Sunday, September 04, 2016

'Saya bukan serang Azmin saja, Khalid pun kena'

SHAH ALAM: Bekas Ketua PKR Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin menafikan bahawa pendedahan mengenai salah laku Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali adalah berpunca daripada 'hasad dengki' yang digembar-gemburkan sebelum ini.
 
Ujarnya yang lebih dikenali sebagai Chegubard, adalah menjadi tanggungjawab beliau dalam mendedahkan perkara yang tidak betul dalam parti dan kerajaan negeri.
 
Malah beliau bersedia dan tidak gentar untuk mana-mana pihak tampil melaporkan kesalahan yang dilakukannya kepada pihak berkuasa atau rakyat.
 
"Kalau lain salah pun saya serang, kalau saya salah pun orang lain seranglahsaya dengan fakta dan bukti. Tak ada masalah," tegas beliau dalam satu temubual dengan Antarapos.
 
Jelas beliau, bukan kesalahan Azmin sahaja yang mendapat perhatian beliau, penyandang terdahulu iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim turut menerima nasib yang sama.
 
"Saya serang TS Khalid, saya serang ketika operasi nak naikkan gaji." 
 
"Ketika (Khalid) nak naikkan kadar sewa rumah saya serang, dalam mesyuarat saya tepuk meja. Atas apa juga alasan tak boleh, dia kata berlaku ketirisan, orang lain sewakan rumah (kepada orang lain). Kita kata selesaikan masalah tu bukan naikkan sewa,ketika itu saya anggota MPP" katanya lagi.
 
Sebelum ini Chegubard lantang mengkritik Azmin dalam pelbagai keputusan kerajaan negeri, yang disifatkan sebagai melampau, wujudnya pembaziran dan mempunyai unsur kronisme.
 
Ini termasuklah isu pembalakan, kemelut penggantian kubah Masjid Sultan Abdul Aziz Shah yang menelan belanja RM32.4 juta dan kontroversi pelantikan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
 
Pendedahan terbaru beliau adalah isu Paya Indah Wetlands, yang dakwanya wujud salah laku kerajaan negeri dalam melakukan pengezonan semula kawasan zon hijau itu yang kini disiasat pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - antaraPos

No comments:

Post a Comment