Sehari sebelum Tahun Baru Cina, Tian Chua telah sudi menghabiskan masa kira kira 5 jam untuk bertemu pengundi berbangsa cina di dalam kawasan Parlimen Rembau. Bermula jam 9.30 pagi di Kampung Baru Paroi. Di Paroi selain jentera keADIlan kumpulan kami turut disertai oleh Ketua DPPNS, Taufek dan Setiausaha PAS Rembau, Hassan Thamby. Kedatangan kami beserta pajero Sdr. Marvin yang memainkan lagu-lagu tahun baru cina dengan speaker besarnya menarik perhatian masyarakat cina setempat. Apabila dibisik-bisik bahawa kemungkinan keADILan bertanding di Parlimen Rembau, masyarakat cina yang ditemui begitu gembira.
Selepas Kampung Baru Paroi, saya bersama Tian Chua sempat berkunjung ke beberapa pejabat media berbahasa cina untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. Editor dan kakitangan akhbar yang dilawati begitu terkejut dan terharu dengan kehadiran kami.
Jam 11.45 pagi kami tiba di pekan Rantau. Suasana di Pekan Rantau seumpama sudah bermula kempen pilihanraya. Ratusan bendera BN dan Umno sepanjang pekan Rantau. Menurut pengarah pilihanraya keADILan Rantau, Aisah Lamsah menyatakan bendera - bendera Umno dan Bn ini kerana MB N.Sembilan (yang juga ADUN Rantau) terkejut dengan kemampuan keADIlan membuka bilik gerakan ditengah - tengah pekan Rantau. Memang diakui susah untuk mendapatkan rumah kedai untuk dibuat bilik gerakan kerana mereka takut 'mungkin' diugut oleh keluarga dan penyokong MB di Rantau. Namun apabila pengarah pilihanraya keADILan Rantau yang merupakan seorang wanita mampu membuka bilik gerakan dan memulakan gerak kerja pilihanraya telah mencemaskan Umno.
sampai sahaja kami dipekan Rantau 11.45 pagi itu, kami disambut oleh kira kira 20 orang jentera parti yang terdiri dari Melayu, Cina dan India. Sambutan orang ramai yang ditemui apabila kami berjalan dari kedai ke kedai amat menggalakkan....tetapi ramai peniaga yang mengatakan bahawa mereka menyokong dari belakang...undi pasti akan diberi kepada keADILan tetapi untuk ke depan mereka takutkan ugutan jentera MB N.Sembilan.
Pagi ini (9 Febuari 2008) sebelum mesyuarat khas keADILan N.Sembilan saya mendapat maklumat bahawa MB N.Sembilan selepas lawatan Tian Chua telah memanggil mesyuarat khas dengan mengeluarkan arahan khas agar dibuat apa sahaja untuk menggagalkan lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke rantau 15 Febuari ini.
Menurut sumber tersebut Mohamad Hassan mengatakan buat apa sahaja cuma 50 orang sahaja yang akan sambut Anwar. Kenyataan sombong Mohamad ini akan disambut sebagai cabaran....saya sendiri bersedia mengepalai jentera persiapan program tersebut. Mohamad kami janji kau pasti terkejut...
Rakyat Negeri Sembilan di jemput untuk bersama dalam Perhimpunan Perdana 'Pelancaran Jentera Rakyat' Parlimen Rembau 15 Febuari 2008, 4.00 petang, di Bilik Gerakan DAP, Taman Ekar, Rantau. Bersama pada hari tersebut ialah YB Antony Loke, Pengerusi DAP N.Sembilan.
Jentera Rembau..
ReplyDeleteTerima Kasih Tian Chua walaupun dengan mood raya sudi untuk datang bantu...
keadilan rantau dah tinggal 3 orang sahaja... mana ada yg lain.... sapa cikgu badrul.... budak hingus aja...badrul2 tak ada pa...nak lawan khairy konon... barisan pemuda keadilan yg dulu ingat tak masa ustaz jaafar jadi ketua pemuda.... mereka inilah yg akan membenamkan badrul ingat... ingat badrul
ReplyDeleteKHAIRY JAMALUDIN TOKOH MUDA YANG AMAT POPULAR !!!
ReplyDeleteKALAU DITELITI CERAMAH PEMIMPIN MAHUPUN CALON PEMBANGKANG DI LEMBAH KELANG, MEREKA MESTI TIDAK LARI DARI MEMPERKATAKAN TENTANG KJ. BERMULA DENGAN AZMIN ALI DI HULU KELANG KEMUDIAN GOBIND DEO DI LEMBAH PANTAI DAN YANG TERBAHARU SEMALAM DI GOMBAK PEMIMPIN AGUNG MEREKA, DATUK SERI ANWAR IBRAHIM TURUT MEMPERKATAKAN TENTANG KJ.
SEBAGAI REKOD GELARAN PEMIMPIN AGUNG INI ADALAH GELARAN TERBAHARU YANG DI BERIKAN OLEH PENGERUSI MAJLIS KEPADA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DAN SECARA TERANGAN BELIAU JUGA MEMGUMUMKAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM SEBAGAI BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE ENAM.
BERBALIK KEPADA KHAIRY JAMALUDIN TOKOH MUDA YANG AMAT POPULAR, CUBA KITA BAYANGKAN KJ HANYA BERTANDING DI PARLIMEN REMBAU TETAPI NAMANYA DISEBUT2 DI LEMBAH KELANG ADALAH TIDAK MUSTAHIL KALAU NAMANYA TURUT DI SEBUT DI SELURUH MALAYSIA! PADAHAL BELIAU TIDAK MEMPUNYAI APA-APA JAWATAN DALAM KERAJAAN MALAH DALAM UMNO PUN BELIAU HANYA BERJAWATAN SEBAGAI TIMBALAN PENGERUSI PERGERAKKAN PEMUDA UMNO SAHAJA.
TETAPI KETOKOHAN DAN KREDIBILITI BELIAU SEBAGAI PEMIMPIN MUDA UMNO YANG AMAT BERPOTENSI ADALAH AMAT DI GERUNI OLEH PEMBANGKANG. SEBAB ITU PIHAK PEMBANGKANG CUBA MENANAMKAN RASA BENCI RAKYAT KEPADA BELIAU HABIS-HABISAN. MEREKA FAHAM BAHAWA UNTUK TEMPOH JANGKA MASA YANG AKAN DATANG INILAH PEMIMPIN YANG BAKAL MEREKA HADAPI.
SEPERTIMANA YANG KITA MAKLUM, BADRUL HISHAM SHAHRIN CALON PKR DI PARLIMEN REMBAU JUGA PERNAH MENGATAKAN ‘ YANG DIA AKAN MENGIKUT KJ BERTANDING WALAU DI MANA JUGA ‘….
TUJUAN BELIAU HANYA SATU UNTUK MENUMPANG ‘GLAMOUR’ KJ ! ITU SAHAJA. BELIAU SEDIA MAKLUM BAHAWA KALAU DIA MELAWAN KJ MEDIA AKAN MEBERIKAN TUMPUAN PADA BELIAU. KITA SEMUA SEDIA MAKLUM BAHAWA SALAH SATU HOBINYA IALAH MENGADAKAN SIDANG AKHBAR. WALAU PUN KADANG KALA KITA LIHAT BELIAU DENGAN MUDAH AKAN MENFITNAH PIHAK LAWAN DALAM SIDANG AKHBAR BELIAU.
SEBAGAI REKOD BELIAU PERNAH MEMFITNAH DATO’ MUHAMMAD HASSAN PADA PILIHANRAYA UMUM 2004 ( KETIKA ITU BELUM LAGI BERGELAR MB ) YANG BADROL TELAH DI TAWARKAN SEJUMLAH WANG TUNAI SUPAYA BELIAU MENARIK DIRI. INI CERITA DONGGENG !! BUAT APA BELIAU MEMBUANG DUIT SEDANGKAN KEMENANGAN SUDAH TENTU DALAM GENGAMAN ??? PENGUNDI DI RANTAU AMAT MENGHARAPKAN KEMENANGAN DATO’ MUHAMMAD HASSAN DI RANTAU PADA MASA ITU. INI ADALAH KERANA DATO’ MUHAMMAD HASSAN ADALAH ANAK JATI RANTAU, MEMBESAR DAN BERSEKOLAH DI RANTAU. TAMBAHAN PULA WAKIL RAKYAT SEBELUM BELIAU GHANI HAJI HASSAN ( SEKARANG DATO ), ADIK KEPADA MB TELAH MEMBERIKAN KHIDMAT YANG CUKUP CEMERLANG ! SEMASA ZAMAN GHANI HAJI HASSAN BELIAU BUKAN SAHAJA WAKIL RAKYAT TETAPI ADALAH “RAKAN BAIK PENDUDUK RANTAU”.
BERBANDING DENGAN BADRUL HISHAM SHAHRIN, SIAPA DIA DI SISI PARA PENGUNDI RANTAU PADA MASA ITU DAN PARLIMEN REMBAU PADA KALI INI???
BADRUL HISHAM SHAHRIN PADA HEMAT SAYA DATANG MENJENGAH PENGUNDI DI RANTAU KHASNYA DAN DI PARLIMEN PUN HANYA SEKALI DUA SAHAJA, ITU PUN MUSIM PILIHANRAYA DAN KALAU ADA CERAMAH PARTI PEMBANGKANG. LAIN MASA BELIAU BANYAK DI HABISKAN DI BRICKFIELD (IBU PEJABAT PKR) DAN KELANA JAYA TEMPAT NGO-NGO YANG MENAUNGI BELIAU.
KALAU TIDAK PUN SEKALI SEKALI BELIAU BALIK KE RUMAH KELUARGA BELIAU DI TAMAN BUKIT CHEDANG, RASAH. SEBAGAI REKOD KALAU PKR INI PELIK SEDIKIT TENTANG SUSUR GALUR PARTI INI. SESEORANG PEMIMPIN PKR INI MESTI AKTIF DI PUSAT BARULAH TURUN KE BAHAGIAN ATAU CAWANGAN. MACAM BADRUL HISHAM SHAHRIN MUNKIN TIADA CAWANGAN YANG DI SERTAI YANG ADA PUN MUNKIN BAHAGIAN RASAH. BAHAGIAN REMBAU PKR, SAYA RASA LAMA DAH TERKUBUR TANPA NISAN. JADI KESIMPULANNYA BELIAU LANGSUNG TIADA KEKUATAN AKAR UMBI DI BAHAGIAN REMBAU. KALAU ADA PUN MENGHARAPKAN UNDI EKHSAN DARI PENYOKONG ‘TOTOK’ PAS DAN DAP. ITUPUN SEKADAR WANG PERTARUHAN TIDAK HILANG, ITU SAHAJA !
JUSTERU ITU INILAH MASA YANG SESUAI BAGI PENGUNDI DI PARLIMEN REMBAU UNTUK MENGHUKUM BADRUL HISHAM SHAHRIN. PELUANG BELIAU UNTUK HILANG WANG PERTARUHAN ADALAH AMAT CERAH SEKALI. JIKA BADRUL HISHAM SHAHRIN HILANG WANG PERTARUHAN NYA DI PARLIMEN REMBAU KALI INI SUDAH PASTI BELIAU TIDAK BERANI LAGI MENJEJAKKAN KAKI DI PARLIMEN REMBAU PADA MASA AKAN DATANG.
DATUK SERI ANWAR IBRAHIM KETIKA CERAMAH UMUM DI GOMBAK TELAH MENGISTIHARKAN BAHAWA BELIAU AKAN TURUN DI REMBAU PADA HARI SELASA ATAU RABU UNTUK MENGEMPUR HABIS-HABISAN PARLIMEN REMBAU. BELIAU DENGAN LANTANG MENGATAKAN YANG BELIAU AKAN MENGAJAR DAN MENDEDAHKAN HABIS-HABISAN PELBAGAI ISU BERKAITAN DENGAN KJ SELAKU MENANTU PAK LAH. BELIAU SECARA TERANG-TERANGAN MENYELAR KJ SEBAGAI MENANTU PAK LAH DAN KAMALUDIN SEBAGAI ANAK PAK LAH, BAHKAN MENUDUH PAK LAH MENGAMALKAN KRONISME !
TANPA BELIAU SEDARI BELIAU JUGA MENGAMALKAN KRONISME, BELIAU JUGA MELANTIK ANAKNYA NURUL IZZAH BERTANDING, BELIAU JUGA LUPA BAHAWA BADRUL TELAH MENIKAH DENGAN KAUM KERABAT SAUDARA BELIAU….BUKAN INI KRONISME ?? SAYA MENCABAR DATUK SERI ANWAR IBRAHIM UMUMKAN APA HUBUNGAN BELIAU DENGAN BADRUL !!!
KALAU BENARLAH BADRUL INI MENDAPAT SOKONGAN PADU DARI KELUARGA BELIAU, KITA MINTA IBU DAN TERUTAMANYA BAPA BADRUL UNTUK MENYATAKAN SOKONGAN SECARA TERBUKA KEPADA ANAKNYA SELAKU CALON PARLIMEN REMBAU !! KALAU BOLEH LAKUKAN SEMASA MAJLIS CERAMAH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM INI …DI HARAPKAN AGAR BADRUL TIDAK MENJADI BACUL UNTUK MENJAWAB ISU INI …….
BAHKAN MANSUR BAPA SAUDARA BELIAU DI LINGGI SECARA TERBUKA TELAH MENYATAKAN YANG ANAK SAUDARA BELIAU BERMIMPI DI SIANG HARI UNTUK MENJADI AHLI PARLIMEN….. APA KOMEN BADRUL ???
MEMANG BENAR KATA-KATA MENTERI PENERANGAN YANG DATUK SERI ANWAR IBRAHIM PANDAI BERMUKA-MUKA. SEKEJAB MUKA ULAMA, SEKEJAB MUKA PENARI, SEMALAM DI CERAMAH BELIAU DI GOMBAK TELAH BERLAKU SEKALI LAGI PERISTIWA PELIK. BAYANGKAN MAJLIS CERAMAH YANG TURUT DI SERTAI OLEH PESURUHJAYA PAS NEGERI SELANGOR, DATO DR HASSAN ALI DAN JUGA KEPIMPINAN PAS NEGERI YANG LAIN TERMASUK CALUN HAJI SHAARI HAJI SUNGIB TELAH DI SULAMI DENGAN LAGU ROCK NYANYIAN KUMPULAN SCORPION, WIND OF CHANGE ! BAYANGKANLAH……….
BAYANGKANLAH SUASANA PADA MASA ITU SEOLAH-OLAH DI KONSERT ROCK??!! HAMPIR SEPARUH DARI PARA HADIRIN TERMASUK KEPIMPINAN PAS DAN PKR DI ATAS PENTAS TELAH SAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU TERSEBUT SAMBIL MENGHAYUNKAN TANGAN ! YANG PALING MENGELIKAN HATI DAN KADANGKALA TIMBUL JUGA RASA PERSOALAN BAGAIMANA MEREKA YANG BERJUBAH SERTA BERSERBAN PERSIS BAK IMAM KETIKA HENDAK MENGETUAI SEMBAHYANG DI MASJID-MASJID TURUT SAMA MENYANYIKAN LAGU ROCK SAMBIL MENGHAYUNKAN TANGAN MEREKA????????? TAK PERCAYA CUBA TANYA PADA DATUK DR HASSAN ALI, HAJI SHAARI HAJI SUNGIB, AZMIN ALI, AMIRRUDIN (CALON PKR BATU CAVES ) DAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM SENDIRI……….. NAMPAK GAYA PKR DAH BERJAYA MEMODENKAN PARA PENGIKUT PAS YANG BERSERBAN DAN BERJUBAH !!
HARAP-HARAP SELEPAS INI DI CERAMAH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DI SEMBRONG ATAU REMBAU ( NAMA 2 KAWASAN YANG DI UMUMKAN BELIAU ) AKAN TURUT DIADAKAN KONSERT ROCK !!! YANG PALING MENJIJIKKAN BAGAIMANA SEORANG HAMBA ALLAH YANG CUBA MENGAMBIL KESEMPATAN DI AIR YANG KEROH … BELIAU YANG MENGAKU KONONNYA MEWAKILI 3 CAWANGAN UMNO DI GOMBAK TELAH MENGUMUMKAN UNTUK KELUAR PARTI DAN MENYERAHKAN BORANG KEMASUKKAN AHLI PKR KEPADA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM ! YANG PALING MENGHARUKAN BELIAU MENDAKWA 3 CAWANGAN UMNO TELAH DI BUBARKAN DAN SEMUA AHLI AKAN MENYERTAI PKR. MALANGNYA HANYA BELIAU SEORANG SAHAJA YANG HADIR !! BAHKAN KEINGINAN BELIAU YANG MELUAP-MELUAP UNTUK BERUCAP TELAH DI MATIKAN OLEH AZMIN ALI. AZMIN SECARA TERANG-TERANGAN DAN TANPA BERSELINDUNG TELAH MENYURUH BELIAU BERHENTI BERUCAP!!!
ANDAIKATA BENAR BELIAU MEMPUNYAI PENGARUH DAN MEMPUNYAI RAMAI SOKONGAN SUDAH TENTU AZMIN ALI MEMBENARKAN BELIAU BERUCAP. DATUK SERI ANWAR IBRAHIM PULA LANSUNG TIDAK MENYENTUH ISU INI DALAM UCAPAN BELIAU SELEPAS ITU….BAHKAN KEHADIRAN BELIAU PADA MALAM ITU LANGSUNG TIDAK DI ALU-ALUKAN OLEH KEPIMPINAN PKR DAN PAS !!!!!!!!! INI SEBENARNYA HANYA SANDIWARA MEREKA-MEREKA YANG SEDANG MENCARI KEDUDUKKAN JUGA……..BERITA TENTANG 3 CAWANGAN UMNO DI GOMBAK TELAH MENGUMUMKAN UNTUK KELUAR PARTI DAN BUBAR HANYA OMONGAN KOSONG SEBENARNYA!!!
ITU DI LEMBAH KELANG KALAU DI PARLIMEN REMBAU PULA LAIN ISUNYA. BADRUL SECARA TERANGAN TERUS MENGECAM KEPERIBADIAN KJ. BAGAIMANA PUN KJ TELAH MENGUMUMKAN DI DALAM MEDIA ARUS PERDANA HARI INI BAHAWA BELIAU AKAN MENGAMBIL TINDAKKAN MAHKAMAH KE ATAS MANA-MANA INDIVIDU YANG TERUS MENCERCA DAN MEMFITNAH BELIAU DENGAN TUDUHAN-TUDUHAN MELULU. SAYA RASA INI ADALAH PILIHAN YANG TERBAIK BAGI KJ. JANGAN TERIKUT-IKUT DENGAN CARA POLITIK KAMPUNG YANG MENABURKAN FITNAH TUDUHAN SEMATA BAHKAN CARA POLITIK KURANG AJAR SEPERTI YANG DI AMALKAN OLEH GOBIND SINGH DEO DI HARAPKAN AGAR DAPAT MEMERANGKAP DIRINYA PULA !
BADRUL JUGA TIDAK KURANG HEBAT MULUTNYA DALAM MEPERKATAKAN SESUATU ISU DAN AMAT BIJAK MENABURKAN FITNAH SERTA MENCERCA ORANG LAIN…. KEPADA BADRUL CUMA SATU JANGAN SAMPAI TERPERANGKAP DENGAN KATA2 DIRI SENDIRI !!!!!!!!!!
KEPADA KJ TERUSKAN PERJUANGAN ANDA MENGIKUT SALURAN YANG DI BENARKAN UNDANG2 NEGARA KITA. ANDA SEORANG YANG BERPOTENSI DAN BOLEH PERGI JAUH DALAM MEMPERJUANGKAN NASIB ANAK BANGSA TERUTAMA PARA PENGUNDI DI PARLIMEN REMBAU. MEREKA MEMERLUKAN ANDA. JANGAN TERPENGARUH DENGAN RENTAK TARI CIKGU BADRUL DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PICISAN SEPERTI GOBIND SINGH DEO, KERANA PERJUANGAN MEREKA HANYA PERJUANGAN PILIHANRAYA, PERJUANGAN BERMUSIM SEDANGKAN PERJUANGAN ANDA ADALAH PERJUANGAN ANAK BANGSA DI NEGARA INI !
SELAMAT MAJU JAYA !
Pemuda Rantau,
Email : Asri.majid42@yahoo.com
http://groups.yahoo.com/group/Parlimen_Rembau_NS