Thursday, February 21, 2008

Siapa dia Khairy ?

Semalam di beberapa media utama yang dikuasai Umno/BN atau atau jaringan korporat kapitalisnya Khairy telah menyatakan bahawa beliau tidak takut kepada 'cheguBard' malah tidak kenal akan siapa 'cheguBard'?

Beliau juga mengatakan bahawa beliau langsung tidak peduli akan cabaran untuk mengekori beliau dan menyatakan "saya tak kisah...kalau saya tidak bertanding dia kena ikut tak bertandinglah"

Semalam juga saya dihubungi beberapa wartawan untuk meminta respon saya mengenai perkara tersebut. Saya menyatakan memang saya tidak popular seperti Khairy. Kerana saya bukan menantu Perdana Menteri, saya tidak terpalit dengan tuduhan dan pendedahan keterlibatan sebagai agen asing (menggadaikan kedaulatan negara), saya bukan jutawan muda yang mengumpul harta dalam sekelip mata kerana sijil nikah saya.....

Kepada Khairy saya sekali lagi dengan rasa keinsafan dan menyedari betapa beliau yang bukan punya jawatan dalam kerajaan dan dengan hanya berbekal sijil nikah beliau memanjat tangga kuasa, ayuh jangan cakap besar turun ke pentas PRU ke 12 ini... anak Rembau amat - amat menantimu.

Begitu banyak pertanyaan , adakah saya melawan Khairy kerana semata kerana dendam ? Ingin saya tegaskan saya dan Khairy tidak punya sebarang masalah peribadi. Sasaran utama dalam PRU ini ialah menghentikan cubaan pembentukan Dinasti Abdullah yang lemah dan dikuasai oleh menantu dan anak yang tamak dan rakus. Ini bukan pertembungan peribadi malah lebih besar dari pertembungan dua parti. Ini misi menyelamatkan negara dari lebih parah. Ini pertembungan kebangkitan rakyat bersama ahli Umno bermaruah menentang Dinasti Abdullah.

Selain itu saya juga punya agenda tempatan dan nasional yang harus diketengahkan juga. Rembau punya banyak masalah berbangkit yang selama ini disapu dibawah permaidani. Rembau akan jadi pentas nasional.... mata sudah tertumpu pada Rembau tetapi adakah Khairy berani ?

Memang diakui sukar untuk membina jentera yang kuat dalam PRU ke 12 di kawasan Rembau, tetapi persepsi itu mula memudar apabila semakin ramai anak muda bersama. Semalam sahaja saya bertemu 6 kumpulan anak muda secara berasingan yang bersedia menggempur secara sukarela.

Semua rakyat Malaysia dijemput ke 'kenduri kecil' Perlancaran Bilik Gerakan keADILan PRU 12 Parlimen Rembau 22 Feb 2008, 8.30 malam bersebelahan Pejabat Daerah Rembau.


16 comments:

  1. Anonymous11:34 PM

    CheguBad,

    Kami anak Rembau di BTR, Cheras tidak dapat pulang untuk bersama.
    Kami juga sedang menunggu Tan Sri Khalid pada hari dan waktu yang sama.
    Walau bagaimanapun kirim salam kepada semua waghih di Rembau.

    Lawan Tetap Lawan.
    Anak watan Kg. Batu, Rembau

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:12 PM

    chegu bad...

    saya bukan laa pro kerajaan dan bukan juga pro pembangkang..tapi pada hemat saya sekiranya chegubad hendak tamat kan dinasti paklah-khairy..ia harus bermula dengan pihak keadilan dan juga DAP....lihat hierarki parti masing2...juga bersifat anak-beranak...
    contoh PKR...de factor Anwar, Presiden Wan Azizah , puteri Nurul Izzah...

    DAP.. Penasihat LKSiang, S/usaha Agung Lim Guan Eng...dan menjadi calon kali ini ialah Betty wife guan eng...

    sikap para pembangkang dan blogger lain mengatakan kerjaan skang ini anak-beranak ibarat meludah ke langit....

    bagi saya lagi teruk sekiranya wan azizah sebagai presiden PKR hanya melaksanakan tugas atas arahan Anwar..ye laa laki bini...kang laki suh buat A tak buat A..derhaka pula..

    jadi chegubad saya saran kan agar pembersihan dari di dlm dilakukan oleh PKr dahulu sebelum ingin menghapuskan dinasti Pak Lah

    ReplyDelete
  3. Anonymous4:12 PM

    KHAIRY SAH TANDING DI REMBAU

    Semoga Chekgu Bard dapat menewaskan si KJ sorang nie ... May the force be with u ..

    ReplyDelete
  4. Anonymous8:22 PM

    jangan bertindak bacul dengan tidak menyiar keseluruhan komen dari orang ramai...

    ReplyDelete
  5. Anonymous12:30 AM

    chegu bard

    sila berhati-hati dgn permainan kotor SPR... sila berhati-hati juga dgn provokasi PDRM

    kawasan rembau skrg menjadi perhatian rakyat malaysia

    selamat berjuang!

    ReplyDelete
  6. I think DSAI or PKR should put some better candidate to challange D'Saravanan (MIC) in tapah parliment seat.

    But now is too late tho. Lets thing of winning this ELECTION AND BRING IT TO THE RIGHT TRACK.
    We love you DSAI!

    Wassallam

    ReplyDelete
  7. Anonymous9:07 AM

    Selamat Berjuang, Bad.

    Apa-apa pun, kami suami isteri meletakkan rasa tabik dan hormat serta rendah-diri kepada pemimpin-pemimpin muda yang tak gentar melawan syaitan-syaitan besar The world's prayers untuk Bad dan teman-teman seperjuangan untuk perlindungan serta juga kekuatan diri that you never thought you'd have!

    Allah Maha Besar!

    ReplyDelete
  8. Anonymous6:56 PM

    Saya setuju sangat dengan saranan drrafick. Saya fikir, sindrom 'dinasti' ini lebih kronik dan berbahaya dalam parti pembangkang: DAP dan PKR terutamanya. Jika dibanding dengan kerajaan.

    Pembangkang tu belum lagi berkuasa. Tapi kepimpinan ala dinasti dan feudalis dah nampak mencanak-canak. Nasib baik DSAI belum layak bertanding. Kalau tak, dah cipta sejarah Malaysia mak-bapak-anak gila politik!

    ReplyDelete
  9. Anonymous3:16 PM

    Ini juga sebabnya kenapa majoriti floating voters tak nak mengundi pembangkang. Perubahan apa yang mereka nak bawa?

    Tengok saja minda para penyokong yang diternak oleh parti-parti pembangkang. Syaitan, iblis, firaun, mahafiraun... semuanya keluar mencanak-canak. Itu belum lagi pernah menang dan membuktikan keupayaan memimpin negara: tapi sudah bijak laksana memfiraunkan pemimpin-pemimpin Malaysia yang sudah lama berjuang untuk negara dan bangsa.

    Kalau dah menang esok, agaknya satu tahun yang pertama diguna untuk membalas dendam. Satu tahun juga negara tak jalan dari segi sosio-ekonomi. Terus jatuh muflis macam Indonesia (yang selama ini diagung-agungkan sangat oleh PKR sebagai contoh negara demokrasi -- kerana membenarkan seluruh rakyatnya berdemonstrasi jalanan sesuka hati!). Minda yang bangkut lagi membangkutkan. Buta huruf ka? Indonesia mempunyai rekod rasuah paling tinggi di dunia. Ia juga mempunyai rekod hak asasi manusia yang sangat buruk (genocide etnik berlaku merata-rata!). Lebih teruk dari China dan Cuba!

    Satu lagi, mungkin pembangkang ingat rata-rata penduduk Malaysia ini dah tak siuman dan bodoh totok. Tak boleh berfikir dengan waras dan rasional. Sebab itu majoriti pembangkang dan juak-juak fanatiknya begitu pandai mengeluarkan segala jenis kata-kata biadap: syaitan dan ntah apa-apa lagi.

    Hmmm...

    ReplyDelete
  10. Anonymous12:23 AM

    yang dia orang bebel kutuk orang yang bukan sehaluan dengan dia orang tu, baik sangat jika dibandingkan dengan orang yang dikutuk dan dibebelkan?
    kalau tak mahu sokong pun tegurlah dengan berhemah seperti yang diajar dalam islam HADHARI yang menjadi anutan "orang utan".
    ngaji tinggi tapi bodoh bertingkat-tingkat.
    bodoh yang tak dapat nak diajar, cerdik yang tak boleh dituruti, yang banyak hanya menyusahkan hidup manusia marhaen.

    JANGAN MENYESAL BILA BN MENANG, HARGA MINYAK DAN BARANGAN HARIAN AKAN TURUT NAIK HARGA, KERANA BILA DAH NAIK HARGA MEMANG LANGSUNG TAK DAPAT NAK DITURUNKAN KERANA TAKUT MALAYSIA AKAN BANGKRUP.
    BERTAHUN SAYA FIKIRKAN YANG MANA SATU AKAN JADI PILIHAN SAYA PADA 8 MAC 2008. TAPI TAK APA, SAYA FIKIR GUNA OTAK SAYA SENDIRI, BUKAN GUNA OTAK 'ORANG UTAN'!!!

    hanya perbandingan dan perumpamaan.

    ReplyDelete
  11. Anonymous9:49 PM

    aku sayang Dr M...huhuhuhu...

    ReplyDelete
  12. Anonymous10:03 PM

    Che Gu

    Hablo Espaniol?

    ReplyDelete
  13. Anonymous10:06 PM

    Selain daripada menghapuskan dinasti pak la, apakah benefit rakyat Rembau pilih che gu?

    ReplyDelete
  14. can khairy win against badrul..
    lets vote here

    http://www.ragingdolphin.com/battle/popular/index.php

    i do prepared this online voting for them, dont forget to leave your comment about this battle..

    regards,
    www.pelaburan.net

    ReplyDelete
  15. Anonymous7:46 AM

    Salam Chegu BARD,

    Aku tak nak cakap bebanyak la pasal korang bedua, cuma aku ada confident yang kau Bard akan menang, cuma satu aja yang boleh buat kau kalah....

    SI SETAN BANGSAT LAKHNAT "SPR" & BARISAN NAJIS "BN" ni main kotor kerjanya nak menipu aje, memang kau dah menang bard, tapi keputusan nya nanti kau tengokla, pasti SI SIAL LAKHNAT tu akan tipu punya... Aku nak panggila apa lagi pon aku tak tahu dah pada SI BANGSAT "SPR & BN" ni...

    Ni lah dia "KECIK KECIK TAK NAK LAK DIA MAMPUS DAH BESAU PANJANG MENYUSAHKAN ORANG" apa nak jadi la "SPR & BN" ni...........

    HIDUP BA....
    TAKBIR 3x

    ReplyDelete
  16. Anonymous8:05 AM

    EEkkkk Eleh ....
    Kau tanya lak sapa si KJ tu.. Hah ni dia...

    1. Kaki Joli
    2. Kaki Jalang
    3. Kaki Jolok
    4. Kaki Jilat
    5. Kaki Jubo
    6. Kaki Jamban
    Nak lagi ke nanti penoh kau punya blog ni bard... cukup la dulu

    Ni ada pantun syair berapa kerat dari kelantan since dia buat PADE DOH bermula dengan j....

    Jenab Jamoh Jubo Jepon,
    Jepon Jamoh Jubo Jenab,
    Jenab Jilat Jubo Jepon,
    Jepon Jilat Jubo Jenab,
    Jenab Jolok Jubo Jepon,
    Jepon Jolok Jubo Jenab,

    BRAVO BRAVO.....

    ReplyDelete