Media dipergunakan sepenuhnya untuk menyebarkan propaganda dan fitnah oleh Bn. Semua aparat kerajaan di gunakan sepenuhnya bagi tujuan memenangkan Bn. Kempen 'busuk' fitnah dan termasuk menyerang 'akidah' sendiri oleh Bn menggila. Orang Islam sanggup mengiyakan kempen menyerang Islam dan negara Islam oelh SUPP dikalangan masyarakat bukan Islam demi meraih undi.
Kapitalis kaya , tauke syarikat besar terus menabur wang demi mempertahankan Bn kerana hanya Bn yang mampu pertahankan kegiatan mencekik darah yang semala ini dilakukan.
Namun semuanya berjaya di tepis dengan menghasilkan kemenangan tipis.
Selepas kalah Najib segera menyatakan jadikan kekalahan Bn di Sibu sebagai kebangkitan. Najib dalam kenyataannya memperakui Bn tewas kerana jentera mereka tidak sekreatif dan bersungguh - sungguh seperti jentera Pakatan Rakyat. Persoalanya sejak bila Bn bergantung pada jentera mereka, bukankah yang bekerja sepenuhnya ialah jentera kerajaan yang disalah guna termasuk SPR dan Polis. Najib dan Timbalanya segera menyatakan juga semua janji Bn di Sibu tetap akan dilaksana.
Bagai Pakatan Rakyat kemenangan di Sibu seharusnya menjadi pengajaran berguna betapa kekuatan jentera rakyat ini harus diperkemas segera. Kekalahan di Bagan Pinang dan Hulu Selangor harus dijadikan 'sempadan' amat tak ternilai. Jangan cepat puas hati dengan kemenangan di Sibu.
Kempen mengatasi penipuan SPR harus diteruskan. Masih terngiang ditelinga ini apabila dalam mesyuarat pertama MPT (kini dikenali sebagai MPP) KEADILAN selepas PRU ke 12 yang lalu cheGuBard mengusulkan kempen BERSIH harus diperkemas dan diperhebat, ini kerana jangan ketika kita menang kita lupa pilihanraya tidak adil tetapi bila kalah nanti baru nak bising. Jika ini berlaku rakyat akan lihat kita hipokrit. Malangnya cadangan cheGuBard dalam mesyuarat MPT tersebut dijawab dengan sinis seorang ahli MPT yang bergelar YB ketika itu mungkin belum habis mabuk menang menjawab " tak lepas 16 September kita tukar Pengerusi SPR selesailah masalah'. Selepas kalah di Bagan Pinang dan Hulu Selangor baru kita bising balik - pilihanraya tak adil.
Di Sibu bukan SPR tak tipu, Polis dan jentera kerajaan tak diperkuda cuma gelombang rakyat yang kuat sudah tak 'lut' dengan penipuan itu. Dah tipu tapi Bn masih kalah. Kalah Pilihanraya itu berjalan adil pasti Bn kalah lebih besar di Sibu.
Sekarang satu lagi aspek yang harus di tumpukan di Sibu ialah janji Pilihanraya Bn. Najib dah janji semua janji akan tunai. Tubuhkan jawatankuasa pemantau rakyat untuk memantau semua janji dan perlaksanaan janji Bn.
Lihat sahaja di bawah ini janji serta pengumuman yang dibuat semasa kempen di Sibu :
- Kadar penurunan premium pajakan tanah yang paling besar di negara ini sehingga 50 peratus daripada kadar asal
- Kolej Laila Taib akan dinaik taraf sebagai Universiti Kolej Laila Taib menjelang 2012.
- Pusat latihan termoden dan terbesar untuk pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di bawah (RMK-10)
- RM1 Bilion projek perparitan dan tebatan banjir
- RM611 Juta untuk membina dan menaik taraf projek jalan raya di Sibu
- RM 20 Juta timbang bina kompleks sukan di Sibu
- RM18 Juta bantuan kewangan kepada sekolah Cina dan sekolah mubaligh di Sibu.
- RM18 Jua untuk projek teknologi rakyat bagi membantu masyarakat pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak
- RM10 juta untuk transformasi Pos Malaysia di Sabah, Sarawak
- RM 1.12 Juta untuk projek pembangunan Islam di Sibu
- RM1 juta bangunkan semula Rumah penduduk daif Kampung Jeriah
- RM926,200 projek pembangunan masyarakat di kawasan majoriti kaum Iban di Bawang Assan di sini.
- RM600,000 untuk membaik pulih surau dan sekolah agama dan membina gelanggang sukan futsal di Kem Rascom
- RM500,000 untuk meningkat prasarana SK Agama Sibu
- RM200,000 untuk Rela Sarawak
- RM100,00 untuk Persatuan Ibu Tunggal Sibu
- RM100,000 projek makmal sekolah SK Nanga Tutus
- RM50,000 kepada Rela Sibu
- RM10,400 untuk Kampung Teknologi di setiap bahagian
- RM10,000 di Kampung Bahagia Jaya, Teku, Kampung Wifi pertama di Malaysia
- RM10,000 bagi penubuhan sebuah prasekolah
- RM 1,000 saguhati khas kepada setiap polis zaman darurat di Sarawak.
- Siaran TV satelit percuma kepada 200,00 penduduk kawasan pedalaman
- 1,000 komputer canggih percuma kepada pelajar
- Program komuniti SIRIM Pintar-Learning di tiga buah sekolah
Ini peluang 'knock out' terus Bn dalam Pilihanraya Negeri yang makin dekat.
......................................................................................
Beliau kemudiannya mengumumkan kadar premium pajakan tanah yang menyaksikan penurunan bayaran paling besar di negara ini sehingga 50 peratus daripada kadar asal
http://www.utusan.com.my/
Kolej Laila Taib jadi universiti kolej tahun 2012
SIBU 2 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Kolej Laila Taib yang sebelum ini dikenali sebagai Kolej Bersatu Sarawak (UCS) akan dinaik taraf sebagai Universiti Kolej Laila Taib menjelang 2012.
http://www.utusan.com.my/
SIBU 10 Mei – Penduduk Sibu diberi jaminan yang kerajaan akan melaksanakan projek perparitan dan tebatan banjir bernilai lebih RM1 bilion sehingga masalah itu selesai, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau juga sebelum itu mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk meningkat prasarana SK Agama Sibu yang disifatkannya antara sekolah terbaik di negeri ini.
http://www.utusan.com.my/
Kerajaan memperuntukan sebanyak RM611 juta untuk membina dan menaik taraf projek jalan raya di Sibu, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.
http://www.utusan.com.my/
Perdana Menteri hari ini mengumumkan bantuan kewangan berjumlah RM18 juta kepada 67 sekolah rendah, menengah jenis kebangsaan Cina dan sekolah mubaligh di sekitar bahagian Sibu.
http://www.utusan.com.my/
RM10 juta untuk transformasi Pos Malaysia di Sabah, Sarawak
Kerajaan akan melaksanakan pelan transformasi perkhidmatan Pos Malaysia di Sabah dan Sarawak yang akan menelan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM10 juta.
http://www.utusan.com.my/
Peruntukan sebanyak RM926,200 bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan masyarakat di kawasan majoriti kaum Iban itu diumumkan oleh Muhyiddin di Bawang Assan di sini.
http://www.utusan.com.my/
Kem Rascom terima peruntukan RM600,000
SIBU 6 Mei - Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM600,000 untuk membaik pulih surau dan sekolah agama di samping membina gelanggang sukan futsal di Kem Rascom hari ini.
http://www.utusan.com.my/
Kampung Teknologi itu akan diadakan di setiap bahagian dan akan diperuntukkan sebanyak RM10,400 untuk membeli barangan yang diperlukan bagi tujuan tersebut.
http://www.utusan.com.my/
Persatuan Ibu Tunggal Sibu mendapat peruntukan sebanyak RM100 ribu bagi membantu ahli-ahlinya membuka perniagaan untuk menjana ekonomi keluarga.
http://www.utusan.com.my/
Rumah penduduk daif Kampung Jeriah dibangunkan semula
''Kos keseluruhan dianggarkan RM1 juta dan ia adalah sebagai salah satu tanggungjawab sosial syarikat terbabit," katanya kepada pemberita.
http://www.utusan.com.my/
Sarawak akan mendapat sebuah pusat latihan termoden dan terbesar untuk pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Selain itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada Rela Sibu dan RM200,000 untuk Rela Sarawak menjalankan aktiviti dalam usaha memartabatkan pasukan sukarela itu.
http://www.utusan.com.my/
RM1.12m assistance for six Islamic development projects in Sibu
http://www.utusan.com.my/
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengagih-agihkan sebanyak 831 keping cek saguhati khas kepada bekas polis zaman darurat dari tahun 1962 hingga 1974 di Sarawak.
Setiap cek bernilai RM1,000
http://www.utusan.com.my/
Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini melancarkan siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Melalui Satelit (RMS) ke pedalaman Sarawak dan Sabah yang memberi faedah kepada lebih 200,000 penduduk kawasan itu menikmatinya secara percuma.
''Komputer canggih buatan Malaysia ini yang berharga RM999 seunit akan diberikan percuma kepada para pelajar sekolah di seluruh negara dengan Sibu sebagai lokasi pertama penyerahan.
''Hari ini kita bagi 50 unit kepada pelajar, tetapi kita sudah menyediakan 1,000 unit untuk pelajar di kawasan Parlimen Sibu secara percuma," kata Najib.
http://www.utusan.com.my/
Bahagia Jaya Kampung Wifi pertama
SIBU 12 Mei - Kampung Bahagia Jaya, Teku, di sini menjadi Kampung Wifi pertama di Malaysia mempunyai perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar dengan pancaran dari Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) yang terletak di sebuah sekolah kampung itu.
"Perkhidmatan ini akan menjimat kos, cepat dan tepat kepada sasarannya. Kos pemasangan hanya sekitar RM10,000.
http://www.utusan.com.my/
http://www.utusan.com.my/
Kerajaan timbang bina kompleks sukan di Sibu
SIBU 10 Mei - Kerajaan akan mempertimbangkan permintaan calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew agar sebuah kompleks sukan dibina di bandar Sibu yang akan menempatkan gelanggang sukan badminton bernilai RM20 juta.
http://www.utusan.com.my/
SIBU 10 Mei - SIRIM Berhad hari ini melancarkan program komuniti yang dikenali sebagai SIRIM Pintar-Learning di tiga buah sekolah di sini bagi memberi pendedahan tentang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada para pelajar.
http://www.utusan.com.my/
RM18 juta untuk projek teknologi rakyat
SIBU 9 Mei - Kerajaan memperuntukkan RM18 juta untuk melaksanakan 165 projek teknologi rakyat bagi membantu masyarakat pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak untuk sama-sama menikmati arus pemodenan.
Sementara itu, Guru Besar SK Nanga Tutus, Enturan ak Jibang berkata, pihak sekolah dan penduduk setempat sangat berbangga kerana terpilih untuk mendapat projek makmal sekolah bernilai lebih RM100,000 itu yang boleh membantu para pelajar.
http://www.utusan.com.my/
Kerajaan memperuntukkan geran permulaan RM10,000 bagi penubuhan sebuah prasekolah bagi menggalakkan penubuhan prasekolah swasta khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. http://www.utusan.com.my/
No comments:
Post a Comment