Saturday, February 20, 2010

Promosi teater ANTARA

Petang tadi mendapat sms dari Erma Fatima yang menerbitkan teater ANTARA sempena Maulidur Rasul. Mungkin atas dasar kenalan Erma cuba bercerita apa yang dia berdepan dalam usaha mengangkat ke pentas karya ANTARA. che'GuBard memahami masalah teater yang berunsur KEAGAMAAN (Islam) yang tidak dapat menarik minat tajaan besar bukan seperti teater komersial lain.

Harap kita sama dapat bantu menyokong dunia seni pentas negara. Erma sebelum ini pernah mengangkat karya SIRAH JUNJUNGAN, walaupun mempunyai masej yang baik dan digarap dengan bagus namun sambutan agak dingin.

Di sini cheGuBard sama bantu sedikit promosi menggunakan ruang blog ini.



Karya Antara... yang dibawakan oleh Antipop Event Solutions Sdn. Bhd. dengan kerjasama Istana Budaya itu bakal dipentaskan di Panggung Sari pada 26, 27 dan 28 Februari ini.

Peminat boleh mendapatkan tiket berharga RM50, RM70, RM100, RM150, RM200 dan RM250 dengan menghubungi talian 03-4149 8600 atau layari www.ticket2u.biz.

2 comments:

  1. Bila karya berunsur igama dipentaskan, pastikan, ianya tepat dari kaca mata ulama.Hasrat Erma adalah baik dan seharusnya mendapat sokongan orang islam khasnya dan orang2 berugama islam amnya.Saya syorkan Erma bertemu pegawai dari JAKIM medapatkan sokongan dan bantuan kewangan secara(sponsership)dari berbagai2 tabung yang ada umpamanya tabung " fitrah"untuk menjayakan karyanya.Saya ucapkan selamat berjaya kapada Erma.

    ReplyDelete
  2. Cikgu Bard.. Nak sokongan mu

    Salam ziarah tuan empunya blog,
    saya baginda® ada buat blog baru,
    kiranya dapatlah tuan menglinkan blog baru saya ini..

    Blog ini adalah blog ke dua Era Pasca, Blog ini mengumpulkan himpunan entri-entri dari artikel pilihan dari Blogger Pakatan Rakyat..

    Diharap mendapat sambutan.. Jika Puak gerombolan menghack blog PR yang lain pun kita masih ada backup entri serta maklumat yang anda semua sudah buat dan entrikan di blog anda...

    Dan ia menjadi salah satu blog Pakatan Rakyat yang baru..
    Sekian...

    Sila tinggalkan link anda sekali untuk saya mengk=linkan sekali blog anda sama..

    sila ke link Berita Hairan Online..

    http://beritahairanon9.blogspot.com/

    ReplyDelete