When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Saturday, April 01, 2006
1000 demo pun kerajaan takkan turun minyak
Maka berkatalah seorang Menteri yang berkelulusan undang-undang dan diberi tugas menjaga Parlimen, bahawa, biar 100 kali diadakan demonstrasi kerajaan tidak akan menurunkan harga minyak dan demonstrasi yang diadakan itu tidak menggambarkan perasaan rakyat di Malaysia yang berjumlah 26 juta orang. Kadang-kadang kala ada masanya Menteri Kabinet Islam ada Had dan ada Hari ini bila bercakap dan membuat kenyataan terlupa membuat kerja rumah.Kalau diambil kira semasa British mencadangkan Malayan Union pada 1hb April 1946, jumlah yang berhimpun di anggarkan seramai 10 ribu orang. Apakah ini juga bererti bahawa perhimpunan itu tidak cukup untuk menggambarkan hasrat orang - orang Melayu yang pada masa itu berjumlah 2 juta orang untuk menentang Malayan Union?Hasil dari demonstrasi itu lah yang menyebabkan gagasan Malayan Union itu dibatalkan dan boleh juga dikatakan UMNO sendiri ditubuhkan bermula dengan tunjuk perasaan. Ini secara relatif menunjukkan bahawa budaya demonstrasi ini sebenarnya dibawa oleh UMNO sendiri dan UMNO itu sendiri tertubuh dengan berlaku tunjuk perasaan orang Melayu di Batu Pahat yang baru2 ini diperingatkan semula dengan Presiden UMNO sendiri hadir.Bagi sebuah negara Maju samada di Amerika, Australia dan Jepun mereka telah menerima hakikat bahawa demonstrasi adalah satu sistem demokrasi yang diamalkan oleh rakyat masing-masing bagi melahirkan manifestasi mereka. Kesemua demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat di negeri masing - masing tidak pula dijawab oleh Menteri-menteri mereka bahawa itu "tidak menggambarkan rakyat yang sebenar". Yang berbeza di luar negera para demonstrasi melibatkan semua orang dan akan menjadi lebih terkesan bila demonstrasi tersebut melibatkan ahli-ahli Parlimen sendiri, tetapi di Malaysia ahli Parlimen Pro Kerajaan sudah pasti tidur di rumah dan yang pembangkang hanya berani di dalam Parlimen.Kesan setiap demonstrasi bukan bergantung kepada jumlah yang datang tetapi bergantung kepada sikap keperihatinan mereka. Semasa Queen Elizabeth melawat Singapura, terdapat seorang individu yang ber-demo berpakaian beruang yang menentang pembunuhkan beruang bagi tujuan membuat topi askar penjaga Istana Buckingham, tidak pula kerajaan British buat kenyataan bahawa individu tersebut yang ber-demonstrasi itu tidak menggambarkan rakyatnya yang berjuta-juta. Ini perbezaan yang dikatakan orang, yang pandai tidak semesti bijak dan yang bijak tak semesti pandai tetapi yang perlu dan penting ialah "bijaksana".Di Malaysia itulah kemelut besar dalam kepemimpinan negara ini. Malaysia terlalu kurang kepimpinan yang bijaksana. Bertindak tegas memanglah satu sikap yang terpuji tetapi mestilah diseimbangkan dengan keadaan. Cuba perhatikan satu cara yang sama tetapi tindakan berbeza. Di Bangunan Parlimen, yang mana di bawah jagaan Daerah Polis Sentul. Ketua Polisnya seorang India dan sudah pasti tidak beragama Islam, mengambil pendekatan berunding dengan Ketua kumpulan itu dan hasil dari perundingan itu ialah penyelesaian untuk bersurai kerana tidak dibenarkan masuk ke Parlimen. Mereka sebaliknya membuat keputusan untuk berkumpul dan berjalan ke Suhakam yang jauhnya dua kilometer. Segalanya berjalan agak lancar, tetapi bila masuk ke Jalan Raja Laut, di mana ianya dibawah jagaan Daerah Polis Dang Wangi, mereka berdepan dengan truk "water cannon" untuk tujuan perang saikoloji. Sebenarnya mereka-mereka yang membuat bantahan aman ini jika tidak diganggu, adalah manusia biasa dan setelah selesai mereka akan bersurai dengan baik.Hari ini adalah soal kenaikan harga minyak disebabkan pengurangan subsidi cukai telah masuk satu bulan dan ianya masih belum reda. Tunjuk perasaan akan terus diadakan dan yang berdemonstrasi sudah tahu jawapan kerajaan yang akan tidak menarik balik pengurangan subsidi cukai minyak.Kerajaan Barisan Nasional akan terus tergugat dengan isu ini dan demonstrasi isu minyak ini akan berjalan terus sehingga kerajaan dapat meyakinkan rakyat keperluan pengurangan subsidi cukai minyak tersebut. Soalnya, bagaimana kerajaan hendak meredakan isu itu sedangkan jawapan dan penerangan oleh para Menteri dan pegawai parti lebih banyak kearah kenyataan provakasi seperti yang dinyatakan oleh Menteri yang jaga undang-undang itu.Isu harga minyak sebenar dah boleh disenyapkan jika kerajaan mengambil pendekatan mengimbangi pengguna minyak seperti yang dilakukan dengan penurunkan harga kereta yang mana sepatutnya diturunkan khusus untuk kereta-kereta yang berkuasa kuda bawah 1500, supaya penggunaan kereta berkuasa rendah akan meringankan mereka daripada menanggong kos pembelian minyak yang tinggi. Malangnya kerajaan tidak mempunyai satu pertunjukan sebenar harga kereta yang diturunkan. Kerajaan juga sewajarnya menurunkan cukai jalan kereta atau dihapuskan seperti yang dilakukan kepada motorsikal di bawah kuasa kuda tertentu.Soalnya sekarang... adalah lebih baik kerajaan melantik seorang sahaja jurucakap dalam isu-isu semasa dan orang yang paling sesuai adalah Menteri Penerangan sendiri. Tidak seperti sekarang ini, ada Menteri yang bercakap dalam isu yang bukan portfolio beliau sehingga menimbulkan salah tafsiran. Pihak media juga terpaksa di beri panduan bagaimana berita isu ini harus ditulis supaya rakyat dan pembaca faham, tidak seperti sekarang, apa yang di lihat dan di dengar dalam berita TV jauh beza jika di baca di dalam akhbar.
Tuesday, March 14, 2006
sibuk ....sibuk...'betulke aku sibuk?'
Salam buat semua pembaca blog aku yang mulai hensem ini.....nampaknya tiba tiba jumlah kemasukan pembaca meningkat aku percaya maybe sebab aku di linkkan oleh beberapa teman bloger khususnya faisal....tq
Erm............ seminggu dua nie aku rasa betul - betul sibuk.....apa yang aku sibukkan akupun tak tahu...... mak aku punyalah marah sebab dalam tiga minggu ini hanya 3 malam aku tidur rumah di Seremban selebihnya aku di Johor, Penang, Perak, Kl heeeeee...seluruh negara....tapi pagi nie aku sedar bahawa sebenarnya aku sibuk sebab aku sendiri.....
dah tu habis semua keje aku nak buat ..... heee.....tamak betul aku.....aku sibuk sebab kerja dan perancangan yang lemah dalam susun jadual dan keutamaan kerja....maybe mula hari ini aku kena buat susunan keutamaan kerja....
Pejabat GERAK pun tak selesai setting lagi.....mesin photostat n fax dah bawa masuk cuma meja dari pejabat tengku belum bawa lagi.....line fon dah settle dah 'terima kasih pada tengku tolong banyak kerja yang sepatutnya aku selesaikan'....kalau tengku tak ada lagi le aku kelam kabut..... Hope this week Era boleh tolong selesaikan database 800 lebih aktivis berdaftar GERAK yang dah dua bulan aku gagal nak siapkan itu ...heeeeee....
Lagi satu yang menambah sibuk semalam lak ambil card dengan letter head dari kilang.....mereka silap print logi GERAK salah n colour salah ! Pagi ini kena hantar balik .....
Angkatan Muda Negeri pun terabur lagi.....perjumpaan AJK negeri dengan AJK bahagian baru minggu nie di susun ...... aku dah bagi tahu Hj supaya teruskan sahaja jangan tunggu aku baru nak gerak...... Hope Amir (Setiausaha Angkatan Muda Negeri) boleh perbaiki performance.....
Latihan Bahagian Rasah yang sepatutnya dijadualkan 19 ini terpaksa ditangguhkan kerana persiapan yang bukan tak rapi tapi aku tak buat pun heeee.......nanti aku bincang balik dengan Chai.
Demo lah ceramah lah trainning lah kena teruskan juga walaupun aku sibuk.....
nak update blog pun rasa macam tak sempat pun........(kepada pelayar baru tu bacale arkib dengan tekan ikut bulan banyak gak bahan - bahan lain sementara aku ada masa nak tulis bahan baru)..............tapi dalam tak sempat tupun aku bangga dengan diri aku kerana aku dapat sudahkan baca dua buah buku satu buku biografi Che Guevara - David Sandhison (Ezam punya buku) dan Korupsi - Pramoedya AnantaToer (Yusmadi punya buku).
tapi tak apa lah apa - apa pun mulai minggu ini aku akan susun keutamaan kerja agar banyak kerja boleh selesai dan aku rasa tak le sibuk sangat.....

Friday, March 10, 2006
GAMBAR KEM KEPIMPINAN ANGKATAN MUDA JOHOR
Antara gambar yang sempat dirakamkan ketika che'GuBard mengendalikan Kem Kepimpinan Angkatan Muda Johor, 25-26 Febuari 2006 di Sedili, Johor.
pic 1 : menerangkan kepada Nurin mengenai
perjalanan kem
Sepanjang mengendalikan kem dua hari ini che'Gubard banyak dibantu oleh Yusof (Ketua Angkatan Muda Melaka), Paklang (selaku Kem Komandan) dan sudah tentu Era. Shamsul Iskandar juga datang untuk sesi malam.
Pic 2 : Yusof dan Era sedang meengemaskini modul dan bahan latihan sebelum pendaftaran. (banyaknya laptop Angkatan Muda Johor guna)
Kem ini diadakan secara ala kadar dari segi persiapan logistiknya. Biasalah kewangan yang terlalu menghimpit seingat che'GuBard seorang peserta membayar RM 25 untuk menyertai kem ini.
Pic 3 : sesi pengenalan bawah khemah 'perang' jerk. (masa awal tak
berapa ramai lagi sebab pagi sabtu ramai kerja.
Pic 4 : Kol. (B) Mislan (kiri) sempat berkongsi pengalaman ketika menjadi tentera dan terlibat dalam operasi di luar negara. Beliau juga berkongsi pandangan mengenai politik dalam negara. Paklang (baju merah) kem Komandan yang memastikan disiplin kem dipatuhi sepanjang kem.

Pic 5 (kiri) : che'Gubard mengajar yang lain kena dengar heeee....
Pic 6 (kanan) : tapi che'GuBard tahu ada yang pura - pura dengar yang itu namanya Najib maybe malam sibuk bantu persiapan kem kut.
pic 7 : sesi makan kelihatan Dr. Zaliha (Pengerusi Perhubungan Johor) yang memang best dan sporting ! che'GuBard kenal Dr. Z nie kali pertama pun di tempat yang sama pada tahun 2002, masih ingat dia minim air perigi masin.
Pic 8 : heee.....inilah satu kelemahan che'GuBard ...bab makan tak leh control mesti kena makan banyak.......
pic 9 : yang makan kat tengah macam pengerusi mesyuarat tu namanya Din (Ketua Angkatan Muda JB) ramai yang mengeluh tak boleh handle Din) tapi sebenarnya Din best sempoi dan sporting cuma gila - gila remaja dia tu buat orang takleh tahan kut......
Pic 10 : Dua org yang pakai baju merah nie peserta yang datang dari Melaka (ikut Yusof). Ajk Angkatan Muda Bahagian Masjid Tanah. Hidayah (kiri) nie ler jadi bunga penyeri
sepanjang kem.
Pic 11 : antara cubaan mengurat Hidayah yang
berjaya che'GuBard rakamkan sendiri ...kantoi..
Pic 12 : sesi LDK kumpulan Rosli sibuk berbincang bawah pokok
Pic 13 : Ketua Kumpulan nie abg. Khalid, dia nie unik sikit suka pakai seluar kotak, tapi dia baik hati. che'GuBard balik pun dia hantar sampai stesen Bas dan tunggu sampai bas jalan malam tu.
Pic 14 : sepanjang kem kami dipantau oleh Polis Cawangan Khas. Apalah diorang nie nak mengabiskan duit negara bayar elaun kerja luar dan suruh pegawai SB buat kerja takda faedah. Sebelah itu pic antara yang memantau kami (Pajero SB)

Pic 15 : hanya ini sahaja pic yang boleh dikongsi di sini...pic semasa sesi latihan tak boleh le sebab ini latihan dalaman parti heeee......tahniah kepada semua yang berjaya menamatkan kursus ada 25 orang peserta yang daftar masuk tapi ini sahaja yang berjaya menamatkan kursus ini.
pic 1 : menerangkan kepada Nurin mengenaiperjalanan kem
Sepanjang mengendalikan kem dua hari ini che'Gubard banyak dibantu oleh Yusof (Ketua Angkatan Muda Melaka), Paklang (selaku Kem Komandan) dan sudah tentu Era. Shamsul Iskandar juga datang untuk sesi malam.

Pic 2 : Yusof dan Era sedang meengemaskini modul dan bahan latihan sebelum pendaftaran. (banyaknya laptop Angkatan Muda Johor guna)

Kem ini diadakan secara ala kadar dari segi persiapan logistiknya. Biasalah kewangan yang terlalu menghimpit seingat che'GuBard seorang peserta membayar RM 25 untuk menyertai kem ini.
Pic 3 : sesi pengenalan bawah khemah 'perang' jerk. (masa awal tak
berapa ramai lagi sebab pagi sabtu ramai kerja.Pic 4 : Kol. (B) Mislan (kiri) sempat berkongsi pengalaman ketika menjadi tentera dan terlibat dalam operasi di luar negara. Beliau juga berkongsi pandangan mengenai politik dalam negara. Paklang (baju merah) kem Komandan yang memastikan disiplin kem dipatuhi sepanjang kem.

Pic 5 (kiri) : che'Gubard mengajar yang lain kena dengar heeee....
Pic 6 (kanan) : tapi che'GuBard tahu ada yang pura - pura dengar yang itu namanya Najib maybe malam sibuk bantu persiapan kem kut.
pic 7 : sesi makan kelihatan Dr. Zaliha (Pengerusi Perhubungan Johor) yang memang best dan sporting ! che'GuBard kenal Dr. Z nie kali pertama pun di tempat yang sama pada tahun 2002, masih ingat dia minim air perigi masin.Pic 8 : heee.....inilah satu kelemahan che'GuBard ...bab makan tak leh control mesti kena makan banyak.......

pic 9 : yang makan kat tengah macam pengerusi mesyuarat tu namanya Din (Ketua Angkatan Muda JB) ramai yang mengeluh tak boleh handle Din) tapi sebenarnya Din best sempoi dan sporting cuma gila - gila remaja dia tu buat orang takleh tahan kut......

Pic 10 : Dua org yang pakai baju merah nie peserta yang datang dari Melaka (ikut Yusof). Ajk Angkatan Muda Bahagian Masjid Tanah. Hidayah (kiri) nie ler jadi bunga penyeri
sepanjang kem.Pic 11 : antara cubaan mengurat Hidayah yang
berjaya che'GuBard rakamkan sendiri ...kantoi..Pic 12 : sesi LDK kumpulan Rosli sibuk berbincang bawah pokok

Pic 13 : Ketua Kumpulan nie abg. Khalid, dia nie unik sikit suka pakai seluar kotak, tapi dia baik hati. che'GuBard balik pun dia hantar sampai stesen Bas dan tunggu sampai bas jalan malam tu.

Pic 14 : sepanjang kem kami dipantau oleh Polis Cawangan Khas. Apalah diorang nie nak mengabiskan duit negara bayar elaun kerja luar dan suruh pegawai SB buat kerja takda faedah. Sebelah itu pic antara yang memantau kami (Pajero SB)

Pic 15 : hanya ini sahaja pic yang boleh dikongsi di sini...pic semasa sesi latihan tak boleh le sebab ini latihan dalaman parti heeee......tahniah kepada semua yang berjaya menamatkan kursus ada 25 orang peserta yang daftar masuk tapi ini sahaja yang berjaya menamatkan kursus ini.
Tuesday, March 07, 2006
Lagu tiga kupang (minyak naik lagi)
Lagi Tiga Kupang (minyak naik lagi)
Lagi tiga kupang
Minyak naik lagi
Rakyat kena bohong
Konon subsidi tinggi
Bila harga minyak
Borong naik saja
Tentu rakyat hairan
Pak Lah buat apa?
Pak Lah sungguh lemah
Ekonomi tak tau jaga
Lebih baik undur
Rakyat pasti gembira.. yeah!!
Berita tiap malam
Mahu tutup pekung
Kroni BN beri ilham
Tipu orang kampung kampung..
kampung kampung kampung..
kampung kampung kampung
(ulang le mana - mana yang patut)
Ciptaan / Gubahan: Sabri Zainal Abidin - harakahdaily
Monday, March 06, 2006
Rakyat ubah cara hidup.....
salam.......................
Minyak naik lagi.....Dollah (Ketua Kampung Malaysia) kata " Rakyat perlu ubah cara hidup " Rakyat kata " Kita perlu ubah kerajaan ".......
Ketua Kampung nie suruh kita ubah cara hidup dan guna kenderaan awam.....nie aku nak habaq mai....... dua minggu berturut turut aku ada program luar KL minggu lepas di Penang dan hujung minggu sebelum itu di Sedili, Johor.....aku guna kenderaan awam ikut nasihat ketua kampung nie..............
Ya Allah Seksa nya..............ikulah esok surat terbuka aku kepada Ketua Kampung yang kita kasihi ini menceritakan betapa seksanya pengguna kenderaan awam di negara yang dicintai ini...........
Esok (8 Mac 2006) surat terbuka buat ketua kampung ku................

Jemputan bercanda di tepi tasik
AKTIVITI: BERCANDA DI TEPIAN TASIK
TARIKH: 11.3.06 [Sabtu]
MASA: 10 pagi - lewat malam
TEMPAT: Artport, Galeri Shah alam, Tasik Shah Alam.
TIKET: Donasi [sumbangan ikhlas dari anda ini akan digunakan untuk membayar kos instrument dan juga kos-kos berbayar yang lain. Jadi, donate-lah sebanyak mungkin.J.terima kasih.]
[ATURCARA]> Pameran dan jualan zines/buku-buku underground.>
Penerangan ringkas tentang acara yang dianjurkan.> Diskusi tentang zine/alternatif literatur. Panelis: ________, ______ & _______.> Persembahan musik band-band independent tempatan dan juga band jemputan khas dari Jepun.*juga akan terdapat persembahan pemusik bebas [busking] dari rakan-rakan sekitar KL sepanjang aktiviti berlangsung
lanjut layari http://www.bilik.blogspot.com/

'Undur Dolah’ bergema di Permatang Pauh
Oleh Zulkifli Mohamed
PERMATANG PAUH: “Undur, undur....undur Dolah ! Hancur, hancur....hancur kapitalis! Hidup, hidup....hidup rakyat! Minyak naik....rakyat susah! Minyak naik....polis pun susah,” antara laungan anak-anak muda ketika menyertai demontrasi aman membantah kenaikan harga minyak berhampiran Plaza Tol Kubang Semang, di sini petang semalam.Tidak cukup dengan itu, pelbagai sepanduk bertulisan Melayu, Cina dan Inggeris menghiasi demontrasi tersebut.Antaranya tertera, “Satu lagi projek BN…petrol naik, elektrik naik, inflasi naik. Kenaikan harga minyak amat membebankan rakyat. Pemimpin kaya rakyat derita. Petronas untung sampai gila - rakyat terus merana. Mana pi untung duit Petronas? Minyak naik lagi..cemerlang-gemilang-temberang, BN = Barang Naik, Don’t suck our blood with oil. Oil hike keep cronies fat. Pak Lah -you allow lawless bus operators to renew licence-how to expect public transports improvement?”Demo lebih sejam bermula 5.30 petang itu ekoran keputusan kerajaan menaikkan harga petrol dan disel iaitu yang tertinggi dalam sejarah negara.Pada sebelah pagi bantahan yang sama menuntut Abdullah meletakkan jawatannya diadakan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sebelah pulau.Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan, Badrul Hisham Saharin yang berucap pada perhimpunan di Permatang Pauh, berkata Abdullah sewajarnya meletakkan jawatan kerana kegagalannya mengurus tadbir dengan baik, terbaru membebankan rakyat dengan menaikkan harga minyak dan gas.Kerajaan katanya menaikkan harga bahan bakar itu ketika harga minyak dunia turun.“Padahal ketika ini harga minyak dunia lebih rendah sekitar USD61 setong, berbanding USD75 setong tahun lalu,” jelasnya.Justeru katanya harga barangan pasti melonjak naik, termasuk kadar elektrik.“Jangan salahkan peniaga yang terpaksa menaikkan harga barangan kerana kelemahan kerajaan mentadbir negara,” tegasnya.
--------------------------------------------------------
PULAU PINANG, 6 Mac (Hrkh) - Dua demontrasi aman semalam yang dianjurkan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti politik pembangkang mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan atau tarik balik pengumuman kenaikan harga minyak petrol, disel dan gas sebanyak 30 sen mulai 28 Februari lalu.
Perhimpunan aman sebelah pagi diadakan di hadapan Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) manakala pada sebelah petang pula di Plaza Tol Kubang Semang, Permatang Pauh.
Kedua-dua perhimpunan tersebut mendapat reaksi yang membanggakan apabila ramai pengguna jalan raya membunyikan hon tanda sokongan terhadap gesaan dan tujuan tersebut.
Bukan itu sahaja malahan mendapat bantuan penuh daripada Pasukan Polis, Special Branch (SB) dan Polis Trafik yang bertindak mengawal lalu lintas.
Antara NGO yang kelihatan ialah Save Ourselves (SOS) dan Suaram manakala pimpinan politik pula ialah DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS.
Selain dari memberikan ucapan pendek pimpinan dan jentera parti menyampaikan risalah tentang statistik kenaikan minyak dan gas bermula beberapa tahun lalu.
Penyelaras Fight Fuel Hike Front, Ong Boon Keong menyifatkan kenaikan itu tidak pun menyelesaikan masalah pengangkutan khasnya di Pulau Pinang sebaliknya menambahkan lagi kesengsaraan rakyat.
Sementara itu di Plaza Tol Kubang Semang, Timbalan Ketua Penerangan PKR, Badrul Hisyam Shaharin menegaskan, Dato' Seri Abdullah tidak wibawa untuk memimpin negara kerana beliau dibayangi oleh orang lain.
Sepatutnya, beliau menggunakan kuasa yang dimiliki untuk memperbaiki kelemahan pengtadbiran bekas Perdana Menteri lepas bukan laksanakan kerakusan.
"Ramai orang tidak menyangka beliau merupakan pemimpin yang paling kuat menekan rakyat dengan kenaikan barangan keperluan seharian, minyak, toldan sebagainya, " ujar beliau kepada pemberita. Katanya lagi, untuk mentadbir negara bukan semudah menganjurkan 'My Team' yang sedang diperkasakan oleh menantunya, Khairy Jamaludin.
Mereka sanggup memunggah wang Telekom Malaysia (TM) semata-mata untuk memperkemaskan pengaruh mertuanya di samping menguatkan kedudukannya politiknya lebih lagi untuk berhadapan dengan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo yang menjadi seteru ketat Khairi ketika ini.
Friday, March 03, 2006
Kompilasi Khas : Seriuskah Abdullah perangi rasuah ?
Bagaimanapun, seolah-olah menyatakan kegagalannya, beliau menyatakan bahawa ia bukan satu tugas yang mudah kerana bukti dan fakta perlu dikemukakan sebelum seseorang itu boleh didakwa. (more…)
anak muda
Laskar Cinta
-
wahai jiwa-jiwa yang tenang..jangan sekalikali kamu..
mencoba jadi Tuhan dengan mengadili dan mengahakimi....
bahawasanya kamu memang tak punya daya dan upaya,serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yg sejati..
bukankah kita memang tercipta laki laki & wanita dan menjadi suku suku bangsa dan bangsa.. yang pasti berbedabukankah kita harus saling mengenal dan menghormati.....
bukan untuk saling bercerai berai dan berperang angkat senjata
satu bangsa ...satu arah....

aik ? Boleh pulak UMNO kerjasama dengan Komunis !
http://www.umno-online.com/
sila rujuk laman Umno - Online pada 2 Mac 2005 menyiarkan berita utama mengenai kerjasama komunis party china dengan UMNO.......
1. ingat menjelang ulangtahun merdeka yang lepas bagaikan gempa Malaysia kerana isu komunis apabila timbul isu komunis juga ada peranan dalam kemerdekaan negara. Maka juak2 UMNO nie pun termasuk para menteri khususnya Zam dan Khairy macam hilang pertimbangan mengamuk tidak tentu pasal dalam hal ini. RTM dan media milik UMNO diperkudakan secukupnya memburukkan imej komunis tetapi yang hairanya kenapa secara tiba - tiba umno bangga dapat kerjasama dengan parti komunis china ? ini buktikan umno sekarang ini hanya berpolitik berdasarkan sokongan semata - mata kerana logik dan edologi atau idealisma yang kukuh.
2. jika umno ada ideologi yang kukuh seperti yang digembar gemburkan sebelum ini seperti khairy (menantu abdullah yang anti komunis) ayat ini keluar dari mulut dia sendiri.......... sepatutnya kerjasama harus antara negara china dan kerajaan malaysia bukan antara dua parti.
3. bagi GERAK terlanjur dah jalin hubungan parti berasaskan perkauman ini seharusnya belajar bagaimana ketelusan yang diamalkan dalam china komunis party ini. rujuk http://gerakmalaysia.org/web/?p=52 bagaimana parti komunis itu mempunyai rekod mendakwa 115,000 pemimpin perbagai peringkat kerana perbagai salah laku korupsi. disember lepas menteri tanah dan sumber china di hukum kerana rasuah.
4. begitulah seriusnya china di bawah pemerintahan komunis menjalankan kempen anti rasuah bukan seperti malaysia yang menunya hanyalah tangkapan ikan bilis ...rakyat bosan dengan cerita koperal ditangkap kerana rasuah rm30 .....rakyat nantikan 18 kes profail tinggi yang dikatakan rais yatim ..................
kenyataan atas nama
Badrul Hisham Shaharin
Ketua Ko ordinator
Gerakan Demokrasi dan Anti korupsi

DEBAT KARTUN HINA NABI
Debat Umum: Kartun Hina Nabi
Penyiaran karikatur Nabi Muhammad S.A.W tahun lalu oleh surat khabar Denmark, Jyllands-Posten bukan sahaja menimbulkan kemarahan kelompok Muslim, namun memberi kesan sosial, politik dan kebudayaan termasuk persoalan dialog Timur-Barat.
Selain bantahan dalam pelbagai bentuk, media juga dikecam dan sensitiviti umat Islam terhadap kartun yang disiarkan media menjadi begitu tinggi. Di negara kita, beberapa surat khabar ditutup, sama ada yang menyiarkan imbasan kembali karikatur berkenaan mahupun material lain yang dianggap ‘menghina Nabi’.
Open Dialogue Centre (ODC) dengan rasa bertanggungjawab cuba menghubungkan beberapa pihak yang mewakili beberapa pandangan, termasuk di kalangan pemimpin politik dan NGO.
Satu debat umum akan berlangsung dengan butiran berikut:
Pendebat: 1. Mohamad Hanipa Maidin
Ketua Penerangan, Dewan Pemuda PAS
2. Hasmi Hashim
Karyawan, Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT)
Moderator: Fathi Aris Omar
Ketua Wartawan, The Star
Tarikh: 7 Mac 2006 (Selasa)
Tempat: Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya.
Tentatif: 8:00 malam - 8:30 malam -Kehadiran dan Pendaftaran.
8:45 malam - 11:00 malam -Debat.
11:00 malam -Bersurai.
Selain nama pendebat daripada Pas dan KsJT, kami masih berusaha untuk mendapatkan seorang lagi pendebat daripada mana-mana parti politik atau NGO lain kerana sudah beberapa kali usaha berkenaan menjadi begitu sulit sekali.
Perkembangan terbaru menunjukkan isu ini mulai reda, tetapi kita harus sedar bahawa ianya telah juga memberi kesan kepada perkembangan media massa umumnya di Malaysia. Oleh itu, ODC berharap dengan debat ini bakal menjernih dan memulihkan kembali semangat kebebasan media yang diikuti oleh rasa tanggungjawab.
Sekian dimaklumkan.

Thursday, January 12, 2006
RM 10 JUTA DIBAZIRKAN UNTUK MENYEBAR PROPAGANDA DAN DAKYAH BN
Kementerian mengeluarkan belanja setengah juta bagi membeli sebuah lori ini. Dalam ucapannya beliau mengatakan kementerian akan memiliki 20 lagi lori seumpama itu dengan kos rm10juta menjelang September 2006.
Katanya lagi pentarama ini akan digunakan untuk kempen yang lebih berkesan menyampaikan maklumat kepada rakyat terutamanya golongan muda. Bagi menarik golongan muda Pentarama ini bakal menampilkan bakat – bakat tempatan selain artis terkenal.
Angkatan Muda kesal dengan pembaziran rm10 juta wang rakyat ini. Adakah belum cukup kementerian penerangan malay boleh dikatakan hampir semua media elektronik dan media cetak diperalatkan untuk menyampaikan dakyah dan propaganda BN ? Apa guna lori yang dijadikan pentas bergerak bukankah hampir seluruh rakyat Malaysia sudah memiliki tv dan radio atau sekurang – kurangnya boleh mendapatkan akses maklumat melalui akhbar harian yang semuanya dikuasai parti pemerintah ?
Nampaknya kenyataan pengerusi spr mengenai bagaimana Bn mencabul system demokrasi dengan mempergunakan media langsung tidak dipedulikan pemimpim BN. Malah dengan perasmian pentarama ini dilihat pemimpin BN lebih bernafsu mencabul system demokrasi negara.
Pentarama ini hanya akan menjadikan remaja yang taksub dengan hiburan dan akhirnya semua ini akan diperalatkan untuk kempen BN menjelang pilihanraya akan datang.
Badrul Hisham Shaharin
Timbalan
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Malaysia
Friday, December 02, 2005
Tuesday, November 22, 2005
ADA USAHA CUBA GAGALKAN GERAK DEKATI RAKYAT.
Pada 19 November 2005, jam 9.00 malam dijadualkan Pelancaran GERAK peringkat negeri Perlis. Semua persiapan majlis pelancaran yang sepatutnya diadakan di Markas Pas Taman Jali, Kangar telah berjalan lancar. Namun pada petang 19 November 2005 pihak keselamatan telah mengugut pemilik Markas Taman Jali untuk menangkapnya jika meneruskan program tersebut..
Oleh kerana itu pemilik markas tersebut telah bertindak menutup markas. Sekatan jalan raya diadakan kira – kira 100 meter di kiri dan kanan jalan raya. Namum kerana hebahan melalui poster dan handbill yang telah tersebar lebih awal memaklumkan pidato Ezam Mohd Nor (selaku pengerusi GERAK) dan Ust. Hashim Jasin (Pesuruhjaya PAS Perlis) untuk Pelancaran GERAK peringkat Perlis maka usaha polis tidak dapat menghalang orang ramai datang.
Pada jam 9.00 malam saya tiba di tapak program. Kelihatan di kawasan sekitar di percayai ratusan orang telah berjaya menembusi sekatan polis. Dihadapan markas pula telah berkumpul kira – kira 60 orang, menunggu keputusan penganjur. Saya menghubungi Saudara Ezam Mohd Nor (yang dalam perjalanan ke tapak ceramah) memaklumkan mengenai keadaan dan memaklumkan keputusan bahawa beliau tetap akan terus hadir di tapak program.
9.35 malam, Ezam sampai di tapak program. Dengan menggunakan hailer (pembesar suara) saya telah memaklumkan kehadiran Ezam. Puluhan yang berkumpul di depan markas telah menjadi ratusan.
Ezam bersalaman dengan orang ramai sambil mengedarkan sendiri risalah penerangan GERAK beserta borang sukarelawan GERAK. Orang ramai meminta majlis diteruskan walaupun guna hailer. Maka untuk tidak menghampakan Ezam menyampaikan pidatonya hampir 30minit. Maka GERAK negeri Perlis dilancarkan di tepi jalan besar di Kangar bersaksikan ratusan rakyat yang berani melepasi sekatan dan ugutan.
Lawatan gerak ke negeri perlis pada 19 November 2005 bermula 11.30 pagi dengan Ziarah GERAK ke Pejabat Perhubungan PAS Perlis. Rombongan yang diketuai oleh Ezam itu telah disambut oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas Perlis. Lebih satu jam Ezam memberi penerangan dan berdialog dengan pimpinan Pas Perlis menerangkan mengenai GERAK yang akhirnya menyaksikan pimpinan Pas Perlis menyambut baik kewujudan GERAK dan menyatakan komitmen untuk turut memberikan dokongan.
Selepas itu agenda lawatan ke Perlis diteruskan dengan bertemu beberapa tokoh dalam dan luar kerajaan di negeri ini untuk menerangkan mengenai GERAK. Kami mendapat perbagai respon tetapi majoritinya menerima baik dan melihat betapa pentingnya GERAK sebagi sebuah institusi mendidik rakyat mengenai demokrasi dan anti korupsi diwujudkan dalam keadaan bangsa yang berada di ambang kehancuran oleh kerana rasuah yang melampau.
Jam 5.30 petang Ezam dan rombongan tiba di hadapan Pasaraya The Store, Kangar untuk mengedarkan risalah kepada orang ramai. Kelihatan tidak kurang dari 15 orang anggota polis dan 8 daripadanya tidak beruniform dipercayai dari cawangan khas berada di kawasan sekitar. Kehadiran mereka merakam program petang itu bukan sahaja untuk menakutkan orang ramai malah mengambarkan ketakuran mereka sendiri. Malah dalam sidang media selepas itu ada anggota polis cawangan khas yang cuba menyamar sebagai wartawan dengan memperkenalkan diri mereka sebagai wartawan Berita Harian, turut cuba bertanyakan soalan kepada Ezam.
GERAK dengan ini mengecam tindakan polis yang melampau ini. GERAK berharap kejadian seumpama ini tidak berulang dan meminta polis tidak bersekongkol dengan orang politik untuk menyekat ruang demokrasi dalam negara ini.
Jika pihak polis ragu – ragu mengenai kewujudan GERAK maka sebagai sebuah badan berdafatar berdasarkan undang undang negara kami bersedia mengadakan majlis penerangan GERAK kepada pihak polis jika di minta berbuat demikian.
Secara keseluruhannya lawatan kerja GERAK ke utara pada 18 – 10 November berjaya mencapai maksudnya. Dengan menyaksikan GERAK memulakan langkah dengan mengadakan Himpunan Rakyat - Pelancaran GERAK peringkat Negeri Kedah bersama Ezam Mohd Nor (Pengerusi GERAK), Hj. Mahfuz Omar ( Pengarah IMPAK),bertempat di Muasasah Darul Ulum, Pokok Sena yang dimulakan dengan majlis tahlil ringkas di makam Almarhum Dato’ Ust Fadzil Noor.
Sehingga kini GERAK telah mula mendapat respon orang ramai yang mahu menjadi sukarelawan. Didapati yang majoritinya terdiri daripada orang muda berketurunan cina.
BADRUL HISHAM SHAHARIN
Ko ordinator
Gerakan Demokrasi dan anti Korupsi
017 6688404
gerakmalaysia@gmail.com

Sunday, October 09, 2005
KEMPEN KESEDARAN RAKYAT BERHUBUNG KONSPIRASI
Klik pada tajuk untuk mengetahui maklumat lanjut tentang program
24 Okt - Sg. Petani
24 Okt - Sidang Media
24 Okt - Edaran risalah Stesen Bas Sg Petani
24 Okt - Pasar Ramadhan Tmn Ria
24 Okt - Solat Tarawikh Masjid Sg Petani
25 Okt - Georgetown
25 Okt - Edaran risalah kawasan tumpuan
25 Okt - Pasar Ramadhan Bayan Baru
25 Okt - Pasar Ramadhan Glugor
25 Okt - Solat Tarawikh Masjid Bayan Baru
26 Okt - Kepala Batas
26 Okt - Sidang Media (5.30 ptg Pej. keADILan Kepala Batas)
26 Okt - Pasar Ramadhan Kepala Batas
26 Okt - Seberang Jaya
26 Okt - Pasar Ramadhan Seberang Jaya
26 Okt - Tarawikh Masjid

Saturday, October 08, 2005
Umno tidak gentar dengan pengedaran risalah pembebasan Anwar ?
Muda Mohd Noor (Malaysiakini.com)
Pergerakan Pemuda Umno menganggap isu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu isu kecil dan pengedaran risalah mengenai pembebasan beliau, tidak akan menjejaskan parti itu. Sebaliknya, Ketua Penerangannya, Datuk Azimi Daim berkata, Umno sebuah parti yang besar, kukuh dan tidak akan `pincang’ dengan pengedaran risalah tersebut. “Pemuda Umno tidak memandang perkara tersebut sebagai sesuatu yang boleh menjejaskan kekuatan parti secara keseluruhannya. “Mungkin ada orang yang terpengaruh tetapi jumlahnya kecil,” katanya ketika diminta mengulas tindakan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengedar 500,000 risalah mengenai pembebasan Anwar sejak dua minggu lalu.Memang tidak dinafikan jumlah 500,000 risalah tersebut sememangnya jumlah yang kecil. Namum dalam keadaan kewangan yang terbatas hanya itu yang mampu diusahakan. Walaubagaimanapun, kami yakin bahawa orang ramai yang mendapat risalah tersebut mula mengikuti saranan yang tertera pada risalah itu. Ramai yang telah membuat salinan dan mengedarkan sendiri kepada jiran dan rakan - rakan pejabat mereka. Ini dari respon yang kami terima mengatakan banyak salinan risalah dalam bentuk fotokopi teredar di pejabat - pejabat khususnya pejabat kerajaan.
Azimi yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah berkata, risalah itu perlu diedarkan kepada ahli parti pembangkang dan bukannya kepada rakyat.
Dengan jumlah yang kecil (1/2juta) risalah ini di edarkan di tempat - tempat awam terutamanya di kawasan kubu kuat UMNO (seperti Pekan dan Kepala Batas). Risalah ini juga dihantar melalui terus ke rumah dan pejabat kakitangan kerajaan dan pemimpin UMNO peringkat pertengahan.
Pemecatan Anwar Katanya, ini kerana rakyat sudah tahu bahawa pemecatan Anwar adalah keputusan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu. “Pemecatan itu dibuat dengan sokongan penuh Majlis Tertinggi (MT) dan dibuat sebelum mahkamah membebaskan Anwar,” katanya.
Ucapan Dr Mahathir dalam Perhimpunan UMNO 1999 menyatakan bahawa beliau terpaksa memecat Anwar berdasarkan laporan siasatan awal polis terhadap 'Buku 50 dalil...'. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa buku 50 Dalil itu fitnah dan ditulis memenuhi konspirasi menjatuhkan karier politik Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, ini juga bermakna pemecatan tersebut tidak ada kena mengena dengan kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Islam Hadhari yang diperkenalkannya.
Mungkin Abdullah Ahmad Badawi tidak terlibat dalam pakatan jahat itu tetapi perlu di ingat beliau mendapat tempat tersebut di saat kemuncak fitnah konspirasi jahat itu melanda negara. Apabila mahkamah membuktikan Anwar bersih maka ahli Umno dan Rakyat Malaysia amnya akan menunggu sejauh mana Islam hadhari berani berdepan dengan kebenaran yang tiba.
Azimi mendakwa PKR mengambil kesempatan daripada pembebasan Anwar untuk mengelirukan rakyat dengan mendakwa pemecatan Anwar kerana ‘niat jahat pemimpin Umno’.
Ya memang kesempatan ini perlu diambil. keputusan mahkamah tersebut mencabar sejauh mana jati diri orang melayu islam di negara ini mampu menerima kebenaran itu apabila ia datang. Ini bukan persoalan seorang ahli Umno di pecat dari jawatan tetapi pemimpin kanan negara di pecat dan di aibkan oleh satu pakatan jahat dalam kerajaan.
Semalam Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR, Badrul Hisham Shaharin berkata pihaknya mengedar 500,000 risalah bagi menjelaskan mengenai pembebasan Anwar supaya rakyat mendapat maklumat lengkap mengenainya. Menurut Badrul Hisham, risalah tersebut diedarkan untuk menerangkan bahawa mahkamah telah mendapati Anwar tidak bersalah dan pemenjaraan beliau hanya konspirasi ciptaan buku `50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.’
Akhirnya rakyat mula sedar kesalahan Anwar hanyalah cuba membela dan mempertahankan hak rakyat dalam sebuah kerajaan yang penuh korupsi dan amalan kronisma.
Friday, October 07, 2005
Rombakan Exco NS dipertikai
Muda Mohd Noor
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) menpertikaikan tindakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan memegang enam portfolio dalam rombakan kabinet pada 28 September lepas. Ketua Penerangannya, Badrul Hisham Shaharin mendakwa Mohamad tidak akan mampu untuk memikul beban kerja yang banyak selain tugasnya sebagai Menteri Besar. Mohamad kini menjadi exco untuk Hal Ehwal Agama Islam, Perancangan, Kewangan, Tanah dan Sumber Asli, Pelajaran, Pelaburan dan Perindustrian, Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dan Penerangan, Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
“Apa perlunya mengadakan barisan exco yang begitu ramai sedangkan Negeri Sembilan bukan sebuah negeri yang terlalu ramai penduduk,” katanya dalam kenyataan yang dihantar kepada malaysiakini hari ini.
Pada 28 September yang lepas Menteri Besar Negeri Sembilan mengumumkan rombakan kabinet kepimpinan kerajaan negeri dengan menambah enam exco baru dan juga melantik timbalan exco. Langkah membazir Selain itu, beliau juga melantik Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid sebagai timbalan exco bagi tiga portfolio. “Rombakan ini sangat membazir kerana Negeri Sembilan antara negeri yang paling banyak berhutang dengan kerajaan pusat dan sudah pasti beban akan dipikul oleh rakyat,” katanya. Badrul Hishan berkata, tindakan Mohamad melantik dirinya memegang enam portfolio menggambarkan seolah-olah beliau tidak mempunyai kepercayaan terhadap anggota exco lain. Katanya, ia juga seolah-olah menggambarkan berlaku krisis kepimpinan dalam komponen Barisan Nasional (BN) terutama dalam Umno menyebabkan Mohamad terpaksa melantik begitu ramai pemimpin parti komponen untuk menjadi exco. Beliau berkata, sejak Mohamad menjadi Menteri Besar selepas pilihanraya umum lalu tidak ada sebarang perubahan atau kemajuan yang dilakukan, sebaliknya masalah bekalan air tidak dapat diselesaikan hingga hari ini.

AMK anjur kempen penerangan isu konspirasi jatuhkan Anwar
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Hrkh) - Angkatan Muda KeADILan (AMK) akan menganjurkan kempen kesedaran dan penerangan kepada orang ramai berhubung keputusan kes Mahkamah Tinggi yang menyebelahi Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam kes samannya terhadap penulis buku “50 dalil kenapa Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri' sepanjang Ramadan ini.Kempen yang akan dijalankan peringkat nasional ini bertujuan mempertingkatkan kesedaran orang ramai mengenai intipati penghakiman yang menyatakan buku ini bukan sahaja fitnah tetapi wujud konspirasi untuk menjatuhkan karier politik Anwar, kata Jurucakap Program, Badrul Hisham Shaharin.
"Mengambil kesempatan mood bulan Ramadan maka dengan tema “Menyambut Kebenaran Sempena Ramadan” kempen ini bakal meletakkan rakyat khususnya Melayu menyedari mengenai fitnah besar yang menimpa negara kini telah terbukti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media berhubung kempen kesedaran tersebut di Pejabat AMK, Jalan Thambypillay, Brickfield sebentar tadi.
Kempen ini akan dijalankan dibeberapa lokasi di Kuala Lumpur, Seremban, Shah Alam, Port Dickson, Ipoh, Georgetown, Rawang, Alor Setar dan beberapa tempat tumpuan utama di negara ini.
Kempen juga mensasarkan pengunjung pasar Ramadan sebagai tumpuan mengedar risalah kesedaran, katanya.
Antara objektif dan matlamat kempen ini ialah, mewujudkan kesedaran rakyat mengenai keputusan mahkamah yang telah membersihkan Anwar, kata Badrul Hisham.
Selain itu program ini bertujuan meningkatkan perhatian rakyat untuk memberikan perhatian menunggu pendirian Kerajaan dan Islam Hadhari mengenai konspirasi menjatuhkan Anwar yang dinyatakan mahkamah, katanya.
Ianya juga bertujuan membentuk gelombang kesedaran dan menyediakan mood rakyat menyambut kepulangan Anwar sepenuh masa dalam Malaysia, katanya.
Program ini juga mendapat komitmen dan sokongan dari banyak badan politik dan badan bukan kerajaan yang lain, katanya.
Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang jadual program boleh didapati dengan melayari laman: http://www.chegubard.blogspot.com atau menghubungi Che'gu Badrul Hisham di talian: (017-6688404/016-3242564).-wn.

KRONOLOGI PENGHAKIMAN ANWAR
1998 September Dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan ditangkap.
1999 14 April Hakim menjatuhkan hukuman penjara enam tahun berkaitan dengan kes rasuah tetapi tidak mengaku salah.
2000 Julai Didakwa terlibat dengan kes sodomi dan hubungan seks dengan lima lelaki. Hukuman boleh membawa sembilan tahun penjara.
2002 Julai Didapati bersalah dalam kes rasuah.
2004 September Dua daripada tiga Hakim Mahkamah Persekutuan mendapati Anwar tidak bersalah dalam kes sodomi. Pada masa yang sama, Anwar dibebaskan dari tahanan.
2005 3 Ogos Ketua Polis Negara bersetuju untuk meminta maaf secara terbuka kerana memukulnya dalam tahanan.
2005 18 Ogos Mahkamah Tinggi mengarahkan penulis buku '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM' membayar gantirugi sebanyak RM4.5 juta.
Ujian untuk Umno
Selepas Hakim Mahkamah Tinggi mendapati Anwar Ibrahim sebagai mangsa konspirasi Umno, maka ia menjadi satu ujian kepada ahli-ahli Umno khususnya pemimpin-pemimpin Umno, samada mereka (ahli Umno) itu mempunyai maruah dan mampu untuk menilai kebenaran serta berupaya menolak fitnah tersebut. Apabila Hakim mendapati isi kandungan buku 50 Dalil itu sebagai satu alat fitnah bagi menjatuhkan kerjaya mantan Timbalan Perdana Menteri itu, maka ia menjadi tanggungjawab semua pihak, termasuk pemimpin Umno, yang merentasi batasan politik, untuk mendokong kebenaran tersebut. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Rais Yatim yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno telah mendahului dengan menyatakan bahawa kini telah tiba masanya untuk mengkaji adakah tepat tindakan Umno memecat timbalannya pada 1998, secara tidak langsung menukar Timbalan Perdana Menteri. Sepatutnya, apabila mahkamah telah menyatakan penghakimannya, maka menjadi tanggungjawab untuk semua pihak untuk mempertahankan kebenaran itu. Sekiranya institusi mahkamah itu lebih jelas dapat mendokong nilai kebenaran, berbanding dengan institusi dan pemimpin Umno, maka ia akan membawa kesan yang amat besar kepada negara, khususnya umat Melayu. Maka, persepsi rakyat akan terpesong dengan kredibiliti Umno sebagai parti pemerintah yang tidak berupaya mempertahankan kebenaran, hanya mungkin kerana kedudukan. Dan, itu sekaligus akan menjadi punca runtuhnya nilai-nilai moral dalam Umno sehinggakan menjadi satu proses delegitimasi Umno itu sendiri sebagai pendokong orang Melayu. Pemecatan Anwar Ibrahim yang juga pada ketika itu terlucut jawatan Timbalan Presiden Umno seharusnya memberi komen yang analitkal. Abdullah sendiri yang menerajui tampuk pimpinan Umno gagal untuk membuktikan dengan jelas dia mendokong kebenaran tersebut. Beliau yang kononnya menerajui tonggak Islam Hadhari sepatutnya mendokong kebenaran yang dinyatakan oleh Mahkamah Tinggi. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi pula menyatakan pemecatan Anwar tiada kena mengena dengan mahkamah tetapi lebih kepada urusan dalaman Umno. Respons tertinggi yang diterima ialah daripada Perdana Menteri itu lebih bersifat politikal. Sah PLKN Alat Umno Kumpul Sokongan
Sejak dari awal Angkatan Muda Malaysia meragui pelaksanaan PLKN. Pelaksanaan tersebut diragui kerana:
Gambar Akhbar Metro Ahad 25 September di muka 14 menjadi bukti bahawa Umno menggunakan khidmat negara untuk merekrut remaja bagi menyokong Umno. Jelas dalam gambar itu menunjukkan pelatih PLKN turut menyambut Timbalan Presiden Umno dalam satu program UMNO Bahagian Pekan.PLKN telah memakan dan bakal terus membazirkan wang ratusan juta wang rakyat.
1. dilaksanakan secara tergesa gesa
2. perbelanjaan yang terlalu tinggi
3. modul pelaksanaan dirahsiakan
Keraguan kami dikongsi majoriti rakyat Malaysia termasuklah golongan ibu bapa yang bakal menghantar anak mereka memasuki latihan ini. Bantahan ini disuarakan melalui parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan juga secara individu.
Namun atas keangkuhan penguasa latihan ini tetap dijalankan walaupun jelas terbukti MLKN sendiri seperti belum sedia sepenuhnya. Ibu bapa terpaksa terus menghantar anak mereka kerana di ugut akan dikenakan tindakan undang undang.
Rentetan dari keangkuhan (penguasa) maka banyak kes yang melibatkan kelailaan pihak pengurusan (MLKN) termasuklah melibatkan keselamatan pelatih, bukan sedikit kes rogol, cabul, salah laku jurulatih mahupun pelajar malah sehingga mengakibatkan kematian telah dilaporkan.
Pelaksanaan modulnya juga kelihatan seperti dirahsiakan, tiada siapa di luar MLKN yang mengetahui modul lengkap mengenai PLKN ini. Terbaru ialah pelatih PLKN mula dilatih menggunakan senjata api tanpa pengetahuan ibu bapa.Belum lagi isu ini dapat dijelaskan kepada ibu bapa maka muncul lagi satu bukti bahawa kerisauan ramai bahawa pemerintah bakal menggunakan PLKN untuk mengukuhkan kedudukan politik telah terbukti.
Gambar Akhbar Metro Ahad 25 September di muka 14 menjadi bukti bahawa Umno menggunakan khidmat negara untuk merekrut remaja bagi menyokong Umno. Jelas dalam gambar itu menunjukkan pelatih PLKN turut menyambut Timbalan Presiden Umno dalam satu program UMNO Bahagian Pekan.PLKN telah memakan dan bakal terus membazirkan wang ratusan juta wang rakyat. Sehingga kini tidak ada sebarang laporan lengkap mengenai hasil PLKN dan apa yang telah jadi kepada pelatih yang telah menjalani latihan.Pembaziran ini makin parah jika program ini hanya untuk membrain wash remaja untuk menyokong Umno dan memastikan kontraktor pro UMNO terus mendapat kontrak jutaan ringgit dari program ini.Angkatan Muda Malaysia menyesali kejadian tersebut. MLKN di tuntut tampil segera menjelaskan perkara ini.
Hakim akui konspirasi Umno
Hakim Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur, Datuk Hishamuddin Yunus, membuat keputusan bahawa pengedaran buku '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM' dan surat layang yang dilakukan oleh Umno adalah konspirasi bagi menjatuhkan mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan juga bekas Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Penghakiman yang dibuat pada 18 Ogos lalu menyatakan tuduhan yang dibuat di dalam buku tersebut adalah serius. "Sehingga saat terakhir penghakiman dibuat, tiada usaha meminta maaf daripada pihak-pihak yang terlibat dalam konspirasi tersebut," kata Hishamuddin ketika membaca penghakimannya. Datuk Mohd Hishamuddin dalam penghakimannya berkata, buku tersebut telah disebarkan secara meluas dalam perhimpunan agung Umno dan buku tersebut juga dimasukkan di dalam beg perwakilan. "Khalid dan yang lain telah berkonspirasi dan berjaya mencapai matlamat mereka (untuk menjatuh dan memalukan Anwar). Akibatnya kerjaya politik plaintif (Anwar) rosak kerana penerbitan buku tersebut," kata Hishamuddin. Menurutnya lagi, Anwar bukan sahaja hilang kedudukannya dalam kerajaan dan Umno, tetapi juga kehilangan pendapatan dan pencen. "Berhadapan dengan kekejaman dan kebencian orang ramai terhadap maruahnya yang diserang oleh Khalid Jafri bersama yang lain, dimalukan segara terbuka dan cemuhan, kesakitan dan tekanan yang dihadapi oleh plaintif (Anwar) dan keluarganya tidak dapat diterangkan," jelas Datuk Mohd Hishamuddin. Kerana semua itu, menurut Hishamuddin, beliau memutuskan ganti rugi berjumlah RM4.5 juta kepada Anwar. Beliau berkata, biarpun pemberian ganti rugi melibatkan jumlah yang besar bukan amalan di Malaysia, namun beliau bersetuju dengan pendapat peguam bela Sulaiman Abdullah bahawa kes ini adalah kes yang unik dan tersendiri. Konspirasi tersebut berpunca daripada surat layang yang ditulis oleh Azizan Abu Bakar. Dalam surat tersebut, Khalid Jafri yang bertanggungjawab menerbitkan buku tersebut yang mana ia menyebut bahawa Aziz Shamsuddin (setiausaha politik Perdana Menteri ketika itu) memberitahu mereka mempunyai tugas penting bagi memastikan Anwar tidak menjadi Perdana Menteri. Antara lain, surat itu menyebut, "Selain dari itu Hj Zahar mengatakan bahawa Aziz Shamsuddin sendiri menyampaikan berita kepadanya bahawa PM mengataka Anwar Ibrahim tidak layak menjadi PM. Anwar 'Zero' tidak tahu tentang kewangan. Kita ada tugas penting untuk menentukan bahawa Anwar tidak akan menjadi PM dan semua orangnya mesti dipancong sebelum pemilihan 19999 ini." Surat itu juga menyebut, "Pada keesokan harinya (tarikh saya lupa) sekali lagi kami bertemu di Pejabat Dato Rais (Bangunan FAS sebelah stadium) kami membincangkan strategi gerakerja menyekat Anwar Ibrahim (TPM) daripada menjadi PM." Selain daripada itu, ia juga menyatakan "Dato Rais, menyatakan bahawa TPM adalah agen CIA dan mendapat bantuan 1.2 billion US Dollar untuk kempen akan datang." Aziz adalah setiausaha politik bagi Perdana Menteri dan tewas dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Bahagian Umno Gopeng. Aziz tidak menyukai Anwar Ibrahim kerana Anwar tidak menyokongnya di dalam pemilihan.
Buku 50 Dalil Fitnah dan ada Konspirasi : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Intipati penghakiman bertulis Hakim Datuk Hishamuddin Mohd Yunus -Buku ini banyak sekali kesalahan dan dakwaan serius (yang tidak terbukti) terhadap Anwar Ibrahim. -Biarpun kes membabitkan saman malu di negara ini tidak melibatkan jumlah wang yang besar, bagaimanapun, saya setuju dengan Haji Sulaiman, peguambela Anwar, bahawa fakta dan situasi yang bersangkutan berhubung kes ini adalah unik dan pemberian gantirugi hendaklah mencerminkan keanehan kes.-Perkara yang saya ambil kira dalam memberikan gantirugi termasuklah dakwaan Khalid Jafri yang bukan sahaja banyak tetapi serius dan sangat jahat. Kedudukan tinggi dalam kerajaan dan politik yang diterajui oleh Anwar Ibrahim dan tidak ada permohonan maaf daripada Khalid Jafri hingga ke hari ini. -Mahkamah mempertimbangkan gantirugi berdasarkan kerosakan yang berlaku akibat penerbitan buku tersebut, motif dan perbuatan tertuduh. Jelas terdapat keinginan untuk menyakiti dan merosakkan reputasi plaintif (Anwar) dan kerjaya politik beliau. -Berdasarkan cara dan luasnya penyebaran buku tersebut di perhimpunan agung Umno, buku itu dimasukkan ke dapan beg perwakilan. Tertuduh (Khalid Jafri) dan yang lain telah berkonspirasi dan berjaya mencapai matlamatnya. -Berhadapan dengan kekejaman dan kebencian orang ramai terhadap maruahnya (Anwar Ibrahim) yang diserang oleh Khalid Jafri bersama yang lain, dimalukan secara terbuka dan cemuhan, kesakitan dan tekanan yang dihadapi oleh plaintif (Anwar) dan keluarganya tidak dapat diterangkan.
ANWAR DI PECAT KERANA BUKU 50 DALIL : MAHATHIR 1999
KENYATAAN MAHATHIR "Saya cuma mempercayai kebenaran tuduhan terhadap Anwar apabila polis, selepas siasatan awal terhadap buku 50 Dalil susulan kepada laporan yang dibuat oleh beliau (Anwar) sendiri, melaporkan kepada saya bahawa ada kebenaran dalam tuduhan buku itu. Selepas itu saya tidak dapat lagi menafikan kebenaran tuduhan yang dibuat terhadap Anwar." Kenyataan (pembohongan) Dr Mahathir Mohamad dalam perhimpunan Agung Umno pada 18 Jun 1999.
Pegawai istana Negeri Sembilan sertai keADILan
Kedatangan Anwar Ibrahim ke Negeri Sembilan memberi kesempatan kepada Setiausaha Kerapatan Adat Istiadat Negeri Sembilan, Dato Haji Aladzhar Abd Khalid membuat pengumuman menyertai keADILan pada 1 Oktober lalu.
Beliau bertindak demikian atas kesedaran pemimpin Umno kini korup dan hanya mementingkan diri sendiri, bukannya rakyat.Aladzhar yang juga setiausaha kepada Bilik Gerakan Umno Negeri Sembilan dari 1987 hingga April 2005 berkata pengalaman tersebut, sudah mencukupi untuk membuat kesimpulan bahawa Umno sudah tidak lagi relevan. Bahkan, parti yang sepatutnya menaikkan martabat kaum Melayu hanya menumpukan kepada segolongan pihak sahaja.
"Manakala KeADILan adalah parti yang bukan hanya untuk orang Melayu tetapi mementingkan kesemua kaum di negara ini," kata Aladzhar yang ditemui selepas selesa majlis ceramah Anwar Ibrahim yang diadakan di Batu Kikir, Kuala Pilah.Bagi kawasan seperti Jempol, kehadiran seramai 10,000 adalah satu jumlah yang berupaya untuk menggoncang Menteri Besarnya, Mohamad Hasan.
Aladzhar berasa sungguh kagum dengan sambutan pada malam tersebut. Beliau yang juga Setiausaha Kehormat Persatuan Datuk-datuk Lembaga berkata mengikut pengalamannya bukan senang untuk mengumpulkan rakyat seramai itu dalam upacara-upacara rasmi kerajaan negeri mahupun pusat.
"Pak Lah yang datang ke Negeri Sembilan pun susah untuk habiskan 70 meja," katanya ketika menjadi jawatankuasa menyambut Perdana Menteri ke Negeri Sembilan baru-baru ini.
Majlis Daerah batalkan program AnwarMajlis makan malam yang sepatutnya diadakan di Dewan Majlis Daerah Kuala Pilah terpaksa dipindahkan kerana pihak Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) membatalkan permohonan KeADILan.Akhirnya majlis tersebut diadakan di rumah bekas calon parlimen Kuala Pilah 2004, Haji Anuar Salleh di Ampang Tinggi, Parit, Kuala Pilah.Permohonan dibuat pertengahan September lepas tetapi ianya ditolak pada 28 September lalu, tiga hari sebelum program itu diadakan.
Wang deposit sebanyak RM600 pun sehingga ini belum dipulangkan oleh pihak Majlis Daerah.Alasan yang diberikan adalah kerana pihak kerajaan memerlukan dewan tersebut bagi urusan rasmi tetapi menurut sumber yang diperolehi, dewan itu kosong pada malam tersebut.Orang yang tinggal berhampiran dewan itu memberitahu majlis hanya diadakan keesokan harinya yang diadakan oleh sekumpulan masyarakat Cina dengan hidangan minuman arak.
Anwar kejar SB
Sebelum bertolak ke Kuala Pilah, Anwar singgah bertemu dengan ahli-ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang sedang mengadakan Temu Rapat di salah sebuah hotel di Port Dickson.Anwar menyedari bahawa pergerakannya di situ diperhatikan oleh dua orang yang mencurigakan bersama kamera video-cam.
Sungguhpun Anwar melambai dari jauh, 'juru kamera' itu tetap merakamkan pergerakannya, sehingga Anwar terpaksa mengejar mereka.Sebaik saja Anwar kelihatan menghampiri mereka, keduanya berkeliaran meninggalkan tempat tersebut

Angkatan Muda mulakan kempen hebah konspirasi Umno
October 10, 2005, Malaysia Today
Sepanjang bulan Ramadhan ini, Angkatan Muda Malaysia mulakan penjelajahan ke seluruh negara bagi memberi penerangan dan pendedahan mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai konspirasi Umno terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 melalui pengedaran buku '50 Dalil'.Kempen tersebut akan diketuai oleh Timbalan Ketua Angkatan Muda, Badrulhisham Shaharin.Ianya bermula dari 18 September lepas dan dijangka akan selesai seluruh negara pada 2 November nanti.Angkatan Muda Malaysia yang mengadakan sidang media mereka pada 5 September lepas memberitahu, pengedaran risalah, 'Suara Rakyat 2' adalah sebahagian daripada kempen kesedaran bersangkutan dengan keputusan kes Mahkamah Tinggi yang menyebelahi Anwar Ibrahim dalam kes samanya terhadap penulis buku tersebut."Risalah tersebut menjelaskan intipati penghakiman yang menyatakan bahawa buku itu bukan sahaja mengandungi fitnah tetapi juga wujud konspirasi untuk menjatuhkan karier politik Anwar Ibrahim," jelas Badrulhisham lagi.Dalam kempen seumpama itu yang diadakan pada Mac lepas, Badrulhisham; Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang, Amizuddin Ahmad dan aktivis Umar Tan Abdullah ditahan polis ketika mengedar risalah mereka mengenai aktiviti Anwar Ibrahim yang mendapat tempat di mata dunia.Mereka dibawa ke Balai Polis Balik Pulau dan dibebaskan beberapa jam kemudiannya kerana gagal mengeluarkan sebarang dakwaan.Anggota polis yang menahan mereka pada ketika itu memberitahu bahawa mereka meerima laporan bahawa Badrulhisham dan yang lain membawa dokumen yang menyalahi undang-undang.Merujuk kepada kempen kedua yang dilakukan oleh Angkatan Muda, sayap Parti Keadilan Rakyat itu mengambil kesempatan mood bulan Ramadhan dengan tema ”Menyambut Kebenaran Sempena Ramadhan".Sidang media itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Angkatan Muda, Faizal Sanusi dan exco Angkatan Muda Pusat, Zarerah Md Zaki."Kempen ini bakal meletakkan rakyat khususnya Melayu, tersedar mengenai fitnah besar yang menimpa negara kini telah terbukti," jelas Badrul.Menurut kenyataan media mereka, matlamat kempen tersebut adalah untuk memberi tekanan kepada Perdana Menteri menyatakan pendirian mengenai konspirasi menjatuhkan Anwar Ibrahim yang dinyatakan oleh mahkamah.Sehubungan dengan itu, Pergerakan Pemuda Umno menganggap isu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu isu kecil dan pengedaran risalah mengenai pembebasan beliau, tidak akan menjejaskan parti itu. Begitu menurut sebuah laporan media 6 Oktober lepas yang melaporkan bahawa Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Azimi Daim berkata, Umno sebuah parti yang besar, kukuh dan tidak akan ”pincang” dengan pengedaran risalah tersebut. ”Pemuda Umno tidak memandang perkara tersebut sebagai sesuatu yang boleh menjejaskan kekuatan parti secara keseluruhannya," jelasnya pada pihak media.Namun Azimi tidak menafikan bahawa pengedaran risalah setengah juta memungkinkan ada pihak yang akan terpengaruh.Bagi Azimi yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, rakyat sudah tahu bahawa pemecatan Anwar adalah keputusan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu. Laporan itu juga memberitahu bahawa Azimi mendakwa Keadilan mengambil kesempatan daripada pembebasan Anwar untuk mengelirukan rakyat dengan mendakwa pemecatan Anwar kerana ”niat jahat pemimpin Umno”.

Intipati penghakiman bertulis Hakim Datuk Hishamuddin Mohd Yunus
Buku ini banyak sekali kesalahan dan dakwaan serius (yang tidak terbukti) terhadap Anwar Ibrahim.
-Biarpun kes membabitkan saman malu di negara ini tidak melibatkan jumlah wang yang besar, bagaimanapun, saya setuju dengan Haji Sulaiman, peguambela Anwar, bahawa fakta dan situasi yang bersangkutan berhubung kes ini adalah unik dan pemberian gantirugi hendaklah mencerminkan keanehan kes.
-Perkara yang saya ambil kira dalam memberikan gantirugi termasuklah dakwaan Khalid Jafri yang bukan sahaja banyak tetapi serius dan sangat jahat. Kedudukan tinggi dalam kerajaan dan politik yang diterajui oleh Anwar Ibrahim dan tidak ada permohonan maaf daripada Khalid Jafri hingga ke hari ini.
-Mahkamah mempertimbangkan gantirugi berdasarkan kerosakan yang berlaku akibat penerbitan buku tersebut, motif dan perbuatan tertuduh. Jelas terdapat keinginan untuk menyakiti dan merosakkan reputasi plaintif (Anwar) dan kerjaya politik beliau.
-Berdasarkan cara dan luasnya penyebaran buku tersebut di perhimpunan agung Umno, buku itu dimasukkan ke dapan beg perwakilan. Tertuduh (Khalid Jafri) dan yang lain telah berkonspirasi dan berjaya mencapai matlamatnya. -Berhadapan dengan kekejaman dan kebencian orang ramai terhadap maruahnya (Anwar Ibrahim) yang diserang oleh Khalid Jafri bersama yang lain, dimalukan secara terbuka dan cemuhan, kesakitan dan tekanan yang dihadapi oleh plaintif (Anwar) dan keluarganya tidak dapat diterangkan.

Thursday, October 06, 2005
Hakim arahkan Khalid Jafri bayar kerugian RM4.5 juta
Hakim Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur, Datuk Hishamuddin Mohd Yunus mengarahkan pengarang buku '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM', Datuk Khalid Jafri Abu Bakar Shah dan isterinya, Rozihan A Ghani yang mewakili penerbit buku tersebut supaya membayar pampasan kewangan berjumlah RM4.5 juta kepada mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gantirugi tersebut ialah RM500,000 bagi setiap lapan bentuk fitnah yang dinyatakan berjumlah RM4 juta manakala RM500,000 lagi ialah kerajaan kospirasi yang dikenakan terhadap beliau, RM1 juta akibat kecederaan berlebihan (aggravated damage) serta RM1 juta lagi adalah untuk ganti rugi khas. "Akhirnya keputusan hakim membuktikan wujud konspirasi untuk memusnahkan kerjaya politik saya dan itulah yang saya katakan dari hari pertama saya dipecat," kata Anwar selepas menang saman malu berjumlah RM4.5 juta terhadap penulis buku '50 Dalil' Khalid Jafri. "Penghakiman ini membersihkan nama saya," tambahnya lagi. Anwar masih lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika beliau menfailkan samannya itu pada tahun 1998 terhadap Khalid dan Rozihan atas dakwaan memfitnah. Katanya, buku tersebut telah diedarkan pada Perhimpunan Agung Umno pada Jun 1998. Sejurus selepas itu, Anwar dipecat atas dakwaan terbabit dalam salahlaku seks, tetapi beliau menegaskan secara konsisten bahawa tuduhan tersebut adalah sebahagian daripada konspirasi politik terhadapnya. Mengulas ganti rugi yang diberikan, Anwar berkata, beliau tidak akan menggunakan wang tersebut kerana wang yang diterima itu tidak penting, sebaliknya apa yang penting adalah kebenaran. "Saya tidak akan ambil satu sen pun, wang itu jika ada, akan digunakan untuk pihak yang memerlukan," kata beliau. Sebelum ini, sebuah badan bukan kerajaan, Pusat Kebebasan Kewartawanan (CIJ) mengeluarkan kenyataan pada 22 Ogos lepas menyatakan kebimbangan mereka terhadap kebeasan bersuara di negara ini apabila keputusan mengarahkan Khalid Jafri membayar gantirugi yang dianggap sejumlah wang yang besar. Menurut CIJ, ia akan mewujudkan satu budaya yang takut, tidak mahu membuat pendedahan dan menggugat kebebasan bersuara. "Walaubagaimanapun, kami menyambut baik keputusan mahkamah yang membetulkan ketidakadilan yang berlaku di negara ini, proses membetulkan perbuatan fitnah dan menghukum seseorang dengan sejumlah kos yang sejajar dengan kesalahan yang dilakukan, seperti yang dinyatakan dalam keputusan Mahkamah Persekutuan pada 14 Ogos 2003," kata Pengarah CIJ, Sonia Randhawa. Pada 8 Julai lalu, Khalid dihukum setahun penjara oleh Hakim Mahkamah Seksyen Ampang, Mohamed Saman kerana menulis maklumat palsu dalam buku tersebut yang membawa peristiwa pemecatan Anwar September 1998.Ê Hakim berkata kes tersebut adalah serius di mana ia melibatkan fitnah, kehilangan maruah dan pendapatan Anwar dan keluarganya. Dalam menjawab kenyataan itu, Anwar berkata, sejak dari dahulu lagi beliau menyokong hak bersuara dan memberi pendapat. "Tetapi kita mesti mampu membezakan kebebasan bersuara dengan fitnah yang merosakkan reputasi dan kerjaya politik," Menurut Anwar, apa yang dilakukan oleh Khalid Jafri dan diputuskan oleh mahkamah adalah konspirasi tertinggi Umno dengan memfitnahnya dengan perkara-perkara yang mengaibkan
Gantirugi RM4.5j kepada Anwar terbesar dalam sejarah
KUALA LUMPUR: Kali pertama sejak tujuh tahun lalu, seseorang hakim mengesahkan secara rasmi dan berdokumentasi mengenai wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan karier politik bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus mengesahkan perkara tersebut ketika membacakan penghakiman bertulisnya dalam kes saman malu Anwar terhadap penulis buku '50 Dalil' Khalid Jafri 18 Ogos lalu. Hishamuddin dalam masa yang sama memerintahkan Khalid Jafri dan isterinya yang juga bertindak sebagai penerbit buku tersebut, Rozihan A. Ghani membayar RM4.5 juta kepada Anwar sebagai gantirugi atas berbagai pembohongan yang dilakukan Khalid menerusi buku tersebut. Anwar masih lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika beliau menfailkan samannya itu pada tahun 1988 terhadap Khalid dan Rozihan tersebut atas tuduhan memfitnah. Anwar dalam samannya menamakan Khalid dan bersama beberapa individu dalam Umno berkonspirasi untuk memalukan beliau. Datuk Mohd Hishamuddin dalam penghakimannya berkata, buku tersebut telah disebarkan secara meluas dalam perhimpunan agung Umno dan buku tersebut juga dimasukkan di dalam beg perwakilan. "Khalid dan yang lain telah berkonspirasi dan berjaya mencapai matlamat mereka (untuk menjatuh dan memalukan Anwar). Akibatnya kerjaya politik plaintif (Anwar) rosak kerana penerbitan buku tersebut," kata Hishamuddin dalam penghakiman bertulisnya yang diperolehi oleh Suara Keadilan. Menurutnya lagi, Anwar bukan sahaja hilang kedudukannya dalam kerajaan dan Umno, tetapi juga kehilangan pendapatan dan pencen. "Berhadapan dengan kekejaman dan kebencian orang ramai terhadap maruahnya yang diserang oleh Khalid Jafri bersama yang lain, dimalukan segara terbuka dan cemuhan, kesakitan dan tekanan yang dihadapi oleh plaintif (Anwar) dan keluarganya tidak dapat diterangkan," jelas Datuk Mohd Hishamuddin. Kerana semua itu, menurut Hishamuddin, beliau memutuskan ganti rugi berjumlah RM4.5 juta kepada Anwar. Beliau berkata, biarpun pemberian ganti rugi melibatkan jumlah yang besar bukan amalan di Malaysia, namun beliau bersetuju dengan pendapat peguam bela Sulaiman Abdullah bahawa kes ini adalah kes yang unik dan tersendiri.
Wednesday, October 05, 2005
500,000 risalah mengenai kebebasan Anwar
Muda Mohd Noor - Malaysiakini
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengedar 500,000 risalah bagi menjelaskan mengenai pembebasan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Timbalan Ketua Penerangannya, Badrul Hisham Shaharin berkata, risalah berkenaan diedarkan supaya rakyat mendapat maklumat lengkap mengenai pembebasan bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Katanya, risalah tersebut diedarkan untuk menerangkan bahawa mahkamah telah mendapati Anwar tidak bersalah dan pemenjaraan beliau hanya konspirasi ciptaan buku `50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.’ Kempen ini untuk mempertingkatkan kesedaran orang ramai mengenai intipati penghakiman yang menyatakan buku ini bukan sahaja fitnah tetapi wujud konspirasi untuk menjatuhkan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Kempen mengedarkan risalah ini dimulakan di Sri Gading, Johor pada 18 September lalu sempena ceramah yang diadakan di tempat itu. “Tempat-tempat yang menjadi tumpuan utama dalam pembahagian risalah ini ialah pasar malam, masjid, Pasar Ramadhan, tempat letak kereta dan semasa program ceramah,” katanya.
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengedar 500,000 risalah bagi menjelaskan mengenai pembebasan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Timbalan Ketua Penerangannya, Badrul Hisham Shaharin berkata, risalah berkenaan diedarkan supaya rakyat mendapat maklumat lengkap mengenai pembebasan bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Katanya, risalah tersebut diedarkan untuk menerangkan bahawa mahkamah telah mendapati Anwar tidak bersalah dan pemenjaraan beliau hanya konspirasi ciptaan buku `50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.’ Kempen ini untuk mempertingkatkan kesedaran orang ramai mengenai intipati penghakiman yang menyatakan buku ini bukan sahaja fitnah tetapi wujud konspirasi untuk menjatuhkan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Kempen mengedarkan risalah ini dimulakan di Sri Gading, Johor pada 18 September lalu sempena ceramah yang diadakan di tempat itu. “Tempat-tempat yang menjadi tumpuan utama dalam pembahagian risalah ini ialah pasar malam, masjid, Pasar Ramadhan, tempat letak kereta dan semasa program ceramah,” katanya. Kesan kebebasan Anwar
Badrul Hisham berkata, jika sambutan orang ramai menggalakkan terhadap pengedaran risalah itu sempena ketibaan Ramadhan, pihaknya akan mencetak sejuta lagi untuk diedarkan kepada orang ramai. Selama ini, katanya, ramai yang menganggap pembebasan Anwar hanya berkisar kepada perintah Hakim Datuk Hishamuddin Yunus supaya penulis buku berkenaan Datuk Khalid Jafri membayar pampasan RM4.5 juta kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Sebenarnya, kata beliau, pembebasan Anwar boleh memberi kesan yang besar kepada politik negara termasuk keputusan pilihanraya umum akan datang.“Cara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengendalikan kes pembebasan Anwar ini akan dinilai oleh rakyat dan mungkin mempengaruhi pilihanraya umum nanti,” katanya. Angkatan Muda PKR, katanya, berharap dapat membahagikan sebanyak mungkin risalah tersebut kepada kakitangan kerajaan dan rakyat di akar umbi supaya mereka dapat mengetahui isu tersebut dengan lebih tepat dan jelas.
Tuesday, October 04, 2005
Penghakiman ini bersihkan nama saya - Anwar
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim bersyukur akhirnya nama beliau dibersihkan selepas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Hishamuddin bin Mohd Yunus membuat keputusan Khalid Jafri bersalah kerana menyertai konspirasi memalukannya. "Akhirnya keputusan hakim membuktikan wujud konspirasi untuk memusnahkan kerjaya politik saya dan itulah yang saya katakan dari hari pertama saya dipecat," kata Anwar selepas menang saman malu berjumlah RM4.5 juta terhadap penulis buku '50 Dalil' Kahlid Jafri. "Penghakiman ini membersihkan nama saya," tambahnya lagi. Anwar masih lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika beliau menfailkan samannya itu pada tahun 1998 terhadap Khalid dan Rozihan atas dakwaan memfitnah. Katanya, buku tersebut telah diedarkan pada Perhimpunan Agung Umno pada Jun 1998. Sejurus selepas itu, Anwar dipecat atas dakwaan terbabit dalam salahlaku seks, tetapi beliau menegaskan secara konsisten bahawa tuduhan tersebut adalah sebahagian daripada konspirasi politik terhadapnya. Mengulas ganti rugi yang diberikan, Anwar berkata, beliau tidak akan menggunakan wang tersebut kerana wang yang diterima itu tidak penting, sebaliknya apa yang penting adalah kebenaran. "Saya akan berbincang dengan keluarga dan peguam untuk mengagihkan wang tersebut pada pihak yang memerlukan," kata beliau. Dalam ceramahnya di Tangkak Johor beberapa hari selepas itu, Anwar menegaskan bahawa wang yang diterima itu tidak akan digunakan untuk kepentingan peribadi. "Saya tidak akan ambil satu sen pun, wang itu jika ada, akan digunakan untuk pihak yang memerlukan," kata beliau. Awal Ogos lalu, Mahkamah Sesyen Ampang menjatuhkan hukuman setahun penjara ke atas Khalid kerana menulis maklumat palsu dalam bukunya itu, yang antara lain, mendakwa Anwar homoseksual, pemimpin rasuah, terbabit dengan zina dan mempunyai anak luar nikah dan pengkhianat. Mahkamah juga memutuskan sebelum ini yang anak tersebut adalah anak sah kepada bekas setiausaha sulit Anwar, Mohamad Azmin Ali. Khalid kini sedang menjalani rawatan di hospital dan dilaporkan dalam keadaan tenat akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya. Kaki kanannya telah dipotong dan dia kini diberi bantuan pernafasan. Khalid merupakan sumber rujukan yang menyatakan Anwar sebagai homoseksual, pemimpin rasuah, terbabit dengan zina dan mempunyai anak luar nikah dan pengkhianat.
Saturday, October 01, 2005
BELASUNGKAWA Tutupnya Kitab Hayat Khalid
PADA 21 jam sebelum jam besar di Bangunan Sultan Abdul Samad di hadapan Dataran Merdeka berdetik menganjakkan usia kemerdekaan ke angka 48 tahun, Tuhan telah megutuskan Malaikat Maut mencabut nyawa Khalid Jafri@Bakar Shah. Tepatnya jam 3.00 petang, 29 Oogos 2005 maka tertutuplah kitab hayat Khalid Jafri alias Bakar Shah. Ia telah mengakhiri kehidupannya – melata menghirup kepuasan duniawi di atas pundak maya ini selama 65 tahun. Khalid, dari segi sejarah (tanpa melihat hitam atau putih) sebagai manusia telah meninggalkan legasi cukup hebat kepada negara ini. Beliau ditauliah oleh setengah manusia sebagai sang hero yang menjatuhkan sang hero, bekas TPM Anwar Ibrahim melalui buku beracunnya berjudul “50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM.” Betapa buku itu telah menggoncang politik negara ini. Ia disebut bukan sahaja di Malaysia, tetapi terhimbau ke seluruh dunia, kerana ia melibatkan tokoh yang hebat dan terkenal. Sesiapa pun tidak menduga tiba-tiba nama Khalid turut melayang dan beriringan dengan nama Anwar ke seluruh dunia. Bila menyebut kecelakaan dan sejarah kejatuhan Anwar, maka nama buku itu disebut. Nama Kahlid turut terheret sama. Walaupun ada nama-nama lain lebih penting di sebalik tragedi hitam terancang itu, namun nama Khalid tidak dilupakan. Nama Khalid tersangkut di cangkuk yang paling tinggi pada pancang maufakat jahat itu. Sekiranya kata-kata Hakim Mahkamah Sesyen Ampang, Mohamad Saman Ramli ketika mengulas keputusan penghakiman ke atas Khalid; bahawa Khalid terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Anwar dengan buku itu, betapa hitam dan zulmatnya nama Khalid Jafri. Sah beliau berdosa kepada bukan sahaja Anwar dan keluarganya, namun kepada 25 juta rakyat negara ini. Apakah beliau benar-benar terlibat atau sekadar berada di pinggiran dalam konspirasi itu? Sukar untuk disahkan! Dalam hal ini Kahlid sahaja yang mengetahui. Dan kini Khalid sudah pun berganjak ke alam ghaib dan sedang berhadapan dengan Atiq dan Ratib. Khalid tidak bisa lagi menjelaskan hakikat ini. Maka tertinggallah persoalan itu kepada kita tanpa jawaban yang putih. Tidak dapat dielakkan, kesan kepada kehidupan Khalid ekoran buku itu sungguh besar sekali. Beliau dicemuh dan dihina di mana-mana sahaja. Beliau dilihat sebagai satu mahkluk yang huduh berterbangan bersama beberapa bapa konspirator termasuk bekas PM yang juga bapa Marina. Ke mana beliau pergi, beliau akan diludah. Sehinggakan beliau menjadi malu dan sentiasa melarikan diri daripada dunia. Kehadirannya di mahkamah kerana menjawab pertuduhan di atas beberapa pendakwaan, bagaikan seekor anjing kurap. Namun atas kehendak undang-undang negara beliau tidak dapat mengelak dan terpaksa menyerah diri kepada khalayak. Apabila mahkamah memutuskan beliau bersalah, dan dipenjara selama setahun serta diperintah membayar ganti rugi sebanyak RM4.5 kepada Anwar, di sinilah kemucak kemarahan umum kepadanya. Keputusan mahkamah itu meletakkan beliau dalam kedudukan bersalah dan hina dina. Bermula dari situlah beliau yang sudah diserang kencing manis terus diserang berbagai penyakit kronik lain. Penyakit jiwa, penyakit malu, penyakit bersalah dan berdosa akibat keputusan itu. Semuanya menekan beliau. Keadaan ini menyuburkan virus kencing manis, sehinggalah akhirnya membawa beliau memasuki perteduhan alam kubur. Daripada segi pandangan zahir, perjalanan pulang Kahlid dalam suasana yang sungguh pilu, sedih dan menyakitkan. Ianya sungguh mendukacitakan. Beliau pergi dalam keadaan anggotanya tidak lengkap di mana sebelah kakinya terpaksa dipotong dan dikapan berasingan dengan indera yang lain. Gambaran ini menunjukkan kematian beliau tidak dalam sempurna! Astaghfirullah! Suasana kurang senang ini juga terlihat di rumahnya di PD Villa Port Dikcson. Pada hari pengembumiannya sungguh menyayu dan menyedihkan. Tidak ramai yang meziarahi jenazahnya. Kematiannya seakan tidak diratapi dan disendui rakyat. Ia kontras dengan statusnya yang dinobatkan sebagai hero bergelar ‘Datuk’! Tidak ramai yang hadir melainkan keluarga terdekat dan rakan-rakan sepermainan di Utusan Melayu dan juga di dalam dunia perfileman. Tidak ada manusia berwajah lembut, jernih mengeliling jenazahnya. Tidak ada manusia berjubah, berjanggut hadir menziarahinya. Tidak ada manusia berkupiah putih yang sedang membaca ayat-ayat suci di sisi jenazahnya! Tidak ada Mufti, tidak ada Tuan Kadhi, dan tidak ada Ustaz. Apakah kekeringan manusia ini melambangkan beliau begitu jauh dengan kumpulan manusia demikian? Paling menyedihkan, bukan itu sahaja. Demikian juga dengan manusia berperwatakan ‘cepra’ tidak juga kelihatan. Tidak ada tokoh-tokoh besar di dalam parti dihuni oleh para konspirator menjatuhi Anwar hadir. Padahal sebelum ini beliau dilihat sebagai pengilham kepada golongan berkenaan dalam menggerakkan kerja bajingannya. Apakah mereka juga terasa malu untuk hadir selepas mahkamah mengesahkan dosa Kahlid? Jadi mereka malu! Aneh ... seharusnya tidak timbul perasaan keimanan itu, mereka semua sepatutnya hadir. Atau setidak-tidak seorang di kalangan mereka bertaraf menteri hadir sebagai mewakili golongan konspirator itu. Setidak-tidak wakil mereka dari Melaka atau Negeri Sembilan! Seharusnya keranda Khalid dipenuhi dengan bunga-bunga simpati yang bertimbun dan melambak. Atau perjalanan Kahlid ke kubur diiringi oleh ribuan manusia yang menyanjunginya selama ini. Tetapi tidak ada. Khalid berjalan sendirian sahaja ke lahad tanpa tepukan dan ucapan syabas yang diterimanya seperti sewaktu Anwar dipecat pada 3 September 1998 dahulu. Malahan mereka bagaikan tidak tahu pun bahawa orang yang menjadi ilham di atas kejayaan mereka sudah tiada. Mereka seolah tidak terasa pun bahawa penulis buku “50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM” itu sudah diperintah berangkat ke alam akhirat. Kesian Khalid. Duka Khalid. Sedih Khalid. Sendu Khalid. Hina Khalid, kerana kematiannya tidak diratapi, malahan kewujudannya seakan memecahkan Malaysia kira-kira tujuh tahun lalu tidak dipedulikan langsung. Jasa-jasa Khalid tidak dikenang sekuman pun dan ini sekali gus menjadikan Darjah Kebesaran yang diterima dari kerajaan Melaka yang membawa gelaran Datuk itu juga palsu belaka. Apa pun atas nama al-nas (manusia) yang dicipta dari setitik mani, menjadi naufah kemudian dibubuh nyawa dan kemudian ditarik kembali, sama-samalah kita menginsafi, mengambil iktibar di atas yang berlaku. Apapun dosa dan pandangan kita kepada Khalid, kita terima ia sebagai takdir Ilahi. Sudilah mensedekahkan al-Fatihah untuknya. - Reformasi. ***Seharusnya keranda Khalid dipenuhi dengan bunga-bunga simpati yang bertimbun dan melambak. Atau perjalanan Kahlid ke kubur diiringi oleh ribuan manusia yang menyanjunginya selama ini. Tetapi tidak ada. Khalid berjalan sendirian sahaja ke lahad tanpa tepukan dan ucapan syabas****
Tuesday, September 27, 2005
Nelayan dakwa bot bantuan tsunami mudah rosak
Muda Mohd Noor- malaysiakini.com
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa ramai nelayan di sekitar Kota Kuala Muda dan Yan di Kedah yang menjadi mangsa tsunami akhir
tahun lalu, merungut kerana bot yang mereka beli melalui persatuan nelayan kawasan rosak setelah beberapa bulan digunakan. Timbalan Ketua Penerangannya, Badrul Hisham Shahrin mendakwa, kira-kira 40 keluarga nelayan di Kampung Sungai Udang Yan Kedah, tidak dapat ke laut kerana bot mereka masih dibaiki. Katanya, perkara tersebut telah dibangkitkan dalam majlis perjumpaan rombongan angkatan tersebut dengan nelayan di Yan pada 14 September dan di Kuala Muda pada keesokannya.“Di Yan, kami dimaklumkan bahawa 10 bot disahkan rosak pada bahagian badannya dan sedang dibaiki. Selain itu, mereka juga mendakwa harga bot berkenaan lebih mahal. Malah jika dibeli sendiri, mereka mendapat bot yang lebih besar dan lebih berkualiti.
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa ramai nelayan di sekitar Kota Kuala Muda dan Yan di Kedah yang menjadi mangsa tsunami akhir
tahun lalu, merungut kerana bot yang mereka beli melalui persatuan nelayan kawasan rosak setelah beberapa bulan digunakan. Timbalan Ketua Penerangannya, Badrul Hisham Shahrin mendakwa, kira-kira 40 keluarga nelayan di Kampung Sungai Udang Yan Kedah, tidak dapat ke laut kerana bot mereka masih dibaiki. Katanya, perkara tersebut telah dibangkitkan dalam majlis perjumpaan rombongan angkatan tersebut dengan nelayan di Yan pada 14 September dan di Kuala Muda pada keesokannya.“Di Yan, kami dimaklumkan bahawa 10 bot disahkan rosak pada bahagian badannya dan sedang dibaiki. Selain itu, mereka juga mendakwa harga bot berkenaan lebih mahal. Malah jika dibeli sendiri, mereka mendapat bot yang lebih besar dan lebih berkualiti.“Sebagai contoh, seorang nelayan Kampung Tebing Sungai, Che Omar Sofar,54, mendakwa beliau nyaris tenggelam di tengah laut apabila bot yang dinaiki bocor secara tiba-tiba, tetapi bot tersebut berjaya ditunda ke pangkalan,” kata Badrul Hisham ketika dihubungi hari ini mengenai lawatan tersebut. Menurut Che Omar, katanya, beliau membuat pinjaman untuk membeli bot itu pada harga RM6,400 dan ia tidak termasuk harga pukat RM1,500 dan harga enjin 30 kuasa kuda sebanyak RM4,400. “Separuh daripada jumlah pinjaman itu dibayar balik kepada kerajaan melalui persatuan,” kata Badrul yang mengetuai 14 ahli Pemuda PKR dalam lawatan ke perkampungan nelayan sekitar Kota Kuala Muda itu, selepas sembilan bulan dilanda tsunami. “Menurut Che Omar, pada mulanya beliau dijanjikan bantuan kerajaan melalui Dana Tsunami, tetapi kemudian bertukar kepada Dana Khas Nelayan. Bantuan separuh pinjaman itu diberikan dalam bentuk bot, pukat dan enjin yang diruskan oleh Persatuan Nelayan Yan.
Harga bot mahal
“Manakala seorang lagi nelayan, Mustapa Ahmad, 50 (foto),
berkata, kemiskinan menyebabkan beliau terpaksa membeli bot melalui persatuan nelayan meskipun harganya mahal dan tidak berkualiti,” kata Badrul Hisham. Katanya, beliau dimaklumkan bahawa bot sebesar itu boleh dibeli dengan harga RM5,000, pukat hanya RM1,000 dan enjin cuma RM3,800. “Menurut para nelayan tersebut, pada mulanya mereka membantah tetapi terpaksa akur kerana mereka miskin, tidak ada modal, anak-anak ramai dan berharap melalui pinjaman itu, mereka dapat bekerja semula,” katanya lagi. Menurut Badrul Hisham, bot-bot yang rosak itu ditempatkan di bengkel sementara yang terletak di perkarangan pejabat Persatuan Nelayan Yan. Terdapat dua pekerja sedang membaiki bot tersebut.
berkata, kemiskinan menyebabkan beliau terpaksa membeli bot melalui persatuan nelayan meskipun harganya mahal dan tidak berkualiti,” kata Badrul Hisham. Katanya, beliau dimaklumkan bahawa bot sebesar itu boleh dibeli dengan harga RM5,000, pukat hanya RM1,000 dan enjin cuma RM3,800. “Menurut para nelayan tersebut, pada mulanya mereka membantah tetapi terpaksa akur kerana mereka miskin, tidak ada modal, anak-anak ramai dan berharap melalui pinjaman itu, mereka dapat bekerja semula,” katanya lagi. Menurut Badrul Hisham, bot-bot yang rosak itu ditempatkan di bengkel sementara yang terletak di perkarangan pejabat Persatuan Nelayan Yan. Terdapat dua pekerja sedang membaiki bot tersebut. Beliau berkata, tinjauan pihaknya ke Kuala Muda dan Yan, juga mendapati pakej bantuan tsunami untuk nelayan di situ telah ditukar nama ke Dana Khas Nelayan, yang menyalurkan
bantuan dalam bentuk separuh pinjaman. Menurutnya, dalam perjumpaan dengan nelayan di Kuala Muda pula, pihaknya diberitahu ada nelayan yang cuba bersuara mengenai pengagihan bantuan, dikenakan tindakan termasuk ditarik balik bantuan sepertimana yang berlaku kepada nelayan Abdul Wahab Ariffin yang mempunyai tiga anak. “Keluarganya kehilangan rumah dalam bencana tsunami. Bot yang digunakan untuk ke laut tenggelam bersama segala peralatan lain. Bantuan kerajaan yang diperolehi, telah ditarik balik kerana beliau mengkritik apa yang didakwanya berlaku penyelewengan dalam pengagihan bantuan tsunami,” katanya. Menurutnya, Abdul Wahab mendakwa beliau diminta menyerahkan balik, antaranya, enjin jenis Mercury 60 kuasa kuda dan pukat udang kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). “Rumah Mesra Rakyat yang dijanjikan juga tidak diberi,” kata Badrul Hisham lagi.
bantuan dalam bentuk separuh pinjaman. Menurutnya, dalam perjumpaan dengan nelayan di Kuala Muda pula, pihaknya diberitahu ada nelayan yang cuba bersuara mengenai pengagihan bantuan, dikenakan tindakan termasuk ditarik balik bantuan sepertimana yang berlaku kepada nelayan Abdul Wahab Ariffin yang mempunyai tiga anak. “Keluarganya kehilangan rumah dalam bencana tsunami. Bot yang digunakan untuk ke laut tenggelam bersama segala peralatan lain. Bantuan kerajaan yang diperolehi, telah ditarik balik kerana beliau mengkritik apa yang didakwanya berlaku penyelewengan dalam pengagihan bantuan tsunami,” katanya. Menurutnya, Abdul Wahab mendakwa beliau diminta menyerahkan balik, antaranya, enjin jenis Mercury 60 kuasa kuda dan pukat udang kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). “Rumah Mesra Rakyat yang dijanjikan juga tidak diberi,” kata Badrul Hisham lagi.Monday, September 26, 2005
Krisis Air NS tiada kesudahan
SEREMBAN: Meskipun lebih dua bulan lamanya penduduk di sekitar Seremban, Negeri Sembilan menghadapi catuan bekalan air 24 jam berselang hari, masalah tersebut masih belum dapat diselesaikan Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan (JBANS).Keadan menjadi lebih meruncing apabila bekalan air tidak diterima lebih dari dua atau tiga hari di beberapa buah taman di Seremban. Melalui sumber yang diperolehi daripada Pusat Aduan Rakyat Negeri Sembilan, penduduk di Taman Bukit Chedang, Gardens Homes Seremban 2, Bandar Seremban Selatan (BSS) dan beberapa kawasan sekitar, bertambah gusar apabila catuan berlanjutan kepada tiga hari. Seorang penduduk Bandar Seremban Selatan, Zaharuddin Mat Jan yang menghubungi Pusat Aduan Rakyat pada 22 September lalu berkata, bekalan air yang disalurkan kira-kira 10 jam sehari amatlah tidak mencukupi. Ini kerana hari yang berikutnya, bekalan air akan dicatu kepada beberapa hari lagi dan ada kalanya mencecah hingga ke tiga hari, katanya. "Nak tadah air dalam masa 10 jam memang boleh, tetapi air hanya datang pada waktu kita bekerja. Itu yang menyukarkan kami untuk menadah air. Balik kerja waktu petang hanya ada dua atau tiga jam sahaja waktu nak menadah air. Memang tidak sempat," katanya. Justeru beliau menggesa kerajaan negeri dan JBANS segera mengatasi masalah tersebut atau setidak-tidaknya menyediakan lori bekalan air yang dihantar dari rumah ke rumah. Sementara itu seorang penduduk dari Taman Bukit Chedang, Kamarudin Aziz pula berkata, catuan air yang tidak menentu memberi kesan buruk pada hari-hari bekerja. "Mana tidaknya, baju-baju kotor dan pinggan mangkuk yang kotor terpaksa dilonggok sehingga bekalan air disambung semula. Ini menjadikan keadaan rumah berselerak dan merimaskan," katanya. Selain itu dalam masa yang sama keadaan menjadi lebih sukar kerana isterinya baru sahaja melahirkan anak. Segala pakaian anak dan isteri kerap ditukar, tetapi untuk membasuhnya amatlah sukar akibat bekalan air yang tidak mencukupi, katanya. Sehubungan itu beliau menyeru kerajaan negeri dan JBANS prihatin kepada masalah rakyat ini dan berharap agar ianya segera di atasi. Puan Rodah Ibrahim yang ditemui di kediamannya di Taman Bukit Chedang menyatakan amat kesal dengan sikap kerajaan negeri dan rakyat negeri ini dalam isu air ini.”Air kotor memang menjadi masalah lama tapi kini bala baru, air pula tiada. Kini dah nak masuk tiga bulan nampak seperti tiada kesudahan catuan air ini.””Apa yang pelik juga rakyat negeri ini nampaknya diam saja, saya pernah usaha nak kumpul beberapa suri rumah untuk pergi pejabat MB dalam isu ini tapi ramai yang takut. Mereka lebih sanggup berserah tanpa menyuarakan hak,” keluhnya.Beliau juga mengatakan sudah jatuh ditimpa tangga itulah nasib pengguna kerana sudahlah air takda tetapi apabila air tiba 4-5 minit yang pertama meter pasti berjalan laju mengira angin yang ditolak oleh air yang baru masuk ke dalam paip. Malah 5 minit berikutnya air yang awal itu tidak dapat digunakan kerana terlalu kotor. Semasa tempoh catuan ini juga beliau mengeluh kerana terpaksa mengeluarkan banyak belanja ekoran kerap menukar penapis air.Catuan bekalan air di sekitar Seremban berlaku setelah Empangan Sungai Terip yang menyediakan bekalan air di Negeri Sembilan mula surut sejak beberapa bulan kebelekangan ini. Dua bulan lalu, kerajaan negeri melalui JBANS mengumumkan catuan air yang pada mulanya dijadualkan selang dua hari tetapi akhirnya diubah kepada selang sehari. Banyak pihak mendakwa bahawa masalah bekalan air di negeri tersbeut berlaku akibat kelemahan pengurusan dan bekalan air JBANS. 13 Julai yang lepas Pemuda BA menghantar memorandum kepada menteri besar mengenai perkara ini. Beberapa laporan dakwaan penyelewengan bersangkutan isu ini telah diserah Angkatan Muda NS kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebulan lalu. Begitupun tidak ada sebarang tindakan mahupun respon dikeluarkan BPR atau JBANS berhubung dakwaan tersebut.Menurut Badrul Hisham Shaharin selaku Pengarah Pusat Aduan Rakyat (PAR), isu ini akan diangkat ke peringkat nasional. Menurutnya, PAR akan menghantar nota peringatan kepada semua ahli parlimen mengenai permasalahan ini dan membuat aduan rasmi kepada Perdana Menteri."Ia seperti krisis yang tiada kesudahan kerana tidak kelihatan kesungguhan kerajaan negeri dalam isu ini. Lebih menyedihkan kita bersedia mengenepikan label politik demi membincangkan dan mencari penyelesaian isu ini tetapi jelas exco dan menteri besar sendiri mengelak untuk mengadakan pertemuan.""Sebaliknya mereka terus mengeluarkan kenyataan retorik untuk menyelindungi kelemahan kerajaan negeri," tambah Badrul lagi.PAR menganggap isu itu amat serius dan bersedia bekerjasama dan sedia duduk berbincang dengan kerajaan negeri untuk sama-sama mengambil tanggungjawab memastikan rakyat tidak terus terjejas dengan masalah tersebut.
Friday, September 23, 2005
Sah UMNO perkuda Kementerian Pengajian Tinggi
Pada 15 September lepas Saudara Zukri Akhasah (Exco Angkatan Muda Malaysia) telah memberitahu saya mengenai satu kursus bakal calon aspirasi yang akan diadakan pada 16 – 18 september 2005 di PD world marina resort. Kursus ini bertujuan untuk mempersiapkan calon calon aspirasi ini bertanding dan memenangi pilihanraya kampus akan datang ini.
Hasil dari maklumat ini saya telah menghubungi pihak pengurusan PD World Marina Resort dan bertanyakan mengenai kursus melibatkan mahasiswa. Kakitangan pengurusan yang menjawab panggilan itu mengakui sememangnya ada kursus yang melibatkan mahasiswa dan kakitangan universiti. Tempahan 500 tempat dibuat dan menurut pekerja itu juga bayaran akan dibuat oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
Pada 17 September saya bersama Tn Hj Ramlan Roes (Timbalan Ketua Angkatan Muda N.Sembilan), Amiruddin Wahab (Setiausaha Angkatan Muda N.Sembilan), Abd. Razak Ismail dan Mat Wazir @Awang Jani (AJK Angkatan Muda NS) telah pergi ke tempat tersebut.
Apabila tiba sekitar jam 11.00 pagi saya telah melihat banyak bas universiti dan kenderaan rasmi universiti (kereta dan van yang di cat logo dan nama universiti). Saya terus ke lobi untuk mendapatkan kepastian mengenai program. Saya telah dimaklumkan oleh kakitangan hotel di meja hadapan bahawa ada dua tempahan kursus atas nama kerajaan satu untuk pensyarah dan satu untuk pelajar.
Di kawasan lobi kelihatan beberapa pemuda Umno yang saya kenali dan saya menjangkakan kehadiran kami juga mereka sedari. Secara kebetulan atau memang mereka terlibat dalam program tersebut tidak diketahui.
Oleh kerana merasakan kehadiran kami mula disedari kami terus beredar dari kawasan lobi menuju ke blok tempat yang kami dimaklumkan oleh petugas hotel yang merupakan tempat kursus untuk pelajar.
11.30 kami tiba di sebuah dewan terbuka, kira kira 300 orang yang kelihatan seperti mahasiswa (dikenali dari pakaian beridentiti universiti dan taq nama) sedang mendengar taklimat. Pemberi taklimat tidak dikenali tetapi jelas dari pemerhatian 30minit kami di situ kami dapat mendengar dengan jelas bahawa kursus itu sememangnya bertujuan memastikan kemenangan calon aspirsi dalam pilihanraya kampus.
Hj Ramlan Roes telah ditegur oleh seorang pensyarah seorang kakitangan akedemik UPM yang berstatus doktor (mengikut Hj. Ramlan beliu dan doktor itu memang saling mengenali atas urusan perniagaan). Doktor itu bertanya apa urusan kami di sini, maka Hj Ramlan menyatakan bahawa kami sedang melihat – lihat kawasan untuk disewa bagi mengadakan kursus. Oleh kerana sudah mula banyak mata tertumpu kepada kami, maka kami pun beredar.
Laporan Polis
Sebaik sahaja keluar dari kawasan itu kami terus menuju ke Ibu Pejabat Polis P.Dickson (IPD PD). Jam 12.45 saya telah membuat laporan polis di IPD PD berikutan makluman dan apa yang saya lihat tadi.
Laporan saya meminta siasatan dan tindakan pihak polis kerana penyalah gunaan wang kerajaan (baca:wang rakyat) kerana dibazirkan hanya untuk kursus memastikan kemenangan calon pilihanraya kampus pro Umno. Penyalah gunaan kuasa juga telah mengakibatkan pembaziran penggunaan kenderaan dan perbagai kemudahan universiti juga untuk tujuan yang sama.
Dari beberapa orang pegawai yang ditemui bersangkutan laporan itu kami telah mengetahui bahawa pihak polis (Cawangan Khas) mengetahui mengenai program tersebut malah ada pegawai yang mengesahkan bahawa Menteri Pengajian Tinggi sendiri turut dijadualkan akan menghadiri salah satu sesi dalam kursus itu. Kami selesai membuat laporan polis dan urusan bersangkutan pada 1.50 petang.
Kami terus pulang ke seremban kerana terpaksa berkejar ke program parti yang telah dirancang. Kecuali Amiruddin dan Angkatan Muda Teluk Kemang ditugaskan untuk datang semula ke PD world marina resort petang itu untuk mengambil gambar.
Mahasiswa Gangster
(tulisan italic selepas ini merupakan hasil laporan Amiruddin)
Pada jam 5 petang amiruddin telah sampai ke PD World Marina Resort bersama kamera. Beliau terus ke tempat di mana kursus diadakan. Beliau mula merakamkan gambar dan hanya setelah merakamkan 4 keping gambar. Beliau telah dikerumuni kira – kira 20 orang (yang dijangkakan mahasiswa) bertanyakan mengapa beliau mengambil gambar. Dan ada seorang dari mereka cuba merampas kamera di tangan Amiruddin. Beliau menolak orang yang cuba merampas kamera itu dan mula bercakap dengan kuat menyatakan ini tempat awam semua orang berhak berada di sini.
“Saya ambil gambar pemandangan bukan gambar awak, apa awak susah?” tegas Amiruddin
“Atau awak semua tengah buat benda salah? Saya buat laporan polis nanti!” tambah Amiruddin yang menyebabkan kumpulan itu kelihatan mula panik dan kelihatan beberapa orang mula bercakap-cakap antara mereka.
Untuk mengelakkan perkara tidak di ingini Amiruddin telah keluar dari situ dan terus menghubungi saya melaporkan kejadian itu.
Selama ini tuduhan demi tuduhan dibuat mengenai Umno perkuda pihak universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi. Sekarang sah kami telah menangkap basah kejadian yang mengesahkan mengenai sindiket Umno memperkudakan Kementerian Pengajian Tinggi untuk memastikan kemenangan calon pro Umno dalam pilihanraya kampus kali ini.

Kerajaan (BN) NS Zalim taksiran nilai hartanah naik 432 %
Rakyat di Negeri Sembilan khususnya di pekan kecil Bahau dan daerah Jempol secara seluruhnya bagai jatuh ditimpa tangga. Sudahlah Dalam keadaan rakyat yang dihimpit dengan pesta kenaikan harga barang yang diransang oleh kenaikan yang dimulakan oleh kerajaan terhadap kos utama iaitu minyak dan tol, mereka di paksa pula membayar kenaikan cukai pintu dan cukai tanah sehingga 432 %.
Apa yang berlaku ialah Kerajaan (BN) Negeri Sembilan telah membuat penilaian semula terhadap terhadap nilai hartanah secara tidak masuk akal sehingga membenarkan mereka (Kerajaan BN) mengutip cukai yang tinggi.
Angkatan Muda mempersoalkan apa indikator kenaikan nilai hartanah sebegitu mendadak dalam sebuah kawasan terpencil yang jauh dari kemajuan ?
Kerajaan dilihat membuat penilaian semula dan menaikan nilaian hanya kerana kenaikan nilai hartanah ini secara otomatik akan membawa kepada kenaikan cukai pintu yang terpaksa dibayar oleh rakyat kepada Majlis Daerah. Kenaikan pula berbeza-beza di antara 29% sehingga 432%.
Angkatan Muda Negeri Sembilan melahirkan rasa kesal dengan perkembangan ini. Perkara yang sama dilaporkan turut dialami oleh penduduk-penduduk di Port Dickson dan kenaikan ini dibuat dalam masa Kerajaan (BN) Negeri telah berbelanja RM2.5 juta untuk membaiki kediaman rasmi Menteri Besar N.Sembilan walaupun kediaman tersebut baru sahaja diduduki.
Pusat Aduan Rakyat di Negeri Sembilan telah menerima 37 aduan berkenaan perkara ini dan telah menghantar nota bantahan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan 22 Ogos lalu dan masih belum mendapat sebarang maklum balas lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)