Sunday, January 20, 2013

Fathul Bari nikah di Siam itu urusan peribadi dia

Kenyataan Umum
19 Januari 2013

SAMM JEMPUT ANAK MUDA TINGGALKAN SERANGAN PERIBADI UNTUK BERMAIN ISU LEBIH BESAR 

Beberapa kebelakangan ini seolah gempar apabila berlaku penemuan sekeping sijil nikah di Thailang yang merakamkan bahawa Ulama Muda Umno, Ust Fathul Bari telah bernikah di Thailand. Maka gegak gempitalah serangan isu ini kerana ulama muda Umno ini bernikah lari.

SAMM sememangnya banyak tidak bersetuju dengan Fathul tetapi bagi SAMM isu nikah di Thailand ini isu peribadi dan tidak perlu dipermainkan. Ya, mungkin hujahnya ialah Fathul yang menjadi ikon agama Umno telah menunjukkan contoh tidak baik malah ada teman yang menyatakan Fathul tidak hormat YDP Agong dengan melangkaui institusi agama di Malaysia dengan bernikah di Thailand. Walau apapun ia masih berkisar isu peribadi. Isu seperti ini tidak menguntungkan negara jika diperbincangkan secara besar pun.

sijil yang dikatakan surat nikah ulama muda umno di siam

Ingat perubahan, reformasi ialah berasaskan politik baru. Yang diperdebatkan ialah politik nilai, yang diserang ialah salah guna kuasa korup dan pembaziran. Salah urus tadbir dan polisi yang salah bukan menyingkap urusan peribadi yang sulit dan mengaibkan.

SAMM juga agak sedikit terkejut kerana ramai teman- teman progresif tersedut dalam isu peribadi seperti ini. Kepada Fathul dan sekutu regim yang lain, kamu menyerang kami dengan politik lapuk fitnah peribadi tetapi yakinlah anak muda telah mula mengakar dengan politik baru bila muncul serangan peribadi kami tidak akan layan malah tampil membela.

Ini pendirian SAMM bukan baru dalam kes Chua Soi Leck contohnya SAMM pernah mempertegaskan ;
"Dalam isu Chua Soi Lek contohnya cheGuBard konsisten dari awal menyatakan ia satu pencerobohan ruang peribadi beliau. Yang harus di siasat dan dibincangkan oleh rakyat bukan betapa 'power'nya Soi Lek dalam rakaman tersebut tetapi sepatutnya ialah begitulah hebat dan seriusnya pertempuran dalaman sebuah parti (Mca) gabungan Bn. Soi Lek ketika itu cuba dibunuh karier politiknya kerana agak kritikal dalam beberapa isu. Yang harus di siasat ialah bagaimana ruang privasi seperti itu boleh diceroboh. Kedua apa kaitanya dengan pendedahan demi pendedahan mengenai betapa Mca sedang bergelumang dengan 'geng' kongsi gelap. Seterusnya perlu dibincangkan juga jika 'seks' tersebut adakah benar ada kaitan dengan rasuah untuk mendapatkan tender seperti yang didedahkan pada ketika itu juga. Namun oleh kerana tahap terlalu sukakan sensasi cerita 'keseronokan' menonton video itu melebihi isu yang lebih penting kepada rakyat." sila klik sini untuk baca lanjut
Hentikan politik serangan peribadi ! Didik diri dan rakyat membawa negara ke hamisfera politik baru.

Sekian.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

4 comments:

  1. Monkey Shooter1:59 PM

    Sambil menyelam minum air lah tu..... Fatul Bari ini kalau Cikgu Bard yang diberitakan kahwin di Thailand (Songkhla), maka berbuih-buihlah mulut dia membaca hadis dhaif untuk mengharamkan perbuatan Cikgu Bard... Nasib baik yang jadi sebaliknya.

    Dalam politik tidak mengira isu. Begitulah juga dengan Ular Mamak wal Munafik al-Imam Mudahhh UMNO ini, telah dibayar tunai oleh Allah SNT (di atas maruahnya), cuma yang beliau dapat (miliki) adalah apa yang semua ada pada wanita lain, tak lebih dari itu. Tak betul Cikgu Bard?

    Pernah saya dengar kuliah TG Nik Abd Aziz di tahun 1993 dahulu, katanya....(lebih kurang begini) Jika seorang lelaki yang memang kuat bernafsu terhadap semua wanita yang dilihatnya, maka hendaklah ia berfikir bahawa walaupun secantik manapun seseorang wanita itu "bentuk kemaluannya" adalah tetap serupa (Ilmu Mantik), tiada yang berbentuk empat segi, bujur atau bulat. Maka kehendak nafsunya boleh dikurangkan.

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:10 PM

    Untuk kebaikan Fathul sebaiknya mula skng....listen...listen....listen...jangan banyak colok

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:49 AM

    dah dengar ke penjelasannya bro... fitnah seme ni...

    ReplyDelete
  4. ليس المومن بالطعان

    ReplyDelete