Thursday, May 01, 2014

Desak tindakan batal pencalonan yang menipu bukan sekadar pengawas yang hanya terima arahan

Note: Kita menghormati dan menyambut baik kenyataan DSAI yang tegas menyebut akan bertindak terhadap penipuan dalam pemilihan, maka memorandum di bawah ini dibaca dan diserahkan kepada Datuk Tan Ee Kew (Timbalan Pengarah JPP) mengikut saluran yang betul.

Dari respon yang diterima, JPP juga sudah mula bertindak dan kita yakin JPP sudah mengesan penipuan yang dimaksudkan. Kita secara serius akan membantu JPP mengumpul dan menghantar bukti-bukti penipuan yang lain.

MEMORANDUM | 30 APRIL 2014
KEPADA: PENGARAH JPP
DARIPADA: AHLI PARTI KEADILAN RAKYAT
PERKARA: PENIPUAN PEMILIHAN 2014

1. Mewakili  suara majoriti anggota Parti Keadilan Rakyat yang prihatin dengan Pemilihan 2014 agar ia berlangsung dengan telus dan adil. Tanpa berselindung, Pemilihan 2010 lalu terdapat banyak kepincangan, namun langkah berani perturun demokrasi hingga ke akar umbi ini harus dipuji. Di atas keberanian ini juga, method pemilihan turut ditiru oleh gerombolan Umno dalam usaha melebar demokrasi.

2. Memang kita akui penambah-baikkan Pemilihan 2014 adalah jauh tersusun dan cermat daripada pemilihan yang lalu. Namun dalam masa yang sama ada manusia tamak kuasa yang tidak hormat demokrasi maka penipuan dan manipulasi terus dilakukan. Ini satu pengkhianatan. Parti ini parti reformasi, justeru itu roh demokrasi harus segar di kalangan ahli dan pimpinan parti.

3. Penipuan ini harus dilawan, pengkhianatan ini tidak boleh dibiarkan. Penipuan yang didedahkan bersama bukti yang jelas berlaku di Batang Sadong dan beberapa kawasan lain wajib ditangani dengan tegas.

4. Membongkarkan penipuan cuba dikatakan memalukan parti, kita perlu sedar yang membuat penipuan itulah sebenarnya penjahat sebenar. Kami sayangkan parti ini. Ia parti masa depan. Membiarkan penipuan dan membunuh demokrasi dalam parti beerti membunuh masa depan harapan bersama.

5. Kita menyambut baik kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa SPR dan JPP adalah berbeza kerana JPP akan bertindak dan parti akan menghukum si pesalah/penipu tanpa mengira jawatan yang sedang disandang.

6.  Kita mendesak siasatan yang menyeluruh dan tindakkan/hukuman harus dititik-berat kepada susuk yang membuat arahan dan individu/pihak memperolehi keuntungan dari penipuan tersebut. Mengambil tindakan terhadap pengawas semata, samalah diumpamakan ‘menahan dan membicarakan Azilah dan Sirul kerana membunuh Altantuya’ tetapi mengenepikan siapa yang mengarahkan pembunuhan itu.

7.  Ketika yang sama kita diasak oleh parti lawan, harus dipertegas bahawa kita berani akui kepincangan ini dan membetulkannya. Gerobolan Umno dan BN tidak layak berbunyi kerana sesungguhnya mereka jauh lebih bobrok.

8. Akhir sekali, ayuh kita pastikan semangat keadilan itu terus subur mekar dalam parti Keadilan, parti masa depan bersama.

Che’GuBard
Anggota Biasa Parti Keadilan Rakyat

No comments:

Post a Comment