29 November 106
siap bersenjata sebelum mengempur 'blockade'yang dibina orang asli |
1. Pagi ini kira - kira 11pagi, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) baru sahaja menerima berita dari Sel 'belantara' Gua Musang mengenai kehadiran anggota Polis Gerakan Am dan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan yang lengkap bersenjata masuh merempuh dan memusnahkan 'blockade' yang dibuat orang orang asli bagi menghalang aktiviti pembalakan yang memusnahkan hutan tempat tinggal dan sumber pencarian mereka.
2. Sekitar lebih 100 anggota agensi kerajaan pusat lengkap bersenjata bekerjasama baik dengan agensi kerajaan negeri sehingga jam 2 petang tadi telah berjaya menahan kira kira 16 orang orang asal demi mempertahankan kepentingan kapitalis pembalak.
3. SAMM mengecam tindakan kejam ini dan dalam keadaan kita bercakap soal Palestin, Rohingya sebaliknya dalam negara kita kekejaman merampas tanah dibiarkan. Menteri Besar PAS Kelantan dan Perdana Menteri Bn bertanggungjawab penuh dalam perkara ini.
perbualan antara staff syarikat balak antara ratusan bukti yang masih tersimpan kemas |
4. Seperti yang SAMM pernah dedahkan pembalakan ini berkait rapat dengan kegiatan korupsi. SAMM telah mendedahkan dan membuat laporan SPRM mengenai bagaimana korupsi berlaku antara pimpinan negeri dan kapitalis pembalak. Satu booklet telah diterbitkan secara bercetak juga secara atas talian. Klik https://drive.google.com/file/d/0Bw6GhtwgNjcGblVNR24yQkFmbWM/view
5. Sebenarnya banyak bukti yang masih disimpan oleh SAMM dalam kegiatan pembalakan di Kelantan ini termasuk 'slip bank in' angpow dari syarikat balak kepada pegawai kerajaan termasuk penguatkuasa. SAMM pernah berusaha mendedahkan perkara ini namun kami juga agak kesal kerana beberapa pemimpin yang kononnya progresif di negeri Kelantan sendiri yang begitu berminat peringkat awal tidak menyambutnya hanya kerana kami juga berpendirian menolak Mahathir. Oleh kerana mereka mungkin terluka jiwanya kerana kami menyerang Mahathir maka isu dan pendedahan besar yang kami bawa sebelum ini tidak disambut. Mungkin menjaga Mahathir lebih penting dari isu rakyat terbanyak ?
6. SAMM sudah dua kali melakukan misi ke dalam belantara Gua Musang dan sudah punya sel 'belantara' Gua Musang. klik http://chegubard.blogspot.my/2016/11/agensi-pusat-dan-negeri-kerjasama-balas.html untuk melihat laporan sebelum ini. Orang Asli dikepung ada yang kelaparan.
7. SAMM mendesak kerajaan negeri supaya membuang kesombongan dan berhenti mempertahankan ketamakan kapotalis pembalak turun berbincang sementara itu menghentikan semua aktiviti pembalakan. Kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam menandas rakyat ini juga merupakan manifestasi kerjasama demi kepentingan kapitalis dan keuntungan tertentu semata. SPRM dan lain agensi pusat juga jangan diharap untuk bertindang dalam keadaan masing - masing melindungi kepentingan masing - masing. Bebaskan segera semua orang asli yang ditahan.
8. Kepada orang ramai yang mempunyai hati perut mohon bersama memberikan tekanan dengan whtas app, sms atau terus telefon
Menteri Besar Kelantan - Dato Ahmad Yaakob: 019 959 6161
Timbalan Menteri Besar Kelantan: Dato Mohd Amar: 019 318 6465
sampaikan mesej :
Bebaskan Orang Asli Gua Musang
Hentikan Pembalakan, Ladang Hutan dan Ladang Rakyat
Berikan Tanah Adat Orang Asli
Allah suruh Selamatkan Hutan bukan musnahkan bagi raih untuk seedikit
catatan ; che'GuBard, SAMM
No comments:
Post a Comment