Friday, April 23, 2010

Felda: Siapa tuan, siapa kuli?

PERDANA Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak serta jentera Umno digesa supaya tidak menjadikan konsortium Felda Holdings Berhad sebagai perkakas politik kempen demi meraih sokongan pengundi di beberapa Felda, di sini.

Badrul Hisham Shaharin, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, tanpa sumbangan peneroka Felda generasi pertama, kerajaan dan Felda yang ada hari ini tidak mungkin menikmati hasil kekayaan bumi Malaysia.

“Sebelum Malaysia berjumpa minyak (patroleum), semaju mana (dan) sehebat mana Malaysia, Malaysia ini di bina oleh keringat masyarakat Felda sehingga menjadikan Malaysia antara pengeluar getah ulung di negara dan antarabangsa.”

“Negara ini asasnya dibina dari hasil getah dan kelapa sawit (maka) kalau Najib (Perdana Menteri) dan Felda mahu bercakap dengan para peneroka Felda, tolong hormat maruah mak bapak (generasi pertama) kita,” jelas beliau di Felda Gedangsa, Dun Hulu Bernam, malam semalam.

Sehubungan itu, beliau yang juga ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) PKR menegaskan bahawa pihak pengurusan Felda tidak seharusnya mengabaikan peranan para peneroka di seluruh negara.

“Hari ini (konsortium) Felda jauh meninggalkan para peneroka (di mana) Felda sudah menjadi punca dan lubuk kekayaan yang menjadi cita-cita seluruh pemimpin Umno yang tidak ada maruah ini,” ujarnya lagi di depan lebih 300 para peneroka terbabit.

“Berbilion ringgi yang diperdagangkan oleh Felda dalam industri perhotelan, termasuk di Arab Saudi, tetapi para peneroka yang bersabung nyawa di hutan belantara sejak tiga dekad lalu masih dibayar upah serendah gaji yang mereka terima dahulu, dan terus hidup susah di bawah ini.”

Tambahnya lagi, peneroka Felda dahulu diajak menyertai pengurusan Felda untuk membuat nilai harga sawit dan buat polisis-polisi demi memelihara kepentingan peneroka sendiri, hari ini semua itu dimansuhkan kerana Felda sudah dijadikan lubuk kakayaan mereka yang tidak bertanggungjawab,” tambahnya.

Disebabkan itu, para peneroka tidak seharusnya menyuarakan rasa kecewa apabila Najib serta Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta peneroka Felda berterima kasih kepada kerajaan kerana sudi memberi sagu hati kepada para peneroka.

Menurut Badrul yang lebih dikenali sebagai CheguBard, Najib, Muhyiddin dan kerajaan sepatutnya berterima kasih kepada para peneroka Felda kerana pegangan saham merak holistiknya adalah 51 peratus, menguasai Felda Holding.

Tuntas dari itu, beliau mengajak para pengundi Felda menggunakan kuasa mengundi untuk memprotes layanan tidak adil kerajaan Pusat dan Felda Holding ke atas para peneroka.

“Sesiapa pun menang, Najib tetap menjadi Perdana Menteri dan (Tan Sri) Khalid Ibrahim pun tetap menjadi Menteri Besar,” ajak Badrul.

“Apa yang penting bagi kita adalah Hulu Selangor mesti menjadi referandum peneroka Felda tolak kezaliman Najib dan (pengurusan) Felda Holding yang selama ini tidak pernah endah dengan makan minum yang sepatutnya dinikmati oleh kita dan tanah yang sepatutnya menjadi milik kita.”

Dalam perkembangan berkaitan, Harakahdaily diberitahu bahawa Felda Gedangsa merupaka antara kubu kuat Umno yang sukar ditembusi pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu.

Namun, pilihan raya kecil kali ini menyaksikan, beberapa generasi awal peneroka begitu menyantuni kempen sederhana oleh lebih 100 jentera PAS di sekitar kawasan Felda sejak Ahad yang lalu. -END

"Kalau PR ke Putrajaya kelak, tolong jangan lantik saya jadi Menteri. Cukuplah Tuan Puan lantik saya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Siasatan kes Pembunuhan gadis Mongolia (bernama) Altantuya sebab saya nak bawa Najib ke tali gantung dengan bukti-bukti yang saya ada," tegas CheguBard.

Lebih 300 peneroka Felda Gedangsa, kubu kuat Umno keluar mendengar ceramah Pengerusi SAMM, CheguBard.

petikan dari http://zainulfaqar.blog.com/?p=458

No comments:

Post a Comment