Monday, May 24, 2010

PDRM akui 'gangster' di belakang MB NS, ceramah diteruskan dengan pindah lokasi


akhbar Sinar yang hadir sidang media menulis dengan cara mengelirukan. Tuduhan kaitkan Menteri Besar dan gangster bukan tuduhan KEADILAN tetapi berdasarkan surat dari PDRM dalam menolak permit. Malah sidang media tersebut meminta untuk diumumkan lokasi baru juga tidak disiarkan oleh Sinar.... kenapa yer ?


22 Mei 2010, satu sidang media telah dibuat oleh cheGuBard (Ketua KEADILAN Rembau) dan YB Taufek Ghani (YDP PAS Rembau) mengenai program Pakatan Rakyat 'gempur' DUN Rantau.

Lebih 3 minggu lepas satu permohonan permit ceramah politik telah dihantar ke IPD Seremban memohon untuk satu ceramah politik di Kg. Nyatoh, Rantau. Namun seminggu selepas itu dimaklumkan secara 'mulut' oleh pihak polis meminta kami menukar lokasi ceramah tersebut kerana ia dekat sangat dengan 'lubuk' Mohamad Hassan (Menteri Besar N.Sembilan dan ADUN Rantau) selain dari alasan teknikal seperti lokasi tidak tidak berpagar dan jalan besar yang dekat dengan lokasi mempunyai garisan berkembar, yang mana bagi kami alasan teknikal tersebut boleh di atasi. Polis yang menyampaikan maklumat tersebut dengan meminta pihak kami memahami 'tekanan' yang mereka terima.

Untuk menjaga hubungan baik kami dengan polis maka 'permintaan' untuk mengalihkan lokasi ceramah kami akur dengan mengalihkan ke depan Pejabat DAP, Taman Ekar Rantau. Namun pada 21 Jun, Setiausaha KEADILAN Rembau, Sdr. Norazizi Aziz telah menerima dua pucuk surat yang menolak pemberian permit di kedua - dua lokasi ceramah.

Antara alasan penolakan dalam surat pertama yang menolak Kg Nyatoh, Rantau sebagai lokasi ceramah dalam surat yang ditandatangani oleh Ketua Polis Seremban ialah kawasan tersebut DUN Rantau ialah kawasan yang mana ahli dewan undangan negerinya merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan dan bimbang kumpulan penyokong Bn bertindak balas dan bertindak ganas.

Dalam surat kedua pula menolak Depan Pejabat DAP-Pakatan Rakyat di Taman Ekar, Rantau sebagai lokasi ceramah antara alasanya ialah terdapat Kumpulan Gangster India penyokong Bn di kawasan tersebut. Polis juga menyatakan bimbang jika penceramah akan membangkitkan provokasi dan mengundang indak balas kumpulan gangster India dan PAKEDA yang menyokong Menteri Besar.

Ini adalah alasan yang karut. KEADILAN Rembau merakamkan simpati dan amat memahami dengan situasi PDRM yang menerima tekanan. Kami jangkakan mungkin kalau bukan tekanan dari Menteri Besar sendiri tetapi kemungkinan dari penyokong dan ahli keluarga Menteri Besar yang juga terlibat dalam kumpulan yang dinyatakan oleh Polis. Namun ia masih kerana kelemahan Menteri Besar yang terlalu lemah hingga gagal mengawal penyokong khususnya ahli keluarganya sendiri. Di ingatkan bukan KEADILAN Rembau menuduh dan mengaitkan Menteri Besar dengan gangster tetapi ia terkandung dalam surat Polis. Ini mungkin polis yang tertekan dan menyampah dengan tekanan yang diberikan sehingga memaksa mereka mengeluarkan surat yang tertulis nyata mengenai tekanan mereka.

Ini sebagai bukti kenapa gangsterisma dan jenayah gagal diatasi dengan efisyen kerana ada ganster yang dilebel penyokong Bn terpaksa diberi layanan istemewa. Mungkin ini antara yang dikatakan oleh Ketua Polis Negara, Musa Hassan sedikit masa lalu dengan menyatakan ada campur tangan luar yang mengganggu profesionalisme pihak polis.

Kepada Menteri Besar, kamu harus malu dengan perkembangan ini. Tunjukanlah contoh yang baik atau adakah kamu nak jadikan kawasan Pekan Rantau dan sekitarnya sebagai pekan koboi yang dikuasai oleh keluarga dan penyokong kamu sahaja ? Dalam politik matang hujah sepatutnya dibalas hujah bukan berselindung di sebalik ugutan dan penggunaan jentera kerajaan.

Untuk tidak mahu punya masalah dengan polis. Sebagai parti yang bersedia mengambil alih kerajaan negeri dalam PRU akan datang, Pakatan Rakyat tidak mahu membuang sumber (masa, tenaga dll) dalam bertempur dengan perkara yang tak sepatutnya maka memilih untuk mengalihkan kali ke 3 lokasi program.

Program tersebut tetap diteruskan dengan jemputan dan masa yang sama cuma lokasi di tukar ke Padang Awam, Taman Angsamas, Rantau. Harap ia tidak punya masalah lagi kerana ia lokasi yang agak jauh dari pekan yang dianggap keluarga dan penyokong Menteri Besar sebagai milik mutlak mereka.

Sdr. Norazizi Aziz pagi tadi telah berjumpa dengan pihak Ketua Polis Daerah Seremban sendiri. Alhamdunillah beliau nampak profesional. Lokasi terbaru tidak ada masalah. Namun sebagai persediaan seperti gangguan gangster atau upahan Bn maka kita mohon sebanyak mungkin petugas dapat digerakkan ke lokasi ceramah untuk memastikan kelancaran dan mengelakkan sebarang gangguan.

Kepada semua juga dirayu untuk menghebahkan maklumat ceramah melalui sms, email atau apa juga cara demi memastikan semangat dan kekuatan rakyat dapat ditonjolkan ke arah memerdekakan rakyat negeri ini.

Kita tahu ini semua kerana ketakutan regim Bn khususnya di negeri ini yang makin panik. Rakyat negeri ini hanya dibezakan dengan 4 kerusi sahaja lagi sebagai pemisah untuk melihat Bn Justify Fulltumbang.

1 comment:

  1. Anonymous10:05 AM

    x kesah lah...what evr i dont cre.....
    gangster tetap gangster gak....gua pon gangster gak.....hahahah....

    ReplyDelete