Friday, February 12, 2016

Ust. Wan Ji sifatkan tindakan Azmin guna hujah agama jawab 'pembaziran' RM32.4 juta tidak bertanggungjawab


Ust. Wan Ji Wan Husin sebelah Rafizi (dua dari kiri duduk) diraikan oleh PKR
ketika mengumumkan kemasukanya ke dalam PKR
Dua isu menjadi keraguan besar dalam hati sebilangan besar rakyat Malaysia yang punyai kaitan dengan pentadbiran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Selangor, iaitu isu cat pintu gerbang Selangor yang memakan belanja lebih RM9 Juta dan isu membaiki kubah Masjid Shah Alam yang memakan belanja lebih RM32 Juta.
Perbelanjaan yang sebegini besar menjadikan ramai rakyat merasa ragu-ragu dengan pentadbiran Azmin dalam hal pengurusan kewangan negeri.
Mungkin rakyat tidak kisah jika perbelanjaan besar itu munasabah dengan bahan yang dibelanjakan. Namun, keraguan besar apabila mulut menteri besar Selangor menyatakan ia sebagai munasabah, tetapi berdasarkan kadar bahan yang dibelanjakan dan kadar kewangan yang digunakan itu dianggap ramai sebagai tidak munasabah.
Begitu juga dengan perbelanjaan untuk membaiki kubah masjid yang memakan perbelanjaan puluhan juta ringgit, sedangkan ramai anggap kadar puluhan juta ringgit itu, boleh menyiapkan sebuah masjid baharu berserta kubahnya.
Jika ini kerangka rakyat yang berfikir, tidak hairan perbelanjaan jutaan ringgit untuk cat pintu gerbang dan puluhan juta ringgit untuk membaiki kubah masjid menjadi persoalan rakyat bawahan.
Persoalan ini tidak boleh didiamkan. Justeru, pihak rakyat berhak bangkitkan, dan pihak kerajaan wajib memberikan penjelasan yang meyakinkan.
Memberi jawapan dengan menyatakan membaiki kubah itu adalah untuk kebaikan umat Islam adalah jawapan melepaskan diri dan tidak bertanggungjawab.
Malahan, dengan menggunakan alasan agama dalam menutup keraguan rakyat dalam urusan kewangan adalah amat tidak bermaruah.
Jauh lebih tidak bermaruah, apabila ada sebilangan rakyat bawahan bangkitkan perkara ini, lalu dituduh kepada individu itu sebagai balaci Umno, macai dan sebagainya.
- tulisan Ust. Wan Ji ini boleh dibaca terus di http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/azmin-perlu-bersikap-telus-wan-ji-wan-hussin#sthash.gUgZw6gD.dpuf

No comments:

Post a Comment