Wednesday, May 14, 2014

Chegubard, dua aktivis dilepas tanpa bebas daripada PAA

 
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepaskan tiga aktivis yang menganjurkan perhimpunan aman pada malam tahun baru berikutan dakwaan terhadap mereka tidak lagi wujud.

Hakim Ahmad Bache berkata, beliau terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 April iaitu hukuman yang diperuntukkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 tidak mengikut perlembagaan.
 
“Oleh itu, dakwaan itu tidak berasas dan saya melepaskan tertuduh tetapi tidak dibebaskan,” katanya.
Bagaimanapun, peguambela Gobind Singh Deo dan Eric Paulsen membantah pertuduhan yang dibaca kepada tertuduh kerana mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa mendengar kes tersebut.
Gobind berkata, mahkamah boleh mengambil keterangan atas kesalahan yang diisytiharkan tidak mengikut perlembagaan oleh Mahkamah Rayuan pada 25 April lalu.

Tiga tertuduh itu didakwa menganjurkan himpunan Turun di Dataran Merdeka pada 31 Disember untuk membantah kenaikan kos sara hidup.
Mereka sebelum ini dituduh pada 29 Januari tetapi dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen pada 28 April.
Gobind berkata, peguam negara yang juga pendakwa raya tidak boleh menggunakan budi bicaranya untuk membuat tuduhan kerana ia dilihat menyalah gunakan kuasa dan menunjukkan rasa tidak hormat kepada mahkamah.

Paulsen berkata, tuduhan itu tidak berasas sambil menggesa mahkamah membebaskan kliennya.
Dalam perbicaraan hari ini, hakim berkata mahkamah perlu memastikan bidang kuasanya untuk mendengar kes tersebut.

Katanya, ini sekadar kes saman dan tiga tertuduh hanya diminta hadir ke mahkamah.
“Ini bermakna mereka perlu hadir ke mahkamah secara sukarela dan tidak ditahan polis,” katanya.
Hakim berkata, berdasarkan Akta Mahkamah Rendah 1948, beliau mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes saman.
Beliau kemudian meminta pertuduhan dibacakan dan ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim kemudian memberitahu Ahmad Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan Putrajaya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 27 Mei ini.

Sementara itu, Gobind ketika ditemui di luar mahkamah hari ini mengalu-alukan keputusan Mahkamah Sesyen dan mengingatkan peguam negara agar jangan sesekali menyalahgunakan kuasanya.

"Kami mengalu-alukan keputusan Mahkamah Sesyen hari ini. Saya rasa sudah tiba masanya peguam negara mengambil kira perkara yang tidak berlandaskan Perlembagaan.

"Beliau perlu menghormati keputusan Mahkamah Rayuan dan berhenti mendakwa mereka yang tidak bersalah apabila bertentangan dengan Perlembagaan. Saya minta beliau menghentikan salah guna kuasa," katanya.

Badrul berkata, keputusan Mahkamah Sesyen hari ini sebagai membenarkan apa yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada bulan lalu.

Katanya, PAA merupakan satu undang-undang yang mahu menghalang suara rakyat dan tidak ada yang pernah disabitkan di kalangan mereka yang berada di pihak kerajaan.

"Ia mengulang semula keputusan lama. Saya nyatakan kepada hakim, ini jelas bertentangan dengan Perlembagaan. PAA disalah guna oleh kerajaan pemerintah.

"Ada banyak perhimpunan yang dibuat pro kepada Umno dan Barisan Nasional tetapi tiada yang kena dalam undang-undang ini. Undang-undang ini dibuat atas buku mungkin cantik tetapi ia alat rejim menekan suara rakyat yang bertentangan dengan kehendak mereka," katanya. – 14 Mei, 2014.


2 comments:

  1. Anonymous1:09 PM

    Since most companies want to generate leads for sales, the goal should be to drive
    traffic to your website, so you can capture that data and create an asset
    you own and can use for ongoing marketing. Encourage your child to
    read, do their homework or find something to do that requires intellectual and creative stimulation.

    Amplify reach for your Page updates by linking to
    a top update in the course of your normal e-mail communications.


    My blog ... addmefast bot imacros 2014

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:53 PM

    Very energetic article, I enjoyed that bit. Will there be
    a part 2?

    Feel free to surf to my blog find an emergency Lock smith dothan al

    ReplyDelete