Sunday, May 25, 2014

Ada Petugas JPP Jadi Agen Azmin Ali - Chegubard

Oleh: Shaiful Nizam
PETALING JAYA: Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard mendakwa ramai petugas Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) di Selangor khasnya membantu kempen penyandang Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali untuk mengekalkan kuasa secara manipulasi undi.

“Semalam jelas kelihatan bagaimana pengawas JPP bersikap bias, berpihak dan berkempen sampai ke dalam tempat pengundian. Mereka membawa ‘cai’ pasukan Keadilan Raya dan menanda kertas undi pengundi lain.

“Malah di Sungai Besar dan Gombak, calon bertanding peringkat cabang membantu menanda kertas undi. Soalnya mengapa hanya Sungai Besar dibatalkan? Saya menggesa pemilihan Gombak juga dibatalkan kerana terdapat bukti yang sama termasuk rakaman video,” jelasnya ketika dihubungi Mysuara, selepas memfailkan bantahan bersertakan bukti bergambar di Ibu Pejabat PKR petang.

Menurutnya lagi, beberapa pembatalan pemilihan di Selangor seperti Hulu Selangor, Sepang,  Subang dan Shah Alam dibuat oleh sabotaj penyokong dan petugas apabila sentimen pro Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengatasi Pengerusi PKR Selangor itu.

“Di Petaling Jaya Selatan (PJS), rekod rakaman video menunjukkan pengawas JPP mengumumkan penangguhan sebanyak dua kali dan pembatalanjuga sebanyak dua kali tetapi akhirnya keseluruhan pemilihan diterima oleh ibu pejabat. Peliknya semalam jumlah pemilih 508 dan sekarang di ibu pejabat gempar dengan undi pemilihan PJS bertambah kepada lebih 700 undi!”

Tambahnya lagi, pertikaian pengurusan dan pengendalian pemilihan PKR itu bukanlah perkara baru sebaliknya telah berlaku pada pemilihan 2010 yang menyaksikan calon Timbalan Presiden Datuk Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamil Ayub mendesak pembatalan pemilihan.

“Pengerusi JPP Datuk Johari Abdul perlu segera membetulkan keadaan termasuk menapis agen Azmin yang menyusup masuk sebagai petugas JPP untuk tujuan memanipulasi undi. Inilah petugas yang sama memenangkan Azmin pada 2010,” tegasnya yang turut mengharapkan JPP dibaiki dari segi bilangan petugas yang terlatih, pengendalian, format dan sistem pengundiaan.

Dengan sinis, Badrul Hisham kemudian menjawab cadangan Azmin hari ini untuk merombak keanggotaan JPP, ”Mengapa baru sekarang? Tahun 2010 kamu menyatakan JPP sangat efisyen kerana kamu menang dan tahun ini pada minggu pertama dan kedua apabila kamu mendahului. Apabila minggu ini kamu telah kalah maka barulah mendakwa JPP gagal menguruskan pemilihan mengikut arahan kamu.”

Tambahnya lagi, pertikaian pengurusan dan pengendalian pemilihan PKR itu bukanlah perkara baru sebaliknya telah berlaku pada pemilihan 2010 yang menyaksikan calon Timbalan Presiden Datuk Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamil Ayub mendesak pembatalan pemilihan.

“Pengerusi JPP Datuk Johari Abdul perlu segera membetulkan keadaan termasuk menapis agen Azmin yang menyusup masuk sebagai petugas JPP untuk tujuan memanipulasi undi. Inilah petugas yang sama memenangkan Azmin pada 2010,” tegasnya yang turut mengharapkan JPP dibaiki dari segi bilangan petugas yang terlatih, pengendalian, format dan sistem pengundiaan.

Dengan sinis, Badrul Hisham kemudian menjawab cadangan Azmin hari ini untuk merombak keanggotaan JPP, ”Mengapa baru sekarang? Tahun 2010 kamu menyatakan JPP sangat efisyen kerana kamu menang dan tahun ini pada minggu pertama dan kedua apabila kamu mendahului. Apabila minggu ini kamu telah kalah maka barulah mendakwa JPP gagal menguruskan pemilihan mengikut arahan kamu.”

sipetik dari  http://www.mysuara.net/index.php/berita/6641-petugas-jpp-jadi-agen-azmin-ali-chegubard

Wednesday, May 14, 2014

Chegubard, dua aktivis dilepas tanpa bebas daripada PAA

 
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepaskan tiga aktivis yang menganjurkan perhimpunan aman pada malam tahun baru berikutan dakwaan terhadap mereka tidak lagi wujud.

Hakim Ahmad Bache berkata, beliau terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 April iaitu hukuman yang diperuntukkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 tidak mengikut perlembagaan.
 
“Oleh itu, dakwaan itu tidak berasas dan saya melepaskan tertuduh tetapi tidak dibebaskan,” katanya.
Bagaimanapun, peguambela Gobind Singh Deo dan Eric Paulsen membantah pertuduhan yang dibaca kepada tertuduh kerana mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa mendengar kes tersebut.
Gobind berkata, mahkamah boleh mengambil keterangan atas kesalahan yang diisytiharkan tidak mengikut perlembagaan oleh Mahkamah Rayuan pada 25 April lalu.

Tiga tertuduh itu didakwa menganjurkan himpunan Turun di Dataran Merdeka pada 31 Disember untuk membantah kenaikan kos sara hidup.
Mereka sebelum ini dituduh pada 29 Januari tetapi dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen pada 28 April.
Gobind berkata, peguam negara yang juga pendakwa raya tidak boleh menggunakan budi bicaranya untuk membuat tuduhan kerana ia dilihat menyalah gunakan kuasa dan menunjukkan rasa tidak hormat kepada mahkamah.

Paulsen berkata, tuduhan itu tidak berasas sambil menggesa mahkamah membebaskan kliennya.
Dalam perbicaraan hari ini, hakim berkata mahkamah perlu memastikan bidang kuasanya untuk mendengar kes tersebut.

Katanya, ini sekadar kes saman dan tiga tertuduh hanya diminta hadir ke mahkamah.
“Ini bermakna mereka perlu hadir ke mahkamah secara sukarela dan tidak ditahan polis,” katanya.
Hakim berkata, berdasarkan Akta Mahkamah Rendah 1948, beliau mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes saman.
Beliau kemudian meminta pertuduhan dibacakan dan ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim kemudian memberitahu Ahmad Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan Putrajaya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 27 Mei ini.

Sementara itu, Gobind ketika ditemui di luar mahkamah hari ini mengalu-alukan keputusan Mahkamah Sesyen dan mengingatkan peguam negara agar jangan sesekali menyalahgunakan kuasanya.

"Kami mengalu-alukan keputusan Mahkamah Sesyen hari ini. Saya rasa sudah tiba masanya peguam negara mengambil kira perkara yang tidak berlandaskan Perlembagaan.

"Beliau perlu menghormati keputusan Mahkamah Rayuan dan berhenti mendakwa mereka yang tidak bersalah apabila bertentangan dengan Perlembagaan. Saya minta beliau menghentikan salah guna kuasa," katanya.

Badrul berkata, keputusan Mahkamah Sesyen hari ini sebagai membenarkan apa yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada bulan lalu.

Katanya, PAA merupakan satu undang-undang yang mahu menghalang suara rakyat dan tidak ada yang pernah disabitkan di kalangan mereka yang berada di pihak kerajaan.

"Ia mengulang semula keputusan lama. Saya nyatakan kepada hakim, ini jelas bertentangan dengan Perlembagaan. PAA disalah guna oleh kerajaan pemerintah.

"Ada banyak perhimpunan yang dibuat pro kepada Umno dan Barisan Nasional tetapi tiada yang kena dalam undang-undang ini. Undang-undang ini dibuat atas buku mungkin cantik tetapi ia alat rejim menekan suara rakyat yang bertentangan dengan kehendak mereka," katanya. – 14 Mei, 2014.


Thursday, May 01, 2014

Himpunan 1 Mei: NGO Serah Salinan Keputusan Mahkamah Nik Nazmi Kepada Polis

KUALA LUMPUR: Sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkumpul di polis Bukit Aman pada Rabu menyerahkan salinan keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini, yang mengisytiharkan bahawa adalah tidak mengikut perlembagaan untuk mendakwa penganjur perhimpunan yang tidak memberi notis 10 hari lebih awal kepada polis, kepada Ketua Polis Negara menjelang Himpunan Aman Membantah Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei.

Pada pukul 2 petang, sekumpulan kecil bersama wakil-wakil daripada pelbagai badan bukan kerajaan termasuk Lawyers for Liberty, Bersih, Suaram, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Amnesty International menyerahkan salinan penghakiman itu kepada wakil KPN, Penolong Urusetia Ketua Polis Negara Komunikasi Korporat ACP Datin Asmawati Ahmad.
"Kami berharap selepas Ketua Polis Negara melihat penghakiman itu, beliau tidak akan bertindak dalam tidak  tahu atau berpura-pura tidak tahu bahawa wujud satu keputusan di Mahkamah Rayuan yang jelas mengatakan bahawa adalah salah untuk menetapkan perhimpunan aman sebagai jenayah dan supaya kamu tidak menghukum penganjur di bawah PAA (Akta Perhimpunan Aman)," kata Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen.

"Kami berharap perhimpunan tersebut berjalan dengan lancar dan penganjur tidak akan diheret ke mahkamah disebabkan perkara itu," katanya.

Pada Jumaat, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya di bawah S9 ( 1) Akta Perhimpunan Aman (PAA) untuk menganjurkan perhimpunan Black 505 di Stadium Kelana Jaya pada Mei 2013.

Mahkamah memutuskan bahawa kegagalan ketetapan jenayah itu untuk memberi notis 10 hari untuk menganjurkan perhimpunan di bawah S9 (5) PAA tidak mengikut perlembagaan.


Kesan kepada penghakiman itu, Paulsen menjelaskan, peruntukan PAA bersifat sebagai nasihat.

SAMM desak pembebasan Saiden Muslimin Ismail

Kenyataan Media
30 April 2014

Bodek Amerika, Rakyat Jadi Mangsa Undang-Undang Drakonian

 
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengesahkan bahawa seorang aktivis kami telah ditahan di bawah Seksyen 4(1), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) atau SOSMA. Saudara Saiden Muslimin Ismail telah ditahan dengan pertuduhan disyaki sebagai pengganas yang ingin menjalankan misi jihad di beberapa negara yang sedang bergolak.

Saiden Muslimin Ismail adalah anggota SAMM Muar, juga berasal dari Muar, Johor. Beliau yang berumur 24 tahun, baru sahaja mendirikan rumahtangga pada akhir tahun 2013, ketika ini bergerak aktif dalam menjayakan banyak program anjuran SAMM.
Mengapa penahanan dengan tuduhan misi jihad ini dilakukan sebaik sahaja Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama selesai mengadakan lawatan beliau ke Malaysia? Timbul persoalan bahawa ini merupakan satu cubaan untuk membodek Amerika Syarikat agar Malaysia dilihat sebagai sebuah negara sekular yang bersekutu dengan Amerika Syarikat.

Apakah penahanan ini menuntut sokongan White House dalam isu kecelaruan demokrasi yang sedang berlaku Malaysia sepertimana yang telah dibangkitkan oleh Obama ketika lawatannya minggu lalu?

Mengikut laporan media, kesemua yang ditahan ini merupakan satu kumpulan yang kononnya akan berlepas ke negara bergolak untuk berjihad. Sekali lagi, akta drakonian ini digunakan untuk menahan orang awam diatas satu kesalahan yang belum berlaku.

Penahanan atas satu kesalahan yang berdasarkan kepada andaian dan risikan sedangkan PDRM mengakui ada di antara orang kena tahan ini tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dengan Polis. Bagaimana pihak PDRM boleh membuat kesimpulan bahawa mereka ini sedang ingin berlepas ke negara bergolak untuk berjihad?

SAMM tidak menolak kemungkinan penahanan yang melibatkan anggota SAMM Johor adalah satu asakan politik untuk mengaitkan gerakan anak muda yang menentang dasar kerajaan dengan aktiviti militan.

SAMM menuntut perbicaraan segera dan SAMM juga ingin memperingatkan pihak PDRM agar tidak mengabaikan hak-hak Orang Kena Tahan ini sepanjang kes ini disiasat. SAMM akan terus memerhati dari dekat akan perjalanan kes ini dan mengambil tanggungjawab penuh dalam usaha membebaskan aktivis kami daripada pertuduhan ini serta kebajikan isteri dan waris beliau.


Sehubungan itu, SAMM berharap agar peguam-peguam rakyat dan juga gerakan masyarakat sivil yang lain dapat tampil bersama kami dalam membantu membebaskan aktivis kami daripada segala pertuduhan ini.

Aksi penahanan terhadap 'muslim yang memilih jalan berjihad' sempena kedatangan Obama ini juga mencerminkan betapa pemerintah negara ini 'barua' kepada zionis.

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia


Nazree titik hitam sejarah perlawanan anak muda


KUALA LUMPUR: Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard secara terbuka memuji keberanian calon Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad yang disifatkan berani melawan sehingga Mahkamah Rayuan menyifatkan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 sebagai tidak berperlembagaan.

Badrul berkata, anak muda di Malaysia beruntung kerana mempunyai seorang tokoh seperti Nik Nazmi dan sikap berani melawan beliau perlu dicontohi.

Katanya, anak muda sepatutnya perlu melawan dan tidak mencontohi apa yang dilakukan oleh seorang lagi calon Ketua AMK, Nazree Yunus yang mengaku bersalah atas tuduhan melibatkan PAA.

"Semenjak PAA diaplikasikan memang banyak kes pendakwaan berkaitan undang-undang ini. Namun SAMM merakamkan sedih terhadap beberapa pemimpin politik yang tersungkur di mahkamah kerana mengaku bersalah awal di depan hakim kerana undang-undang zalim ini.

"Sepatutnya semua perlu melawan. Nazree Yunus contohnya sudah tentu akan akan jadi titik hitam dalam sejarah perlawanan apabila dia mengaku bersalah,"katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Hanya kerana takut didenda lebih RM2000 dan hilang kelayakan bertanding Pilihanraya dia sanggup kianati perjuangan dengan mengaku bersalah terhadap undang - undang yang bertentangan dengan perlembagaan.

Katanya, keputusan mahkamah berhubung PAA merupakan satu petanda baik bagi perjuangan rakyat mempertahankan hak yang dijamin perlembagaan negara.

Badrul berkata keputusan mahkamah itu juga membawa maksud bukan semua undang-undang menjamin keadilan sebaliknya ia memerlukan perjuangan dan keberanian

Desak tindakan batal pencalonan yang menipu bukan sekadar pengawas yang hanya terima arahan

Note: Kita menghormati dan menyambut baik kenyataan DSAI yang tegas menyebut akan bertindak terhadap penipuan dalam pemilihan, maka memorandum di bawah ini dibaca dan diserahkan kepada Datuk Tan Ee Kew (Timbalan Pengarah JPP) mengikut saluran yang betul.

Dari respon yang diterima, JPP juga sudah mula bertindak dan kita yakin JPP sudah mengesan penipuan yang dimaksudkan. Kita secara serius akan membantu JPP mengumpul dan menghantar bukti-bukti penipuan yang lain.

MEMORANDUM | 30 APRIL 2014
KEPADA: PENGARAH JPP
DARIPADA: AHLI PARTI KEADILAN RAKYAT
PERKARA: PENIPUAN PEMILIHAN 2014

1. Mewakili  suara majoriti anggota Parti Keadilan Rakyat yang prihatin dengan Pemilihan 2014 agar ia berlangsung dengan telus dan adil. Tanpa berselindung, Pemilihan 2010 lalu terdapat banyak kepincangan, namun langkah berani perturun demokrasi hingga ke akar umbi ini harus dipuji. Di atas keberanian ini juga, method pemilihan turut ditiru oleh gerombolan Umno dalam usaha melebar demokrasi.

2. Memang kita akui penambah-baikkan Pemilihan 2014 adalah jauh tersusun dan cermat daripada pemilihan yang lalu. Namun dalam masa yang sama ada manusia tamak kuasa yang tidak hormat demokrasi maka penipuan dan manipulasi terus dilakukan. Ini satu pengkhianatan. Parti ini parti reformasi, justeru itu roh demokrasi harus segar di kalangan ahli dan pimpinan parti.

3. Penipuan ini harus dilawan, pengkhianatan ini tidak boleh dibiarkan. Penipuan yang didedahkan bersama bukti yang jelas berlaku di Batang Sadong dan beberapa kawasan lain wajib ditangani dengan tegas.

4. Membongkarkan penipuan cuba dikatakan memalukan parti, kita perlu sedar yang membuat penipuan itulah sebenarnya penjahat sebenar. Kami sayangkan parti ini. Ia parti masa depan. Membiarkan penipuan dan membunuh demokrasi dalam parti beerti membunuh masa depan harapan bersama.

5. Kita menyambut baik kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa SPR dan JPP adalah berbeza kerana JPP akan bertindak dan parti akan menghukum si pesalah/penipu tanpa mengira jawatan yang sedang disandang.

6.  Kita mendesak siasatan yang menyeluruh dan tindakkan/hukuman harus dititik-berat kepada susuk yang membuat arahan dan individu/pihak memperolehi keuntungan dari penipuan tersebut. Mengambil tindakan terhadap pengawas semata, samalah diumpamakan ‘menahan dan membicarakan Azilah dan Sirul kerana membunuh Altantuya’ tetapi mengenepikan siapa yang mengarahkan pembunuhan itu.

7.  Ketika yang sama kita diasak oleh parti lawan, harus dipertegas bahawa kita berani akui kepincangan ini dan membetulkannya. Gerobolan Umno dan BN tidak layak berbunyi kerana sesungguhnya mereka jauh lebih bobrok.

8. Akhir sekali, ayuh kita pastikan semangat keadilan itu terus subur mekar dalam parti Keadilan, parti masa depan bersama.

Che’GuBard
Anggota Biasa Parti Keadilan Rakyat