilihan 2010 pula cheGuBard sendiri jadi 'mangsa' kerana dilabel Kem Zaid Ibrahim yang dituduh agen Umno hanya kerana melawan Azmin. Selepas dari ini che'GuBard ambil keputusan perlu punya platform luar kerangka parti yang lebih kritikal dan bebas. 

Pemilihan 2013 pula korbanya sangat besar iaitu Tan Sri Khalid yang tiba - tiba dilabel agen Umno hanya kerana melawan Azmin Ali. Saifuddin ketika itu walaupun melawan Azmin tetapi mungkin pengalaman politik dia cekap mencerap dan pulih semula selepas kekalahan dan dilantik Pengarah Pilihanraya bersama Nurul Izzah.

Sepanjang dari pemecatan Anwar dan terpenjaranya dia bukan sedikit gerakan 'Reformasi' ini kehilangan guna tenaga tanpa berselindung kerana pertembungan dan kerana Anwar mempertahankan Azmin Ali.

Ramai mengatakan Anwar sayang Azmin kerana Azmin setia ? Setiakah Azmin ? Ramai tentu ingat bagaimana dia mengerakkan jentera budak - budak mudanya menyerang keluarga Anwar selepas PRU lepas. Kerana Anwar tidak tunaikan kehendak dia ingin menjadi MB Selangor, Anwar diserang tanpa henti. Istilah Istana Segambut dan perbagai konotasi negatif yang digunakan Umno kini ialah hasil ciptaan budak - budak Azmin. Azmin menggerakkan jentera mensabotaj gerakan Blackout 505. Azmin ahli politik cekap dia gerakkan jentera sabotaj Blackout 505 tetapi dia sendiri hadir dan duduk bersila paling depan. Dia keluar TV3 serang Presiden namun semua tidak kena tindakan.

Menyebut peristiwa 505 ramai tentu tidak tahu ketika malam keputusan pilihanraya Azmin paling lewat hadir ke lokasi pengumpulan tokoh PKR (dan PR) . Rekod menyatakan dia mengadap 'god fathernya' dahulu.

Dalam isu lobi diri sendiri guna pintu belakang untuk jadi MB secara jelas dia menggunakan 'network' godfathernya untuk memalukan Azizah. Namun semuanya tidak dikenakan tindakan.

Kini dia semakin menjolok mata apabila sebaik sahaja Wan Azizah mengumumkan wujudnya Pakatan Harapan. Ramai menyambutnya dengan menghela nafas lega kerana sekurang kurangnya wujud sebuah gabungan politik baru (hentinya polimik politik pembangkang) untuk membawa harapan rakyat namun Azmin dengan sombong menyatakan Pakatan Harapan tidak ada kena mengena dengan Selangor. Maruah Wan Azizah diselamatkan Lim Guan Eng apabila Pulau Pinang mengumumkan sebagai diperintah oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

Tidak dinafikan pengumuman Wan Azizah agak terlalu cepat dan ramai mengatakan ia diatur oleh Rafizi dan pasukanya. Dalam hal ini tidak dinafikan ia agak tidak tersusun, sidang meja bulat seharusnya membincangkan dan mendapat in put tetapi ramai terkejut apabila sidang meja bulat untuk mendengar pandangan namun Rafizi sudah ada keputusan bagi mengikat semua agar bersetuju. Oleh kerana ini Ambiga keluar awal dan ramai tidak selesa.

Kesempatan ini diambil pantas oleh Azmin dan kartelnya. Satu Pestisyen telah dilancarkan untuk memaksa satu Mesyuarat MPP khas bagi menarik semula penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan. Ia ditandatangani oleh majoriti MPP PKR ini tidak pelik kerana majoriti MPP kini pro Azmin dimana kerusi tersebut mereka perolehi dari pemilihan yang penuh pertikaian.

Ini ialah coup de tat. Ini ialah usaha undi tidak percaya yang dipelopori kartel Azmin ke atas Wan Azizah ketika Anwar terpenjara. Bayangkan nanti MPP akan mengambil keputusan U Turn dalam usaha Pakatan Rakyat, di mana Wan Azizah hendak letak muka. Dia yang panggil sidang meja bulat, dia yang umum laih - alih PKR sendiri tidak restui Pakatan Harapan ? Maka ini jelas satu usaha undi tidak percaya kartel Azmin ke atas Wan Azizah.

che'GuBard hanya memerhati dari luar selaku anggota seumur hidup tanpa jawatan yang hanya baru dilepaskan penggantungan. Ini masa cabaran buat Wan Azizah. Jika dia lepas cabaran ini maka dia akan jadi ahli politik ampuh yang sebenarnya.

Kartel Azmin kini sedang bersatu dengan kumpulan - kumpulan kecil yang kecewa dengan keangkuhan Rafizi yang menjadikan Wan Azizah sebagai perisai. Maka pasukan ini cukup besar... saya doakan Wan Azizah berjaya sukses lepasi ujian ini.

Kepada MPP dan pengerusi hubungan yang bakal mengundi saya cadangkan kekalkan keputusan kewujudan dan penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan jangan kecewakan rakyat serta malukan parti dan Presiden sendiri. Yang selebihnya bincangkan dengan baik.

Kepada Wan Azizah belajarlah kesilapan Anwar iaitu kamu ada banyak panglima setia tapi kamu sendiri singkirkan mereka kerana tenggelam dalam fatamorgana puji dan puja.

Kem Najib sudah tentu tertawa kerana kita ternanti undi tidak percaya Umno terhadap najib yang tidak wujud pun tetapi kini kita sendiri berdepan dalam situasi lebih kritikal. 

Kepada ahli bawahan sila hubungi MPP yang kamu undi beritahu mereka sila waras !!!!

Sebelum lupa saja nak bagi tahu Azmin dan kamarul ialah antara MP yang masih tidak menyerahkan tandatangan komitmen mereka kepada Ketua Whip Ahli Parlimen PKR bagi mengikat mereka untuk misi undi tidak percaya pada PM.... berapa banyak kolam lah Azmin ni main yer... 


25 orang Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Keadilan bantah keputusan Presiden Parti setuju dengan penubuhan Pakatan Harapan.
Penandatangan Petisyen MPP Khas
1. Tian Chua
2. Prof Dr. Shaharuddin
3. Zuraida Kamaruddin
4. Elizabeth Wong
5. Latheefa Koya
6. Hee Loy Sian
7. Shuhaimi Shafiei
8. Azmizam
9. Haniza Mohd Talha
10. Yunus Jamaari
11. Yaakob Sapari
12. Siti Aishah
13. S. Manikavasagam
14. Zakaria Abdul Hamid
15. Roland Chia
16. Khalid Jaafar
17. Afif Bahardin
18. Mansor Othman
19. Ab Aziz Ab Kadir
20. Dr Md Nur Manuty
21. Hasan Karim
22. Mohammad Faisol Rahman
23. Tengku Maraziyah
24. N. Surendran
25. Amirudin Shari

untuk memahami latar jemput membaca

1. http://chegubard.blogspot.my/2015/09/tahniah-lim-guan-eng-dan-ramai-terus.html 

2. http://chegubard.blogspot.my/2015/09/aduan-disiplin-ke-atas-yab-azmin-ali.html

Terkejut dengan memo SAMM : Demo baju merah batal ?


Serentak dengan kebocoran surat perkeliling arahan mengenai "fatwa" mengenai penggunaan pembesar suara masjid dan surat di Pulau Pinang, seperti dijangka agen - agen pembangkang Pulau Pinang mula membakar isu. 

Menjangkakan tindakan agen pembangkang Pulau Pinang ini maka SAMM Pulau Pinang dengan pantas mengumumkan akan menghantar memorandum kepada Kerajaan Negeri dan Jabatan mufti berkenaan perkara ini. Serentak dengan pengumuman akan menghantar memorandum tersebut banyakucapan tahniah diperolehi dari termasuk dari pemuka pembangkang Pulau Pinang. Jelas mereka keliru dengan memorandum yang akan dihantar kemungkinan mereka ingat SAMM bersama dengan sentimen perkauman dan keagamaan mereka. Mereka juga dengan gah mengumumkan himpunan merah Pulau Pinang juga pada 2 Oktober yang patut diadakan 3 jam selepas Himpunan SAMM dan NGO sekutu menghantar memorandum.



Jelas penghantaran memorandum SAMM dan NGO sekutu mendapat perhatian media yang ramai termasuk beberapa teman yang dikenali sebagai pembangkang Pulau Pinang dilihat menanti kehadiran kami yang tiba jam 11.00 pagi di Ting. 1 Komtar.

Namun isi memorandum kami yang menjelaskan secara terperinci berkenaan arahan pengkhususan penggunaan pembesar suara di masjid dan surau telah mengejutkan beberapa wartawan (arus perdana) dan teman-teman pembangkang P.Pinang yang hadir. dengan jelas SAMM mengatakan pengkritik keputusan Jabatan Mufti itu ialah penderhaka kepada DYMM Seri Paduka Baginda yang dipertuan agong berdasarkan enekmen 44 Pulau Pinang dan organisasi politik yang mendokong kerajaan negeri tidak ada kena mengena kerana indipendensinya Jabatan Mufti. (sila klik untuk membaca memo penuh)

Kami mendapat mereka terkejut dengan perkembangan tersebut maka mereka telah "call off' atau tangguh himpunan mereka. Walaupun ketika SAMM menhantar memorandum tersebut jelas mereka sudahpun membuka gerai pengedaran baju merah mereka.


Wakil kami di lokasi pada masa sepatutnya diadakan himpunan merah tersebut melaporkan hanya ada dalam 10 orang pemuka biasa (agen pembangkang P.Pinang) yang biasa berdemo kelihatan mundar mandir. Wartawan begitu ramai kecewa akhirnya wartawan sama - wartawan telah berkumpul melakukan aksi demo protes mereka kerana kecewa tertipu baju merah tidak muncul.



dalam kenyataan Sdr. Aidil yang tersiar di FB rasmi SAMM, Penyelaras SAMM P.Pinang dipetik menyebut 
"Dengan rendah diri saya ucapkan ribuan terima kasih & tahniah kepada kawan-kawan yang memberi sepenuh kerjasama dalam sidang media dan penyerahan memo mengenai isu 'larangan menggunakan pembesar suara' yang di adakan pagi tadi. Antara organisasi yang turut bersama,
 Antara organisasi yang turut bersama,
Mohd Ikhwan Nasser Mohamad Isa
Koordinator Lang-Gar!
Ketua AMK Bukit Mertajam  
Azizan Bin Salleh
Pengerusi GVAT P.Pinang (Gabungan Veteran Angkatan Tentera Pulau Pinang)
Pengerusi Amanah Bayan Baru  
Saifullah
Wakil Parti Amanah Negara Pulau Pinang
Zulfazdli Md Noordin Unit Ehsan Pulau Pinang  
Nurul Ilfiq
Anak Muda Bangkit Pulau Pinang  
Sulaiman Ibrahim
Panglima Malaysia  
Ahmad Nawawi Idris
Pertubuhan Anak Pulau Pinang  
Zainulfaqar Yaacob
Pengarah Komunikasi AMANAH Pulau Pinang  
Mohd Edy Bin Jab
Skuad keADILan Pulau Pinang 
dan juga kepada kawan-kawan yang terlibat secara langsung atau tidak. Hampir 100 orang yang hadir teramasuk pemerhati dari pembangkang P.Pinang. Perjuangan kita tidak akan terhenti setakat ini, perjumpaan pagi tadi adalah permulaan bagi semua organisasi atau ngo untuk bergabung membentuk tenaga bagi menegakkan kebenaran dan menghancurkan kezaliman. Seterusnya kita akan beraksi sekali lagi bagi menunjukkan kita tidak lemah dan tidak sesekali menyerah kalah sehingganya kita mencapai matlamat tumbangkan rejim umno bn.Sekali lagi saya ucapkan terima kasih atas kerjasama dan sokongan kawan-kawan.


SAMM Pulau Pinang juga mengumumkan akan memulakan rundingan meja bulat membincangkan isu kepentingan Melayu dan Islam di Pulau Pinang. Ini dijelaskan dalam perenggan ke 6 Memorandum yang dihantar. 

6. SAMM memandang berat penyalah gunaan isu agama dan kaum ini khususnya di Pulau Pinang. Walaubagaimanapun ancaman terhadap Islam dan Melayu dilihat serius. SAMM dengan ini mengumumkan akan menganjurkan sidang meja bulat dengan mengajak semua organisasi masyarakat termasuk wakil pembangkang di Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri sekali bagi membincangkan soal kepentingan Melayu dan Islam di Pulau Pinang. SAMM berharap semua pihak mempunyai keberanian untuk duduk di meja membincangkan perkara ini dan bukan sahaja berani melalak di tepi jalan mahupun pentas ceramah semata.

Salinan Memorandum SAMM kepada Kerajaan Negeri P.P dan Jabatan Mufti P.P : Isu speaker Masjid & Surau

2 Oktober 2015
Memorandum kepada
o Kerajaan Negeri Pulau Pinang
YAB Ketua Menteri Pulau Pinang
Tingkat 28 Komtar
10503 Pulau Pinang
o Exco Hal Ehwal Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang
YB Dato Haji Abdul Malik Abul Kassim
Tingkat 53 Komtar
10503 Pulau Pinang
o Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang
Tingkat 45, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang, Malaysia
Sahibus Samaah Datuk Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang
MEMORANDUM SOKONGAN BERKENAAN FATWA PENGGUNAAN PEMBESAR SUARA MASJID DAN SURAU
1. Dengan ini Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pulau Pinang dan sekutu menyatakan sokongan ke atas keputusan Mesyuarat Jawatatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang (Bil.4/2015) berkenaan penggunaan pembesar suara di Masjid dan surau. Kami mengajak rakyat keseluruhanya menghormati keputusan dan ‘indipendensi’ Majlis Fatwa Pulau Pinang. Kami mengutuk segelintir pihak khususnya yang didokong parti pembangkang di Pulau Pinang yang cuba menghasut rakyat agar membenci Kerajaan Negeri dan menggambarkan seolah Jabatan Mufti ialah kuda tunggangan yang hanya mengikut arahan. Mereka secara sengaja juga menghina DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
2. Untuk pengetahuan semua Jabatan Mufti Pulau Pinang merupakan satu jawatankuasa yang mandiri dibawah seliaan dan mandat DYYM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong berdasarkan enekmen 44 Pulau Pinang. Malah lantikan Mufti dan Timbalan Mufti hanya boleh dibuat oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan agong. Sebarang keputusan untuk dijadikan fatwa atau diwartakan perlu melalui 7 proses secara khusus dan hanya diwartakan setelah diperkenankan secara khusus oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Begitu juga berkenaan Majlis Agama dan seumpamanya kerana bagi Pulau Pinang kedudukan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu ia terletak terus dibawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.
3. Begitulah juga berkenaan isu penggunaan pembesar suara di Masjid dan surau,Perkara itu dinyatakan melalui surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 September lepas, berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai dan disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 23 dan 24 Ogos lepas. Ia bukan keputusan politik yang dibawah pengaruh kerajaan negeri. Surat yang memetik cabutan minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang itu jelas menyebut bahawa mesyuarat bersetuju agar Irsyad hukum yang diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri bertarikh 7 April 2011 mengenai larangan membaca Al-Quran sebelum Subuh dengan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau perlu ditambah baik dengan memasukkan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau bagi semua program seperti qiamulail, tahajud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya. Penggunaan pembesar suara dalaman sahaja dibenarkan bagi program dan aktiviti masjid dan surau.Namun perlu juga difahami keputusan itu dibuat selepas perbincangan beberapa isu penting antaranya tiada kompromi bagi laungan azan di masjid dan surau.
4. Malangnya mereka yang diyakini didalangi parti pembangkang di Pulau Pinang seperti biasa mempolitikkan isu ini termasuk sehingga membakar sentimen perkauman. Tersebar di media sosial mereka yang aktif menyokong pembangkang pulau pinang bukan sahaja menghina DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Jabatan Mufti P.Pinang malah mereka membakar sentimen perkauman dan sentimen agama agar rakyat bergaduh.
5. Untuk makluman semua khususnya pembangkang negeri pulau pinang Jawatankuasa Fatwa negeri perlis sejak april 2007 dalam garis panduan masjid negeri perlis telah memasukkan klausa “tidak membaca dan memperdengarkan sebarang bacaan selain azan dengan kuat sebelum dan selepas. Malah Dr. Juanda (ketika menyandang jawatan mufti) dengan tegas pernah menyatakan ini menepati kehendak sunnah yang patut diikuti oleh semua orang yang mengaku mencintai Nabi SAW. Dalam kenyataan yang sama beliau juga menegaskan sesiapa yang mempertikaikan adalah jahil tentang hukum dan peranan masjid dalam islam.
6. SAMM memandang berat penyalah gunaan isu agama dan kaum ini khususnya di Pulau Pinang. Walaubagaimanapun ancaman terhadap Islam dan Melayu dilihat serius. SAMM dengan ini mengumumkan akan menganjurkan sidang meja bulat dengan mengajak semua organisasi masyarakat termasuk wakil pembangkang di Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri sekali bagi membincangkan soal kepentingan Melayu dan Islam di Pulau Pinang. SAMM berharap semua pihak mempunyai keberanian untuk duduk di meja membincangkan perkara ini dan bukan sahaja berani melalak di tepi jalan mahupun pentas ceramah semata.
7. Akhir sekali memorandum ini dirumuskan sebagai menyokong indenpendisi dan kemandirian Jabatan Mufti Pulau Pinang dan mengecam tindakan mempolitikkan isu agama dan kaum yang tidak kesudahan serta SAMM akan memulakan langkah menarik semua ke meja rundingan berkenaan isu Melayu dan Islam ini.
Sekian dan t.kasih
Aidil Ibrahim
Penyelaras Samm Negeri Pulau Pinang.
Memorandum diserahkan kepada wakil Pejabat Ketua Menteri,
Wakil Pej. Exco Hal Ehwal Agama dan Wakil Pejabat Mufti
pada 2 Okt, Jam 11 pagi di tingkat 1 Komtar, P.Pinang

Organisasi yang turut bersama,

  • Koordinator Lang-Gar!

  • AMK Bukit Mertajam

  • GVAT P.Pinang (Gabungan Veteran Angkatan Tentera Pulau Pinang)

  • Parti Amanah Negara Pulau Pinang 

  • Unit Ehsan Pulau Pinang

  • Anak Muda Bangkit Pulau Pinang

  • Panglima Malaysia

  • Pertubuhan Anak Pulau Pinang

  • Skuad keADILan Pulau Pinang