Wednesday, April 18, 2007

Sokong hak orang asal...! Mereka sudah GERAM !!

Perjuangan orang asal mempertahankan tanah dan hak mereka bukan suatu yang baru. Dalam ban yak hal mereka ini dilupakan, ditekan dan dipinggirkan. Hutan merupakan kampung halaman mereka, tetapi hutan diceroboh oleh kapitalis yang dinanungi pemerintah.

Seperti biasa jika mereka yang marhaenis membuka tanah untuk pertanian sara hidup mereka dikatakan penceroboh tetapi bila kapitalis merampas tanah mereka kata itu penerokaan untuk pembangunan.

Mereka (orang asal) di mana - mana di hutan Pahang, di Sarawak mahupun di Sabah hanya akan di ingati menjelang pilihanraya, selori 'tuak', sekandang babi akan dikorbankan untuk membuat pesta me'nyemah' dosa lalu BN.

Tetapi bukan semua mereka mampu ditipu oleh BN selamanya.... ada yang cerdik dan tinggi nilai harga diri. Mereka ini bangkit melawan... mereka melawan dengan kata - kata tetapi dipatahkan dengan janji manis pemerintah..mereka melawan dengan undang - undang di tewaskan dengan mainan eksploitasi mahkamah...akhirnya mereka melawan dengan tenaga ... mereka bakar kem 'pembalak' kapitalis..... salah siapa apabila mereka mengambil undang - undang ditangan mereka ?

...................................................................................

Polis menahan empat tuan tanah kaum Iban di Sri Aman semalam kerana didakwa membakar kem bergerak milik sebuah syarikat pembalakan yang beroperasi di Silantek, kira-kira 180km dari bandar Kuching.

Ketua Polis Sri Aman Mat Jusoh Muhamad mengesahkan keempat-empatnya ditahan reman untuk siasatan berhubung laporan yang dibuat syarikat tersebut terhadap mereka.

Mereka terdiri daripada aktivis tempatan, Jacob Emang, 59, bersama Ziglar anak Kasau, Edward Ungga dan Gerah ak Gugat.

dilaporkan oleh sebuah media internet, Mat Jusoh memberitahu melalui telefon bahawa beliau tidak dapat menyatakan bila atau sama ada mereka akan didakwa di mahkamah.

Bagaimanapun difahamkan, keempat-empatnya telah menghubungi peguam Baru Bian (foto) di Kuching untuk mewakili mereka,.

Sakit jantung

Setiausaha Agung Persatuan Dayak Iban Sarawak(Sadia) Nicholas Bawin berkata, mereka ditangkap dan ditahan reman selepas diminta hadir di balai polis Sri Aman.

Jacob dikatakan mempunyai masalah sakit jantung dan difahamkan, peguamnya akan menulis kepada pihak poli supaya membebaskannya daripada tahanan reman supaya dia boleh mendapatkan rawatan.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku Khamis lalu selepas terdapat aduan-aduan sejak dua tahun lalu mengenai kegiatan pembalakan yang dijalankan di kawasan tanah milik kaum Iban.

Beberapa pertelagahan berlaku antara tuan tanah dan syarikat pembalakan yang diberi permit untuk mengeluarkan balak dari kawasan kampung di Balai Ringin dan Pantu di Sri Aman.

Badan-badan bukan kerajaan (NGO) telah memperjuangkan nasib penduduk terbabit, dengan meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) campurtangan untuk menyelesaikan isu tersebut tetapi semua gagal.

Mereka bukan mahu menjadi ahli parlimen atau tauke besar. Mereka cuma mahu jangan diganggu kampung mereka, tempat cucuk tanam sara hidup, tempat anak bermain.....Mereka percaya dengan perjuangan adalah pelaksanaan kata kata ....maka mereka mula melaksanakan .... lahirlah perjuangan Gerakan Anak Muda!!

3 comments:

  1. Dear bloggers

    (Listed in SOPO Sentral of Malaysia)

    This kutu is trying to develop a new hobby - listing your latest posting in my blog, Malaysiakita

    This kutu really hopes you can update me on your latest posting in
    Malaysiakita comment section or by email. You can reach me at sangkutu@gmail.com

    To surf from blog to blog really consumes a lot of time. Mintak tolong la sangat-sangat! Harap sangat ni!

    I'm seeking your kind help! Tolong! Tolong!

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:55 AM

    Ajang Kiew

    Kami ingin membuat kenyataan tentang lima halangan jalan (blockade) yang telah didirikan oleh masyarakat Penan di Baram sejak minggu lalu untuk mengelak daripada sebarang salah faham oleh mana-mana pihak. Kampung yang terlibat adalah Long Sayan dan Long Belok di Sungai Apoh, Long Lutin di Sungai Patah, Long Kevok di Sungai Layun, Tutoh dan kumpulan nomadik Ba' Bevan di Sungai Si'ang, Tutoh.

    Advertisement

    Di sini kami ingin menjelaskan sebab-sebab halangan-halangan tersebut didirikan.

    Pertamanya, kampung-kampung Penan tersebut terpaksa menyuarakan bantahan mereka dengan cara ini kerana pelesenan pembalakan di Sarawak ini dilakukan dengan cara yang tidak telus dan telah mengabaikan hak-hak tanah adat Orang Asal di Sarawak, termasuklah kaum Penan, dan menceroboh ke dalam kawasan kami.

    Kedua, sudah bertahun-tahun kampung-kampung Penan menulis pelbagai surat kepada pihak berkuasa merayu agar masalah pencerobohan diselesaikan dan bantuan-bantuan peningkatan taraf hidup disalurkan kepada kami, tetapi sehingga kini, kebanyakan permintaan kami masih belum dilayani.

    Perjumpaan-perjumpaan dengan pihak berkuasa ada kadangkala dilakukan, malah pihak Suhakam misalnya sudah mengakui permasalahan hak tanah adat di Sarawak yang perlu diselesaikan, tetapi semua ini masih belum diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

    Ketiga, pihak syarikat pembalakan jarang sekali mahu berbincang bersama kami, kecuali apabila mereka betul-betul terpaksa. Kadangkala, mereka bukan hanya merosakkan sumber-sumber hutan dan sungai, malah temuda (ladang atau kebun) kami juga turut termusnah, seperti apa yang terjadi di Long Sayan dan Long Belok.

    Dalam kejadian ini, kami telah kehilangan tanah padi yang ditinggalkan, pohon ipoh dan buah-buahan seperti durian, rambutan, nangka yang merupakan sumber makanan dan pendapatan.

    Dalam banyak perbincangan atau perjanjian antara kampung Penan dan pihak syarikat, kami sering berada dalam keadaan tertekan, walaupun dengan kehadiran pihak berkuasa. Seringkali kami terpaksa 'bersetuju' dengan perjanjian yang berat sebelah, kabur dan tidak menjamin apa-apa, atau menerima 'pampasan' yang tidak seberapa.

    Dalam keadaan seperti ini, kami kehilangan pilihan-pilihan yang lebih wajar dan tuntutan asal kami supaya hak kami dihormati diketepikan dengan begitu sahaja. Sampai bilakah kaum Penan akan terus diperlakukan dengan licik oleh pihak syarikat?

    Jika kami tidak mempertahankan hak kami sekarang, selepas pembalakan tamat, hutan kami akan dimusnahkan untuk perladangan. Pihak SAMLING kini sudah dilaporkan memulakan penanaman kayu di kawasan Sungai Belanah dan Sungai Layun. Ini mungkin akan memusnahkan tanah adat kampung Penan dari Long Latie, Long Kevok, Long Nen dan Long Kawa di Tutoh sehingga ke Long Lilim, Long Daloh, Long Lutin, Long Kawi dan Long Itam di Ulu Sungai Patah.

    Oleh yang demikian, untuk mengelakkan halangan-halangan seperti ini daripada didirikan, pihak Kerajaan semestinya mengambil beberapa tindakan yang betul.

    Pertamanya, setiap kampung Penan, termasuk yang masih nomadik, mestilah mempunyai kawasan yang diwartakan sebagai Hutan Komunal, yang tidak boleh dicerobohi oleh syarikat-syarikat balak atau perladangan.

    Cara lesen-lesen ini dikeluarkan mestilah diperbaiki dengan mengambil kira dan menghormati hak-hak adat masyarakat tempatan dengan berbincang terlebih dahulu dengan kami.

    Kedua, pihak Kerajaan mestilah membantu kami untuk meningkatkan taraf hidup. Kami amat memerlukan projek-projek pembaikan rumah panjang, bantuan pertanian - termasuklah penanaman semula kawasan-kawasan yang sudah dicerobohi untuk kami menambahkan sumber pemakanan dan pendapatan dan bantuan-bantuan kemudahan seperti pendaftaran kelahiran dan kad identiti, pembinaan lebih banyak sekolah dan perkhidmatan kesihatan agar kaum Penan akan dapat keluar dari kemiskinan dan mudah mendapatkan pekerjaan di luar kampung mereka.

    Oleh itu kami memohon agar pihak Kerajaan Sarawak segera memulakan proses rasmi pewartaan kawasan kampung-kampung Penan, termasuk hutan simpan kami, sebagai Hutan Komunal, seperti yang tertera dalam undang-undang dan memastikan kegiatan perladangan dan pembalakan berhenti dari menceroboh kawasan kami. Jika tindakan ini tidak diambil, kejadian-kejadian seperti blockade berkemungkinan besar akan terus berlaku pada masa hadapan.

    * Penulis adalah Pengerusi Persatuan Penan Sarawak.

    ReplyDelete
  3. kepada saudara saudara berbangsa penan,mana mana syarikat pembalakan yang ingin memaksuki hutan tempat tuan harus ditentang bermatian,tetapi sekiranya nakan hutan tersebut harus pihak saudara minta pampasan setiap pokok yang ditebang. kalau kayu kawasan itu berjuta tan maka syarikat pembalakan pun kena membayar berjuta ringgit. sebagai contoh kalau jumlah kayu kawasan tersebut 2juta tan kali dengan rm15 jumlahnya RM30juta kalau tak bayar bakar sahaja jentera pembalakan atau bunuh tauke dan kuncunya.bila masa lagi kita nak berlembut dah sampai masa kita berperang dengan syaitan manusia yang membuli kita.

    ReplyDelete