Tuesday, November 29, 2016

Rakyat sudah cerdik dan berbeza. PRU 12 & 13 bergantung persepsi. PRU 14 bergantung kredibeliti iaitu bukti dan amali yg ditunjukkan

Catatan umum

29 Nov 2016

1. Setuju dengan tindakan Rafizi Ramli hari ini mendedahkan mengenai kemusnahan Hutan Simpan dalam Parlimen Pekan dan mendesak Perdana Menteri selaku ahli Parlimen Pekan tampil bertanggungjawab. Namun menjadi persoalan besar kenapa ketika SAMM mendedahkan mengenai pencabulan hutan simpan Kuala Langat Utara di Selangor Rafizi membisu malah cheGuBard dipecat kerana pendedahan korupsi libat Azmin berkaitan isu tersebut.

2. Seperti bulan lepas dia mendedahkan bagaimana sebuah sykt yang baru ditubuhkan diberi hak dalam mengendalikan projek keretapi laju dengan libatkan pihak dari negara China, kita setuju perkara itu dibangkitkan tetapi kenapa Rafizi bisu bila kita bangkitkan syarikat bertaraf enterprise dianugerahkan kawasan balak bernilai hampir RM50juta tanpa tender di Selangor. Dia juga bisu bila syarikat RM2 yang baru ditubuhkan DEIG diberi kuasa kendalikan berbilion aset milik Selangor.

3.Adakah jika kawan buat dia dilihat halal cuma bila dibuat musuh dia jadi haram ? Ini sangat hipokrit... rakyat perlukan perubahan berprinsip yang jelas jangan nanti lari dari mulut harimau masuk mulut buaya.

4. Kesempatan ini juga satu persoalan dibangkitkan. Rafizi telah membuat laporan SPRM ke atas kegiatan rasuah seks di Pejabat MB Selangor, namun SPRM sunyi sepi. Adakah Rafizi membuat tuduhan kosong kerana itu tak ada pendedahan seperti yang dia sering buat atau SPRM melindungi Azmin kerana ada kepentingan atau campur tangan atasan.... Seperti mana SPRM bisu kes - kes berkaitan pemimpin kerajaan pusat ataupun kes korupsi bersangkutan Kelantan....

Apa pilihan rakyat ada ?

Apa perubahan yang sedang diperjuangkan ?

Kita perlukan perubahan sistem atas kegagalan yang berlaku hari ini. Kepada orang politik sedarlah Rakyat sudah cerdik dan berbeza. PRU 12 & 13 bergantung persepsi. PRU 14 bergantung kredibeliti iaitu bukti dan amali yg ditunjukkan

che'GuBard,SAMM

No comments:

Post a Comment