Saturday, February 20, 2010

Demo KJ depan kedutaan Australia penuh kontroversi

Demonstrasi yang diketuai oleh KJ di depan kedutaan Australia penuh dengan kontroversi rupanya.

Demontrasi tersebut tidak didokong oleh Mca dan Gerakan. Ini kemungkinan kerana Mca dan Gerakan lebih memahami peranan negara - negara lain dalam dunia globalisasi ini. Bukan sahaja 2 komponen ini rakyat juga seharusnya sedar dalam satu masa KJ protes kononya campur tangan asing dalam mendesak pelaksanaan keadilan, namun KJ membisu apabila sistem pertahanan Malaysia dicampuri oleh Amerika. KJ membisu apabila pesawat perang Amerika membuat latihan perang bebas dalam negara yang jelas mencemar kedaulatan. KJ membisu apabila PM melantik APCO (syarikat perunding imej Zionis) yang merupakan syarikat perunding imej PM Israel. Najib dan Umno terpaksa juga sanggup melantik syarikat perunding Zionis ini demi mematahkan imej dan penghormatan dunia terhadap Anwar. APCO yang dibayar jutaan (menurut sumber RM20 juta) wang rakyat juga berperanan kononya mampu membersihkan imej Najib yang terpalit perbagai skandal dan rasuah khususnya kes Altantuya.

Umno tidak pernah hilang dengan sentimen perkauman sempit, dibawah ialah petikan blog pro Umno yang telah mengambil kesempatan ketidak hadiran gerakan dan mca dengan membakar sentimen perkauman.
Keduanya banyak blog pro Umno mengakatakan demo tersebut ialah anjuran 'bloggers' pro Umno tetapi telah dirampas oleh KJ. Ramai 'bloggers' pro Umno telah mengatakan kekecewaan mereka apabila KJ hadir dan 'merampas' program yang mereka rancang.
Ketiga, inilah demontsrasi atau program bertujuan menarik perhatian media dunia yang paling banyak bahan 'pameran' salah eja. Menurut sumber dalaman mengatakan kain pemidang yang dibawa ke depan kedutaan tersebut memang banyak, malah hampir semua sengaja disalah eja untuk sabotaj imej KJ.

Kesian dengan KJ rupanya demo depan Kedutaan Australia itu lebih menyerlahkan dan memparahkan serangan dalaman Umno yang kamu berdepan.

Moga KJ tabah berdepan dengan serangan 'geng Mahathir' dalam Umno, namun cheGuBard percaya dan yakin KJ mampu berdepan kerana 'geng Mahathir' yang nak benam KJ termasuk bloggers hanya hangat - hangat tahi ayam.

3 comments:

  1. Anonymous12:49 PM

    repot polis harus dibuat kerana menghina Allah. cuba lihat Allah diletak sama taraf dengan kaki. disepak dan diterajang oleh mereka yang binatang ini. sama2 kita berdoa agar mereka ini dilaknati oleh Allah dan Melekat hingga nyawa mereka dicabut. masyallah.......

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:53 PM

    semua demostran tajaan pemuda Umno dan Perkasa adalah "posers" dan memalukan..tatabahasa salah..ejaan pun salah...diaorang sebenarnya tong-tong kosong yang diketuk bergaung bunyinya....pesanan untuk KJ.."kau hantar pengikut2 kau pegi tuition bahasa inggeris dulu...dah pandai baru datang berdemo...double check dulu spelling dan grammar sebelum print... baru nampak sebagai demostran yang educated...."

    Pesanan ikhlas dari
    -Aku-

    ReplyDelete
  3. Anonymous6:39 AM

    I agree with first anon. It's disturbing how they put ALLAHUAKBAR at the same level as their feet.

    ReplyDelete