20 Januari 2013
ROSMAH, KENAPA NAMA KAMU DALAM BORANG KASTAM SEBAGAI PENERIMA CINCIN RM24.45 JUTA ?
8 Julai 2011 kali pertama che'GuBard mendedahkan dokumen dan resit berkaitan kemasukan cincin bernilai RM24.45 juta yang tertera nama 'Datin Paduka Seri Rosmah Bin Mansor' sebagai penerima. Pada peringkat awal pendedahan Rosmah diam dan cuma juak - juaknya menjawab dengan tuduhan dokumen yang didedahkan itu palsu. Malah ada Menteri yang berucap dalam majlis terbuka membela Rosmah dengan menyatakan cincin RM24juta tidak ada dalam dunia.
Namun setelah che'GuBard membuat laporan SPRM di Ibupejabat SPRM Pulau Pinang, maka apabila ditanya oleg wartawan Rosmah hanya kata itu fitnah dan maka timbul pula isu cincin itu untuk pameran. Dengan bantuan sumber yang memberikan maklumat menerangkan jika untuk pameran borang dan prosedur berbeza harus digunakan, akhirnya mereka panik dan menyatakan cincin itu sudah keluar semula. Banyak misteri berlaku sehingga adakah ia kebetulan kerana laporan SPRM dan serbuan SPRM maka sistem kastam di KLIA juga 'down' secara tiba-tiba.
Nampaknya seperti tidak ada jalan keluar maka strategi mendiamkan diri digunakan untuk melupakan orang ramai terhadap cincin ini. Sehinggalah mutaakhir ini pergeseran dalaman Umno telah menyebabkan Najib diserang dan Rosmah menjadi antara 'soft-point' serangan dalaman Umno terhadap Najib. Maka tertekan dengan perkembangan itu Rosmah terpaksa muncul menggunakan strategi Najib menafikan kenal Altantuya dengan bersumpah. Rosmah menggunakan majlis makan malam bekas tentera untuk 'bersumpah yang cincin itu sekarang tiada ditanganya'. Dalam majlis yang sama Rosmah ambil kesempatan kononya (walaupun tidak menyebut nama) che'GuBard seolah ditugaskan untuk menyerang dia setelah gagal menyerang Najib. Rosmah mengangkat dirinya konon diserang kerana Rosmah seolah dia aset Bn.
Ditegaskan di sini :
- pendedahan cincin bukan fitnah tepi longkang sebaliknya bersandarkan dokumen dan fakta, memang ramai pelik seharusnya Rosmah bawa sahaja cincin itu dijarinya tetapi sememangnya wujud kemasukan secara berdokumen. Rosmah kena menjawab. Kemungkinankah benar teori ada kegiatan 'salah' lain yang wujud dari kemasukan cincin secara dokumen ini dan cincin hanya mengaburi kegiatan sebenar yang lebih menguntungkan ? Kerana itu Rosmah tidak mahu menjawab secara detail untuk mengelakkan persoalan lain muncul ?
- Jika ia untuk pameran kenapa prosedur membawa masuk barang pameran seperti biasa tidak diaplikasikan ?
- Rosmah menjadi sasaran ? Ingat Rosmah Mansor, pembangkang pernah bertempur dengan banyak Presiden Umno sebelum ini, sebegitu hebat bertembung dengan Mahathir tetapi kami tidak pernah menyerang Siti Hasmah kenapa ? Serangan kepada Rosmah bukan serangan peribadi tetapi serangan kerana sikap boros dan tamak Rosmah itu sendiri dan kebanyakanya sudah dibuktikan seperti resit hotel, beg tangan , jam dan lain eksesori. Contoh terbaru pendedahan Deepak mengenai pembelian barang kemas juta bernilai belasan juta untuknya. Rosmah menjadi sasaran serangan juga kerana sikap campur tangan banyak dalam urusan yang sepatutnya dia tidak campur tangan. Tanyalah pimpinan Umno itu sendiri mereka sendiri bercakap Najib lemah dan harus mula bertegas mengawal Rosmah.
Saya che'GuBard mengajak rakyat menolak sumpah 'olok-olok' Rosmah. Jika sumpah dalam ucapan , sumpah di rostrum boleh membersihkan maka mahkamah pun boleh tutup kerana semua yang dituduh akan bersumpah.
Mungkin cincin tidak ada ditangan dia sekarang tetapi terlalu banyak misteri yang perlu dijawab mengenai cincin RM24.45 juta itu. Bukan sekadar cincin tetapi gaya hidup yang bermewah memboros dan mencampuri urusan banyak perkara yang tidak sepatutnya.
untuk ikuti dan fahami lagi isu cincin ini sila klik
- berkenaan kronologi pendedahan cincin klik http://chegubard.blogspot.com/2011/08/chegubard-tidak-perlu-mohon-maaf.html
- (berkenaan dengan isu cincin telah keluar) klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/usaha-terdesak-untuk-lindungi-imelda.html
Sekian.
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
video hiasan sahajatidak ada kena mengena dengan SAMM atau artikel di atas
Betul,jawab Rosmah dengan jelas dan lidah yang fasih,kerana mereka juga mahluk Allah saperti kamu,dan jangan lupa jawab sekali tuduhan yang Deepak limpah keatas kamu,najib dan baginda,apa kah itu fitnah juga ?....listen...listen...listen Rosmah,when I shut up,you answer.
ReplyDelete