Badrul berkata, anak muda di Malaysia beruntung kerana mempunyai seorang tokoh seperti Nik Nazmi dan sikap berani melawan beliau perlu dicontohi.
Katanya, anak muda sepatutnya perlu melawan dan tidak mencontohi apa yang dilakukan oleh seorang lagi calon Ketua AMK, Nazree Yunus yang mengaku bersalah atas tuduhan melibatkan PAA.
"Semenjak PAA diaplikasikan memang banyak kes pendakwaan berkaitan undang-undang ini. Namun SAMM merakamkan sedih terhadap beberapa pemimpin politik yang tersungkur di mahkamah kerana mengaku bersalah awal di depan hakim kerana undang-undang zalim ini.
"Sepatutnya semua perlu melawan. Nazree Yunus contohnya sudah tentu akan akan jadi titik hitam dalam sejarah perlawanan apabila dia mengaku bersalah,"katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Hanya kerana takut didenda lebih RM2000 dan hilang kelayakan bertanding Pilihanraya dia sanggup kianati perjuangan dengan mengaku bersalah terhadap undang - undang yang bertentangan dengan perlembagaan.
Katanya, keputusan mahkamah berhubung PAA merupakan satu petanda baik bagi perjuangan rakyat mempertahankan hak yang dijamin perlembagaan negara.
Badrul berkata keputusan mahkamah itu juga membawa maksud bukan semua undang-undang menjamin keadilan sebaliknya ia memerlukan perjuangan dan keberanian
No comments:
Post a Comment