Sunday, February 17, 2008

Ribuan hadiri Pelancaran Jentera Rakyat Parlimen Rembau


Dalam keadaan diugut dan usaha sungguh sungguh Umno untuk menggagalkan Program Pelancaran Jentera Rakyat PRU 12 Parlimen Rembau lebih 1000 rakyat perbagai kaum tetap berhimpun untuk mendengar amanat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pekan Rantau. Kehadiran orang ramai dalam majlis yang diadakan jam 4 petang itu luar jangkaan.

Sesiapa yang mahu menyumbang kewangan untuk Jentera Parlimen Rembau boleh terus masukkan wang ke akaun HongLeong Bank 19951001018 (atas nama Badul Hisham). Jentera di Rembau amat memerlukan kepakaran membuat risalah, billboard dan banner yang bagus dan senang difahami.

Lawan Khairy di Rembau, Badrul berazam sekat 'Dinasti Abdullah'

Wan Nordin Wan Yaacob (Harakahdaily)Fri Feb 15, 08 3:14:17 pm MYT

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Hrkh) - Desas-desus yang menyatakan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bertanding di Parlimen Rembau, Negeri Sembilan menyebabkan ramai yang terpanggil untuk berhadapan dengan menantu Pengerusi BN, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi itu di sana.

Semuanya kerana geram denga sikap biadap dan angkuh Khairy yang dikatakan sering campur tangan dalam urusan kerajaan pimpinan bapa mertuanya.

Paling awal menyuarakan hasrat menentang Khairy ialah, Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badru; Hisham Shaharin diikuti Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani.



Selepas sahaja Badrul Hisham melaungkan cabaran kepada Khairy, media-media arus perdana turut membuat pelbagai spekulasi perkembangan kedudukan Khairy yang dikatakan akan bertanding di Rembau.

Beberapa hari sebelum pembubaran parlimen dibuat, Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Mohamad Hassan mengesahkan ada menyenaraikan nama Khairy bertanding dalam pilihan raya kali ini di Negeri Sembilan.
Mahu atau tidak, Pengerusi BN, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semestinya akan merestui menantu kesayangannya bertanding di Parlimen Rembau kerana itulah kehendak Abdullah barangkali.

Mengulas kemungkinan kehadiran Khairy di Rembau, Badrul Hisham yang mungkin akan menentang Khairy di parlimen tersebut berkata, beliau bertekad mahu menghapuskan dinasti Abdullah dari terus menjadi orang penting dalam negara ini.
"Adat panglima bertempur secara jantan, walaupun di gelanggang lawan saya 'tawarkan' diri bertempur di Rembau mungkin bertembung dengan Khairy, menantu PM yang banyak mencatur urusan negara," ujar Badrul Hisham dalam satu komentarnya.

Begitupun beliau berkata, menginsafi bahawa beliau bukan yang terbaik. dan jika ada anak Rembau lain yang lebih baik mahu tampil ke depan Badrul Hisham mempersilakan.
"Yang penting usaha membentuk 'Dinasti Abdullah' harus dihentikan. Abdullah yang lemah dipergunakan oleh menantu yang rakus dengan bisikan anak yang tamak. Negara di ambang kehancuran. Kita perlu hentikannya di Rembau," ujarnya.

"Saya menyakini saya bukan keseorangan di sini, terima kasih kepada yang ada jiwa untuk sama turun membantu. Saya akui saya bakal berdepan kesukaran bukan sahaja ketika pilihan raya tetapi selepas itu saya pasti akan terus ditekan kerana dendam perlawanan (jika dia gagal di sungkurkan).

"Tapi saya tegas jika saya diberi mandat untuk turun saya sedia. Jika hendak jalan mudah saya pasti ikut jalan yang biasa orang ikut...jalan ini saya sedar jalan sukar sejak dari hari pertama saya memilihnya," ujarnya.

Beliau bertekad untuk menentang Khairy bukan kerana mahu mengejar jawatan (jika menang) sebaliknya mahu mengajar menantu Pengerusi BN yang sombing itu agar tidak berbuat sesuka hati ke atas negara yang dikuasai bapa mertuanya itu.

15 comments:

  1. Anonymous7:43 PM

    salam....
    che'GuBard pertama tahniah atas keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan....

    Dengar sudah bertemu Tn.Guru Nik Aziz dan Tn.Guru sudah mengeluarkan arahan agar jentera PAS membantu dan memberikan tumpuan di Rembau...betul ke?

    tapi saya nak cadangkan jangan pukul kuat sangat nanti Khairy nie takut dan larilak dari Rembau...

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:56 PM

    "Beliau bertekad untuk menentang Khairy bukan kerana mahu mengejar jawatan (jika menang) sebaliknya mahu mengajar menantu Pengerusi BN yang sombong itu agar tidak berbuat sesuka hati ke atas negara yang dikuasai bapa mertuanya itu."

    Jadi maknanya, Chegu Bard bertanding semata-mata kerana sentimen emosi. Kerana nak ajar KJ yang sombong? Kerana nak sekat penguasaan dinasti Dollah?

    Inilah kesilapan terbesar pembangkang dalam politik Malaysia. Ketika jutaan rakyat teraba-raba mencari alternatif baru yang lebih segar: pembangkang bukan memberi 'substance'. Tapi sekadar melawan for the sake of melawan. Kerana tak suka dengan kerajaan. Kerana tak suka dengan PM. Kerana tak suka dengan KJ.

    Kalau landasan utama kepada perjuangan PKR adalah 'tak suka' dan 'rasa benci': lepas dah menang korang nak benci siapa pula? Nak benci rakyat pula? Give us substances. Not some cheap rhetorics. This is not about 'your ego' vs 'KJ's ego'. This is about the future of thousands rakyat!

    Saya nak tanya tiga seoalan je:

    Apa masalah terbesar di Rembau sekarang dalam konteks komuniti?

    Apakah langkah-langkah dan cadangan untuk mengatasi (pelan strategik)?

    Bagaimana pelan strategik itu boleh dioperasikan nanti sebagai pelan tindakan?

    Jangan pula bila datang berkempen, Chegu Bard asyik nak jawab soalan lain yang remeh-temeh. Misalnya:

    Apakah kepincangan KJ yang paling besar?

    Bagaimanakah kepincangan-kepincangan KJ itu akan ditelanjangkan?

    Bagaimanakah cara terbaik untuk menghasut masyarakat untuk membenci KJ?

    Kalau inilah taktik yang PKR dan Chegu Bard nak operasikan -- sekadar bermain dengan sentimen benci dan keburukan personal, lebih baik jangan bertanding. Taktik ini sudah lapuk, dan kerajaan sekarang pun JAUH LEBIH bijak mengaplikasikan taktik tersebut. So, lebih baik rakyat pilih kerajaan, kan? Sebab PKR juga menawarkan perkara yang sama seperti yang kerajaan tawarkan. Cuma kerajaan lebih berpengalaman. So, kita pilihlah yang lebih berpengalaman!

    ReplyDelete
  3. Anonymous4:41 AM

    SYABAS CIKGU BAD.Semoga era dinasti Abdullah di hapuskan.Semoga selepas ini hapuskan juga institusi kesultanan yang makan duit rakyat jugak.Rakyat beri daulat,kini biar rakyat pula dapat nikmat dari sumber tanah air yang dimonopli oleh orang perasuah dan zalim.

    ReplyDelete
  4. gud luck bro!







    p/s:- ko dah tukar no ke? dapat tak sms aku?

    ReplyDelete
  5. Anonymous5:41 PM

    PAS Kawasan Rembau menyarankan agar mengamalkan Kempen Berhemah seperti yang terdapat dalam Blog http://rembau-hari-ini.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Anonymous11:42 PM

    Apa tujuan MB NS membuat pengumuman Khairi adalah diantara calun yang akan bertanding kerusi Parlimen Rembau.

    Mat Hassan bukan bodoh. Dia ada strategi. Dia sebenarnya tidak suka pada Khairi. Dia mau orang dalam dan orang luar melakukan protes.Dia ada muslihat. Dia sedar kalau Khairi sudah ada kuku, ada kuasa dia akan buat apa saja.

    Kita tunggu lah nanti.

    ReplyDelete
  7. Anonymous6:43 AM

    "pada bro'bard',teruskan ikut kemana saja si beruk khairy tu pergi...lawan dia habis-habisan!!!kalau boleh kuburkan dia terus!!! tiada benda mustahil dalam dunia ni!dinasti abdullah mesti dihancurkan sebelum menjadi barah dalam negara ini.....!!!!"

    ReplyDelete
  8. Anonymous10:04 PM

    kita akan buat solat hajat.Rezeki, kekuasaan datang dari Allah bukan pak mentua.Sila bangun tengah malam dan berdoalah...insyaAllah anda selamat.We will pray for you too.Selamatkan tanah2 melayu rembau sebelum Khairy buat megamalls dan jalanraya bertingkat2dan tol yang kita tak tau sapa ambik duitnya.Mereka silap jika fikir ini yang kita mau w/hal kalau sakit demam, nak dapat rawatan pun kita kena bayar (atau tunggu lama2 bila nak jumpa pakar)

    ReplyDelete
  9. Anonymous6:02 PM

    Walaupun kita kalah masa mengundi....tapi kita dah tunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim.....jangan mudah putus asa...

    ReplyDelete
  10. Anonymous9:52 PM

    Tahniah BAD!! tp aku menyampah betui dengan PELAN STRATEGIK dengan PELAN TINDAKAN. hahaha, brapa byk kertas yg korang print utk pelan-pelan tu, nnt pelan-pelan gak korang lupa. Aku lagi suka dengan PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA. HAHAHA.
    kepada REM, berhentilah jd pembangkang kepada pembangkang.

    ReplyDelete
  11. Anonymous1:00 AM

    sekurang-kurangnya pengundi perlu menunjukkan "undi protes" supaya Khairy sedar diri. Kalau dapat dikalahkan jauh lebih mendalam mesej di hantar oleh rakyat....
    Lihat saja apa terjadi di Jeli dua pilihanraya lepas. Pas menang dgn orang tak dikenali vs Tok Pa....sebagai protes.
    Kita ulang sejarah itu di Rembau......

    ReplyDelete
  12. Anonymous12:22 AM

    Semua rakyat mahukan kerajaan yang adil dan bersih tapi tidak kepada kerajaan yang pemimpinnya suka tidur hingga tak sedar anak menantu punya agenda tersendiri. Asyik-asyik 'tak pa takpa' takkan dia nak buat lagu tu kot? Macam cerita 'Anakku Sazali' nanti baru tauu..Pada pandangan saya Pemimpin macam PakLah terlalu slow, sudah terhantuk baru tergadah, lambat ambil tindakan apau jua. Kalau rakyat masih pilih peminpim macam tu juga tak taulah..rakyat pun tidor jugak agaknya. Syabas Cik Gu Bard kerana berani menentang Khairy yang gila kuasa, gunakan sijil nikah sebagai batu loncatan dalam politik. Semuga berjaya PKR.

    ReplyDelete
  13. Anonymous9:34 AM

    hapuskan dinasti di PKR dulu laaa....
    sana dah clean baru bole bercerita ttg pembersihan dinasti di dalam BN...
    belum memerintah dah ada dinasti dalam pembangkang..
    ape ceritanya chegubard???
    anwar-azizah-nurul izzah-
    kit siang-guan eng-betty

    lagi teruk...mmg sedaging sedarah berbanding

    pak lah-khairy (menantu je)

    ReplyDelete
  14. Anonymous5:21 PM

    dinasti paklah ada...PKR macam mana?nak panggil apa...sedara mara @ anak beranak Anuar...ha...ha...ha...aku pun nyampah khairy..tapi strategi korang sbg.pembangkang teruk sgt...asyik bawa isu yg sama jer..."serangan peribadi"mcm.nak balas dendam...isu pembangunan xdak pun...macam mana nak bangunkan negara...nak bertanding dlm.p/raya pun minta derma...

    ReplyDelete
  15. Anonymous7:24 PM

    Pembangkang sememangnya tak boleh memerentah malaysia ni sebabnya
    1)Tengok dan dengar dimana2 saje pakatan langsung tak ada satu pun idea atau cadangan yang boleh bawa manafaat kepada rakyat, asyik kondem sana kondem sini , kerja yang paling senang sekali dalam dunia tapi menanampakkan mereka macam orang bijak.. contoh kalau orang goreng cokodok sedap macam mana sekalipun kita masih bileh kondem tapi kalau disuruh goreng tak reti plaktu.
    2) Kebanyakan ahli pakatan adalah orang yang sentiasa hendak orang dengar cakap dia aje cakap orang lain dia tak pakai...sebab nya mana2 orang BN yang masuk pakatan adalah orang yang mintak itu tak dapat mintak ini tak dapat maka itu dia lompat.Mereka juga terdiri dari orang yg ada jawatan dlm parti bila dia cakap orang atas tak terima dia lompat juga , bagi dia ekor mesti jalan dulu kepala kena ikut belakang.Dipendekan cerita pakatan ni boleh di ibaratkan umpama bakul sampah , untuk orang tak tahu adap,tak reti bahasa, dungu ,takterima kritikan ,dalam mesyuarat kata ok bila keluar kutuk macam dia bijak sangat .Ada diantara mereka graduan yang baru 3-4 tahun grad. lagak macam orang orang pandai ...memang pandai pun tapi pandai dalam akedamik sahaja
    untk perentah negara ni dah boleh agak dah sebab dia asyik kondem orang saja tapi tak ada idea, macam saya cakap tadi kerja paling senang dlm dunia tapi dia nampak macam orang bijak.

    ReplyDelete