Oleh: Shaiful Nizam
PETALING JAYA: Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau
dikenali sebagai Chegubard mendakwa ramai petugas Jawatankuasa Pemilihan
Pusat (JPP) di Selangor khasnya membantu kempen penyandang Timbalan
Presiden, Mohamed Azmin Ali untuk mengekalkan kuasa secara manipulasi
undi.
“Semalam jelas kelihatan bagaimana pengawas JPP bersikap bias, berpihak
dan berkempen sampai ke dalam tempat pengundian. Mereka membawa ‘cai’
pasukan Keadilan Raya dan menanda kertas undi pengundi lain.
“Malah di Sungai Besar dan Gombak, calon bertanding peringkat cabang
membantu menanda kertas undi. Soalnya mengapa hanya Sungai Besar
dibatalkan? Saya menggesa pemilihan Gombak juga dibatalkan kerana
terdapat bukti yang sama termasuk rakaman video,” jelasnya ketika
dihubungi Mysuara, selepas memfailkan bantahan bersertakan bukti
bergambar di Ibu Pejabat PKR petang.
Menurutnya lagi, beberapa pembatalan pemilihan di Selangor seperti Hulu
Selangor, Sepang, Subang dan Shah Alam dibuat oleh sabotaj penyokong
dan petugas apabila sentimen pro Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim mengatasi Pengerusi PKR Selangor itu.
“Di Petaling Jaya Selatan (PJS), rekod rakaman video menunjukkan
pengawas JPP mengumumkan penangguhan sebanyak dua kali dan
pembatalanjuga sebanyak dua kali tetapi akhirnya keseluruhan pemilihan
diterima oleh ibu pejabat. Peliknya semalam jumlah pemilih 508 dan
sekarang di ibu pejabat gempar dengan undi pemilihan PJS bertambah
kepada lebih 700 undi!”
Tambahnya lagi, pertikaian pengurusan dan pengendalian pemilihan PKR
itu bukanlah perkara baru sebaliknya telah berlaku pada pemilihan 2010
yang menyaksikan calon Timbalan Presiden Datuk Zaid Ibrahim dan Mustafa
Kamil Ayub mendesak pembatalan pemilihan.
“Pengerusi JPP Datuk Johari Abdul perlu segera membetulkan keadaan
termasuk menapis agen Azmin yang menyusup masuk sebagai petugas JPP
untuk tujuan memanipulasi undi. Inilah petugas yang sama memenangkan
Azmin pada 2010,” tegasnya yang turut mengharapkan JPP dibaiki dari segi
bilangan petugas yang terlatih, pengendalian, format dan sistem
pengundiaan.
Dengan sinis, Badrul Hisham kemudian menjawab cadangan Azmin hari ini
untuk merombak keanggotaan JPP, ”Mengapa baru sekarang? Tahun 2010 kamu
menyatakan JPP sangat efisyen kerana kamu menang dan tahun ini pada
minggu pertama dan kedua apabila kamu mendahului. Apabila minggu ini
kamu telah kalah maka barulah mendakwa JPP gagal menguruskan pemilihan
mengikut arahan kamu.”

sipetik dari http://www.mysuara.net/index.php/berita/6641-petugas-jpp-jadi-agen-azmin-ali-chegubard
No comments:
Post a Comment