Kenyataan Umum
31 Januari 2013
JELAJAH SAMM-ABU Dilancarkan Dengan Tema - AMARAN: TIPU PRU RAKYAT BANGKIT HUMBAN KAMU!
Beberapa
minggu yang lalu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengeluarkan satu kenyataan media yang menyentuh pengakuan Tun Mahathir
dalam penipuan pilihanraya dalam soal pemberian kad pengenalan kepada
warga asing. Perenggan terakhir kenyataan tersebut yang membayangkan
satu Roadshow akan dilancarkan oleh SAMM adalah seperti di bawah;
"Demi rakyat dan kecintaan terhadap negara ini, SAMM dengan kerjasama pelbagai organisasi massa akan sekali lagi menjelajah ke seluruh tanahair termasuk Sabah dan Sarawak bagi meniup kesedaran awam dalam isu babitkan warga asing dan juga menggerakkan massa untuk mengekang warga asing daripada menjadi pengundi talibarut regim pemerintah.
1 Febuari 2013 menjadi tarikh penting bermulanya Roadshow anak muda demi pecutan akhir sebelum PRU-13.
Menyedari PRU ke 13 ialah peluang terbaik menumbangkan regim warisan
penjajah (Umno/Bn), maka Roadshow dijayakan oleh SAMM dengan bekerjasama
rapat dengan sekutu-sekutu ABU, organisasi mahasiswa serta anak muda
dan berkerjasama rapat dengan perbagai peringkat Pakatan Rakyat.
SAMM
sebuah ormas muda bebas, bukan kerajaan atau front mana – mana parti
politik tetapi mengambil sikap politik dan antara objektif jelas SAMM
ialah mempersiapkan rakyat untuk perubahan dan menyedarkan hakikat
perubahan hanya boleh bermula dengan jatuhnya Umno/Bn, maka untuk itu
SAMM sentiasa berusaha bersungguh – sungguh menjatuhkan Umno/Bn dengan
apa cara sekalipun. Untuk itu SAMM membuat keputusan untuk menjatuhkan
Bn, PR seharusnya dibantu. SAMM bersekutu mendokong idea ABU iaitu
bersekutu ke arah perubahan.
Sememangnya
peluang untuk menang berdasarkan tapak sokongan amat cerah. Namun
penipuan PRU menjadi musuh utama. Jesteru itu regim harus diberi amaran,
rakyat harus dipersiap minda, berlaku saja penipuan yang memenangkan Bn
maka dalam tempoh 24 jam rakyat harus turun ke jalan tanpa arahan.
Maka,
Roadshow kali ini sememangnya khusus untuk menyampaikan 'signal' yang
jelas kepada setiap kawasan tumpuan di seluruh tanahair selain menjadi
medan pecutan akhir demi memberi fokus penyebaran maklumat semaksima
mungkin terus kepada rakyat. Juga turut akan diedar di sepanjang
Roadshow (dalam program pagi dan petang di setiap lokasi) ialah set
risalah yang diterbit oleh gerakan ABU dan SAMM sendiri selain
memastikan maklumat PR dapat turun terus ke tangan rakyat. Ia adalah
Roadshow dengan strategi 'serampang beberapa mata'.
Sempena Roadshow SAMM-ABU, beberapa sidang media juga akan berlangsung pada tarikh dan masa berikut;
Sidang Media: Pelancaran Roadshow SAMM-ABU "AMARAN: TIPU PRU, RAKYAT BANGKIT HUMBAN KAMU"
Tarikh: 4 Febuari (Isnin)
Masa: 10 pagi
Lokasi: Dewan Perhimpunan Cina KLSCAH
Kepada
semua editor, mohon jasa baik semua rakan media agar dapat menghantar
wakil membuat liputan untuk semua sidang media di atas.
Disenaraikan juga dalam kenyataan ini, jadual ringkas Roadshow SAMM-ABU;
1 Feb – Kg Parit Perawas, Sg Rambai, Melaka (Pertanyaan 012-2478016)
3 Feb – Jalan Seroja 1, Bukit Sentosa, Rawang, Selangor (Pertanyaan 012-3312364)
4 Feb – Kg Bahagia Teluk Intan, Perak (Pertanyaan 012-5595258)
5 Feb – Dewan Sepak Takraw Sg Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor (Pertanyaan 012-3312364)
6 Feb – Dataran Pasti Bandar Putra, Kulai, Johor (Pertanyaan 012-7030747)
7 Feb – Taman Kenanga, Jalan Bakri, Muar, Johor (Pertanyaan 017-3563823)
9 Feb – Felda Palong 2, Gemas, N.Sembilan (Pertanyaan 0123696474)
11 Feb – Depan Kem Pga Kubang Badak, Kuala Terengganu, Terengganu
12 Feb – Perkarangan Stadium Kota Bharu, Kelantan (Pertanyaan 019-9317608)
13 Feb – Pej Keadilan Paya Besar, Permatang Badak, Kuantan, Pahang (Pertanyaan 017-9573855)
18 Feb – Depan Pasaraya C-Mart Arau, Perlis (Pertanyaan 019-4342244)
19 Feb – Kg Sungai Layar Hujung, Sg Petani, Kedah (Pertanyaan 017-5568557)
20 Feb – Bukit Panchor, Nibong Tebal, P.Pinang (Pertanyaan 012-4702074)
21 Feb – Upu Pas Teluk Sarih Kg Gajah, Perak (Pertanyaan 012-5595258)
22 Feb – Palm Grove, Persiaran Raja Muda Musa, Klang, Selangor (Pertanyaan 019-9809974)
23 Feb – Kemuncak: Sebuah Konvensyen Di Kuala Lumpur (Pertanyaan 010-2675872)
selain program rapat rakyat umum, siri jelajah ini juga akan menumpukan pertemuan tertutup sukarelawan dan aktivis. Maklumat lanjut akan diumum dalam sidang media 4 Febuari nanti.
Sekian
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM
email rasmi: samm4anakmuda@gmail.com
email peribadi: edyesdotcom@gmail.com
twitter: @edyesdotcom
Ini adalah sebuah lagu motivasi untuk kita semua, sila sebarkan:
ReplyDeleteMalaysia Maju Jaya Ini Kali Lah
http://www.youtube.com/watch?v=M2OMv7ezhqM