Sunday, September 04, 2016

Azmin panik tanya balik wartawan profesional ke tidak ?

Datuk Seri Mohamaed Azmin Ali terus mengambil sikap berdolak dalih setiap kali disoal mengenai kontroversi yang melanda status tanah Paya Indah Wetlands.
Malah yang terbaru Menteri Besar Selangor itu tidak menjawab secara tepat soalan yang yang diajukan sebaliknya memusing ayat dengan mengatakan rakyat Selangor adalah proksi nya sedangkan soalan yang diajukan ternyata berlainan.
Beliau ditanya adakah Ketua AMK Gombak, Zainol Abidin Mohamad adalah proksinya dalam kontroversi Paya Indah Wetlands seperti yang didakwa Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) namun ini jawapan sinis yang diberikannya:
“Rakyat negeri Selangor adalah proksi saya. Saya menjaga kepentingan rakyat dan negeri”, katanya.
“Saya sudah tegaskan beberapa kali bahawa pendirian kerajaan negeri pada hari ini bahawa kita bersikap terbuka dan telus.
“Mana-mana pihak atau individu yang mempunyai dakwaan tidak payah menjerit setiap malam di media. Serah sahaja kepada pihak berkuasa untuk buat siasatan,” katanya di sidang media selepas merasmikan Projek Rumah Selangorku di Taman Putra Impiana, Puchong, pagi Sabtu.
Azmin berkata demikian mengulas tindakan Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard, melaporkan dakwaannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat lepas, bahawa kepimpinan Azmin secara salah mengubah status lot tanah 68054 yang dikatakan milik Paya Indah Wetlands daripada pertanian kepada komersial.
Beliau kemudiannya ditanya tindakan Chegubard yang mengedar booklet #skandalAzmin68054 setebal 16 halaman yang didakwanya sebagai mengandungi 80 peratus bukti salah guna kuasa bersabit kontroversi di lot tanah di Paya Indah Wetlands.
Azmin, mengelak untuk menjawab, sebaliknya menempelak pemberita dengan menyoal etika kewartawanan.
“Anda mewakili pihak mana? SPRM? Tanya soalan yang menunjukkan anda profesional atau tidak dalam bidang ini.
“Saya nak tanya, adakah anda seorang wartawan yang profesional?,” soalnya.
Terdahulu, kerajaan negeri melalui Exconya, Elizebeth Wong menafikan dakwaan Chegubard dan menegaskan lot 68054 bukan sebahagian daripada Paya Indah Wetlands.
Sebaliknya, tanah paya yang diwartakan Jabatan Perhilitan sebagai Rizab Tanah Paya di bawah Kanun Tanah Negara sejak 1998 hanya melibatkan lot 4827 dan 3974, ujar Elizabeth.
Azmin dan Elizabeth kemudiannya mencabar Chegubard melaporkan perkara itu kepada SPRM.
Chegubard selepas selesai membuat laporan kepada badan siasatan kerajaan itu memberitahu pemberita, identiti Zainol sebagai proksi Azmin, dikesan daripada dokumen yang dihantar melalui aplikasi ‘Whats App’ kepada semua exco kerajaan negeri Selangor, sekaligus menggambarkan hubungan rapat lelaki itu dengan Azmin.
Dalam perkembangan berlainan, Azmin menyerahkan kepada Lembaga Disiplin PKR berkaitan isu pemecatan Chegubard daripada parti itu.
Terdahulu, Chegubard memberitahu beliau menerima emel pada pagi Khamis (sebelum laporan dibuat kepada SPRM) menyatakan beliau dipecat daripada PKR atas alasan tindakannya itu menjejaskan nama baik parti.
Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh dalam reaksinya menafikan perkara itu dan berkata Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR masih belum memuktamadkan status Chegubard.

Chegubard kemudiannya berkata akan mendapatkan penjelasan daripada PKR berhubung kekeliruan itu.

No comments:

Post a Comment