Wednesday, November 30, 2016

Selangor punya keajaiban lebih dari gunung warna warni di 6 buah negara

tahukah kita semua salah satu surah dalam Al-Quran, tepatnya dalam Surht Al Fathir [35] ayat 27 di mana Allah Subhanahu Wata’ala telah lama mengungkap rahasia adanya gunung yang berwarna-warni.
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ أَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ ثَمَرَاتٍ مُّخْتَلِفاً أَلْوَانُهَا وَمِنَ الْجِبَالِ جُدَدٌ بِيضٌ وَحُمْرٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهَا وَغَرَابِيبُ سُودٌ
“Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat.” [QS: Al Fathir [35]: 27]

Terlintas sahaja gunung berwarna-warni, sudah tentunya anda akan terbayangkan pergunungan Zhangye Danxia, di China bukan? Ya, itu mungkin yang paling polular. Tetapi tahukan anda ada juga negara lain yang mempunyai gunung berwarna-warni semulajadi?


Di sini kami senaraikan 5 lagi negara yang mempunyai gunung berwarna-warni. Buat yang suka berkelana, destinasi ini mungkin boleh dimasukan dalam senarai impian anda nanti. Memang cantik sungguh!.
1. Zhangye Danxia, China
Tidak asing lagi, gunung Zhangye Danxia yang terletak di daerah Gansu, di China ini antara yang paling tersohor di dunia. Warna-warni dipergununan ini adalah campuran pasir merah dan mineral yang terbentuk sejak 24 juta tahun dahulu.
Gunung Zhangye Danxia merupakan salah satu tempat tarikan pelancongan yang unik ada di China. Tempat ini juga turut disenaraikan dalam senarai warisan dunia UNESCO.

2. Brennisteinsalda, Iceland
Gunung Brennisteinsalda yang terletak Landmannalaugar ini dinobatkan sebagai gunung paling cantik yang ada di Iceland. Jika anda datang ke sini, jangan lepaskan peluang melihat sendiri keindahan Brennisteinsalda.
Warna hitam dan biru yang terdapat pada gunung ini terhasil dari kesan abu dan lava, manakala warna merah pula berupa kandungan besi dan warna hijau adalah lapisan lumut yang meliputan kawasan berbatu.

3. Rainbow Mountain, Peru
Mungkin ramai yang tidak tahu kewujudan Gunung Pelangi di Peru ini, namun kecantikan gunung ini tidak terkalah hebatnya. Rainbow Mountain atau dikenali dengan nama Vinicunca atau Yauricunca ini terletak di kawasan kawasan Pegunungan Andes.  Untuk sampai ke sini, anda terpaksa melalui trek yang mencabar dan mengambil masa selama beberapa hari.
Yang suka pengembaraan ekstrim boleh cuba jejak gunung ini jika berkunjung ke Peru.

4. Painted Hills Oregon, Amerika Syarikat
Dinamakan sebagai Painted Hill adalah disebabkan warna gunungnya yang kelihatan seperti dicat. Menurut Amusing Planet, kemungkinan besar Painted Hills terbentuk lebih dari 35 juta tahun yang lalu terkesan hasil dari lapisan abu vulkanik ketika daerah tersebut masih berupa dataran sungai.
Sekarang, tempat ini menjadi kebanggan buat penduduk di Wheeler County, Oregon.

5. Cerro de los Siete Colores, Argentina
Susah benar mahu sebut nama gunung yang satu ini. Gunung Cerro de los Siete Colores atau dalam bahasa inggeris disebut The Hill of Seven Colors. Terletak di daerah Quebrada de Purmamarca, gunung ini mempunyai 7 lapisan warna yang berbeza.



6. Seven Coloured Earths of Chamarel, Mauritius
Jika di Argentina ada gunung 7 warna, di Mauritius pun ada juga. Seven Coloured Earths atau dipanggil dengan nama Terres des Sept Couleurs ini terletak di daerah Chamarel, Distrik Rivire Noire, iaitu disebelah barat daya Mauritius.
Tidak hanya unik, malah pasir di sini juga sangat ajaib. Ia boleh dilihat apabila anda cuba mencampurkan pasir di Seven Coloured Earths. Secara automatik, pasir ini akan perlahan-lahan mengasingkan diri sesuai mengikut warnanya.

Setelah membaca artikel ini kita di Malaysia khususnya di Selangor tidak harus merasa kerdil kerana dengan jasa YAB Menteri Besar bijak sana sini kita sudah punya keajaiban lebih dari gunung ganang yang seolah bercat tersebut. Jika diluar negara mereka melihat gunung ganang seolah dicat walaupun tidak dicat tetapidDengan berbelanja hampir RM10 juta, rakyat disajikan sebuah pintu gerbang yang diubah suai tetapi nampak tak berubah.


Tuesday, November 29, 2016

Fire Up akan dilancarkan dalam masa terdekat


Setelah melalui hampir setahun proses R&D dan beberapa kali penambahbaikan formula.....Akhirnya akan berada dipasaran dalam masa terdekat... jus "kelakian" keluaran PUSAKA TOK AYAH..
FireUp...fire up your night...
1 sachet kesan 4 hari... agen dan drop ship agen yang berminat dijemput bersama... sila whats app +60 11-1868 5019 atau ikuti penguman dari masa ke semasa di https://www.facebook.com/FireUp.Malaysia/ 


Rakyat sudah cerdik dan berbeza. PRU 12 & 13 bergantung persepsi. PRU 14 bergantung kredibeliti iaitu bukti dan amali yg ditunjukkan

Catatan umum

29 Nov 2016

1. Setuju dengan tindakan Rafizi Ramli hari ini mendedahkan mengenai kemusnahan Hutan Simpan dalam Parlimen Pekan dan mendesak Perdana Menteri selaku ahli Parlimen Pekan tampil bertanggungjawab. Namun menjadi persoalan besar kenapa ketika SAMM mendedahkan mengenai pencabulan hutan simpan Kuala Langat Utara di Selangor Rafizi membisu malah cheGuBard dipecat kerana pendedahan korupsi libat Azmin berkaitan isu tersebut.

2. Seperti bulan lepas dia mendedahkan bagaimana sebuah sykt yang baru ditubuhkan diberi hak dalam mengendalikan projek keretapi laju dengan libatkan pihak dari negara China, kita setuju perkara itu dibangkitkan tetapi kenapa Rafizi bisu bila kita bangkitkan syarikat bertaraf enterprise dianugerahkan kawasan balak bernilai hampir RM50juta tanpa tender di Selangor. Dia juga bisu bila syarikat RM2 yang baru ditubuhkan DEIG diberi kuasa kendalikan berbilion aset milik Selangor.

3.Adakah jika kawan buat dia dilihat halal cuma bila dibuat musuh dia jadi haram ? Ini sangat hipokrit... rakyat perlukan perubahan berprinsip yang jelas jangan nanti lari dari mulut harimau masuk mulut buaya.

4. Kesempatan ini juga satu persoalan dibangkitkan. Rafizi telah membuat laporan SPRM ke atas kegiatan rasuah seks di Pejabat MB Selangor, namun SPRM sunyi sepi. Adakah Rafizi membuat tuduhan kosong kerana itu tak ada pendedahan seperti yang dia sering buat atau SPRM melindungi Azmin kerana ada kepentingan atau campur tangan atasan.... Seperti mana SPRM bisu kes - kes berkaitan pemimpin kerajaan pusat ataupun kes korupsi bersangkutan Kelantan....

Apa pilihan rakyat ada ?

Apa perubahan yang sedang diperjuangkan ?

Kita perlukan perubahan sistem atas kegagalan yang berlaku hari ini. Kepada orang politik sedarlah Rakyat sudah cerdik dan berbeza. PRU 12 & 13 bergantung persepsi. PRU 14 bergantung kredibeliti iaitu bukti dan amali yg ditunjukkan

che'GuBard,SAMM

Polis serang, musnah 'blockade' dan tangkap orang Asli yang mempertahan tanah di Gua Musang

Catatan Rasmi

29 November 106

siap bersenjata sebelum mengempur 'blockade'yang dibina orang asli


1. Pagi ini kira - kira 11pagi, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) baru sahaja menerima berita dari Sel 'belantara' Gua Musang mengenai kehadiran anggota Polis Gerakan Am dan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan yang lengkap bersenjata masuh merempuh dan memusnahkan 'blockade' yang dibuat orang orang asli bagi menghalang aktiviti pembalakan yang memusnahkan hutan tempat tinggal dan sumber pencarian mereka.

2. Sekitar lebih 100 anggota agensi kerajaan pusat lengkap bersenjata bekerjasama baik dengan agensi kerajaan negeri sehingga jam 2 petang tadi telah berjaya menahan kira kira 16 orang orang asal demi mempertahankan kepentingan kapitalis pembalak.

3. SAMM mengecam tindakan kejam ini dan dalam keadaan kita bercakap soal Palestin, Rohingya sebaliknya dalam negara kita kekejaman merampas tanah dibiarkan.  Menteri Besar PAS Kelantan dan Perdana Menteri Bn bertanggungjawab penuh dalam perkara ini.


perbualan antara staff syarikat balak antara ratusan bukti yang masih tersimpan kemas

4. Seperti yang SAMM pernah dedahkan pembalakan ini berkait rapat dengan kegiatan korupsi. SAMM telah mendedahkan dan membuat laporan SPRM mengenai bagaimana korupsi berlaku antara pimpinan negeri dan kapitalis pembalak. Satu booklet telah diterbitkan secara bercetak juga secara atas talian. Klik https://drive.google.com/file/d/0Bw6GhtwgNjcGblVNR24yQkFmbWM/view 

5. Sebenarnya banyak bukti yang masih disimpan oleh SAMM dalam kegiatan pembalakan di Kelantan ini termasuk 'slip bank in' angpow dari syarikat balak kepada pegawai kerajaan termasuk penguatkuasa. SAMM pernah berusaha mendedahkan perkara ini namun kami juga agak kesal kerana beberapa pemimpin yang kononnya progresif di negeri Kelantan sendiri yang begitu berminat peringkat awal tidak menyambutnya hanya kerana kami juga berpendirian menolak Mahathir. Oleh kerana mereka mungkin terluka jiwanya kerana kami menyerang Mahathir maka isu dan pendedahan besar yang kami bawa sebelum ini tidak disambut. Mungkin menjaga Mahathir lebih penting dari isu rakyat terbanyak ?

6. SAMM sudah dua kali melakukan misi ke dalam belantara Gua Musang dan sudah punya sel 'belantara' Gua Musang. klik http://chegubard.blogspot.my/2016/11/agensi-pusat-dan-negeri-kerjasama-balas.html untuk melihat laporan sebelum ini. Orang Asli dikepung ada yang kelaparan.

7. SAMM mendesak kerajaan negeri supaya membuang kesombongan dan berhenti mempertahankan ketamakan kapotalis pembalak turun berbincang sementara itu menghentikan semua aktiviti pembalakan. Kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam menandas rakyat ini juga merupakan manifestasi kerjasama demi kepentingan kapitalis dan keuntungan tertentu semata. SPRM dan lain agensi pusat juga jangan diharap untuk bertindang dalam keadaan masing - masing melindungi kepentingan masing - masing. Bebaskan segera semua orang asli yang ditahan.

8. Kepada orang ramai yang mempunyai hati perut mohon bersama memberikan tekanan dengan whtas app, sms atau terus telefon

Menteri Besar Kelantan - Dato Ahmad Yaakob: 019 959 6161
Timbalan Menteri Besar Kelantan: Dato Mohd Amar: 019 318 6465


sampaikan mesej : 

Bebaskan Orang Asli Gua Musang
Hentikan Pembalakan, Ladang Hutan dan Ladang Rakyat
Berikan Tanah Adat Orang Asli
Allah suruh Selamatkan Hutan bukan musnahkan bagi raih untuk seedikit



catatan ; che'GuBard, SAMM




Thursday, November 24, 2016

Institusi Istana sendiri hilangkan hormat rakyat

Pada 2 Oktober 2016 yang lalu che'GuBard mendapat pesanan ringkas dari orang yang tidak dikenali dengan pesanan berikut "#URGENT: MOhon jasabaik Para Jemaah JIPKP siasat latar belakang penerima Pingat KeBawah DYMM Tuanku Sultan penama S.ARUMUGAM A/L SUPPIAH @ CHINNAPU KPI 740105-10-6113 (PESALAH KLANG UTARA 775/14) KETUA KUMPULAN KONGSIGELAP#36 ..TLG SAMPAIKAN PADA KU WI JUGA."

Tidak pasti adakah penghantar itu menulis sendiri pesanan tersebut atau dia sekadar memanjangkan pesanan yang dia terima dari orang lain, kerana kesibukan kerja dan sebagainya pesanan itu terbiar begitu sahaja sehingga semalam dibuka semula dan sedikit carian ringkas ditemui.

Carian nama S.Arumugam A/L Suppiah menemukan beberapa rekod, data dan gambar. Sah penama tersebut ialah penerima darjah kebesaran yang membawa gelaran dari Istana Pahang cuma persoalan timbul adakah penama yang sama merupakan penjenayah, pemimpin kongsi gelap yang dikaitkan banyak jenayah sebelum ini ?

Adakah Istana khususnya Istana Pahang tidak meneliti rekodnya dan apa jasa dia sehingga dia boleh memperolehi anugerah dari Istana ? atau adakah benar anugerah darjah kebesaran dari istana ini boleh dibeli dan maka siapa ada duit boleh beli gelaran tersebut ?




Maka kita teringat mengenai Datuk Adam budak yang jadi Pegawai Khas Zuraidah (MP Ampang) yang menjadi jutawan memiliki rumah ala Disneyland dan beberapa buah rumah mewah lain lagi. Umur 28 tahun hidup mewah dan apa 'harga' gelaran Datuk yang diperolehinya ?

Kesian kat rakyat yang sedang kira - kira wang syilling untuk belanja tambang pergi kerja atau nak beli kuih untuk anak yang sedang cuti sekolah, sedangkan ada sekelompok kecil manusia terus mewah dengan cara istimewa.....

Kepada pihak Istana khususnya Istana Pahang yang kini disebut jelas termasuk Majlis Raja - raja perlu tampil jelaskan kepada rakyat mengenai kreteria khusus perolehan kurniaan Istana ini atau semakin kuat persepsi rakyat Istana sedang berdagang dengan gelaran dan kedudukan, maka jangan salahkan hormat rakyat yang makin menghakis.

Bawa gangster ke Parlimen, adakah pemimpin Umno bakal di SOSMA ?

Kenyataan Umum
24 November 2016

Catatan Umum

24 November 2016

UMNO Biadap Bawa Gangster Merusuh Di Dewan Rakyat

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penyokong-penyokong Ahli Parlimen Pasir Salak yang merusuh di Dewan Rakyat pagi tadi. Ini menunjukkan UMNO/BN adalah pihak yang tidak menghormati dan mahu menghancurkan institusi Parlimen Malaysia.

Adakah pihak Polis mempunyai keberanian untuk menahan di bawah SOSMA kerana aktiviti yang mengancam Demokrasi Berparlimen? Ternyata jelas Ahli Parlimen Pasir Salak disebalik kekecohan membawa penyokong untuk merusuh dan mengancam keselamatan institusi parlimen.

Sungguhpun SAMM menolak SOSMA tetapi inilah realiti politik tanahair ini, bagaimana semenjak zaman Mahathir lagi negara ini tidak pernah lari daripada keganasan politik yang dilindungi dan aktiviti politik yang memperkudakan sistem.

SAMM bersama-sama rakan aktivis lain pernah berdemonstrasi secara aman di luar perkarangan Parlimen selepas Pilihanraya Umum Ke-13 untuk menghantar memorandum kepada Ahli Parlimen tetapi di tangkap, dibicarakan dan didenda sehingga RM 6,000.

SAMM menyeru Speaker Dewan Rakyat sendiri untuk membuat satu laporan Polis dan meminta pihak Polis untuk mengambil tindakan segera terhadap Ahli Parlimen Pasir Salak dan penyokongnya atas kesalahan merusuh dan mengancam Demokrasi Berparlimen.

Che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

RUU 355 : hanya propaganda politik

Catatan Umum

24 November 2016

RUU 355 : basah kuyup semua 'dikencing' Hadi

1. Beberapa hari ini media perdana khususnya sibuk mengulas mengenai Rang Undang Undang 355 (RUU 355) yang akan diberi laluan oleh 'regim pusat' untuk dibentangkan oleh Haji Hadi Awang di parlimen Malaysia selepas gagal dibentangkan kali pertama dalam persidangan lepas.

2. Pertama sekali pembentangan itu bukan RUU pun ia cuma usul pembangkang, untuk meminda undang- undang ia perlu dibentangkan oleh pihak Kerajaan sahaja. Yang dibentangkan oleh hadi cuma usul dan cadangan. Kedua amat pelik kerana Ahli Parlimen Marang yang bawa usul tetapi Timbalan Perdana Menteri yang panggil buat taklimat.

3. Masa yang dinanti rupanya anti klimaks semata - mata, pagi ini. AP Marang hanya bangun baca usul dan minta huraian balik hanya akan dibuat dalam persidangan akan datang.

4. Kepada semua khususnya ahli parlimen dan ahli politik kena sedar bahawa RUU 355 ini bukanlah usaha serius untuk memperkasa undang- undang berkaitan agama Islam pun, ia hanya alat propaganda politik untuk mengalih isu dan mengikat penguat propaganda Melayu Islam dalam negara ini. Ia propaganda Pas - Umno semata - mata. Kepada penyokong ataupun penentang RUU 355 yang bukan dari 'big game plan' harus sedar kamu hanya sedang dimainkan sentimen yang akan berlarutan sehingga PRU akan datang bagi menjayakan agenda politik tertentu semata - mata.

5. Menanti langkah bijak mana - mana pihak membawa semula penentang dan penyokong RUU 355 ini berkongsi pentas mengulas isu ini secara akedemik untuk dibentangkan kepada massa rakyat bukan sekadar sentimen semata - mata.

6. Kesian kita semua kuyup 'dikencing Hadi yang bermain sandiwara isu RUU 355 ini. Penyokong Marang yang datang berhimpun diparlimen hari ini mengharapkan Hadi bentang apa yang mereka gelar RUU 355 akan dibuai hujah propaganda baru lagi. Sudahlah mari kita fokus dengan isu 'kehidupan' rakyat yang lebih menekan. Islam itu sendiri akan lebih dihormati dan agung dengan sendirinyajika kita mampu menunjukkan Islam itu adalah rahmat buat semua bukan sekadar agama yang penuh dengan hukuman semata - mata.

catatan oleh ; che'GuBard, SAMM

Saturday, November 12, 2016

Konvensyen Pakatan harapan hanya ‘premature ejaculation’

Catatan Umum

12 November 2016

1. Hari ini sepatutnya akan tercatat gabungan kuat dan bersejarah mengikat satu gabungan pembangkang paling kuat bagi mendepani Barisan Nasional namun semua itu gagal terlaksanan apabila dua parti serpihan Umno yang terhasil kerana kegagalan kelompok yang dikepalai Mahathir menyingkirkan Najib Razak, dimana kumpulan ini tidak mahu menandatangani satu dokumen yang dikenali sebagai perjanjian Pakatan Harapan sebagai kemuncak dalam Konvensyen Pakatan Harapan.

2. Muhyiddin dengan jelas menolak parti bunga raya pimpinan Mahathir untuk menandatangani dokumen tersebut maka yang menjadi menjadi lucunya kerana penolakan Muhyidin itu maka Konvensyen kali ini tidak mengeluarkan dokumen perjanjian PH sebagai aku janji kepada rakyat. Hanya resolusi konvcensyen sahaja dilakarkan. Nampaknya begitulah besarnya kebergantungan pemimpin PH kepada parti mahathir walaupun parti kecil itu tidak dipedulikan oleh rakyat pun. Dalam keadaan rakyat sedia berubah namun pemimpin pembangkang sendiri gagal bersedia malah bergantung dengan diktator yang selama ini dikecam.

3. Shafie dan parti perahunya dari Sabah menang dijangka tidak akan menandatangani sebarang perjanjian dengan PH kerana parti ini akan fokus isu Sabah dan akan melumpuhkan semua parti pembangkang lain dengan serangan ia parti semenanjung. Inilah peranan Shafie yang berjanji dengan Najib untuk meneruskan survival politiknya dan syarat dia tak diganggu SPRM dan seumpamanya.

4. Walaupun parti bunga raya masih tidak menyertai PH namun Mahathir diberi ruang memberikan ucap tama. Ucapan Mahathir yang mengatakan dia anti DAP tetapi dia sanggup ketepikan kerana mahu Najib jatuh seharusnya menyedarkan rakyat betapa mereka kini hanya obses kuasa dengan mengenepikan prinsip. Ada Mahathir kata selama ini dia salah kerana anti DAP ? Ada Mahathir akui dosanya zalim, melanun wang negara dan menghancurkan sistem ? Mahathir dan kumpulan koruptor itu masih sama cuma sedang kudakan pembangkang untuk singkir Najib bagi menempatkan orang - orang mereka berkuasa. Dia masih anti DAP namun ketepi sikap itu hanya untuk singkir Najib. Soalnya jika Najib tak ada lagi nanti apa jadi ?

5. Soal Pas sekali lagi mencelarukan semuanya. Parti Bunga Raya minta semua tunggu maka semua terpaksa tunggu Pas, yang kuat membawa isu dedak Najib termasuk Pas dibayar Najib ini ialah parti bunga raya tetapi kenapa tiba - tiba bila nak bentuk gabungan kuat dia pula suruh tunggu Pas ? Sampai bila ?

6. Mahathir nak bentuk pembangkang yang bersatu ? Soalnya parti bunga raya dia sendiri berlaku perebutan kuasa. Terbaru tempoh hari bagaimana watak disebalik fitnah penyingkiran Anwar pada 1998 yang menjadi pengampu Mahathir umum keluar parti bunga raya kerana kecewa tidak dilantik jawatan yang dikehendaki. Muhyiddin menolak melantik Khairuddin sebaliknya melantik penjenayah demokrasi iaitu Rashid yang pernah menjadi bapak penipu PRU ketika menjadi Pengerusi SPR sebagai naib Presiden.

7. Tidak ada polisi jelas dan jalur jelas perubahan negara yang macam mana ingin dibawa, yang ada hanya serangan dan pendedahan yang sudahpun diketahui rakyat. Bagaimana pula dengan korupnya tokoh PH seperti Azmin Ali yang bukti demi bukti terbentang. Adakah kita nak kata SPRM tak bertindak malah membersihkan Azmin bukti Azmin tidak bersalah ? Kalau itu buktinya SPRM juga membersihkan Najib, adakah Najib juga bersih ?

akhirnya semua duduk akur , Mahafiraun tua memimpin perjuangan ?
8. Selaku rakyat biasa saya tak mampu selindungkan kecewa saya. Ya, kita berdepan krisis kepimpinan dan tekanan dari regim pemerintah tetapi dengan kecelaruan dan jenayah korupsi yang ditutupi kononya cerita perjuangan amat mengecewakan. Perubahan apa kita tuju ? Adakah lari mulut harimau nak masuk mulut buaya ?

9. DAP, AMANAH, PKR seharusnya mengorak langkah membina gabungan kuat, sekutu seperti parti bunga raya, parti perahu dan lain - lain yang kuat hanyir jenayah korupsi mereka lagi diberi peluang ikut belakang. Gariskan perubahan dengan jelas dan keras. Pas sedekahkan sahaja pada Najib, singkir Pas dari Selangor tetapi semua ini tidak berlaku sebab apa ? Gagal kerana semua masih tidak yakin dan sudah letih berlawan. Semua pihak hantar wakil berunding dengan Najib. Saya ketehui dan kenali ramai agen pemimpin pembangkang yang berunding dengan Najib. 

10. Contohnya Itu sebab Azmin terus dilindungi tak terusik SPRM , dia berunding... kerana itu ketika semua kerusi pemimpim pembangkang terjejas kerana rombakan SPR kali ini namun Bukit Antarabangsa makin mengukuh bukan Bn. Semua berunding dengan Najib kecuali DAP, kerana itu hanya kerana kes lemah dan direkayasa Lim Guan Eng diseret untuk ditumbangkan melalui Mahkamah yang tidak bebas. Maaf saya katakan hanya DAP dan PSM sahaja hingga kini tidak berunding dengan Najib secara parti atau secara individu oleh pimpinan utama mereka.

catatan oleh ; che'GuBard, SAMM

nota kaki : SAMM telah mengeluarkan dokumen tuntutan negara perubahan sebagai panduan asas negara perubahan bagaimana yang hendak dituju, klik sini http://www.anwarismail.com/wp-content/uploads/2016/06/jalur.pdf

jemput tonton video di FB Peguam Anwar Ibrahim mengenai Mahathir https://www.facebook.com/sankara.nair/videos/10154831443285967/

Maximum water concession '147'

Raymond H.H Tan

You have been mislead by these diluted propaganda and conspiracy in regards to water, from supply shortages to running dry dams; drought stories or those inconsistent "computerized billings" by Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) and whatnot. And of those concessions holders through appointed cronies like PUAS, LUAS, JPS etc are just are just some of the tricks used to consolidate its current into their own pockets. And the very recent stories on the contamination of rivers in Selangor are fuzzes played just for your entertainment. Anyhow, these mystical informations should not propagate further, as to why our sky water became an environmental topic and it pricey uncertainty, particularly in Opposition held States? This is the story about Selangor's juices.... 


On my previous article about the Orang Asli of Pulau Kempas being robbed of the rights and privileges on a 17900 acres of sanctioned Forest Reserves (Gazette Notification 2578) ( READ HERE.. http://www.malaysia-today.net/no-rights-no-special-privileges-no-money/) and (http://www.malaysia-today.net/why-the-natives-lost-their-status-and-rights-land-rights/) which lies next to Putra and Cyberjaya, which I also indicated it as 'The Last Golden Triangle'. What I haven't mention is the south side of the forest which is known as the 'Kuala Langat South Forest Reserves' which is also how the triangular is formed. Anyways, another time for that pyramid story. The reason behind the creation or rather to have a north and a south zone was due to a river which sits within many natives reserves, so one question remain unearthed is; since the Asli has Rights and Privileges over the reserved land, logically if the river drains within, then it is fair to say that the river belongs to the natives! However, the natives are not claiming the river to be solely utilize by any-one but instead to be shared as freely as it should.
This is exactly the reason to this so called exposure. You see, to totally destroy the Orang Asli's holdings, beside land grabbing by falsifying conversion, the riverbanks were also converted and given away by the State Government to selected groups. And because mainly are illegal operations, hence the accoutered contamination. Sabotage? Let me put it this way, why the hell convert and give away lands along river banks? Don't they know all rivers are gazetted and protected with guided perimeters?
Thus, excuses given by a stupid State Executive YD Elizebird 'Yang Dunggu' has since quoting nonsense by finger pointing every thinkable inceptions to mislead the public. The truth is the idiots are trying to monopolize everything, but of course ultimately water is their main concern due to its vitality. And not forgetting the stupid Dewan Speaker Hanna and Selcat's Theng, these are the morons screwing Selangorian good and proper with all the conflicting of interests imaginable. The hell with them, dah lah bodoh, sombong pulak!https://www.youtube.com/watch?v=OVRpbwR2kB4



Monday, November 07, 2016

dari RM250.6 juta jadi RM2.7 billion

Khalid Ibrahim ketika menjadi MB 'deal' pembelian SPLASH dengan nilai RM250.6 juta, Azmin Ali kini deal dengan RM2.7 billion...

kaya ...kaya...kaya....





Masih meneliti beberapa dokumen lain bagi menulis untuk menerangkan apa yang sebenar terjadi ... sementara itu klik http://chegubard.blogspot.my/2016/10/selcat-hanya-tukang-cucui-kekotoran.html?m=1 dan baca


Malaysia Rail link : SAMM sokong persoalan yang dibangkit Rafizi

Catatan Umum

7 November 2016

1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyokong penuh persoalan yang dibangkitkan oleh YB Rafizi Ramli yang mempersoalkan kelayakan Syarikat Malaysia Rail Link Sdn Bhd yang baru ditubuhkan September 2016 tetapi diberi hak menandatangani perjanjian Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang bernilai berbilion Ringgit Malaysia. (klik sini)

2. Namun dalam pada masa yang sama SAMM ingin mengingatkan mengenai pendedahan dengan dokumen bukti yang mana Azmin Ali telah meluluskan kawasan balak (sekitar nilai RM42juta) kepada entiti perniagaan yang hanya bertaraf enterprise sahaja. Malangnya ketika pendedahan tersebut dibuat hampir semua pemimpin pembangkang khususnya PKR bisu. Adakah kita amalkan dua set undang - undang yang munafik yang mana selama ini kita serang Bn kerana bila musuh politik buat kita bising tetapi bila kawan buat kita diamkan.

3. Pendedahan korupsi yang dimaksudkan pernah ditulis dengan lengkap bersama dokumen boleh dilihat dengan klik tajuk di bawah :

4. Itulah sebabnya SAMM mengajak semua supaya jelas dengan perubahan apa yang sedang kita tuju. Jangan nanti lari dari mulut harimau kita masuk ke mulut buaya. SAMM secara tegas telah menggariskan apa yang kami namakan Jalur Tuntutan Negara Perubahan. Untuk membaca 'blue print'nya sila klik sini. http://www.anwarismail.com/wp-content/uploads/2016/06/jalur.pdf

catatan oleh : cheGuBard, SAMM

Khalid jawab dakwaan Azmin pasal ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash)

Kerajaan Selangor antara 2008 hingga 2014 tidak pernah menawarkan bayaran RM2.975 bilion bagi pengambilalihan ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash) seperti yang didakwa oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam.

Bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata dakwaan berkenaan dibuat bagi mengalihkan perbincangan mengenai keputusan pentadbiran Azmin untuk membayar sebanyak RM2.7 bilion ke atas ekuiti syarikat konsesi air itu, iaitu 10 kali lebih tinggi daripada tawaran asal yang berjumlah RM250.6 juta.

“Kami tidak pernah bercadang pada bila-bila masa untuk membayar RM2.9 bilion untuk ekuiti Splash seperti yang didakwa oleh Azmin.

“Dalam tawaran terakhir (kepada Splash), kami merasakan tawaran yang berpatutan adalah sebanyak RM250.6 juta bagi bayaran ekuiti serta tujuan menanggung hutang yang berjumlah RM1.564 bilion,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Khalid mengulas kenyataan Azmin yang disiarkan satu portal berita semalam, antara lain menyatakan kerajaan negeri semasa di bawah Abdul Khalid tidak pernah memaklumkan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan tawaran RM2.975 bilion yang dibuat kepada SPLASH melalui surat bertarikh 25 Jun 2009 dan seterusnya pada 19 Julai 2009.

“Pentadbiran sebelum ini menyatakan nilai tawaran pengambilalihan SPLASH adalah sebanyak RM250 juta dan inilah angka yang diuar-uarkan seantero dunia, namun orang yang sama tidak pernah memaklumkan kepada Dewan berkenaan tawaran RM2.975 bilion yang dibuat kepada SPLASH melalui surat bertarikh 25 Jun 2009 dan seterusnya 19 Julai 2009,” kata Mohamed Azmin ketika sesi penggulungan Belanjawan 2017 Negeri pada sidang DUN Selangor semalam.

Khalid berkata dalam tawaran terakhir kepada Splash, pihaknya menggunakan kaedah pembayaran ekuiti berdasarkan pulangan 12 peratus setahun kepada ekuiti serta potongan mana-mana dividen yang telah dibayar.

Katanya, kaedah ini adalah adil memandangkan terma tersebut telah dinyatakan di dalam Perjanjian Penswastaan air yang ditandatangani oleh semua syarikat konsesi termasuk Splash.

Dalam pada itu, Khalid menegaskan bahawa pengambilalihan industri air secara keseluruhan tidak boleh melebihi kos sebanyak RM9.65 bilion kerana ia akan memberi kesan kepada tarif air di masa hadapan dan usaha untuk menurunkan air tidak terhasil di Selangor.

BERIKUT KENYATAAN AKHBAR TAN SRI KHALID IBRAHIM.

Keputusan untuk membayar Splash lebih RM2.45billion daripada yang sepatutnya adalah mengkhianati kepercayaan rakyat Selangor.
5 NOVEMBER 2016

Kerajaan Negeri Selangor di antara 2008 dan 2014 tidak pernah menawarkan RM2.975 bilion untuk mengambil alih ekuiti syarikat konsesi air Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash) seperti yang didakwa oleh Menteri Besar Selangor semalam.

Dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, seperti yang dilaporkan oleh SelangorKini dan Free Malaysia Today, adalah tidak benar, mengelirukan dan cubaan jelas untuk mengalihkan perbincangan mengenai keputusan pentadbiran beliau untuk membayar ekuiti Splash RM2.7billion iaitu 10 kali lebih tinggi daripada tawaran asal berjumlah RM250.6 juta.

Semasa saya menjadi Menteri Besar, kerajaan negeri melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah membuat beberapa cadangan kepada keempat-empat syarikat konsesi dengan jumlah tawaran seperti yang disenaraikan di bawah:

1) RM5.709 bilion pada 13 Feb 2009 untuk pengambilalihan aset dan ekuiti
2) RM9.218 bilion pada 25 Jun 2009 untuk pengambilalihan aset dan ekuiti
3) RM9.227 bilion pada 6 Jan 2011 untuk pengambilalihan aset dan liabiliti
4) RM9.6516 bilion pada 20 Februari 2013, 21 Nov 2013, 26 Feb 2014, 1 Ogos 2014 dan 12 Sept 2014. Jumlah ini melibatkan 2 bahagian:

> RM1.978 bilion bagi pembayaran ekuiti berdasarkan pulangan 12% setahun kepada ekuiti dengan pemotongan mana-mana bayaran dividen, jika ada.
> RM7.6749 bilion bagi liabiliti yang diambilalih

Seperti yang dinyatakan di atas, kaedah penilaian yang digunakan untuk setiap kumpulan adalah berbeza dan atas sebab inilah nilai tawaran setiap kumpulan berbeza. Dalam tawaran terakhir, kami telah menggunakan kaedah pembayaran ekuiti berdasarkan pulangan 12% setahun kepada ekuiti serta potongan mana-mana dividen yang telah dibayar.

Kami merasakan ini adalah adil memandangkan terma tersebut telah dinyatakan di dalam Perjanjian Penswastaan air yang ditandatangani oleh semua syarikat konsesi termasuk Splash.

Kami tidak pernah bercadang pada bila-bila masa untuk membayar RM2.9billion hanya untuk bayaran ekuiti Splash seperti yang didakwa oleh Menteri Selangor. Walaupun kita menggunakan beberapa kaedah penilaian yang berlainan, nilai ekuiti tidak banyak berbeza. Dalam tawaran terakhir, kami merasakan tawaran yang berpatutan untuk Splash adalah RM250.6juta untuk bayaran ekuiti serta menanggung hutang sejumlah RM1.564 billion

Splash mempertikaikan tawaran mengambil alih ekuiti berdasarkan 12% ROE setahun serta pemotongan pembayaran dividen. Pada hakikatnya Splash telah membayar RM725.4 juta kepada pemegang sahamnya sebagai dividen manakala Syabas tidak pernah mengeluarkan dividen dan inilah sebab utama mengapa nilai pembayaran ekuiti antara kedua-dua syarikat itu sangat berbeza.

Berkenaan dakwaan kononnya saya telah cuba menyembunyikan tawaran RM2.975billion kepada Splash yang sebenarnya tidak wujud, saya ingin menyatakan bahawa tidak ada sebab untuk saya berbuat demikian

Semua keputusan berkenaan air telah dibentangkan kepada EXCO dan Dewan Negeri Selangor apabila perlu. Tambahan pula, memandangkan proses penstrukturan semula air melibatkan beberapa syarikat tersenarai di pasaran, segala butiran tawaran perlu dimaklumkan kepada Bursa Malaysia dan pihak berkuasa yang berkenaan.

Di samping itu, pejabat Mentei Besar yang saya terajui sering mengadakan sidang akhbar setiap kali ada perkembangan baharu dan telah mengeluarkan ratusan kenyataan media berkenaan air. Kami juga menganjurkan siri taklimat untuk ADUN dan Ahli Parlimen yang juga telah mengambil bahagian dalam taklimat awam diseluruh Selangor untuk memberi kesedaran awam tentang isu rakyat.

Kami juga telah memberi pembentangan komprehensif kepada Dewan Negeri Selangor dan saya yakin pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam penyediaan pembentangan juga akan bersetuju.

Sungguh mendukacitakan apabila kerajaan negeri hari ini seolah-olah tidak mahu meneruskan amalan baik dipelopori pentadbiran terdahulu dan natijahnya, rakyat hari ini dikejutkan dengan pendedahan bahawa kerajaan negeri telah pun membuat keputusan untuk membayar RM2.7 billion kepada Splash seperti yang disahkan oleh EXCO negeri Selangor YB Zaidy Abdul Talib yang juga telah membayangkan bahawa jumlah tersebut telah ditolak oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Sekali lagi, saya ingin menegaskan bahawa nilai keseluruhan pengambilalihan industri air tidak boleh melebihi RM9.65 bilion kerana ia akan memberi kesan kepada tarif air di masa hadapan dan usaha untuk mengurangkan air tidak terhasil di Selangor.

Saya kira tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa keputusan untuk membayar Splash lebih RM2.45billion daripada yang sepatutnya adalah mengkhianati kepercayaan rakyat Selangor.

Friday, November 04, 2016

Agensi Pusat dan Negeri kerjasama balas dendam terhadap orang asli Gua Musang


hanya beza tak sampai 4 bulan sungai di belantara Gua Musang musnah sepenuhnya kerana pembalakan


Catatan Umum oleh che'GuBard SAMM

4 November 2016

1. Pada 28 dan 29 Oktober yang lepas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah bersama dengan Pertubuhan Perlindungan Khazanah Alam (PEKA) Malaysia telah berkonvoi memasuki belantara Gua Musang dan singgah ke perkampungan orang asli di Pos Bering, Pos Balah dan bersama di Blockade (sekatan) yang dibina orang asli di Polaro dan Bihai. Konvoi diuruskan sepenuhnya oleh PEKA Malaysia dan diketuai sendiri oleh Presidennya, Kol Bersekutu (PA) Puan Sri To' Puan Datuk Shariffa Sabrina Syed Akil. Bagi pihak SAMM che'GuBard bersama beberapa komrad SAMM antaranya Makio, Nazrul Aznan, Azif, Aqub, Khidzir dan beberapa yang lain. Konvoi sebesar hampir 50 orang ini turut disertai pihak media RTM1 , Berita Harian, The News Straits Times Press, Kosmo! The Star Online, Harian Metro and BERNAMA. SAMM turut membawa kira -kira 800kg bantuan makanan asas untuk diagihkan selain bantuan makanan dalam jumlah besar dibawa oleh PEKA.


menyampaikan sumbangan orang ramai kepada orang asli

2. Dalam isu pembalakan di Kelantan ini SAMM telah munculkan semenjak tahun lepas lagi namun semuanya disapu dibawah karpet sahaja. Pendedahan lengkap dokumen dibuat, bukan sahaja laporan SPRM malah beberapa dokumen utama turut dicetak edar dan cabaran kepada Kerajaan Negeri Kelantan atau pemimpin PAS Kelantan yang disebut dalam pendedahan dicabar untuk saman ke mahkamah jika pendedahan itu fitnah, namun semua membisu. Pertengahan tahun ini isu ini meletup kembali apabila orang asli sekitar Gua Musang telah menutup jalan keluar masuk dan menghalang semua aktiviti membawa keluar kayu balak. Usaha mereka ini demi menyelamatkan persekitaran kehidupan mereka yang hancur akibat pembalakan yang tidak terkawal.

3. Hasilnya pembalak gagal membawa keluar balak. Di dalam hutan kami menyaksikan sendiri balak bernilai puluhan juta tersadai di beberapa tempat pengumpulan. Ini menyebabkan syarikat balak marah kerana kononya mereka rugi,syarikat balak sudah tentu menekan pemimpin yang mereka kawtim. Bukanlah rahsia bahawa balak ini berhubung kait rapat dengan dana politik. Sebagai tindak balas maka Jabatan Perhutanan Kelantan digerakkan untuk membuat sekatan sebelum sekatan yang orang asli dirikan. Memang ada undang - undang di mana sesiapa nak memasuki Hutan perlu meminta kebenaran Jabatan Hutan dan ada bayaran tunai untuk tiap kebenaran yang diberikan. namun undang - undang ini sangat jarang dikuat kuasakan namun untuk membalas sekatan orang asal maka undang - undang ini dikuat kuasa dengan ketat di Gua Musang.
kesombongan dan keangkuhan pembalak

4. Hutan musnah, hasil hutan turut hilang termasuk haiwan liar lari. Maka orang asli hanya bergantung kepada kebun mereka semata - mata, antara tanaman porpular ialah pisang. Orang Asli membuka kebun pisang tanpa menggunakan jentera bagi melapangkan hutan, mereka menanam dengan cara tradisional tanparacun dengan baca organik. Selama ini peraih masuk ke perkampungan orang asli untuk membeli hasil kebun mereka dan kemudian ada pula yang masuk menjual makanan lain kepada mereka. Duit hasil jual pertanian dapat beli makanan lain khususnya makanan berkhasiat untuk kanak - kanak. Namun selepas dari sekatan Jabatan Perhutanan Kelantan maka peraih gagal masuk membeli hasil kebun, orang asli tiada wang dan penjual yang menjual barang runcit harian juga tidak dapat masuk ke perkampungan orang asli. Keadaan sangat teruk, khususnya kanak - kanak sangat terkesan.

Nota : Di Kelantan kini diperkenalkan teknik membalak TLC dimana alasan membalak cuba dihalalkan dengan alasan membuka ladang. Ladang sawit dikelirukan sebagai hutan juga. Lepas ni semua hutan simpan akhirnya ialah ladang sawit.

5. Itulah realiti kerajaan yang konon dicanang sebagai kerajaan Islam, demi kepentingan pembalak yang sudah dikawtim orang asal yang mempertahankan persekitaran kehidupan diseksa. Apa yang peliknya ialah Jabatan Perhutanan ialah agensi Kerajaan Pusat boleh bekerjasama sepenuhnya dengan Kerajaan negeri PAS demi menyiksa rakyat mempertahankan kepentingan kapitalis pembalak.

6. Pengalaman dua hari bersama orang asli banyak cerita yang mengejutkan. Tahukah kita tiap tahun peruntukan tinggi diumum melalui belanjawan untuk orang asal hanya 'wayang'. Dari segi pendidikan tahukah kita sekolah anak orang asli cuma beroperasi 3 hari seminggu dan kebanyakan anak orang asli diklasifikasikan sebagai OKU konon mengalami masalah lembab pembelajaran. Sedangkan saya sendiri berjumpa dengan seorang anak orang asal yang mendapat kad OKU tetapi bila dia dibawa ke Hospital Universiti, Petaling Jaya, doktor mengesahkan ia kanak - kanak normal. Ada seorang anak orang asal yang mendapat pencapaian agak cemerlang gagal lenajut pelajaran kerana tidak mampu dan Jabatan Pembangunan Orang Asli (JAKOA) tidak mahu membantu. Ini satu pengkhianatan jelas, mereka kelihatan seperti  mahu orang asli kekal tidak berpendidikan agar mudah agensi kerajaan, ahli politik dan kapitalis kaya menginjak dan memperbodoh mereka.

7. Maka tidak pelik kes korupsi libat balak Kelantan SPRM diamkan kerana ia melibatkan kepentingan pemodal kaya dan rangkaian rompakan dan pembodohan rakyat yang panjang. Bn dan pembangkang mungkin bermusuh tetapi titip pertemuan mereka ialah kepentingan pemodal besar. Contoh jelas ketika membawa isu Paya Indah di Selangor, media regim memberikan liputan penuh tetapi apabila nama GAMUDA disebut sebagai syarikat pemaju yang diberi hak menjahanamkan khazanah alam maka media regim tidak lagi memberikan laluan malah sahutan dari Umno juga tidak kedengaran.

Kepada semua, merubah negara atau 'menyelamatkan Malaysia' bukan sekadar melawan watak Najib semata tetapi yang harus kita lawan ialah sistem kapitalis yang menindas rakyat. Musuh kita ialah ahli politik korup yang diperkuda pemodal besar.

"Ayuh kita bina negara milik semua dengan kemanusiaan sebagai tiang serinya..."

Sampai bila kita nak diperbodohkan dengan perebutan sesama 'bangsawan elit politik' Malaysia, mereka menyamun bergaduh mereka seret rakyat kononya merekalah pejuang. Pulangkan harta rakyat yang dirompak mari duduk sama rendah kalau berani lawan bersama. Pembaharuan bukan setakat tukar seorang individu atau nama parti penguasa tetapi sistem yang menindas dan menyeret semua perompak kecil dan besar ke pengadilan. Angin perubahan itu sangat kuat cuma kena lebih berhati hati dan bijaksana, jangan nanti lari dari mulut harimau masuk mulut buaya.

Alhamdulillah SAMM sudah membuka sel dikelompok orang asal di Gua Musang. Dalam masa terdekat kami akan masuk dan mula memuka kelas pendidikan politik di belantara Gua Musang. Mereka akan terus lawan !

Kepada dermawan yang sudi menyumbang makanan asas tempoh hari amat dihargai dan insyaAllah dalam masa terdekat kami ke sana mohonlah sumbang lagi. Senyuman anak orang asli minum susu berkhasiat yang dikirimkan tiada harga untuk dibeli.

antara peragawati Temiar yang menyambut

anak muda orang Temiar sedia menyambut kami di sekatan yang dibuat oleh Jabatan Perhutanan Kelantan

antara perkampungan orang Asli yang kami singgah
ada anak orang asli yang sudah bekerja di K.Lumpur tetapi 3 bulan mereka pulang
semula ke kampung kerana bagi mereka hutan inilah dunia mereka.

bersama Komrad Salim yang bakal menjadi Pengelaras SAMM 

pengalaman berjalan mendaki sehingga cakap tak berbunyi hahaha

sebahagian yang menyambut di kawasan sekatan yang mereka buat sendiri

turun jalan kaki sambil terangkan laluan perkara biasa

saki baki kedamaian yang mereka pertahankan



hancur belantara kerana teknik pembalakan TLC (cuci mangkuk) kononya mereka akan buka ladang


antara balak yang kapitalis jahat gagal bawa keluar

kereta sangkut


Sdr. Mustafa dua dari kanan sedang memberikan taklimat kepada pihak media

bersama Presiden PEKA Malaysia di kongsi pembalak yang terpaksa mereka kosongkan
bersama Kak Yatie orang kuat PEKA Malaysia

Thursday, November 03, 2016

Dana bantuan luar bukan asing di Malaysia

Catatan Umum

3 November 2016

1. Najib Razak sememangnya merupakan anak murid terbaik Mahathir Mohammad. Hampir semua manual strategi berdepan musuh politik tinggalan Mahathir diikuti dengan baik oleh Najib. Dari menyerang musuh dengan pembunuhan krekrot seperti tuduhan skandal seks, membangkitkan sentimen perkauman dan agama sebagai taktik terbaik mengalihkan isu besar dan kini isu pengkritik atau lawan politik dibiayai dana asing sedang ditekan bersungguh sungguh.

2. Cuma ingin menjawab isu dana asing ini tidak ada peliknya. Semua negara maju sememangnya mewujudkan 'front agency' bagi membantu menyalurkan dana bantuan ngo ke negara - negara lain termasuklah Malaysia. Isu ini cuma diperbesarkan sama ada untuk memperlahankan protes atau kritikan ataupun isu ini bakal dipergunakan bagi tujuan 'crack down'.

3. Ia bukan isu baru bukan sahaja dana dari agensi di mana Soros dibelakangnya tetapi dari Amerika Syarikat agensi kerajaan seperti NED, NDI sendiri bergerak di Malaysia dan ia dibenarkan. Kalau dari Jepun wujud pula Yayasan Keamanan Sasakawa yang juga terlibat aktif dalam Malaysia bagi mendanai pertubuhan bukan kerajaan.

4. Tahukah kita bahawa ada parti komponen Barisan Nasional juga membuat aktiviti khususnya latihan dengan dana dari agensi luar atas nama pendidikan politik.

5. Dibawakan satu contoh Konrad Adenuer Stifftung (KAS) ialah sebuah yayasan yang dulu dikenali sebagai Society For Christian Democratic - Civic Education yang merupakan front kepada Parti Kesatuan Kristian Demokratik yang merupakan parti utama di German. Gerakan ini bergerak aktif membiayai banyak aktiviti hubungan antara agama dan pendidikan politik demokrasi di rantau ini. KAS ini banyak terlibat mendanai perbagai program bukan sahaja pembangkang tetapi melibatkan parti komponen Bn dan mengikut rekod agensi ini pernah mendanai projek pendidikan dan pengukuhan institusi parlimen yang mendapat penglibatan Yang di Pertua Dewan Rakyat sendiri.

Maka ia bukan satu yang pelik dalam isu dana dari luar ini. Malah che'GuBard sendiri pernah melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana dengan biasiswa penuh agensi Korea Selatan yang turut terlibat mendanai NGO di negara - negara lain. Penglibatan dan kemasukan dana asing ini menunjukkan kelemahan negara dalam mendanai gerakan NGO sendiri. Malah sikap pilih kasih dan mengenepikan gerakan NGO yang dikenali sebagai pengkritik lebih memparahkan keadaan.

Harap semua tak perlu panik sangat kerana isu ini dipanaskan oleh Najib yang sedang mengikut manual tinggalan Mahathir. Ramai pasti tak lupa bagaimana Mahathir mewajahkan gerakan reformasi dibayar oleh US dan kini Mahathir kena benda yang sama.

Soros ini wajar kita anugerahkan sebagai lelaki abad ini , dari masa Mahathir hingga ke Najib, Soros dijadikan 'momok' bagi menyatukan penyokong Bn.

catatan oleh che'GuBard, SAMM

Nota kaki : klik sini untuk baca rencana Utusan Malaysia 1998 bagi memahami taktikal tinggalan Mahathir ini.


Sultan Johor mungkin lupa sejarah aksi massa dan orang Melayu

Catatan Umum

3 November 2016


LARANGAN DEMONSTRASI ; ADAKAH SULTAN JOHOR LUPA DEMONSTRASI PERNAH SELAMATKAN KUASA RAJA MELAYU ?

Hari ini dilaporkan di media mengenai ucapan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (Sultan Johor) dalam Program Perhimpunan Bangsa Johor yang menyatakan bahawa baginda melarang sebarang bentuk demonstrasi di jalanraya diadakan dalam Johor.

Beliau menyerang Mahathir dengan mengatakan ada bekas pemimpin membawa virus memecah belahkan rakyat.

Respon saya ialah :
  1. Tak nafi kecaman Sultan Johor terhadap Mahathir 
  2. Namun kecaman terhadap Mahathir tidak boleh dilebarkan kepada segala bentuk demonstrasi yang merupakan hak rakyat yang dijamin perlembagaan Malaysia. Sultan Johor juga harus diingat bahawa satu ketika dahulu ketika kuasa Raja Melayu sudah pun hilang kerana Raja - raja Melayu sendiri menandatangani perjanjian / persetujuan kerana diugut oleh MacMichael. Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 dengan Sir Edward Gent namun dibatalkan 1 Febuari 1948 kerana penentangan kuat antaranya ialah apabila rakyat turun beraksi di jalanan di seluruh pelusuk tanah air. 
  3. Jika hujahnya pepecahan sedar atau tidak bahawa kewujudan 'bangsa Johor' itu sendiri boleh juga diterjemahkan sebagai usaha memecahkan lagi rakyat Malaysia. Sebelum Malayan Union rakyat khususnya orang Melayu melawan penjajah secara lemah kerana tidak ada penyatuan. Hanya ada usaha kesatuan peringkat kawasan dan negeri sahaja. Namun antara titik penting kejayaaan jalan meniti kemerdekaan ialah apabila 1 Mac 1946 apabila orang Melayu berjaya melunturkan semangat kenegerian dengan menjayakan Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu. Jika hanya berbeza pandangan mahu dilihat sebagai membawa perpecahan maka adakah boleh dikatakan juga usaha 'Bangsa Johor' juga merupakan usaha kebelakang mengangkat semangat kenegerian secara melampau dan memecahkan perpaduan Malaysia ?
Kesimpulan saya ialah mewujudkan semangat bangsa Johor tidak salah, membuat kumpulan mengkritik kerajaan juga tidak salah. Artikel 10 Perlembagaan jelas menjamin hak merdeka rakyat berkumpulan, bersuara dan berekspresi. Peranan Sultan menegur pemimpin kerajaan dihargai, peranan istana menasihati rakyat dihormati tetapi janganlah sampai menghalang hak merdeka manusiawi bagi berekspresi.

Saya menulis dalam keadaan menghormati institusi dan memohon rasional semua pihak, harapnya tak adalah kaki ampu yang akan membuat laporan Polis atau SKMM kerana cacatan ini.

catatan oleh ; che'GuBard, SAMM

juga dijemput baca warkah terbuka buat DYMM Seri Paduka baginda Yg DiPertuan Agong yang pernah saya coretkan beberapa tahun lalu yang berakhir dengan saya ditahan untuk soal siasat klik sini