Pakatan Rakyat Muar telah menganjur Majlis Dialog Bersama Rakyat bertempat di Hotel Muar Traders, Jalan Maharani, Muar. Majlis yang bermula jam 8 malam ini telah dihadiri kira – kira 100 hadirin. Turut hadir di majlis ini adalah ahli – ahli UMNO / BN dan Pembantu Khas YB Dato’ Razali Ibrahim, Ahli Parlimen Muar.
Majlis Dialog dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mahfuz Muhammad, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor. Ahli Panel dialog pula adalahYB. Dr. Boo Cheng Hau, Ketua Pembangkang DUN Johor merangkap Pengerusi DAP Negeri Johor, Sdr. Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard, Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, Sdr. Mazlan Aliman, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Pengerusi Persatuan Anak – Anak Peneroka FELDA (ANAK) dan YB Tuan Sim Tong Him, Ahli Parlimen Kota Melaka.
Antara isu – isu yang diketengahkan oleh rakyat termasuklah isu Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, Kes – kes Anggota PKR yang keluar parti dan kejayaan Pakatan Rakyat mentadbir Negeri – Negeri selama 2 tahun ini. Masalah – masalah Negara seperti Kes kehilangan enjin Jet, Komisyen Scorpene, Altantuya, Rasuah dan ketidakcekapan pengurusan pemimpin Negara turut diperjelaskan dalam majlis ini. Pendedahan mengenai Kerajaan Johor yang membelanjakan RM 700 ribu semata – mata untuk menghantar wakil rakyat bercuti sebagai hadiah perlancongan bagi “performance” mereka agak mengejut rakyat Muar.
RM 18,000 sehari seperti yang tercatat dalam hansard Parlimen. Juga, statistic dari Bukit Aman menunjukkan 7 orang akan dirogol setiap hari. Kes Allahyarham Aminulrasyid yang mati ditembak polis turut mencuit emosi peserta majlis.
Sdr. Che’gu Bard turut mengulas mengenai Pilihanraya Kecil Hulu Selangor dimana ramai pendokong – pendokong Pakatan Rakyat yang hadir hanya menjadi “Pelancong Politik”. Seharusnya, semua perlu mendaftarkan diri di bilik – bilik gerakan untuk membantu jentera.
Sdr. Che’gu Bard memberikan penjelasan yang tepat mengenai kes Altantuya, Komisyen Scorpene, Kehilangan Enjin Jet dan ketidakcekapan pengurusan Pemimpin Negara sehingga menyebabkan Negara kehilangan berbillion ringgit. Menurut Sdr. Che’gu Bard “
Turut menarik perhatian adalah penerangan mengenai masalah – masalah yang melanda Gugusan Tanah Rancangan FELDA yang dilihat telah membelit kehidupan peneroka zaman berzaman. Termasuklah Akta GSA yang cuba dimanipulasi oleh Pemerintah dan FELDA. Sedangkan dalam Hansard Parlimen bertarikh 27 April 1962 Allahyarham Tun Abdul Razak, Mantan Perdana Menteri telahpun membentangkan maksud sebenar Akta GSA. Berdasarkan hansard itu, Akta GSA tiada kena mengena dengan pengurusan FELDA tetapi FELDA telah menggunakan Akta ini untuk menekan peneroka dari semua sudut seperti satu wilayah autonomi. Akta GSA juga memperuntukkan secara jelas hak Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.
Sdr. Mazlan Aliman akan mempersembahkan dokumen dan memorandum kepada semua Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat untuk menarik balik semua hak – hak Kerajaan Negeri dimana Kerajaan Negeri bebas untuk mengurus dan menyerahkan semula hak – hak peneroka FELDA. Sdr. Mazlan Aliman turut mendedahkan kenapa beliau tidak dibenarkan untuk memasuki tanah – tanah rancangan FELDA. Pendedahan dokumen diantara Majlis Belia FELDA dengan Kementerian Dalam Negeri yang melarang beliau memasuki kawasan tanah rancangan kerana kejayaan ANAK menarik perhatian generasi muda FELDA.
Isu mengenai Kerajaan Negeri Johor bakal muflis pada tahun 2012 juga turut diperjelaskan dengan rapi oleh YB. Dr. Boo Cheng Hau dan YBhg. Dato’ Dr. Mahfuz Muhammad. Sememangnya isu ini menarik perhatian sekalian rakyat Negeri Johor kerana Muar sebagai daerah dalam Negeri Johor akan turut sama menghadapi kesan sekiranya perkara ini benar – benar terjadi. Bajet Negeri Johor telah mengalami deficit selama 10 tahun ini. Negeri Johor adalah merupakan negeri yang paling banyak berhutang.
Negeri Johor pada masa ini berhutang sebanyak RM 1 Billion. 60% dari hutang ini atau RM 600 juta dipinjam sewaktu Negeri Johor ditadbir oleh
Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau membuat pinjaman ini untuk memajukan dan menaiktaraf bekalan air Negeri Johor. Tetapi apa yang berlaku hari ini. Kajian dilakukan di Empangan Bekok telah menunjukkan bekalan air tercemar dengan bacteria E-Coli. Kerajaan Negeri juga telahpun menjual asset pengurusan air ini kepada PAB, anak syarikat Kementerian Kewangan tetapi rakyat Johor terpaksa membayar RM 260 juta untuk membeli semula air selama 30 tahun. Sedangkan selama lebih 10 tahun ini, Kerajaan Negeri Johor tidak mampu untuk membayar hutang berjumlah RM 600 juta itu bagaimana pula untuk menampung beban membayar RM 260 juta selama 30 tahun ini?
JBiotech – sebuah syarikat Negeri Johor yang mempunyai 9 buah anak syarikat. 5 dari 9 anak syarikat JBiotech ini telah bankrap dimana secara teknikal kerana hutang mereka lebih tinggi dari asset mereka. 7 dari anak syarikat ini telah mengalami kerugian sejak tahun 2008 berjumlah RM 4.7 juta. Segala hutang ini terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri.
JCorp pula telah berhutang sebanyak 6 kali ganda dari hutang Kerajaan Negeri iaitu kira – kira RM 6.4 Billion. Kira – kira RM 3 Billion dari hutang ini adalah dalam bentuk Bon Islam yang akan matang pada tahun 2011 dan Kerajaan Negeri merupakan Penjamin kepada JCorp. Sekiranya JCorp atau Kerajaan Negeri gagal menyelesaikan hutang ini maka, Kerajaan Negeri ini akan secara teknikalnya muflis.
Che’gu Bard turut mempersembahkan satu Deklarasi iaitu Deklarasi Muar Traders yang menuntut setiap anggota parti berganding bahu dengan Pemimpin Setempat untuk menyampaikan maklumat – maklumat berguna dan terkini serta membina satu rangka gerak kerja bersepadu agar masyarakat khasnya Rakyat Muar akan dapat mengetahui dan membuka minda berfikir mengenai dasar – dasar Pakatan Rakyat sambil memuji kebijakan YAB Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah diatas usaha dan kebijakan beliau menangani masalah pembalakan di Kedah sehingga memberikan pulangan yang berlipat ganda. Ini adalah sesuatu yang Kerajaan Kedah pimpinan BN gagal laksanakan sewaktu mereka memerintah. Che’gu Bard turut membidas pemikiran rakyat dimana kita masih lagi terbelenggu dengan pemikiran bahawa Pemimpin mestilah memakai Kot dan memandu kereta mewah. Kerana inilah persepsi Pemimpin yang UMNO / BN telah didik kita selama ini. Che’gu Bard turut mengemukakan pandangan agar setiap jentera Pakatan Rakyat berusaha memberikan pendidikan politik kepada masyarakat agar martabat insaniah dapat ditegakkan dan rakyat tidak lagi boleh dimomokkan dengan segala bentuk ancaman oleh UMNO / BN.
Majlis Dialog Bersama Rakyat ini selesai jam 11 malam
petikan dari http://amkmuarjohor.wordpress.com/
No comments:
Post a Comment