Friday, September 23, 2005

Sah UMNO perkuda Kementerian Pengajian Tinggi

Pada 15 September lepas Saudara Zukri Akhasah (Exco Angkatan Muda Malaysia) telah memberitahu saya mengenai satu kursus bakal calon aspirasi yang akan diadakan pada 16 – 18 september 2005 di PD world marina resort. Kursus ini bertujuan untuk mempersiapkan calon calon aspirasi ini bertanding dan memenangi pilihanraya kampus akan datang ini.

Hasil dari maklumat ini saya telah menghubungi pihak pengurusan PD World Marina Resort dan bertanyakan mengenai kursus melibatkan mahasiswa. Kakitangan pengurusan yang menjawab panggilan itu mengakui sememangnya ada kursus yang melibatkan mahasiswa dan kakitangan universiti. Tempahan 500 tempat dibuat dan menurut pekerja itu juga bayaran akan dibuat oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Pada 17 September saya bersama Tn Hj Ramlan Roes (Timbalan Ketua Angkatan Muda N.Sembilan), Amiruddin Wahab (Setiausaha Angkatan Muda N.Sembilan), Abd. Razak Ismail dan Mat Wazir @Awang Jani (AJK Angkatan Muda NS) telah pergi ke tempat tersebut.

Apabila tiba sekitar jam 11.00 pagi saya telah melihat banyak bas universiti dan kenderaan rasmi universiti (kereta dan van yang di cat logo dan nama universiti). Saya terus ke lobi untuk mendapatkan kepastian mengenai program. Saya telah dimaklumkan oleh kakitangan hotel di meja hadapan bahawa ada dua tempahan kursus atas nama kerajaan satu untuk pensyarah dan satu untuk pelajar.

Di kawasan lobi kelihatan beberapa pemuda Umno yang saya kenali dan saya menjangkakan kehadiran kami juga mereka sedari. Secara kebetulan atau memang mereka terlibat dalam program tersebut tidak diketahui.

Oleh kerana merasakan kehadiran kami mula disedari kami terus beredar dari kawasan lobi menuju ke blok tempat yang kami dimaklumkan oleh petugas hotel yang merupakan tempat kursus untuk pelajar.

11.30 kami tiba di sebuah dewan terbuka, kira kira 300 orang yang kelihatan seperti mahasiswa (dikenali dari pakaian beridentiti universiti dan taq nama) sedang mendengar taklimat. Pemberi taklimat tidak dikenali tetapi jelas dari pemerhatian 30minit kami di situ kami dapat mendengar dengan jelas bahawa kursus itu sememangnya bertujuan memastikan kemenangan calon aspirsi dalam pilihanraya kampus.

Hj Ramlan Roes telah ditegur oleh seorang pensyarah seorang kakitangan akedemik UPM yang berstatus doktor (mengikut Hj. Ramlan beliu dan doktor itu memang saling mengenali atas urusan perniagaan). Doktor itu bertanya apa urusan kami di sini, maka Hj Ramlan menyatakan bahawa kami sedang melihat – lihat kawasan untuk disewa bagi mengadakan kursus. Oleh kerana sudah mula banyak mata tertumpu kepada kami, maka kami pun beredar.

Laporan Polis

Sebaik sahaja keluar dari kawasan itu kami terus menuju ke Ibu Pejabat Polis P.Dickson (IPD PD). Jam 12.45 saya telah membuat laporan polis di IPD PD berikutan makluman dan apa yang saya lihat tadi.

Laporan saya meminta siasatan dan tindakan pihak polis kerana penyalah gunaan wang kerajaan (baca:wang rakyat) kerana dibazirkan hanya untuk kursus memastikan kemenangan calon pilihanraya kampus pro Umno. Penyalah gunaan kuasa juga telah mengakibatkan pembaziran penggunaan kenderaan dan perbagai kemudahan universiti juga untuk tujuan yang sama.

Dari beberapa orang pegawai yang ditemui bersangkutan laporan itu kami telah mengetahui bahawa pihak polis (Cawangan Khas) mengetahui mengenai program tersebut malah ada pegawai yang mengesahkan bahawa Menteri Pengajian Tinggi sendiri turut dijadualkan akan menghadiri salah satu sesi dalam kursus itu. Kami selesai membuat laporan polis dan urusan bersangkutan pada 1.50 petang.

Kami terus pulang ke seremban kerana terpaksa berkejar ke program parti yang telah dirancang. Kecuali Amiruddin dan Angkatan Muda Teluk Kemang ditugaskan untuk datang semula ke PD world marina resort petang itu untuk mengambil gambar.

Mahasiswa Gangster
(tulisan italic selepas ini merupakan hasil laporan Amiruddin)


Pada jam 5 petang amiruddin telah sampai ke PD World Marina Resort bersama kamera. Beliau terus ke tempat di mana kursus diadakan. Beliau mula merakamkan gambar dan hanya setelah merakamkan 4 keping gambar. Beliau telah dikerumuni kira – kira 20 orang (yang dijangkakan mahasiswa) bertanyakan mengapa beliau mengambil gambar. Dan ada seorang dari mereka cuba merampas kamera di tangan Amiruddin. Beliau menolak orang yang cuba merampas kamera itu dan mula bercakap dengan kuat menyatakan ini tempat awam semua orang berhak berada di sini.

“Saya ambil gambar pemandangan bukan gambar awak, apa awak susah?” tegas Amiruddin

“Atau awak semua tengah buat benda salah? Saya buat laporan polis nanti!” tambah Amiruddin yang menyebabkan kumpulan itu kelihatan mula panik dan kelihatan beberapa orang mula bercakap-cakap antara mereka.

Untuk mengelakkan perkara tidak di ingini Amiruddin telah keluar dari situ dan terus menghubungi saya melaporkan kejadian itu.

Selama ini tuduhan demi tuduhan dibuat mengenai Umno perkuda pihak universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi. Sekarang sah kami telah menangkap basah kejadian yang mengesahkan mengenai sindiket Umno memperkudakan Kementerian Pengajian Tinggi untuk memastikan kemenangan calon pro Umno dalam pilihanraya kampus kali ini.

Kerajaan (BN) NS Zalim taksiran nilai hartanah naik 432 %

Kenyataan Media

Rakyat di Negeri Sembilan khususnya di pekan kecil Bahau dan daerah Jempol secara seluruhnya bagai jatuh ditimpa tangga. Sudahlah Dalam keadaan rakyat yang dihimpit dengan pesta kenaikan harga barang yang diransang oleh kenaikan yang dimulakan oleh kerajaan terhadap kos utama iaitu minyak dan tol, mereka di paksa pula membayar kenaikan cukai pintu dan cukai tanah sehingga 432 %.

Apa yang berlaku ialah Kerajaan (BN) Negeri Sembilan telah membuat penilaian semula terhadap terhadap nilai hartanah secara tidak masuk akal sehingga membenarkan mereka (Kerajaan BN) mengutip cukai yang tinggi.

Angkatan Muda mempersoalkan apa indikator kenaikan nilai hartanah sebegitu mendadak dalam sebuah kawasan terpencil yang jauh dari kemajuan ?

Kerajaan dilihat membuat penilaian semula dan menaikan nilaian hanya kerana kenaikan nilai hartanah ini secara otomatik akan membawa kepada kenaikan cukai pintu yang terpaksa dibayar oleh rakyat kepada Majlis Daerah. Kenaikan pula berbeza-beza di antara 29% sehingga 432%.

Angkatan Muda Negeri Sembilan melahirkan rasa kesal dengan perkembangan ini. Perkara yang sama dilaporkan turut dialami oleh penduduk-penduduk di Port Dickson dan kenaikan ini dibuat dalam masa Kerajaan (BN) Negeri telah berbelanja RM2.5 juta untuk membaiki kediaman rasmi Menteri Besar N.Sembilan walaupun kediaman tersebut baru sahaja diduduki.

Pusat Aduan Rakyat di Negeri Sembilan telah menerima 37 aduan berkenaan perkara ini dan telah menghantar nota bantahan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan 22 Ogos lalu dan masih belum mendapat sebarang maklum balas lagi.

Wednesday, September 14, 2005

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Rangking Pembangunan Manusia

Kerajaan harus bertanggungjawab terhadap laporan badan iaitu The United Nations Human Development (UNHD) Report 2005 menunjukkan The Human Development Indicator (HDI) For Malaysia merosot dari tangga ke 58 dalam tahun 2003 kepada kedudukan ke 61 dalam tahun 2005. Berdasarkan laporan itu yang dikeluarkan minggui lepas itu adalah amat memeranjatkan Malaysia berada di belakang negara afrika seperti Libya, negara amerika tengah seperti Costa Rica, negara arab seperti Qatar dan negara Asia-Pacific seperti republik Tonga dari aspek pembangunan manusia.
The United Nations Resident Coordinator Richard Leete menyatakan kajian laporan HDI telah memberikan fokus kepada tiga kretiria pembangunan manusia iaitu jangka hanyat dan kesihatan, taraf pendidikan dan taraf hidup yang memuaskan.
Persoalanya ialah bagaimana Malaysia yang digambarkan begitu makmur tertinggal dengan negara negara tersebut dalam ukuran tiga aspek terbabit. Adakah terlalu sibuk dengan pembangunan fizikal menuju negara maju, Malaysia terlupa dengan pembangunan manusia yang menjadi prasyarat utama.
Kita tidak harus lupa Malaysia mempunyai jurang pendapatan antara yang kaya dan miskin yang paling teruk di asia tenggara. Jurang perbezaan pendapatan yang kaya dan miskin di negara ini lebih teruk dari Filiphina, Thailand, Singapura, Vietnam and Indonesia. Laporan UNHDP 2004 menunjukkan 10 % dari golongan terkaya kaya di Malaysia telah menguasai 38.4% dari jumlah pendapatan ekonomi negara berbeza dengan 10% dari jumlah penduduk termiskin yang cuma menguasai hanya 1.7% dari jumlah pendapatan ekonomi negara.
Bagaimana Malaysia bakal menjadi negara maju menjelang 2020 jika kita lebih teruk dari sesetengah negara di benua Afrika.
Angkatan Muda mahu kerajaan tampil dengan penjelasan konkrit mengenai perkembangan ini.
Ini membuktikan kepincangan negara yang selama ini rakyatnya tertipu dengan mainan media semata – mata, sesuatu harus dilakukan segera.
Malaysia akan menjadi destinasi ekonomi yang semakin tidak porpular jika pelabur menjadikan laporan tersebut sebagai rujukan menentukan lokasi pelaburan mereka.
Perdana menteri seharusnya bertindak segera dalam hal ini bukan setakat mengambil jalan porpular dan penyelesaian jangka pendek dalam menyelesaikan masalah negara.

Sunday, September 11, 2005

Keangkuhan dan Prejudis Kerajaan Terhadap Sejarah

Keangkuhan dan Prejudis Kerajaan Terhadap Sejarah

Sempena kemeriahan Hari Kebangsaan, Setiausaha Antarabangsa dan Hal Ehwal Pertubuhan Bukan Kerajaan Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Ronnie Liu Tian Khiew menerangkan dalam kenyataan media beliau, The real fighters for MERDEKA, bahawa generasi baru di Malaysia kurang memahami sejarah, kerana buku teks sejarah kita tidak merakamkan kebenaran sejarah.Menurut beliau, "Bertentangan dengan apakah yang dipelajari dari buku teks, pemimpin Umno bukan pejuang kemerdekaan yang sebenar".

Ini telah mencetuskan bantahan kuat dari pimpinan Pemuda Umno, sehingga mereka menjeritkan kata-kata biadap dengan histeria di lidah propaganda Umno, Utusan Malaysia.Ketua pengarang New Straits Times (NST) iaitu sebuah lagi lidah propaganda Umno, Kalimullah Hassan pula bersubahat dengan Naib Ketua Pemuda Umno, iaitu menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin untuk memutar belitkan kenyataan Ronnie, setelah berjaya memfitnah blogger Jeff Ooi Chuan Aun pada 2 Oktober tahun lepas.

Ronnie menamakan Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin al-Helmi, Ishak Haji Mohammad (Pak Sako), Arshad Ashaari, Dahari Ali, Baharuddin Tahir, Khadijah Ali, Ibrahim Karim, Kamarulzaman Teh (Pak Zaman), Abdul Rahman Rahim dan ramai lagi pemimpin Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebagai pejuang merdeka sebenar. Akan tetapi, selepas diputar belitkan Kalimullah di NST yang tidak dapat bezakan PKM dan PKMM, Ronnie bukan sahaja didakwa memuji para pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai pejuang merdeka, malah terus menipu rakyat bahawa Ronnie telah menafikan Tunku Abdul Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan.Pada mulanya, Pemuda Umno mendesak DAP meminta maaf. Seterusnya, Khairy yang belum memenangi kerusi parlimen pun mencabar Ketua Pembangkang Parliamen, YB Lim Kit Siang agar berbahas di Parlimen sama ada Tunku Abdul Rahman adalah Bapa Kemerdekaan. Datuk Hishamuddin Hussien, Ketua Pemuda Umno pula menegaskan, "Pemuda Umno tidak akan izinkan DAP menidakkan pejuang kemerdekaan".

Dengan bermulanya persengketaan ini, ramai ahli akademik dan politikus pun meluahkan pelbagai pandangan. Sejarahwan yang termasyhur, Profesor Emeritus Datuk Khoo Kay Kim berkata, "Matlamat perjuangan PKM bukan untuk mencapai kemerdekaan, tetapi menghalaukan penjajah, demi mendirikan sebuah 'negara Komunis proksi' di Malaya yang akan membentuk sebahagian daripada 'Orde Komunis' baru di seluruh dunia." Dalam Teori beliau, sebagai anggota 'Orde Komunis' sedunia, Malaya bukan negara merdeka yang berdaulat.

Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Besar Perlis bukan sahaja menuduh para pemimpin DAP tidak bersyukur, malah mengugut akan mendesak kerajaan menarik balik kerakyatan mereka jika mereka tidak meminta maaf, kerana mereka tidak layak menjadi warga Malaysia.Datuk Noh Omar, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri memberitahu Berita Harian, jika ada pihak yang melaporkan kes ini kepada polis, pihak polis boleh menyiasat dan mengkajii kalau penulis itu boleh didakwa di bawah Akta Hasutan. Noh menambah sampai sekarang dia belum tahu sama ada laporan telah dibuat. Akan tetapi, beliau menunjukkan bahawa siasatan boleh dilaksanakan tanpa laporan dibuat.Ling Hee Leong, anak Tun Dr. Ling Leong Sik yang baru-baru ini memenangi jawatan Naib Ketua MCA, juga berkata Ronnie sepatutnya memberikan tumpuan kepada pembangunan negara, dan bukan cuma "memutar belitkan" sejarah demi kepentingan politik.sendiri.

Beliau turut memfitnah bahawa DAP sentiasa membuat tuduhan tanpa merujuk kepada fakta, sedangkan BN sendirilah yang paling minati taktik kotor tersebut.Datuk Ong Tee Kiat yang terpilih sebagai salah seorang Naib Presiden MCA, sungguhpun kuat membidas Ling Hee Leong sebelum ini, turut dilaporkan Utusan Malaysia menyuruh DAP meminta maaf, terutamanya kepada generasi baru. "Hanya mereka yang jahil akan menafikan sejarah Tunku dan rombongannya meminta sedekah kemerdekaan di London. Patutlah beliau berkecil hati kerana penipuan dalam sejarah yang diputarbelitkan mereka terbongkar.Berkenaan isu ini, Mah Siew Keong, Ketua Pemuda Parti Gerakan, terus mengulangi komen basi yang diminati pemimpin Barisan Nasional (BN), iaitu, "Isu ini telah dipolitikkan," dan DAP tidak harus mengeluarkan kenyataan yang memburukkan kewibawaan Tunku.

Betapa ironiknya, ini mencerminkan "selective amnesia" yang dijangkiti pemimpin BN, di mana rata-rata telah lupakan Tun Dr. Mahathirlah yang paling memburukkan kewibawaan Tunku, dalam persengketaan di antara Umno (Baru) dan Semangat 46. Tunku juga tidak pernah menyertai parti Umno (Baru) yang ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1988.Berani kerana benar. Berhadapan dengan sarkas yang kehilangan akal, Ronnie memilih untuk mencabar mereka dengan perbahasan terbuka. Sayang sekali, Pemuda Umno yang semangat patriotiknya membara tadi terpaksa mencari pintu belakang untuk melarikan diri. Malu untuk menyerah kalah sungguhpun pengecut, Khairy yang terlupa menghadiri perhimpunan agung Pemuda MCA kerana baru-baru ini memberitahu media bahawa dia tidak berminat untuk berdebat, manakala Datuk Hisham cuba mengubahkan tumpuan orang ramai dengan menolak cabaran itu dan mendakwa DAP cuma ingin mengubahkan tumpuan orang ramai.Pemuda Umno yang berniat jahat secara terus terang tanpa segan silu menyenaraikan tiga syarat, iaitu DAP mesti minta maaf, menurunkan kenyataan Ronnie dari laman web, dan mengambil tindakan disiplin terhadap Ronnie. Khairy turut berkata dia akan terus mendakwa DAP sebagai pengkhianat sehingga mereka terpaksa mengakui Umno sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.Aksi mendakwa dengan Akta Hasutan, menarik balik kewarganegaraan, "mem-pengkhianat-kan" mereka yang berfikir secara bebas, malah mengugut orang ramai agar mempercayainya, yang digemarikan oleh pemimpin Umno sememangnya merupakan keangkuhan dan keganasan sesiapa sahaja yang memonopoli hak mentafsir sejarah.

Memandangkan sejarah hanya berupaya merekodkan kejadian dan akibat, kebenaran yang rumit dan tersembunyi selalunya tidak tercermin. Sedangkan kita sering kali terdengar "Sejarah merupakan hakim terakhir", kita senantiasa terlupa siapakah sebenarnya yang menulis sejarah. Di antara bapa modenisasi dan diktator zalim malah konspirator terunggul, siapakah yang membentuk ingatan kolektif generasi akan datang terhadap Tun Dr. Mahathir kalau bukan kerajaan? Apakah perlunya sensitif sangat dengan adakah parti rasuah itu pejuang kemerdekaan, seandainya sejarah tuntutan kemerdekaan Tanah Melayu dilihat tanpa prejudis perkauman? Pemimpin parti dan kolumnis terkemuka, Rustam Sani pernah menyoal, apakah yang diperjuangkan Umno, kalau bukan untuk meneruskan sistem pemerintahan warisan penjajah British?

Seperti yang diterangkan oleh Hishamudin Rais, rakyat dikehendaki mempercayai dongeng Umno bahawa Umno sahajalah yang memungkinkan dan menjayakan tuntutan kemerdekaan negara kita. Jika ini disyaki atau dicabar, maka survival Umno akan teruk terjejas, memandangkan apakah yang dialamai parti Kongres di India atau Kuomintang di Taiwan.Selepas isu ini hangat dipermainkan parti rasuah itu, ia turut dibangkitkan di rancangan call-in di saluran radio seperti Wa FM 97.6.

Seperti dalam jangkaan, ramai warga terpelajar tidak faham dengan penafian kebanyakan pendengar muda terhadap Komunis. Akan tetapi, selepas "brainwash" daripada Umno selama berdekad-dekad, ketakutan golongan muda terhadap Komunis sebenarnya tidak memeranjatkan.Terutamanya, di dalam suatu sistem pendidikan yang bukan sahaja tidak mendorong malah melarangkan persoalan dan pemikiran kritikal, Komunisme telah disamakan keganasan dan kezaliman, karektor yang sebenarnya milik Umno.

Tambahan pula, kerajaan juga memujuk masyarakat Muslim untuk meminggirkan Komunisme kerana ia menidakkan agama. Oleh yang demikian, bukanlah menghairankan pun jika generasi muda tidak pernah menyoal, "Kenapakah ramai lagi yang menyokong malah berkorban untuk Komunisme jika ia seteruk yang digambarkan di buku teks?"Seperti yang digambarkan oleh Rustam Sani sebagai "Profesor Kangkung", memanglah terdapat ahli akademik yang merupakan tin kosong. Apakah mereka yang ingin menghalau penjajah dan mendirikan kerajaan kita sendiri, sungguhpun kerajaan yang mengamalkan Komunisme, bukan memperjuangkan kemerdekaan, manakala mereka yang meminta sedekah kemerdekaan daripada Tuan British mereka dan mendirikan sebuah negara Umnoputra pula memperjuangkan kemerdekaan, padahal Umno mewarisi segala-gala sistem pemerintahan yang ditinggalkan Tuan British mereka termasuk Kapitalisme, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pecah dan perintah dan sebagainya?

Seandainya bahaya sangat Komunisme, kenapakah Umno seringkali memuji kegemilangan Parti Komunis China dan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang menjalin hubungan diplomatik dengannya (1974) apabila Revolusi Kebudayaan (1966-1976) di mana berjuta-juta rakyat tidak berdosa mati dibunuh sedang berlaku, sedangkan semua negara serantau sibuk membendung pengaruh Komunis? Akhir-akhir ini, kerajaan BN telah mengharamkan Falungong, kumpulan seni pertahanan diri yang digelar ajaran sesat oleh Komunis kerana takut Falungong mampu menggugat kedudukannya, dan juga akhbar The Epoch Times yang anti-Komunis daripada diterbit di Malaysia, kerana takut Beijing marah nanti.

Apakah ini selari dengan pendirian Umno yang kononnya anti-Komunis sangat?Jika kita percaya buku teks sejarah versi Umno, sejarah kita cuma bermula dari Kesultanan Melaka. Ganganegara di Bruas, Perak, Kedah Tua di Lembah Bujang, Kedah, Tan-tan dan Chih-tu di Kelantan, Temasek, Patani Darusalam, Srivijaya, Majapahit dan yang sewaktu dengannya semuanya seumpama kerajaan yang halimunan sahaja. Dengan ini, Malaysia sekarang diceritakan sebagai episod kedua Kesultanan Melaka, dan muncullah juga teori fasisme "Ketuanan (segelintir) Melayu" yang dijadikan baju baru maharaja, yang kononnya begitu membanggakan di persada dunia.Sejarah cuma merakamkan peristiwa di permukaan dan akibatnya, manakala rebutan kuasa yang berlaku dalam peristiwa itu dibiarkan terlepas dari sejarah sahaja.

Tanpa tekanan daripada perjuangan bersenjata, mungkinkah pihak penjajah British akan secara mudah setuju untuk berunding dengan Perikatan? Ia serupa dengan rundingan yang akhirnya diadakan di antara orang putih dengan Martin Luther King hanya setelah adanya Malcolm-X yang ekstrimis.Apabila penasihat parti, Sdr Anwar Ibrahim dikembalikan kebebasannya 2 September tahun lepas, penulisan sejarah telah menjadi sebahagian pidato pertama di kediaman beliau. Sdr Anwar mengingatkan kita agar jangan lupakan mereka yang pernah bertungkus lumus sehingga terkorban untuk memperjuangkan kemerdekaan. "Yang lain cuma runding-runding sahaja," ujar beliau.

Yang ironik sekali, jika Pemuda Umno betul-betul menentang tuntutan kemerdekaan secara keganasan, apakah yang ketuanya ingin sampaikan dengan terhunus sebilah keris di tangannya semasa perhimpunan agung?

Bantah pelatih PLKN jalani latihan senjata api.

Angkatan Muda Malaysia memandang serius mengenai maklumat bahawa PLKN telah memperkenalkan latihan menggunakan senjata api di 76 kem seluruh negara sejak sebulan lalu. Lebih serius lagi latihan ini dijalankan secara sulit tanpa pengetahuan Jawatankuasa terpilih untuk perpaduan dan khidmat negara dan ibu bapa sendiri.

Dalam akhbar tempatan baru baru ini , Ketua Pengarah PLKN, Kamaruddin Mohd Baria sendiri mengesahkan yang latihan senjatapi dijalankan di peringkat percubaan dan mengakui dijalankan tanpa kebenaran jawtankuasa terbabit dan ibu bapa. MLKN perlu menjelaskan bagaimana perkara ini boleh berlaku dan apakah keperluan bagi remaja beriusia sekitar 18 tahu dilengkapkan dengan pengetahuan mengendalikan senjata api ? Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan yang program latihan tersebut adalah bertujuan untuk menyemai semangat patriotik di jiwa para pelatih di samping mengeratkan lagi perpaduan nasional dan meningkatkan disiplin diri. Adakah dengan membeerikan latihan penggunaan senjata api dapat merialisasikan tujuan tersebut ?
Ini juga membuktikan kerajaan menipu apabila memberikan jaminan bahawa khidmat negara ini bulanlah satu program latihan ketenteraan.

Kini bukit aman sendiri mengakui bahawa negara sedang mengalami masalah remaja atau kanak – kanak yang terlibat dalam keganasan jenayah. Terbaru ialah beberapa kanak – kanak di langkawi disyaki terlibat membakar kenderaan awam. Dan latihan menggunakan senjata api di kalangan remaja ini harus dihentikan segera kerana bagaimana pihak keselamatan mampu memantau apabila puluhan ribu remaja yang mempunyai asas mengendalikan senjata api ini berdepan dengan pengaruh persekitaran ?Sebelum menjalankan latihan menembak dan mengen dalikan senjata api PLKN juga telah diragui dari aspek kemampuan jaminan keselamatan pelatihnya. Banyak kes kemalangan sehingga mengakibatkan kematian berlaku, itu belum masuk pelatih hilang, di rogol dan seumpamanya.

Dan bagaimana pula kini apabila latihan senjata api diperkenalkan sudah tentu meletakkan pelatih dalam keadaan berisiko lebih tinggi ?

Angkatan Muda menuntut untuk latihan ini dibatalkan segera. MLKN perlu menjelaskan dan memohon maaf kepada masyarakat khususnya ibu bapa terlibat mengenai perkara ini.
______________________________________________________
NOTA KAKI: Angkatan Muda membantah pelaksanaan PLKN sejak dari awal kerana MLKN tidak mahu berkongsi bagaimana atau mengumumkan modul latihan yang dijalankan dan dijalankan secara tergesa - gesa tanpa memperdulikan pendapat pihak lain

Friday, September 09, 2005

Probe the conspiracy against Anwar, Pak Lah told

Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi must be bold in seeking out the truth into the alleged political conspiracy that had led to the sacking of former deputy premier Anwar Ibrahim in 1998.Parti Keadilan Rakyat (PKR) youth wing urged the premier to advise the Malay Rulers to form a royal commission of inquiry to look into the conspiracy which had caused much damage to the country and its people. It’s deputy information chief Badrul Hisham Shaharin
said in a statement that the move was crucial as it is now legally proven that the sexual misdemeanour allegations - cited by former prime minister Dr Mahathir Mohamad to sack Anwar- was falsely made to end his political career. Badrul was referring to the ruling by High Court judge Hishamuddin Mohd Yunus on Aug 18 where Anwar was awarded a total of RM4.5 million for libel damages from the book “50 Dalil mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM”. “The focus of the case should not be the award but what is most important is the ruling itself in which the judge found that the allegations were mere slanders and acknowledge the existence of a political conspiracy which had led to the publication of the book which in turn was used to topple Anwar,” he said. He said Anwar’s vindication from the allegations had started with the Federal Court ruling last year which overturned the former deputy premier’s sodomy conviction.“Thus, it was clear that the slander and torture faced by Anwar and the chaos that shook the country since then was a planned conspiracy. And, therefore, the culprits must be made responsible to what has happened.”
Onus on PM
Badrul said the onus now lies on Abdullah to bring the culprits to justice. “The people’s eyes are now focussed on Abdullah, the founder of Islam Hadhari. Is he really bold enough to face truth?” He said although Abdullah was not involved in the conspiracy, it was undeniable that he had benefited from it. “He is where he is today due to the chaos, slander and conspiracy that have taken place. Which means even if he is not involved in the conspiracy at that time he cannot run from the fact that his walk to premiership was paved by the slanders and the conspiracy.” “Therefore he should be bold in seeking the truth and Islam Hadhari will be highly regarded if he takes this bold step...He should be big-hearted enough because those who wronged must be brought to face justice.”

Wednesday, September 07, 2005

Selepas Proton, Temasek miliki saham Telekom pula?

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob - Harakah

Hari demi hari, khabar dari rakyat sedang bercakap tentang isu sepasukan pelabur dari negara jiran yang menerokai saham-saham Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Sebagai rakyat yang hidup di bumi merdeka ini dan tidak mempercayai Singapura sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai, tentulah rakyat ada hak untuk meluahkan keraguan.
Yang jelas dan pasti, kewujudan syarikat berkaitan Temasek Holding dalam Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) amat mengelirukan, kata Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KeADILan (AMK), Badrul Hisham Shaharin. Beliau berkata demikian ketika memberi maklumat kepada Harakahdaily pagi tadi. "Mengapa dengan tiba-tiba kita perlu menjemput atau membenarkan syarikat pelaburan kerajaan Singapura ini (semacam Khazanah Nasional) terbabit dengan perusahaan nasional"
"Apatah lagi sebuah perusahaan yang menguntungkan dan tidak memerlukan sebarang suntikan modal," katanya.
Tidak cukup dengan itu, khabarnya Temasik Holding juga sedang menyusup ke dalam syarikat Telekom Malaysia dan beberapa GLC lain.
Beliau mendakwa bahawa seperti ada ruang yang diberi kepada Temasik untuk memiliki saham Telekom. Sehingga hari ini sebanyak lima peratus daripada saham Telekom Malaysia dimiliki oleh Temasek, dakwanya.
Beliau menggesa kerajaan memberi penjelasan sama ada pembelian tersebut dilakukan di pasaran terbuka atau melalui rundingan dengan Khazanah Nasional atau pengurusan terbabit. Jika ia dilakukan oleh pasaran terbuka melalui Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) tentulah tidak banyak yang dapat dilakukan.
Sebaliknya, jika ia dilakukan dengan pengetahuan dan izin kerajaan, maka rakyat perlu diberi penjelasan yang sebenar kedudukan urusan jual beli, katanya. "Persoalannya mengapa terlalu mudah kita berbaik sehingga merugikan negara? Adakah pernah mereka mengalah dalam sebarang isu? Hakikatnya tidak," kata Badrul Hisham.
Apa yang dikhuatiri kerajaan mendapat nasihat dan maklumat yang salah daripada pengurusan syarikat ini yang mungkin mempunyai agenda tersendiri, kata Badrul Hisham. "Jangan nanti lama ke lamaan segala harta kita jatuh kepada pihak lain termasuk jiran," tegasnya. – lanh

Sunday, September 04, 2005

Abdullah harus berani berdepan dengan kebenaran, tubuh Suruhanjaya untuk siasat konspirasi

KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA MALAYSIA

Pada 18 Ogos 2005 yang lepas Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Hishamuddin Mohd Yunus membuat keputusan kes saman Anwar Ibrahim ke atas penulis buku ‘50 dalil’ Khalid Jafri.

Keputusan kes ini menjadi perhatian media hampir di seluruh dunia, termasuk di Indonesia apabila hampir semua akhbar utama memberikan liputan di muka utama.

Keadaan berbeza di Malaysia apabila rakyat hanya difokuskan mengenai jumlah RM4.5 juta yang di arahkan kepada Khalid untuk dibayar kepada Anwar, yang sebenarnya jumlah wang itu tidak penting.

Rakyat Malaysia perlu melihat keputusan kes ini dengan skop yang lebih besar. Paling penting sekali ialah intipati keputusan penghakiman bertulis hakim datuk hishamuddin mohd yunus yang antaranya mengakui bahawa fakta buku tersebut merupakan fitnah semata mata dan turut mengakui bahawa wujud konspirasi hingga terbitnya buku tersebut dan menggunakan buku tersebut untuk menjatuhkan Anwar.

Maka kini terbukti buku yang selama ini dijadikan kitab rujukan membenarkan penyingkiran dan penyiksaan terhadap Anwar merupakan satu fitnah malah telah disahkan terdapatnya pakatan jahat dibelakang kewujudan buku ini.

Terbukti fitnah, penyiksaan terhadap Anwar dirancang dan kekacauan dalam negara sehingga mengakibatkan kerugian yang tak ternilai mesti dicari penanggungjawabnya!

Segalanya telah terserlah kerana mahkamah telah membersihkan Anwar dari segala sabitan jahat. (dari sudut agama pertuduhan tersebut jelas pincang berdasarkan pendapat Yusof Qardawi).

Bermula dengan 2 September 2004 Mahkamah Persekutuan telah membersihkan Anwar dari tuduhan liwat dan kini semuanya terbukti.

Mata rakyat seharusnya kini tertumpu kepada Abdullah Ahmad Badawi pengasas Islam Hadhari. Apakah beliau benar benar berani berdepan dengan kebenaran?

Abdullah mendapat tempat kedudukan yang hari ini ialah hasil keadaan yang gawat dan kalut ketika kemuncak fitnah dan konspirasi itu belaku. Maksudnya walaupun mungkin beliau boleh menyatakan beliau tidak terlibat dalam mengganggotai “majlis konspirator” pada ketika itu tetapi beliau tidak boleh lari dari fakta bahawa beliau mendapat peluang menjadi Perdana Menteri hasil dari fitnah dan konspirasi yang berlaku.

Maka Abdullah harus berani untuk mencari kebenaran. Abdullah dan Islam hadhari akan dipandang tinggi jika beliau berani mengambil langkah mencari kebenaran.Ini bukan setakat permasalahan seorang ahli atau pimpinan parti yang dipecat. Ini merupakan maslahah negara apabila pemimpin no 2 dipecat dan mengakibatkan kerugian kepada negara dan rakyat.

Untuk itu Abdullah seharusnya berjiwa besar untuk menasihatkan majlis raja – raja menubuhkan satu suruhanjaya siasatan untuk mencari siapa yang bertanggungjawab atas semua kemusnahan yang berlaku. Yang bersalah perlu diadili.

Thursday, September 01, 2005

Kempen Angkatan Muda




KEMPEN KESEDARAN RAKYAT BERHUBUNG KONSPIRASI


Pendahuluan
Kempen yang akan dijalankan peringkat nasional ini bersangkutan dengan keputusan kes Mahkamah Tinggi yang menyebelahi Sdr Anwar Ibrahim dalam kes samanya terhadap penulis buku 50 dalil kenapa Anwar tidak boleh jadi perdana menteri.

Kempen ini untuk mempertingkatkan kesedaran orang ramai mengenai intipati penghakiman yang menyatakan buku ini bukan sahaja fitnah tetapi wujud konspirasi untuk menjatuhkan karier politik Sdr Anwar Ibrahim.

Mengambil kesempatan mood bulan ramadhan maka dengan tema “Menyambut Kebenaran Sempena Ramadhan” maka kempen ini bakal meletakkan rakyat khususnya melayu tersedar mengenai fitnah besar yang menimpa negara kini telah terbukti.

Matlamat / objektif
Antara objektif dan matlamat Kempen ini ialah:
memberi tekanan kepada pemerintah (PM) untuk menyatakan pendirian mengenai konspirasi menjatuhkan Sdr Anwar Ibrahim yang dinyatakan oleh mahkamah
membentuk riak gelombang kesedaran dan menyediakan mood rakyat menyambut kepulangan Sdr Anwar Ibrahim sepenuh masa dalam Malaysia
menyusun dan meletakkan fokos jelas kepada jentera setempat
Anjuran :
Angkatan Muda Malaysia (melibatkan jentera Angkatan Muda Negeri / Bahagian) dengan sokongan Biro Penerangan (melibatkan jentera di bawah Ketua Penerangan Negeri / Bahagian)
Kaedah / Pelaksanaan:
18 September – 4 Oktober penumpuan ialah untuk menghabiskan 20 000 risalah Suara Rakyat 1 yang masih tersimpan di Kilang Pencetak
5 Oktober sidang media & Pelancaran ringkas Kempen nama kempen: menyambut kebenaran sempena ramadhan dan harap exco boleh datang sokong softlaunch.
bermula 30 Oktober kempen di sesuaikan ikut mood balik kampung
Badrul dan seorang pembantu akan turun ke semua tempat untuk mengetuai pengedaran risalah dengan dibantu Angkatan Muda Negeri / bahagian terbabit
Untuk kebanyakan tempat program terdiri dari
- edaran di Masjid ketika solat jumaat (jika hari Jumaat)
- edaran di Pasar Ramadhan
- edaran di Masjid (solat tarawikh)
(untuk edaran sila siapkan jentera 5-6 orang kalau lebih lagi bagus)
- Pertemuan dengan jentera setempat (dialog / ceramah)
(pertemuan jentera Angkatan Muda dan Penerangan Bahagian kalau yang lain nak datang
dialukan. Kalau rajin buat ceramah kelompok pun ok)
- Sidang media di beberapa tempat (rujuk jadual)
selain dari edaran risalah kempen ini juga akan dibantu melalui media internet, banner dll
Tindakan
Timbalan dan semua naib serta exco harap dapat hadir sidang media 5 Okt di ibu pejabat parti jam 11 pagi
Timbalan,semua naib dan exco tolong cari tarikh yang selesa untuk turut joint program seperti jadual di bawah dan tlg beri respon tarikh mana yang boleh ikut sama (jentera di bawah rindu nak jumpa exco yang mereka undi, harap paham!)
kepada semua ketua angkatan muda negeri tolong ambil tindakan mengenai perkara ini. Sediakan jentera ! Tarikh tak boleh ubah ! sila respon detail tempat sebelum 3 okt…….
Sdr Ezam (ketua angkatan muda Malaysia) akan pilih beberapa negeri untuk dia turut serta…………negeri yang beliau akan turut serta akan diumumkan selepas 5 Okt

Jadual
18 Sept
Sri Gading, Johor
Edar risalah SR1 bersama Risalah Air Johor di kawasan tumpuan / Ceramah
*bersama AM Johor
19 Sept
Senawang, Rasah
Edar Risalah SR1 – peti surat rumah
21 Sept
Kuala Lumpur
Edar Risalah SR1 – tempat letak kereta
22 Sept
Bukit Chedang, Rasah
Edar Risalah SR1 – peti surat rumah
23 Sept
Bukit Changgang, Sepang
Edar Risalah SR1 & Suara Keadilan “percuma” di Pasar Malam
*bersama bahagian Sepang
24 Sept
Sabak Bernam
Edar Risalah SR1 – program ceramah
26 Sept
Tasek Jaya, Paroi, Rembau
Kawasan Flat, Seremban 2
Edar Risalah SR1 – peti surat rumah / ceramah
Edaran Risalah SR1 – peti surat rumah
27 Sept
Felda Jelai, Tampin
Edar Risalah SR1 – ceramah & Pasar Malam
28 Sept
Serting, Jempol
Edar Risalah SR1 & promo DSAI ke NS – Pasar Malam
29 Sept
Kuala Klawang, Jelebu
Edar Risalah SR1 & Promo DSAI ke NS – kawasan tumpuan Pekan K.Klawang
30 Sept
Pekan Kuala Pilah
Edar Risalah SR1 & Promo DSAI ke NS – kawasan tumpuan Pekan K.Pilah / peti surat rumah
1 Okt
Pekan Kuala Pilah
Edar Risalah SR1 & Promo DSAI ke NS – Kawasan tumpuan Pekan Kuala Pilah / peti surat rumah
2 Okt
Putrajaya
Edar Risalah SR1 – tempat letak kereta / peti surat rumah
3 Okt
Bandar Seremban
Edar Risalah SR1 – tempat letak kereta bangunan kerajaan
4 Okt
Senawang, Rasah
Edar Risalah SR1 – orang ramai Giant Senawang / Dataran Senawang
5 Okt
Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat
Sidang Media Pelancaran SR11 Kempen “Menyambut Kebenaran”
6 Okt
Shah Alam
Edaran Risalah di kawasan tumpuan Kelang
Pasar Ramadhan
Solat Tarawikh
* contact person SD Johari
- balik ke KL
7 Okt
Masjid Negara,KL
Solat Jumaat
*bersama jentera Ang.Muda Wilayah / Bkt Bintang
7Okt
Sabak Bernam / Tg. Karang
Pasar Ramadhan
Solat Tarawikh
Pertemuan bersama jentera setempat
* bersama Ust Badrul
- balik ke KL
8 Okt
Kajang / Bangi
Pasar Ramadhan Bandar Baru Bangi
Solat Tarawikh Masjid Kajang
Pertemuan bersama Jentera (Kg. Teras Jernang)
* bersama Sepang & Ulu Langat
- balik ke Seremban
9 Okt
Masjid India
Edaran risalah di kawasan tumpuan Masjid India / Jalan Tuanku Abdul Rahman
*bersama Bukit Bintang
Solat Tarawikh di Masjid Setiawangsa
Pertemuan dengan jentera setempat (Setiawangsa) contact person Enot
10 Okt
Lembah Pantai
Pasar Ramadhan
Solat Tarawikh
Pertemuan dengan jentera setempat
*bahagian L. Pantai, contact person MD Zaman
11 Okt
Port Dickson
Pasar Ramadhan Pekan P.Dickson
Solat Tarawikh Masjid Chuah
Pertemuan dengan Jentera (Kg.Jawa Chuah)
*bahagian Teluk Kemang,contact person Amir
12 Okt
Putrajaya
Pasar Ramadhan Carefore Putrajaya
Solat Tarawikh Masjid Putrajaya
*bersama team dari N.Sembilan
- balik ke Seremban
13 Okt
Kuala Pilah
Pasar Ramadhan Pekan K.Pilah
Solat Tarawikh Masjid Jame’ K.Pilah
Pertemuan dengan jentera(Pej. Bahagian)
*bahagian Kuala Pilah, contact person Hj Asmaon
- balik ke Seremban
14 Okt
Melaka
Solat Jumaat Masjid
Pasar Ramadhan
Solat Tarawikh
Pertemuan dengan Jentera
*contact person Yusof / Shamsul Iskandar
-bermalam di Melaka
15 Okt
Johor Bahru
2.00 petang - Pejabat keadilan Senai
3.00 petang - Pekan Yong Peng
- Pekan Air Itam
- Simpang Renggam
7.00 malam - Maj. Buka Puasa bersama Pemuda BA
Kg. Saari, Simpang Renggam
- Solat Tarawikh Masjid Simpang Renggam
10.00 malam – Perjumpaan tertutup dengan jentera
16 Okt
Muar
Kawasan tumpuan sekitar Skudai dan Larkin
Pasar Ramadhan Kulai
17 Okt
Kuantan
Pasar Ramadhan Pekan
Solat Tarawikh Masjid Bandar Kuantan
Pertemuan dengan jentera
- bermalam di Kuantan
18 Okt
Kemaman
Edaran di kawasan tumpuan orang ramai di Bandar Chukai / Kemaman
*contact person Wan Anies (tgh bertolak ke K.Trg)
18 Okt
K.Terengganu
Pasar Ramadhan
Masjid Negeri
Pertemuan dengan jentera
*contact person Azmin
- bermalam di K.Ttrg
19 Okt
Kota Bahru
Pasar Ramadhan Stadium
Solat Tarawikh Kota Bharu
Pertemuan dengan jentera bersama Ezam
* contact person Zamakhsari
- bermalam di Kota Bahru
21 Okt
Keramat
Solat Jumaat Masjid Kg Baru
Pasar Ramadhan Keramat
Solat Maghrib Masjid Keramat
- terus bertolak ke Kangar
22 Okt
Kangar
Edaran risalah kawasan tumpuan Bandar Kangar
Pasar Ramadhan kangar
Masjid kangar
Pertemuan dengan jentera setempat
* bersama AM Perlis contact person Daud
- bermalam di Kangar
23 Okt
Alor Setar
Edaran risalah kawasan tumpuan Bandar A.Setar
Pasar Ramadhan Stadium Alor Setar
Solat Tarawikh Masjid Negeri
Pertemuan dengan jentera setempat
*bersama AM Kedah contact Zamri & Zamil
- bertolak ke Sg. Petani
24 Okt
Sg. Petani
Sidang Media
Edaran risalah Stesen Bas Sg Petani
Pasar Ramadhan Tmn Ria
Solat Tarawikh Masjid Sg Petani
*bersama AM Kedah contact Zamri & Zamil
-bermalam di sg.petani
25Okt
Georgetown
Edaran risalah kawasan tumpuan
Pasar Ramadhan Tmn Brown (USM)
Solat Tarawikh Masjid Negeri
Pertemuan dengan Jentera setempat
*bersama AM P.Pinang, contact Din Binjai
- bermalam di Cherok To’Kun
26 Okt
Kepala Batas
Sidang Media
Edaran risalah kawasan tumpuan
Pasar Ramadhan
Tarawikh Masjid
Pertemuan dengan jentera
*bersama AM P.Pinang, contact Din Binjai
- bermalam di Cherok To’Kun
27 Okt
Ipoh
Pasar Ramadhan
Solat tarawikh
Pertemuan dengan jentera
- bermalam di Ipoh
28 Okt
Seremban
Pelancaran Pusat Aduan Rakyat
Sidang Media
Pasar Ramadhan Ampangan & Paroi
Buka Puasa bersama Angkatan Muda Negeri
Solat Tarawikh Masjid Labu Bt 10
Ceramah & Pelancaran Caw. Btg Benar
* semua program bersama Sdr. Ezam
29 Okt
Sogo / Puduraya
Edaran risalah di kawasan tumpuan (tumpuan orang balik Kampung)
30 Okt
R & R Nilai (arah Utara & Arah Selatan)
Sidang Media Kempen Balik Kampung – R&R Sg. Buloh
Edaran risalah kepada pengguna lebuhraya
31 Okt
R&R Sg. Buloh (arah Utara & Arah Selatan)
Edaran Risalah kepada pengguna lebuhraya
1 Nov
Seremban (Terminal One)
Tempat letak kenderaan / Penumpang Bas untuk balik kampung
2 Nov
Stesen Keretapi / Puduraya
Tempat letak kenderaan / penumpang bas @ keratapi untuk balik kampung

Aduan Sistem Saliran Di Taman Senawang Jaya

Kepada

Yang Di Pertua,
Majlis Perbandaran Seremban,
Bangunan MPS,
Jalan Yam Tuan, Seremban


Saudara ;

ADUAN SISTEM SALIRAN DI TAMAN SENAWANG JAYA

Pusat Aduan Rakyat, kendalian Biro Bencana dan Hal ehwal Masyarakat Angkatan Muda Malaysia telah mendapat satu aduan bertulis dan dua aduan lisan berkenaan sistem saliran yang rosak dan tersumbat.

Rentetan aduan tersebut saya (Pusat Aduan Rakyat) telah membuat satu panggilan telefon ke Majlis Perbandaran Seremban (MPS) bertujuan memanjang aduan pada 14 Ogos 2005. Saya telah disambungkan ke Bahagian Kejuruteraan dan pegawai yang menjawab panggilan tersebut berjanji akan mengambil tindakan terhadap aduan tersebut. Aduan yang saya sampaikan ialah berkenaan longkang runtuh, tersumbat dan aliran longkang yang tersekat sekitar Jalan Cempaka dan Jalan Meranti.

Pada 31 Ogos 2005 yang lalu kami telah membuat lawatan semula ke lokasi tersebut dan bertemu pengadu untuk memastikan perkembangan masalah.

Malangnya pengadu dan penduduk sekitar yang ditemui mengeluh mengenai masalah tersebut langsung tidak memperlihatkan respon MPS.

Palimal a/p Karupiah, 51 Tahun beralamat di 112, Jalan Meranti, Taman Senawang Jaya mengadu mengenai longkang di depan dan belakang rumahnya yang tersumbat menyebabkan bau busuk dan menjadi tempat pembiakan nyamuk. Beliau mengadu mengenai longkang hadapan rumah 114 yang runtuh dan ditumbuhi semak samun (gambar 1).

Untuk makluman pihak tuan hampir 50 rumah yang dilawati menyatakan kekecewaan terhadap pengurusan kerajaan tempatan dalam isu ini. Ramai yang menyatakan telah membuat aduan kepada pihak tuan namum sehingga kini tiada tindakkan serius diambil.

Ada beberapa pihak yang telah bosan mengunggu tindakkan MPS dan berkemampuan telah memperbaiki longkang dengan perbelanjaan sendiri. Tetapi bagaimana yang tidak mampu ?

Jesteru itu saya juga ingin menyampaikan rasa kecewa kami mengenai perkembangan ini. Adakah MPS berfungsi untuk mengeluarkan saman terhadap penduduk dan mengutip cukai tanpa memperdulikan permasalahan dan aduan penduduk.

Kempen kebersihan, Kempen Anti Nyamuk Aedes dan kempen seumpamanya hanya menjadi kempen yang membazir kerana apabila masalah yang berkaitan dengan maksud kempen ini tidak diberikan perhatian oleh pihak berkuasa sendiri.

Salam Reformasi.

“ke arah memperkasakan keadulatan rakyat”

Wednesday, August 31, 2005

Sambutan Kemerdekaan

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN 48 TAHUN
APA ERTINYA KEPADA KITA, RAKYAT????

Rakyat disuruh menghargai kemerdekaan kibar Jalur Gemilang dalam pada masa itu rakyat menanggung
•Kenaikan harga minyak 3 kali setahun kerana kenaikan minyak dunia sedangkan Malaysia negara pengeluar minyak dan Petronas untung berbilion hasil minyak negara
•Kenaikan harga barang, cukai tanah dan cukai pintu yang naik….melambung…….Terbaru semua barang dikenakan GST cukai barangan 5%
•Tariff eletrik akan naik sedangkan TNB untung berbilion
Apa pemimpin kita lakukan ???
•Sebelum naik harga minyak lagi mereka telah naikkan gaji ahli parlimen
•Abdullah Badawi sebelum pindah ke Seri Perdana Putrajaya (rumah rasmi PM yang dibina Mahathir dengan harga RM200 juta) telah mengunakan lebih RM12 juta hanya untuk hanya ubah suai dan beli peroabut baru *ini diakui oleh kerajaan dalam persidangan parlimen yang lepas
•Mohamad Hassan setelah duduk kerusi MB NS tidak mahu duduk rumah rasmi yang Isa duduk selama ini.Dia ambil rumah tetamu yang baru siap dan kini dia sedang belanja RM2.5 juta hanya untuk ubahsuai rumah baru itu
*soalan ini dibawa ke sidang DUN NS tapi speaker tolak

Anwar tuntut 6.5 juta dari Khalid Jafri

KUALA LUMPUR: Mantan Timbalan Perdana Menteri menuntut RM6.5 juta dari penulis '50 Dalil', Datuk Khalid Jafri Abu Bakar Shah kerana mencemarkan nama beliau dalam buku tersebut. Ini dinyatakan oleh Anwar dalam tuntutan samannya yang didengar di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur pada 16 Ogos lepas. Gantirugi tersebut ialah RM500,000 bagi setiap lapan bentuk fitnah yang dinyatakan berjumlah RM4 juta manakala RM500,000 lagi ialah kerana konspirasi yang dikenakan terhadap beliau, RM1 juta kecederaan tambahan (aggrevated damage) serta RM1 juta lagi adalah untuk gantirugi khas. "Tidak ada jumlah wang yang dapat mengganti kerosakan yang saya alami akibat finah yang dlikakukan oleh Khalid Jafri. Walaubagaimana pun, gantirugi mesti dibayar kerana mereka telah dibayar untuk menjalankan konspirasi terhadap saya, " kata Anwar. Menurut beliau, buku '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM' dan surat layang adalah konspirasi bagi menjatuhkan saya dan menghapuskan karier politik saya. Anwar memberitahu Hakim Hishamuddin Yunus, kebanyakan daripada bahagian dalam buku tersebut merupakan fitnah dan bersumberkan surat layang yang ditulis oleh Azizan Abu Bakar. Dalam surat tersebut, Khalid Jafri yang bertanggungjawab menerbitkan buku tersebut, menyebut bahawa Aziz Shamsuddin (setiausaha politik Perdana Menteri ketika itu) memberitahu mereka mempunyai tugas penting bagi memastikan Anwar tidak menjadi Perdana Menteri. Antara lain, surat itu menyebut, "Selain dari itu Hj Zahar mengatakan bahawa Aziz Shamsuddin sendiri menyampaikan berita kepadanya bahawa PM mengataka Anwar Ibrahim tidak layak menjadi PM. Anwar 'Zero' tidak tahu tentang kewangan. Kita ada tugas penting untuk menentukan bahawa Anwar tidak akan menjadi PM dan semua orangnya mesti dipancong sebelum pemilihan 19999 ini." Surat itu juga menyebut, "Pada keesokan harinya (tarikh saya lupa) sekali lagi kami bertemu di Pejabat Dato Rais (Bangunan FAS sebelah stadium) kami membincangkan strategi gerakerja menyekat Anwar Ibrahim (TPM) daripada menjadi PM." Selain daripada itu, ia juga menyatakan "Dato Rais, menyatakan bahawa TPM adalah agen CIA dan mendapat bantuan 1.2 billion US Dollar untuk kempen akan datang." Aziz adalah setiausaha politik bagi Perdana Menteri dan tewas dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Bahagian Umno Gopeng. Aziz tidak menyukai Anwar Ibrahim kerana Anwar tidak menyokongnya di dalam pemilihan. "Bukan satu yang ganjil apabila diketahui Buku tersebut diedarkan dari pejabat Aziz Shamsuddin," kata Anwar lagi. Ketika disoal peguam apakah kesan daripada fitnah yang dilontarkan terhadap Anwar, beliau berkata pengedaran buku tersebut memberinya kesan yang amat dalam kepadanya dan juga seluruh kaum keluarganya. Dari segi kerjaya politik beliau, akibat daripada pemecatan tersebut, ia menjadi amaran kepada ahli-ahli Umno lain yang menyokongnya yang mungkin akan diambil tindakan yang seperti itu. Perbuatan fitnah itu juga mengakibatkan Anwar merengkok di penjara selama enam tahun. Beliau juga tidak dapat bertanding dalam mengembangkan karier politiknya sehingga 2009. Selain daripada itu, beliau juga hilang mata pencarian dan kemudiannya pencennya ditarik. "Sebagai Menteri Kewangan dan ahli parlimen, saya kehilangan pendapatan sebanyak RM20,000 sebulan. Saya juga hilang wang pencen RM10,000 sebulan," katanya. Peguam Anwar Ibrahim diketuai oleh Sulaiman Abdullah dan dibantu oleh Faiz ABdullah, Abdul Rahman Adnan dan Leela Jesuthasan. Selain daripada Khalid Jafri atau nama sebenarnya Abdul Khalid @ Khalid Jafri bin Bakar Shah, defendan lain ialah Rozihan A Ghani yang mewakili Media Pulau Lagenda. Mereka diwakili oleh V.Rajasegan. Khalid tidak dapat hadir ke mahkamah kerana tenat akibat penyakit kencing manis. Kaki kanannya terpaksa dipotong pada 2 Ogos lalu Beliau terpaksa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi ICU dan menggunakan bantuan alat pernafasan semasa di pusat rawatan itu. Beliau kini berada di Hospital Selayang atas permintaan keluarganya. Perbicaraan disambung.

Monday, August 15, 2005

Pasar raya besar bukan jalan penyelesaian bendung inflasi

KENYATAAN MEDIA

Biro Bencana dan hal ehwal masyarakat Angkatan Muda Malaysia memandang serius kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam akhbar tempatan 5 ogos 2005 , Dato' Mohd Shafie Apdal yang menyatakan kerajaan sedia mengkaji semula pembekuan kelulusan pembinaan pasar raya besar yang dibuat sejak tiga tahun lalu kerana dikatakan mampu membendung inflasi.

Dari satu factor memang tidak dinafikan konsep pasaraya besar mampuerupaya menawarkan orang ramai dengan harga yang agak murah dan urusan membeli belah yang mudah. Tetapi satu kajian mendalam perlu dilakukan sebelum tindakan tersebut diambil kerana jika dilihat dari sudut pertumbuhan ekonomi negara hal seperti ini akan mewujudkan kurangnya daya saing antara pengusaha runcit tempatan.

Kesan daripada monopoli oleh pasar raya besar akan membantutkan usaha kerajaan untuk melahirkan peniaga-peniaga tempatan terutamanya di kalangan bumiputera. Lebih memberikan kesan kepada ekonomi rakyat terbanyak apabila kebanyakan pasar raya besar bukan milik rakyat Malaysia sepenuhnya, majoriti daripada saham dimiliki oleh pengusaha asing. Konsep monopoli ini menyebabkan amat sukar untuk peniaga kecil tempatan bersaing dengan syarikat gergasi dunia yang telah mempunyai logistik meluas dalam mendapatkan barangan runcit.

Mohd Shafie seharusnya melihat kesan jangka panjang yang akan menimpa peruncit dan peniaga kecil sebagai contoh sudut peruncitan antarabangsa di mana kerajaan Perancis telah mengenakan sekatan melalui Royer Law 1973 demi menjaga kepentingan peniaga kecil daripada ditindas oleh pasar raya besar.

Kerajaan di Jepun juga turut memperkenalkan undang-undang untuk mengurangkan pertumbuhan pasar raya besar dan itu membuktikan bahawa negara-negara lain telah melaksanakan sekatan kewujudan pasar raya besar.Kajian seharusnya meneliti impak kesan ekonomi kepada masyarakat jangka panjang sebelum membuat keputusan mengenainya.
Sebenarnya tindakan mengkaji semula pembekuan kelulusan itu setelah kerajaan menyedari bahawa rakyat terpaksa menanggung segala bebanan kos hidup ekoran kenaikan harga diesel dan petrol.Secara tidak langsung kerajaan mengakui kesan kenaikan petrol dan diesel, kenaikan yang berturut-turut dalam tahun ini telah meningkatkan Indeks Harga Pengguna (IHP) melepasi paras tiga peratus berbanding 1.4 peratus tahun lalu.

Kerajaan mesti sedar bahawa kenaikan kadar inflasi adalah disebabkan kegagalan kerajaan mentadbir ekonomi negara khususnya dengan tindakan kekerapan kerajaan menaikkan harga minyak petrol dan diesel bukan kerana peniaga kecil yang terpaksa menaikkan harga barang. Yang paling penting rakyat perlu sedar kesalahan itu bukan hanya diletakkan di bahu peniaga kecil yang menaikkan sedikit harga barang tetapi kerana kerajaan gagal mengawal inflasi dalam negara.

Wednesday, July 13, 2005

Tiada alasan: Rebet untuk pengguna adalah wajib!

Pada 13 Julai 2005 Angkatan Muda Negeri Sembilan menghantar delegasi bertemu YAB Menteri Besar Negeri Sembilan untuk menyerahkan Nota Peringatan dan berbincang mengenai Krisis Air Negeri Sembilan. Nota terbuka dan pertemuan itu cuba dilaksanakan setelah Pusat Aduan Angkatan Muda Malaysia menerima lebih dari seratus laporan dan aduan pengguna mengenai isu air di Negeri Sembilan khususnya kawasan Seremban.

YAB Menteri Besar tidak mahu bertemu kami atas alasan mesyuarat. Pejabat Menteri Besar ketika dihubungi pagi itu (13 Julai, 8.00 pagi) menyatakan kesibukan YAB Menteri Besar tetapi telah mengarahkan setiausaha akhbarnya untuk berbincang dengan kami. Malangnya ketika jam 11.00 pagi ketika kami sampai, bukan sahaja kami tidak dibenarkan masuk tetapi YAB Menteri Besar Negeri Sembilan hanya menghantar seorang pengawal keselamatan Wisma Negeri sambut kami. Tindakan sombong beliau sebagai seorang Menteri Besar yang baru mendapat mandat rakyat amat dikesali.

Krisis Air

Rungutan mengenai bekalan air di Negeri Sembilan seperti kemelut yang tiada kesudahan. Isu mengenai kualiti air yang teruk dan bekalan air yang tidak sempurna (terputus atau tekanan air rendah) masih terus menghantui rakyat negeri ini.

Antara yang hadir di depan Wisma NegeriKini sudah sebulan rakyat khususnya di sekitar Seremban (yang menggunakan bekalan dari Empangan Sungai Terip) telah mengalami catuan air. Catuan kononnya kerana aras air di Empangan Sungai Terip telah melepasi tahap kritikal.

Ini membuktikan Kerajaan Negeri - Exco yang terbabit ( Pengerusi Jawatankuasa Tenaga, Air, Telekomunikasi dan Pembangunan Luar Bandar) gagal dalam menguruskan bekalan air di negeri ini, mereka diminta bertanggungjawab penuh dalam hal ini. Isu air ini telah bertukar menjadi krisis serius.

Kerajaan lemah punca krisis Air :

Kerajaan Negeri gagal menguruskan air negeri. Sebab utama ialah kehilangan air atau apa yang dipanggil non-revenue water (NRW) yang kadarnya dikatakan mencecah 54% di daerah Seremban, yang tertinggi di Malaysia. NRW di negeri ini bukan kerana paip pecah atau kegiatan curi air oleh pengguna biasa tetapi melibatkan salah guna kuasa yang diketahui kerajaan negeri. Kami mempunyai bukti kukuh dan kami mencabar YAB Menteri Besar menafikannya.

Sidang Media sebelum buat laporan BPRKerajaan Negeri Sembilan sebenarnya tidak ada sebarang pelan tindakan yang konkrit untuk bersedia mengenai bekalan air. Tiada sebarang persiapan menghadapi sebarang kemungkinan. Dengan harga air yang mahal dan peruntukan dari wang rakyat yang banyak kerajaan negeri seharusnya bersikap proaktif dalam perkara ini bukan setakat tunggu sehingga masalah datang baru cari penyelesaian.

Kerajaan negeri telah membelanjakan RM132.28 juta untuk Program Pembaikpulihan Sistem Pembekalan air yang gagal . Ini diakui dalam penilaian Ketua Audit Negara (Negeri Sembilan 2002), keADILan sudah hantar laporan BPR

Alasan Empangan Sungai Terip kering telah menunjukkan salah urus atau kegagalan kerajaan kerana N.Sembilan bukanlah kawasan yang sononim dengan kemarau. Masalah kemarau ini wujud seiring dengan kegagalan pengurusan kawasan tadahan air. Hampir kesemua kawasan tadahan air merupakan hutan simpan kekal. Namun kawasan hutan simpan kekal berhampiran Bukit Tangga telah dicerobohi dengan kebenaran kerajaan negeri. Balaknya telah dibawa keluar ketika projek menaik taraf jalan Seremban – Jelebu.

Masalah dari catuan

Masalah kualiti air memang sudah terlalu biasa bagi rakyat Negeri Sembilan, secara kasar boleh dikatakan 70 % rakyat negeri ini telah terpaksa keluar duit membeli alat penapis air di rumah. Semasa catuan ini pengguna terpaksa menggunakan wang lebih untuk menukar bahan penapis kerana kualiti air yang lebih kotor khususnya ketika air yang mula – mula datang pada waktu pagi.Kami memandang serius perkara ini kerana ia seolah seperti menghantar penyakit terus ke rumah rakyat.

Selain air yang datang pada waktu pagi kotor, 2 -3 minit awal ketika bekalan air mula datang akan membawa hanya angin. Malangnya meter di rumah akan mengira juga angin yang di tolak. (paip yang kosong akan di isi angin dan angin ini akan ditolak ke rumah – rumah ketika air mula disalurkan semula). Maknanya sepanjang tempoh catuan rakyat derita tetapi Kerajaan Negeri Sembilan kaya kerana jual angin.

Kerajaan Negeri Sembilan ada membuat kenyataan mengenai catuan air yang bermula dari jam 8.00 malam – 8.00 pagi. Ini bohong ! Banyak tempat yang kena catuan tidak ikut masa. Contohnya di Taman Bukit Chedang pada 7 Julai bekalan air terhenti pada pukul 7.30 malam dan air hanya datang (itu pun dengan tekanan rendah dan kotor) pada jam 11.30 pagi. Dan kini keadaan lebih parah apabila banyak kawasan telah mengalami catuan lebih 24 jam !

Menteri Besar menangani isu ini dengan pembohongan dan kenyataan yang bodoh :

Menteri besar cuba memutar belitkan masalah ini untuk tidak bertanggungjawab terhadap isu sebenar. Kenyataannya yang tersiar dalam berita TV dan akhbar utama pada 11 Julai 2005 beliau cuba menyatakan bahawa catuan bertujuan untuk mengajar rakyat Negeri Sembilan menghargai air kerana selama ini rakyat Negeri Sembilan membazir air

Dalam kenyataan yang sama juga Menteri Besar telah berbohong dengan menyatakan bahawa tariff air di negeri ini termurah. Hakikatnya tariff air Negeri Sembilan antara yang termahal.

Negeri Tariff Air
Sabah 90 sen / m3
Kedah 40 sen / m3
Selangor / Kuala Lumpur 57 sen / m3
Perlis 44 sen / m3
Negeri Sembilan 55 sen / m3
Johor 38 sen / m3
Melaka 45 sen / m3
Pahang 37 sen / m3
Sarawak 44 sen / m3
Perak 30 sen / m3
Kelantan 40 sen / m3
Pulau Pinang 22 sen / m3
*Kadar purata tariff air bagi negeri negeri menunjukkan NS antara tertinggi

YAB Menteri Besar Negeri Sembilan sekali lagi cuba memperbodohkan rakyat - kenyataannya yang tersiar dalam akhbar ahad, 17 Julai yang menyatakan sebab kekeringan empangan ialah kerana kegiatan bomoh hujan. Dalam kenyataan tersebut juga beliau meminta supaya bomoh hujan di N.Sembilan memberhentikan kegiatan.

Menyedari rakyat negeri sedang menderita maka Angkatan Muda dengan tegas menuntut :

jangka pendek

- rebet khas dalam bil pengguna yang terlibat dengan catuan
( berasaskan masalah yang ditanggung pengguna yang terlibat dalam catuan dan meter yang mengira tekanan angin)
- menghantar bekalan air (melalui lori) kepada rumah dalam kawasan catuan yang terlibat mengadakan kenduri dan seumpamanya

jangka panjang

- satu kajian menyeluruh dan teliti untuk mewujudkan pelan tindakkan yang konkrit bagi menghadapi segala kemungkinan, perlu dibuat oleh Kerajaan Negeri berkenaan isu air (cth ; empangan kering, kualiti air dsb.)

Perkara ini amat serius dan menjejaskan ramai rakyat. Kami bersedia bekerjasama dan sedia duduk berbincang dengan kerajaan negeri untuk sama – sama mengambil tanggungjawab memastikan rakyat tidak terus terjejas dengan masalah ini. Jika kerajaan negeri terus memekakkan telinga dalam menghadapi perkara ini kami pasti pengundi di Negeri Sembilan akan memilih BN dalam pilihanraya yang dijangka 2-3 tahun lagi.Yang paling penting ! kesedaran dan keberanian untuk bertindak mendapatkan hak penting untuk melindungi hak rakyat !
Angkatan Muda Negeri Sembilan (AMNS) – Sahabat Negeri Sembilan – sentiasa di pihak anda !

Monday, July 11, 2005

Khalid Jafri bersalah tulis maklumat palsu "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM", yang bersengkongkol?

Mahkamah Sesyen Ampang Jumaat 8 Julai 2005 telah menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Datuk Khalid Jafri setelah disabitkan kesalahan menulis maklumat palsu dalam buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM ".

Hakim Mohamad Saman Mohamed Ramli dalam hujahnya ketika menjatuhkan hukuman antaranya Khalid dijatuhkan hukuman bersalah dan disabitkan dengan tuduhan itu setelah meneliti bahawa kes tersebut melampaui keraguan. Khalid mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu pada 12 Ogos 1998 dan pada peringkat pendakwaan, seramai 11 saksi memberi keterangan. Dia didakwa mengikut Seksyen 8A (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.Maklumat palsu berkenaan terkandong di muka 50 buku itu.

Pada 19 Feb 2003, Mohamad Saman mengarahkan Khalid membela diri selepas memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadapnya.Pembelaan telah mengemukakan dua saksi iaitu Khalid sendiri dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Musa Hassan serta memanggil semula saksi pendakwaan Supt Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Kes ini telah menarik perhatian pemerhati dalam dan luar negara kerana berdasarkan maklumat fakta buku inilah Bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad begitu yakin untuk memecat Timbalan Perdana Menteri Ketika itu Sdr anwar ibrahim atas tuduhan moral.

Kini mahkamah telah menetapkan bahawa maklumat dalam buku itu fitnah maka rakyat menanti bekas Perdana Menteri untuk tampil dan memohon maaf di atas tindakan beliau yang menyebabkan kerugian bukan sedikit kepada rakyat dan negara.

Semalam 10 Julai 2005 akhbar tempatan melaporkan Ketua Menteri Melaka Ali Rustam yang menyatakan bahawa anugerah Datuk kepada Khalid boleh ditarik balik jika rayuannya di tolak. Ini satu yang amat memalukan

Semasa tempoh perbicaraan tersebut juga Khalid telah dianugerahkan Datuk oleh Yang Dipertua Negeri Melaka. Angkatan muda mempersoalkan tindakan ini kerana : Anugerah Datuk ketika Khalid masih dibicarakan boleh dilihat sebagai balasan kerana menulis buku tersebut ini kerana Yang Dipertua Negeri Melaka, Khalil Yaakop yang mengurniakan anugerah Datuk kepada Khalid juga mempunyai kepentingan dalam kes pemecatan saudara Anwar Ibrahim.

Apakah sumbangan Khalid terhadap Negeri Melaka sehingga Yang Dipertuan Negeri Melaka menganugerahkan beliau Datuk.

Angkatan Muda Malaysia melihat penarikan Datuk kepada Khalid tidak membawa erti apa – apa. Kami menuntut supaya siapa yang terlibat dalam menganugerahkan tersebut perlu tampil memberikan alasan mengapa Khalid diberikan anugerah tersebut ? Adakah kerana balasan menulis buku fitnah ? Jika tiada alasan yang munasabah mereka perlu memohon maaf secara terbuka bukan setakat menarik semula Datuk dari Khalid.

Kerajaan harus perjelas penggunaan RM 40 juta wang rakyat yang dibayar kepada Heritage Foundation.

Kerajaan Malaysia harus menjelaskan tindakan Kerajaan pada Februari lalu, melalui Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membayar RM40 juta kepada Heritage Foundation, iaitu sebuah yayasan terdiri daripada para pelobi yang majoritinya Yahudi, bagi mengadakan hubungan dua hala antara pemimpin negara ini dengan pentadbiran Amerika Syarikat.

Akhbar Washington Post, sebelum ini mendedahkan pihak yang berkepentingan dan mempunyai hubungan dengan kerajaan Malaysia telah membantu mengatur satu perjumpaan antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden AS George W. Bush, ketika hubungan dua hala kedua-dua negara di tahap kritikal.

Hubungan antara kedua negara telah bertukar menjadi hambar setelah pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan serangan yang bertubi-tubi Tun Dr Mahathir terhadap Yahudi.Perjumpaan pemimpin tersebut pada Mei 2002 begitu instrumental dalam memperbaiki hubungan dengan Washington.Sebelum itu, Tun Dr Mahathir telah di’singa’kan di dalam negara kerana kritikannya yang pedas terhadap AS.

Akhbar Hong Kong Standard baru – baru ini melaporkan Pertemuan Mahathir-Bush pada Mei 2002 itu, dibiayai kerajaan Malaysia berjumlah RM5.3 juta yang dibayar melalui US-Malaysia Exchange Foundation (USMEA) dan Belle Haven Consultants berpengkalan di Hong Kong yang dipengerusikan Tan Sri Megat Junid Megat Ayob menggunakan platform Heritage Foundation (berpusat di AS).Pendedahan itu juga telah disiarkan secara meluas di beberapa media antarabangsa yang lain.

Di fahamkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meperolehi laporan komprehensif mengenai perkara ini dan pihak Angkatan Muda Malaysia sedang berusaha mendapatkan salinannya. Lebih memeranjatkan apabila pembayaran turut berlaku selepas Dr Mahathir bersara dari Perdanam Menteri. Pembayaran terakhir yang direkodkan telah dilakukan pada Febuari 2005 ketika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.
Kesemua jumlah pembayaran telah mencecah sejumlah RM40 juta dan dibayar melalui Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada Heritage Foundation.Jadi persoalannya sejauh mana ketelusan pengurusan TNB membayar sejumlah wang tersebut untuk membayar kepada Heritage Foundation, apakah tujuannya dan apakah alasan pembayaran yang begitu besar.

Adakah pembayaran tersebut diketahui oleh Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi ataupun bayaran tersebut merupakan arahan dari bekas perdana menteri semata – mata ?
Sehingga ke hari ini belum ada seorangpun pemimpin Umno atau pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri menafikan kenyataan yang dibuat Datuk Seri Anwar berulang kali.

Ini merupakan pembaziran wang rakyat yang serius. Angkatan Muda Malaysia menuntut agar Perdana menteri abdullah hj ahmad badawi sendiri menjelaskan perkara ini.

Saturday, June 25, 2005

Guru Kecewa: Sistem Pendidikan terus jadi bahan eksperimen.

Bulan Disember tahun lalu ketika memenuhi jemputan majlis perkahwinan teman yang satu ketika dahulu pernah menuntut sekali di Maktab Perguruan Raja Melewar (MPRM) saya telah bertemu beberapa orang teman yang kini masih mengajar. Ramai antara mereka kelihatan begitu teruja apabila menemui saya dan mereka menyatakan rasa bangga kerana ada juga dari kalangan teman rapat mereka yang berani berjuang. Walaubagaimanapun pertemuan di majlis kenduri tidak lama kerana saya terpaksa bergegas untuk pulang ke Seremban dan bersiap untuk menghantar bekalan bantuan bagi pihak Angkatan Muda Malaysia bagi membantu mangsa Tsunami di Utara Semenanjung.

Seorang teman rapat saya ketika di MPRM menghantar saya ke kereta dan meminta saya meluangkan masa untuk satu pertemuan yang beliau akan adakan untuk mengumpulkan teman – teman guru yang menyokong keADILan khususnya bekas pelajar MPRM. Katanya banyak isu keguruan dan pendidikan yang perlu diketengahkan melalui ceramah dan tulisan saya.

Selepas itu ada beberapa kali saya berbual melalui telefon dengan nya, beberapa tarikh yang disusun terpaksa ditangguhkan kerana bertembung dengan perbagai tugasan saya. Dan akhirnya pertemuan yang beberapa kali tertangguh itu menjadi juga pada petang, 17 Jun 2005 yang lepas di sebuah restoran di Ampang . Pertemuan dihadiri teman – teman guru yang masih mengajar di beberapa buah sekolah di seluruh negara.

Kira kira 19 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (istilah jawatan guru) yang sempat hadir. Kesemuannya ada terdiri dari teman bekas MPRM, 5 orang kenalan baru yang merupakan guru sekolah menengah sekitar KL dan seorang teman guru yang datang sejauh Ipoh untuk pertemuan petang itu.

Memang seronok berbual dengan teman yang lama sudah tidak ditemui. Macam macam isu yang diketengahkan. Mereka meminta saya menumpukan isu – isu dalam pendidikan untuk diketengahkan oleh Angkatan Muda. Mereka kata ramai guru – guru sebenarnya menyokong keADILan tetapi nak buat macam mana tangan terikat dan mulut terkunci. Cuma yang menggelikan hati apabila ada antaranya mengatakan bangga kerana saya masih menggunakan nama cikgu di awal nama saya, kata mereka tak ramai cikgu yang selepas masuk politik atau tukar profesion nak kekal guna nama cikgu tu. Bagi mereka oleh kerana itu saya perlu mewakili dan mengenengahkan isu – isu mengenai keguruan.

Saya hanya tersenyum sahaja mendengar komen itu walaupun yang sebenarnya nama yang biasa saya gunakan bukan Cikgu Bad tetapi Che’guBard yang ada maksud tersendiri. Tetapi sesungguhnya saya amat menghargai golongan guru dan profesion awalan saya yang banyak mengubah diri ini.

Pertemuan petang itu mula menjadi serius apabila teman yang datang dari Ipoh mula menimbulkan topik mengenai betapa kecewanya golongan guru terhadap Dasar Pendidikan Negara. Katanya bagi pandangan beliau dan ramai orang guru lagi sebenarnya negara ini tiada dasar pendidikan.

Tegasnya “ apa yang dilakukan pengubal dasar ialah tidak berhenti – henti melakukan eksperimen demi eksperimen yang akhirnya memangsakan pelajar dan golongan (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan) yang berususan terus dengan pelajar.”

Contohnya baru – baru ini guru – guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah disuntik kejutan, apabila disogokkan dengan perubahan format peperiksaan Bahasa Melayu Penilaian Menegah Rendah (PMR) secara mendadak.

Sebagai seorang guru yang terlibat secara langsung dalam pengajaran Bahasa Melayu beliau sebenarnya sungguh kecewa dan mempersoalkan sampai bila sistem pendidikan kita harus dijadikan eksperimen ?

Beliau mula mengeluarkan fail dari begnya dan menghulurkan kepada saya beberapa dokumen berkenaan perubahan format PMR yang dimaksudkan.

Beliau menyatakan “ Belum pun sempat guru – guru Bahasa Melayu di sekolah mesra dengan format yang diperkenalkan dalam PMR 2002 dengan kemasukan komponen sastera dan item ringkasan dalam kertas satu dan kertas dua, tiba tiba diperkenalkan pula makluman akan wujudnya format baru yang akan terus digunapakai dalam PMR 2005.”

Berdasarkan format baru kertas dua bahasa melayu PMR 2005 pelajar – pelajar dikehendaki :

· menulis ringkasan berdasarkan petikan rencana
· menjawab tiga soalan pemahaman berdasarkan petikan rencana
· menulis karangan berpandu
· menulis karangan pilihan
· menjawab soalan novel

Hal ini bermakna bahawa soalan rumusan telah digugurkan. Apa yang ingin dipersoalkan, mengapa hal ini tidak diberitahu setahun lebih awal supaya pelajar malah guru – guru boleh bersedia ?

Katanya “bagi Pelajar – pelajar tingkatan tiga yang terlibat secara langsung dalam PMR 2005 selama dua tahun mereka membazir masa belajar menulis rumusan dari guru – guru semasa di tingkatan satu dan dua.”

“Bagi guru – guru pula mereka terasa seperti menipu pelajar dan selama dua tahun melakukan kerja yang sia – sia sahaja.” tambahnya kecewa.

Beliau menerangkan secara terperinci mengenai perubahan format yang dimaksudkan.

Dalam format kertas satu pula pelajar hanya perlu menjawab 40 soalan objektif berbanding 60 soalan sebelum ini.

10 soalan pemahaman berdasarkan teks sastera iaitu 5 soalan untuk puisi (moden atau tradisonal) dan 5 soalan lagi untuk petikan prosa (terdiri dari cerpen, drama atau prosa tradisonal).

Format terbaru sebelum perubahan mengemukakan 24 soalan pemahaman berdasarkan 3 bahan sastera dan 1 petikan rencana umum.

Sebagaimana sedia maklum dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3, pelajar – pelajar dikehendaki mempelajari 39 bahan prosa (18 cerpen, 9 drama dan 12 prosa tradisonal) dan 36 bahan puisi ( 18 sajak dan 18 puisi tradisional).

Daripada 75 bahan sastera tersebut hanya dua bahan sahaja di pilih untuk diuji melalui 10 soalan.

“Cubalah fikir kerasionalanya ?” tanya beliau mempersoalkan tindakkan penggubal format PMR.

Saya menerangkan kepada mereka petang itu dari pemerhatian saya sebenarnya pada dasarnya guru – guru tidaklah bersikap negatif terhadap sebarang perubahan kerana mereka juga memahami pendidikan yang baik sepatutnya tidak bersifat statik.

Namum begitu hal ini tidak harus dijadikan tiket pihak tertentu melakukannya sebagai tergesa – gesa

Sepatutnya kita perlu belajar dari pada eksperimen – eksperimen yang lalu bahawa perubahan tergesa gesa (ad hoc) akan pasti menimbulkan perbagai masalah yang akhirnya bukan sahaja memangsakan pelajar tetapi golongan guru juga.

Sekiranya perlu juga melakukan perubahan, apa salahnya dirancang secara teliti dan dilaksanakan secara berperingkat peringkat.

Saya merlahirkan simpati saya kepada golongan guru kerana Masyarakat dan para bijak pandai pendidikan sering menyalahkan guru apabila pelajar gagal memahami pelajaran. Kononya kegagalan itu belaku kerana guru gagal merancang pengajaran dengan baik. Kalau merancang pun tidak diambil kira faktor penting seperti kesediaan, pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar.

Kenyataan simpati saya terus disambut oleh salah seorang yang hadir dengan mempersoalkan tindakkan perubahan mendadak itu.

Katanya “Sekarang adakah pengubal format soalan tersebut mengambil kira kesediaan dan pengalaman sedia ada pelajar.”

Seorang teman yang lain pula berkata bawaha mereka sudah mula mual dengan kenyataan retorik bahawa guru, pelajar mahuopun masyarakat perlu bersikap positif menerima perubahan bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.

Perubahan dalam sistem pendidikan memang perlu dari masa ke semasa bagi memenuhi tuntutan semasa.

Namum demikian pihak perancang harus melihat perubahan ini sebagai usaha jangka panjang sekurang kurangnya masa 10 tahun akan datang.

Apa yang dikhuatirkan ialah belum pun sampai lima tahun berjalan format baru, timbul pula format yang lebih terbaru, ini bukan berlaku sekali dan dalam satu perkara sahaja ia seperti kebiasaan dalam system pendidikan negara ini.

Ini bermaksud perancangan itu sendiri tidak terancang !

Kita juga perlu sedar setiap perubahan yang dilakukan sama ada dalam bentuk format peperiksaan atau sukatan pelajaran akan melibatkan perbelanjaan jutaan ringgit. Kita tidak mahu wang rakyat yang diamanhkan ini dibazirkan demi memenuhio nafsu sekumpulan manusia sahaja.

Dengan berlakunya beberapa perkembangan ini kementerian pendidikan (atau kini kementerian pelajaran) seolah tidak boleh mengelakkan untuk menerima tuduhan mereka mempunyai kepentingan dan mendapat keuntungan dari perubahan – perubahan mendapak ini. Tidak kira dari keuntungan syarikat buku tesk atau buku rujuakan atau sekurang kurangnya dari penganjuran kursus – kursus di perbagai peringkat utnuk menyampaikan perubahan ini.

Adakah perubahan ini dilakukan semata – mata kerana datang seorang menteri baru ? jika benar pendidikan negara punya dasar yang kukuh biar berapa menteri yang datang mereka harus melaksanakan dasar tersebut.

Sesiapa sahaja boleh bercakap dan merancang sesuatau yang dipanggil unggul jika pelasanaannya diserahkan kepada orang lain sepenuhnya.

Inilah dilemma guru yang sering menjadi bahan eksperimen agenda perancang yang ghairah membuat kertas kerja.

Apabila gagal pastinya kesalahan terhala kepada orang lain (sekolah dan guru-guru) pernahkah apabila gagal perancang – perancang ini dipersoalkan ?

Banyak sebenarnya yang diperbincangkan dalam pertemuan 4 jam petang itu. Seperti isu guru yang memegang jawatan politik (BN) mendapat cuti untuk menyertai aktiviti parti, salahguna harta sekolah untuk kepentingan parti, guru yang dipaksa mengajar bukan bidang dan bermacam macam lagi.

Saya cukup berterima kasih kepada teman – teman guru yang hadir untuk bersama petang itu Insya’Allah saya akan cuba memberikan penumpuan dan cuba mengenengahkan isu – isu berkenaan pendidikan negara yang tidak pernah selesai. Saya mengucapkan tahniah teruskan berjuang mendidik anak bangsa. Kerana perjuangan ini akan mencapai kejayaaan bila mana anak bangsa terdidik untuk membezakan kebenaran dan kebathilan dan berani menyatakan yang hak.

Friday, June 17, 2005

Kadar inflasi tinggi: Kerajaan salah urus ekonomi negara

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Hrkh)

Peningkatan mendadak kadar inflasi 3.1 peratus bagi bulan Mei lalu amat membimbangkan malah ada yang mendakwa peningkatan itu akibat kelemahan kerajaan dalam mengurus dan mentadbir ekonomi negara dengan baik. "Ini menunjukkan kerajaan gagal menguruskan negara oleh kerana itu kenaikan inflasi tidak terkawal berlaku dan bebanan tentulah terpaksa ditanggung oleh rakyat.

"Kejadian ini juga berkait rapat dengan kemusnahan ekonomi peninggalan Tun Dr Mahathir Mohammad seperti dasar penswastaan yang gagal dan hutang negara yang berbilion jumlahnya,"tegas Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KeADILan (AMK), Badrul Hisham Shaharin.

Inflasi akibat kenaikan harga minyak

Menurut Badrul Hisham, kenaikan kadar inflasi juga adalah berikutan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak sehingga mengakibatkan kenaikan harga barangan yang menyumbang kepada kelemahan kuasa membeli rakyat.

Kata Badrul Hisham, AMK mempersoalkan kenaikan harga minyak dan pengumuman penarikan subsidi minyak sedangkan minyak yang dikeluarkan negara berkualiti (kurang plumbum) dan harganya mahal apabila dijual ke pasaran luar Bagaimanapun untuk bekalan minyak domestik, negara pula terpaksa membeli minyak dari negara lain yang harganya lebih murah, kata Badrul Hisham.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan akhbar berhubung kenaikan kadar inflasi kepada 3.1 peratus bagi Mei 2005 iaitu kadar tertinggi sejak enam tahun lalu.
Mengulas lanjut isu itu Badrul Hisham berkata, harga jualan hasil minyak negara menunjukkan perbezaan harga (margin keuntungan) amat tinggi.Justeru ia sepatutnya boleh membantu negara dan sebahagian dari keuntungan dipulangkan semula kepada rakyat dalam bentuk subsidi minyak.

Atas prinsip ini katanya lagi, Petronas ditubuhkan untuk menguruskan jualan dan belian minyak serta pengagihan subsidi juga menyelia margin keuntungan.

Tidak timbul soal tarik subsidi

Bagi AMK, jika Petronas mampu mendapatkan keuntungan yang tinggi sepatutnya tidak timbul soal subsidi terpaksa ditarik balik dengan menggunakan alasan harga minyak dunia naik dan kerajaan tidak sanggup menanggung subsidi. Kata Badrul Hisham, perlu ditegaskan bahawa bukan kerajaan yang menanggung tetapi petronas yang menanggung subsidi hasil dari margin keuntungan jualan minyak keluar dan belian minyak yang disebut di atas.

Maka kata Badrul Hisham, berapa tinggi harga minyak dunia naik tidak menjadi alasan untuk tarik subsidi kerana harga minyak yang petronas jual ke luar juga naik.

Petronas rugi akibat di era Tun Dr Mahathir

Tetapi dakwanya, menurut sumber dalaman Petronas apa yang berlaku ialah Petronas sedang menanggung rugi kerana kerakusan pemerintah dahulu (Mahathir) di mana ketika kegawatan ekonomi 1998-1999 Mahathir telah mengarahkan Petronas menjual minyak yang belum dikeluarkan (jual minyak yang masih dalam tanah) kerana dia memerlukan aliran tunai yang banyak untuk memacu ekonomi negara khususnya untuk 'bail out' syarikat kroni dan anak-anaknya.

Dakwanya lagi, minyak tersebut dijual berdasarkan harga ketika itu yang akhirnya hari ini harga minyak naik tetapi Petronas terpaksa menanggung rugi kerana terpaksa mengeluarkan minyak bukan berdasarkan harga pasaran kerana minyak yang dikeluarkan kini mengikut harga yang dijual mahathir ketika 1998 - 1999 berdasarkan perjanjian harga ketika itu.
Sehubungan itu katanya, Petronas kini sedang menanggung kerugian dan terpaksa mencadangkan penstrukturan semula syarikat yang mungkin mengakibatkan pembuangan pekerja dan penjualan beberapa sayap syarikat.

"Ini juga antara sebab mengapa mahathir bertindak cepat melantik dirinya selaku Penasihat dan kini Pengerusi Petronas. Untuk elak bocornya rahsia ini, kerajaan sanggup tarik tanggungungan subsidi yang petronas tanggung,"katanya.

"Ini sebenarnya yang berlaku yang lain tu semua sandiwara seperti skandal suruk diesel dan sebagainya untuk menipu rakyat agar menerima kenaikan harga minyak.

Rakyat tanggung beban kenaikan harga minyak

Natijah perbuatan itu hari ini bebanan kerugian itu dipulangkan kepada rakyat dengan kenaikan harga minyak dan penarikan tanggungan subsidi yang akhirnya menyumbang kepada kenaikan harga barang yang mendadak.

Bagaimanapun dalam isu kenaikan harga barang kerajaan katanya sekali lagi bersandiwara dengan membuat pemantauan dan mengarahkan peniaga serta pemborong agar tidak menaikkan harga barangan.

"Apa yang boleh mereka (peniaga) ini lakukan jika kos meningkat.Peniaga ni juga mangsa keadaan. Rakyat harus dicelikkan yang harus dimusuhi bukan peniaga tetapi kerajaan yang gagal menjalankan tanggungjawab melindungi rakyat,"katanya.

Sebaliknya kata beliau, dalam laporan akhbar ruangan ekonomi pasti setiap hari juga ada syarikat korporat yang mengisytiharkan keuntungan jutaan ringgit.

"Ini termasuk saham syarikat petroleum milik anak pimpinan kerajaan yang sahamnya melambung naik seiring dengan kenaikan harga minyak.

"Menteri naik gaji masih naik kereta mewah tetapi rakyat terpaksa menjual wira milik mereka dengan menukarnya dengan kereta kancil atau 'motor kapcai',"katanya.

Jabatan Perangkaan dedah kenaikan inflasi terburuk

Laporan akhbar semalam mendedahkan bahawa, rakyat Malaysia terpaksa berbelanja lebih pada bulan lalu apabila kadar inflasi negara meningkat sebanyak 3.1 peratus, lonjakan tertinggi dalam tempoh lebih enam tahun.

Paras itu adalah lebih tinggi berbanding kenaikan sebanyak 2.7 peratus pada bulan April, sekali gus melangkaui unjuran pasaran yang menjangka inflasi akan kurang daripada tiga peratus.

"Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 3.1 peratus kepada 108.8 pada bulan Mei 2005 berbanding 105.5 bagi bulan yang sama tahun lepas,'' kata Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Kadar inflasi tertinggi pernah dicatat Malaysia ialah selepas krisis ekonomi serantau iaitu 3.8 peratus pada bulan Februari 1999.

Kadar inflasi bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini ialah sebanyak 2.6 peratus, melebihi purata 2.5 peratus yang diunjurkan oleh Bank Negara Malaysia bagi keseluruhan tahun ini, kata Jabatan Perangkaan lagi.

Menurut Jabatan itu, peningkatan 2.6 peratus dalam IHP ialah kenaikan dalam semua kategori kecuali pakaian dan kasut yang menurun 1.1 peratus.

Paling tinggi ialah produk seperti air minuman dan tembakau (13.3 peratus), makanan (3.6 peratus) dan, pengangkutan dan komunikasi (2.4 peratus).

Lain-lain ialah barangan dan perkhidmatan (1.9 peratus), perbelanjaan kesihatan dan penjagaan perubatan (1.5 peratus), perabot, peralatan rumah dan operasi (1.3 peratus), sewa kasar, minyak dan tenaga (1.1 peratus) dan rekreasi, hiburan, pendidikan dan perkhidmatan budaya (0.3 peratus).

Katanya, tiga kumpulan utama iaitu makanan, sewa kasar, minyak dan tenaga serta pengangkutan dan komunikasi menyumbang kenaikan berjumlah 75.5 peratus keseluruhannya dalam tempoh tersebut. - mks.

Tuesday, May 17, 2005

Sharizat perlu dengar rintihan surirumah, bukan setakat promosi Keluarga Bahagia
Oleh Roy Rasul(Harakah)

Suri rumah dan ibu amat tertekan dengan kenaikan harga barangan dan masalah berkenaan tidak akan selesai dengan pihak berkuasa melaungkan slogan ‘Keluarga Bahagia’ semata-mata, kata Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KeADILan, Badrul Hisyam Shahril.Sehubungan itu, beliau mendesak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sharizat Abdul Jalil memberi perhatian khusus berhubung isu itu kerana suri rumah dan ibu menerima implikasi paling teruk akibat kenaikan harga barang dan inflasi. “Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) perlu membuat satu kajian sosial khusus ke arah itu,” katanya semasa menyerahkan satu memorandum bertajuk, 'Suri rumah mangsa kezaliman kegagalan kerajaan kawal inflasi' kepada kementerian berkenaan, dekat sini, hari ini. Beliau berkata, masyarakat dan kementerian sepatutnya memandang serius situasi ibu dan suri rumah yang tertekan dengan kenaikan harga barang. "Apabila kerajaan sendiri cuba elakkan daripada menanggung subsidi minyak diesel dan petrol secara automatiknya rakyat dan golongan ibu yang mengurus perbelanjaan keluarga terpaksa menanggung tekanan yang lebih serius. "Kita risau disebabkan ibu yang terpaksa pergi kerja dan membuat tugas tambahan akan menimbulkan lebih banyak masalah sosial dan jenayah remaja yang semakin parah sekarang ini," katanya. "Sempena Hari Ibu ini kita mengajak KPWKM berfikir masalah suri rumah dan ibu secara dekat dan kerajaan jangan lepas tangan untuk mengurangkan subsidi minyak dan selepas itu memarahi peniaga menaikkan harga barangan. "Perlu diingat para peniaga pun tidak mahu menanggung beban dan mengapa pula peniaga kecil perlu tanggung beban kos kenaikan dan pastinya mereka akan ikut 'stail' kerajaan dan untuk mendapat balik kos yang meningkat itu rakyat terbanyak menerima bebanan," katanya.

Wednesday, May 11, 2005

Badrul Hisham Antara Ditahan Polis Tanpa Sebab

BALIK PULAU 10 Mei - Exco Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bad) bersama Umar Tan dan Amizuddin Ahmad (Din Binjai) telah ditahan kereta polis ketika dalam perjalanan ke Bilik Gerakan Keadilan di Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang.Badrul Hisham berada di Pulau Pinang untuk menjalankan misi Parlimen Angkat yang dianjurkan oleh Angkatan Muda dalam menyalurkan maklumat kepada beberapa kawasan parlimen yang telah dikenalpasti.Kereta pacuan 4-roda mereka telah ditahan oleh kereta peronda polis di Teluk Kumbar. Kereta mereka dipotong dan diarahkan berhenti.Selepas menyerahkan pengenalan diri atas arahan pihak polis, mereka diminta menyerahkan diri ke Balai Polis Balik Pulau, yakni Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya.Apabila ditanya mengapa mereka ditahan, anggota polis seramai 3 orang itu mengatakan bahawa mereka diarahkan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri (IPK) untuk berbuat demikian.Gambar menunjukkan Badrul Hisham semasa tunjuk perasaan membantah lonjatan harga minyak di Kuala Lumpur pada 8 Mei 2005. Sewaktu tiba di balai polis berkenaan, telah pun terdapat ramai pegawai-pegawai cawangan khas (SB) menunggu mereka.Pegawai-pegawai polis tersebut mahu menggeledah kereta panduan Badrul Hisham tetapi gagal untuk medapatkan waran untuk berbuat demikian, atas permintaan Badrul sendiri.Badrul dan rakan-rakan kerap kali bertanya apakah kesalahan mereka ditahan, tiada anggota yang dapat memberi sebarang jawapan selain daripada arahan IPK.Oleh kerana desakan yang diberikan oleh Ketua Bahagian Balik Pulau, Dr Mansor Osman dan Ketua Angkatan Muda Balik Pulau, Syukri Ishak serta beberapa ahli Keadilan yang menunggu di luar Balai Polis, akhirnya Badrul, Umar Tan dan Din Binjai dilepaskan jam 12:30 tengah malam.Keputusan untuk melepaskan mereka itu juga tidak mempunyai sebarang alasan.Sungguhpun sudah tengah malam, Badrul tetap meneruskan program taklimat kepada Parlimen Angkat; Bahagian Balik Pulau bagi memenuhi misi beliau.Badrul Hisham ketika dihubungi berkata, beliau percaya kejadian yang berlaku ke atasnya dan rakan-rakannya berpunca daripada ketakutan segolongan pihak atas tentang sikap pro-aktifnya yang sering mendedahkan kebobrokan Kerajaan sekarang.Oleh itu, pihak tersebut telah cuba menggunakan anggota polis untuk mengganggu perjalanan mereka dengan harapan misi ini dapat digagalkan.

Tuesday, April 05, 2005

Tolak IRC, Majlis Mufti juga perlu tolak ISA

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob - HARAKAH

Hampir semua media Jumaat lalu melaporkan keputusan Majlis Mufti Malaysia menolak penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IRC) dengan alasan ianya tidak memberi faedah kepada umat Islam, bahkan hanya merugikan mereka.Menurut Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KeADILan, Badrul Hisham Shaharim, pihaknya memuji tindakan segera dan tegas badan tersebut dalam keadaan rakyat khususnya umat Islam yang gelisah mengenai perkembangannya. Badrul Hisham berkata, bagaimanapun keberanian dan ketegasan yang sama oleh badan itu juga dituntut dalam menegaskan pendirian mengenai beberapa perkara yang jelas turut bertentangan dan mengancam kesucian Islam di negara ini seperti kezaliman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ujar Badrul Hisham, Majlis Mufti perlu dengan segera menegaskan pendirian mengenai terhadap kezaliman ISA yang jelas bercanggah dengan Islam. "Ini penting bukan sahaja untuk menjaga kesucian agama tetapi memelihara pandangan penganut agama lain terhadap Islam,"kata Badrul Hisham. Menurut Badrul Hisham, penganut agama lain pasti melihat Islam itu zalim kerana dalam negara Islam Malaysia ini masih mempunyai undang– undang sezalim ISA. Malah Badrul Hisham berkata, badan itu mesti memutuskan segera mengenai perang saraf yang mengelirukan rakyat apabila kononnya negara ini mempraktikkan Islam Hadhari sedangkan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian rakyat dan penguasa bukan mengikut Islam sebenar. "Jika didapati negara ini bertentangan dengan konsep sebenar negara Islam kerana mempunyai undang–undang zalim seperti ISA (contohnya), maka badan ini di cabar untuk mengisytiharkan Malaysia bukan negara Islam,"tegasnya. Menurut Badrul Hisham, sesungguhnya masyarakat ternanti–nanti keberanian badan ini kerana selama ini masyarakat melabelkan badan– badan seperti ini hanya mampu bertegas dalam perkara yang tidak bertentangan dengan kepentingan kerajaan. Tetapi katanya lagi, jika ia jelas bertentangan dengan kehendak kerajaan tetapi agama menuntut untuk ia ditegaskan, selalunya badan seperti ini membisu. Berikutan perkembangan tersebut kata Badrul Hisham, dalam masa terdekat pihaknya akan menghantar nota mendesak Majlis Mufti Malaysia menyatakan pendirian dalam beberapa perkara khususnya mengenai kezaliman ISA. Justeru kata Badrul Hisham, Angkatan Muda KeADILan sekali lagi mendesak badan tertinggi agama Islam itu segera mengeluarkan fatwa berhubung kezaliman ISA.

ISA undang-undang haram

Sebelum ini Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) pernah menggariskan pendapat mengenai penggunaan ISA yang menyalahi Islam. Antaranya GMI menyebut,penggunaan akta itu bertentangan dengan ketetapan Islam yang meletakkan had batasan kepada kuasa pemerintah. Kuasa pemerintah, antara lain, dalam menegakkan keadilan mestilah tertakluk melaksanakannya melalui proses perbicaraan dalam mahkamah terbuka. Selain itu ISA juga menyalahi dan mengabaikan panduan Rasulullah s.a.w. dalam menjatuhkan sesuatu hukuman terhadap seseorang. Ini kerana menurut GMI, ISA adalah undang-undang yang tidak memerlukan pihak kerajaan mengemukakan sebarang pendakwaan, tidak memberi peluang pembelaan kepada tertuduh dan tiada sebarang perbicaraan dilakukan. GMI berpendirian, ISA turut menyalahi dan melanggar panduan Rasulullah s.a.w. agar hakim tidak membelakangkan kebenaran atau pun tidak jahil ketika menjatuhkan sesuatu hukuman. GMI dalam kenyataannya sedikit masa lalu menyifatkan Menteri yang bertindak sebagai hakim telah melanggar panduan Rasulullah s.a.w. agar seseorang muslim itu tidak menjatuhkan hukuman ke atas seseorang tanpa pengetahuan atau dengan sengaja membelakangkan pengetahuannya tentang kebenaran. ISA juga dikatakan menyalahi dan melanggar perintah Rasulullah s.a.w. agar menjauhkan dan meninggalkan syubhat, iaitu perkara-perkara yang meragukan. ISA melanggar prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan. Walaupun dikatakan untuk digunakan bagi menjaga maslahah ummah (kepentingan umum) seperti menjaga keselamatan negara dan ketenteraman awam, ISA tetap bersifat syubhat dan meragukan apabila wujudnya penahanan tanpa bicara dan pemberian kuasa terlalu luas kepada pihak berkuasa. Akhir sekali ISA turut menyalahi dan melanggar tuntutan agar menyiasat dengan teliti sebelum membuat sesuatu keputusan dan tindakan (rujuk Surah An-Nisa': 94 dan Al-Hujurat: 6). Di bawah ISA, Menteri berkuasa membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman berdasarkan laporan satu pihak iaitu polis. - mks.

Tuesday, December 21, 2004

Pelbagai pihak tubuh badan bertindak bantah kenaikan harga tol

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Hrkh) - Pelbagai pihak menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi membantah kenaikan kadar tol sebanyak 10 peratus mulai 1 Januari ini.

Pertubuhan politik dan NGO pula menubuhkan satu badan khas yang dinamakan Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Harga Tol (JBMKHT) selepas pengumuman keniakan harga tol sebanyak 10 peratus oleh kerajaan beberapa hari lalu.

Setiausaha JBMKHT, Badrul Hisham Shaharin berkata, semalam (20 Disember 2004) beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik telah bertemu di Bilik Mesyuarat 2, Bangunan Parlimen Malaysia untuk membincangkan perkara tersebut.

Katanya lagi, pertemuan yang dihadiri Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob, Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Lim Kit Siang, Presiden Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram), S. Arutlchelvan dan berapa ahli parlimen DAP, PAS selain beberapa pertubuhan bukan kerajaan.

Jawatankuasa itu telah memilih ahli Parlimen Seputeh, Teressa Kok Suih Sim sebagai Pengerusi Penyelaras Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Bertindak Menentang Kenaikan Harga Tol.

Manakala Salehuddin Ayub dan G.RajaSegaran dari Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (MTUC) sebagai Timbalan Pengerusi selain Timbalan Ketua Penerangan Pemuda KeADILan, Badrul Hisham Shaharim sebagai setiausaha.

Menurut Badrul, walau apapun alasan yang diberikan oleh kerajaan mahupun pihak pemegang konsesi, apa yang jelas rakyat terbanyak akan menjadi mangsa dalam perkara ini.

"Bebanan kenaikan ini akan menjadi lebih parah apabila di ikuti kenaikan harga barang seiring dengan kenaikan harga kos pengangkutan,"ujarnya.

Kata Badrul, jawatankuasa tersebut mengambil pendirian, dalam menangai isu tersebut bukan sebagai isu politik tetapi sebagai masalah rakyat terbanyak.

Katanya lagi, mesyuarat semalam juga telah bersetuju untuk meminta Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menangguhkan kenaikan tersebut selama dua bulan sehingga semua kajian menyeluruh selesai dengan mengambil pertimbangan pendapat dan pandangan perbagai pihak.

Selain itu Jawatankuasa itu juga bakal menjadi badan pendesak untuk kerajaan mengkaji semula sistem atau perjanjian antara kerajaan dan pemegang-pemegang konsesi lebuhraya di Malaysia.

Mereka akan mengadakan pertemuan segera dengan pihak Konsesi Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) di pejabat Plus esok untuk menyuarakan bantahan dan pandangan.

Sementara itu pada 26 Disember 2004, 5.30 petang, JBMKHT akan mengadakan bantahan rakyat di empat buah tol serentak iaitu di Plaza Tol Juru, Plaza Tol Sg. Besi dan Plaza Tol Senai.

Selain itu pada 27 Disember, 11. 00 pagi, JBMKHT akan menghantar Memorandum Bantahan kepada Perdana Menteri.

Menurut beliau lagi, setakat ini jawatankuasa tersebut telah mendapat sokongan MTUC, PAS, DAP, Suaram, KeADILan, Universiti Bangsar Utama (UBU), dan Pusat Aktivis Gerakan Reformasi Malaysia (Pager).

Justeru jawatankuasa tersebut menjemput semua pertubuhan dan orang perseorangan untuk menyertainya dan menyatakan sokongan. Semua sokongan dan pertanyaan sila hantarkan kepada email : anti_tol@yahoo.com. - zs