Tuesday, September 27, 2016

Tarik balik saman ke atas Najib, ada kaitan dengan rundingan baru ?

Pagi ini terbaca berkenaan Ainina Saauddin, bekas Wanita Umno Langkawi yang menjadi Jawatankuasa Penaja parti yang ditubuh bekas Diktator Malaysia, Mahathir Mohammad telah menarik semula samanya berkaitan isu derma RM2.6 billion yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak.

Semua pasti masih ingat gegak gempita masa Ainina ni nak fail saman dengan dakwaan dia ada cukup bukti untuk seret Najib ke Mahkamah dan bakal "dibogelkan'. Jujur ketika itu che'GuBard sendiri gembira dan berdoa perkara tersebut berjaya dilakukan. Namun tetap menyimpan sedikit prasangka terhadap kumpulan Mahathir ini. Mereka bergaduh sebab tak dapat itu pokok pangkalnya.

Hari ini ketika hebat tersebar mengenai desas desus ketika parti yang ditubuh Mahathir sedang berdepan perebutan kuasa dalaman maka ada kalangan itu sedang mula membuka semula rundingan bersama Najib tiba - tiba Ainina tarik balik saman, klik http://mymassa.blogspot.my/2016/09/anina-minta-maaf-ke-atas-pm-najib-isu.html

Apa sebenarnya yang berlaku ?

teringat dengan masej yang tersebar beberapa hari selepas umum tubuh parti Mahathir itu
APA HAL PULAK NI??
Berikut adalah pemakluman yang diterima daripada Tamrin Ghafar lewat malam tadi:-
Sukacita dimaklumkan satelah memikir dengan teliti maka saya memutuskan perkara2 berikut :
1) Tidak akan menyertai Parti baru yang sedang diusahakan oleh TSMY
2) Menarik diri dari Seketeriat Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh Tun Mahathir.
Keputusan ini adalah muktamad . 
Ia berkuatkuasa mulai hari ini.
Jumaat 
26hb Ogos 2016 
Tamrin Tun Ghafar
Bukan setakat tidak mahu menyertai parti BERSATU yang dipimpin oleh Muhyiddin Yassin, bahkan Tamrin juga mengumumkan menarik diri daripada seketariat Deklarasi Rakyat yang diusahakan oleh Tun Mahathir Mohamad.
Tamrin, seperti mana yang diketahui umum adalah antara 50 orang dalam kumpulan pertama yang menandatangani Deklarasi Rakyat bagi mendesak pengunduran Najib sebagai Perdana Menteri.
Apa hal pulak ni?? (SH 26/08/2016).

No comments:

Post a Comment