“Sangat aman…Peserta himpunan mengikut arahan. Secara keseluruhan, tiada masalah,” kata Peguam Pemerhati Majlis Peguam, Wan Muhammad Hafiz.

Beliau menterjemah demikian kepada Keadilan Daily sebaik kumpulan berjumlah 3,000 rakyat dari Kampung Baru tiba di Stadium Merdeka, Sabtu lalu.
Peserta HKR dilepaskan dari lokasi tersebut diketuai Penyelaras Solidariti Anak Muda Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard.
Perjalanan ke Stadium Merdeka sejauh lima kilometer mengambil masa kira-kira sejam setengah diiringi, sebuah jip 4WD dan van yang turut dipenuhi minuman dan kelengkapan perubatan untuk peserta.
Kumpulan ini bertepuk tangan dan menyanyi beramai-ramai lagu rock dari kumpulan One Buck Short berjudul ‘Kelibat Korupsi’ bagi menaikkan semangat peserta.
Mereka turut mengibarkan bendera besar SAMM, bersama puluhan bendera kecil lain menarik perhatian orang ramai dari dalam kedai dan pejabat untuk segera ke pinggir jalan mengambil gambar.
Manakala para pemandu kereta membunyikan hon dan menunjukkan isyarat bagus.
Beberapa wartawan media arus perdana dan online yang ditemui memberitahu, Himpunan Kebangkitan Rakyat seperti ‘pesta jalanan’.
“Sangat menarik dan sangat bagus. Kita boleh ‘jual’ berita. Liputan membolehkan (jualan akhbar) laris,” kata seorang wartawan kanan yang ditemui.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43122
No comments:
Post a Comment