Tuesday, April 20, 2010

Gambar sidang media Dr. Halili, keluar parti, jika diteliti gambar ini hahahaaa.... jelas ia sidang media orang di sebelah Halili bukan dia.....

Bila dapat sms subuh semalam menyatakan Halili akan keluar parti, selamba sahaja cheGuBard jawab 'Alhamdunillah...'

Siapa yang siap kata konon kata Dr. Halili ialah calon terbaik Hulu Selangor...? Kononya Anwar silap pilih Zaid dan kalau pilih Halili senang nak menang... hahahaaa... senang apa senang lompat ? Ingat kemenangan ramai sebelum ini kerana rakyat bukan kerana siapa dan siapa.... Jika kita rasa individu lebih besar dari perjuangan maka silalah cari pintu keluar.... alasan tidak susah pakailah alasan apa sahaja. Sudah tersedai buku menu alasan gunakan sahaja salah satu ada ambil beberapa seperti Anwar tidak bela Islam dalam isu Allah, Anwar anti Melayu atau paling tidak Anwar tidak tanya sudah sarapan atau belum hahahaaaaa....

Sebelum ini cheGuBard dan kawan - kawan sering dituduh tak ada disiplin.... hahahaaaa sekurang kurangnya time perang cheGuBard faham untuk fokus dan tak lari balik sebab tak dapat makan..... tak apa simpan dulu lepas pilihanraya kita sembur....

Biarlah ini proses pembersihan cuma kesian dekat Anwar, cheGuBard bukan 'Anwaris', cheGuBard sering bertelagah dengan Anwar dalam banyak perkara dalam mesyuarat pusat bukan menikus macam sesetengah orang dan hanya banyak cakap belakang Anwar itu dan Anwar ini tetapi bila depan Anwar cium tangan tetapi bila 'offer' besar blah.... cium tangan Anwar bodek tetapi kerja tak buat.....

Kepada Anak Muda Malaysia ayuh kita rapatkan 'saf' perjuangan kita kayuh juga walau payah... bukan kerana Anwar tetapi kerana 'perubahan' yang kita sama citakan demi masa depan negara.



cuma siapa lagi nak istihar keluar yer...??? lepas pilihanraya Hulu Selangor ini jumlah keluar akan lebih ramai dari jumlah ahli nampaknya..... hahahaha

Najib dinasihati APCO guna tema BN Mampu berubah di Hulu Selangor...hahaha berubah apa ? Kempen beli pun tetap sama cuma berubah dari segi nilai kali ini besar sikit.

cuba baca posting dari blog Din Binjai ini :

Fairus orang kaya baru

Bekas Timbalan Ketua Menteri I Mohammad Fairus Khairuddin (bawah, kiri) telah menyelesaikan bayaran pinjaman kenderaan untuk membeli sebuah Mercedez Benz dengan kerajaan negeri.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata Fairus telah menjelaskan bayaran itu dengan memasukkan RM109,000 ke dalam akaun Perbendaharaan Negeri di bank minggu lalu bagi menyelesaikan pinjaman itu termasuk faedahnya.

"Kami telah menerima jumlah itu daripada beliau selepas notis terakhir dihantar kepadanya bulan lepas supaya menyelesaikan pinjaman itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Balik Pulau.

Katanya notis itu dihantar kepada Fairus meminta beliau menjelaskan jumlah hutang yang belum dibayar atau memulangkan kenderaan itu dalam tempoh dua minggu.

Semua ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri di Pulau Pinang layak mendapat pinjaman kenderaan RM130,000 selama lima tahun dan pinjaman RM100,000 bagi perumahan yang akan dipotong melalui gaji bulanan mereka.

Fairus membayar pinjaman itu sehingga beliau meletakkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 dan Anggota Exco Kerajaan negeri pada 8 April 2009. Pada 16 April beliau meletakkan jawatan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti.

INGAT KATA EZAM..MANA ADA ORANG MASUK UMNO IKHLAS..
KAN SUDAH TERBUKTI....

4 comments:

  1. Anonymous7:23 PM

    Salam Chegu Bard,

    Chegu Bard bila lagi nak keluar dari PKR? Jangan malu-malu chegu bard. Semua orang tahu, chegu pun dalam dilema...diluah mati emak, ditelan mati bapak...

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:59 PM

    INGAT KATA EZAM..MANA ADA ORANG MASUK UMNO IKHLAS..
    KAN SUDAH TERBUKTI....

    pada pandangan pembangkang sapa yang masuk UMNO tak ikhlas. Kepala dalam PKR tu ikhlas ke? Kelentong sana sini benda tak betulpun kata betul.

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:00 PM

    Fairus ini memang non-performer. Masa dia kerja kat bekas syarikat ini, kena counsel banyak kali. Selalu MIA dan kerja pun teruk. Kena pulak counsel out from company. Tapi apa pulak Anwar tak siasat talarbelakang dia. Kata nak belajar PhD. Kepala otak dia. Akademi pelajaran pun teruk sampai nak belajar PhD. Ikut saja MP dan ADUN BN. Beli PhD saja -lah

    ReplyDelete
  4. Salam

    chegubard ni sapa dia ni? YB ke Ahli parlimen ke? sibuk je sna sini jerit2..bleh plak menjdi pencrmah..haha..

    ke nak cr populariti ni, yela duk sibuk laung2,jerit2, ntah laung pun bnda sama je..mcm hebat sgt. cr populariti ke?. kot2lah PRU akan dtg diplih jadi calon..yela da nmpk aktif sgt jerit2..bleh la jd pilihn..

    ReplyDelete