Wednesday, April 15, 2009

RM 45786 wang rakyat untuk puja Rosmah

Pada 7 April yang lepas ketika ramai sedang memberikan tumpuan ke Bukit Selambau, Batang Ai dan Bukit Gantang, Isteri Perdana Menteri Malaysia (baca : de factor PM) telah turun ke Rembau untuk melawata Pusat Anak Permata Negara di Chembong, Rembau.

Sempena itu iklan satu muka Utusan Malaysia telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Sembilan untuk 'memuja' Rosmah yang sudi turun 'mencemar duli' ke Rembau.

Menurut sumber dari Utusan Malaysia harga iklan untuk memuja Rosmah itu sahaja sudah berharga RM 45786.00

che'GuBard mengecam Kerajaan Negeri Sembilan kerana membazirkan sebegitu besar jumlah wang rakyat hanya untuk memuja dan mengambil hati isteri seorang PM. Itu baru iklan di Utusan sahaja bagaimana dengan iklan di akhbar lain ?

Itu tidak termasuk berapa perbelanjaan banner sambutan, bendera (termasuk kos pemasangan) dan lain persiapan yang dibazirkan.

Kerajaan Negeri Sembilan di bawah menteri besar yang sama pernah dilaporkan dalam laporan audit negara bahawa pernah melakukan penyelewengan dengan menggunakan wang untuk rakyat miskin dan peruntukan lain untuk mengubah suai dapur rumahnya dan membuat banner ucapan dan sambutan.

setelah carian dibuat ahli parlimen Rasah juga telah membuat posting lebih awal mengenai perkara ini dalam blognya.

6 comments:

  1. Keep up your good work ... and perhaps together we can share this info to be spreaded among rakyat..

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:41 AM

    Chegubard,
    Tolong siasat mengenai rundingan terus (direct nego) mengenai network-metro E di seluruh N9.
    Syarikat yg ketuai oleh parti PPP telah gagal network metro E di seluruh selangor (SELNET) dan SYABAS (SECOB).
    Anak syarikat PPP (obnet sdn bhd) yg GAGAL melaksana projek SELNET dan SECOB menanggung hutang berjuta ringgit dgn kuwait finance,TM selangor dan VADS sehingga syarikat terpaksa membuang 3/4 pekerja tetapi masih boleh membuat network di N9 yang bernilai jutaan ringgit setahun melalui rundingan terus...ajaib.
    Diberitakan wakil PPP boleh masuk ke SUK N9 tanpa pas kad(lambai tangan pada security guard sahaja) dan berjumpa dgn pegawai atasan SUK N9 perlu temu janji.(mungkin unsur rasuah bermula disini)

    ReplyDelete
  3. Tq chegubard,
    Kami akan bantu hebahan

    ReplyDelete
  4. Anonymous2:41 PM

    baguih ahah..orang N9 yg sokong malaun meno..korang jadi lah cam malaun meno sampai mampus pun keno tipu...bangkitlah dan jangan jadi malaun meno laih!!!!

    ReplyDelete
  5. Kepada anonymous 11:41 am yang menulis pasal syarikat kabel telekomunikasi sila email saya terus ke chegubard@gmail.com untuk kita berkomunikasi leboh lanjut.

    kepada komentar yang lain terima kasih

    ReplyDelete
  6. Anonymous5:41 PM

    Sekarang dah masuk kes SELNET dlm suratkabar.. makin menjadi2.. kononnya ada repot dari SIRIM mengatakan yang SELNET ni bagus? Boleh pakai ke citer ni..

    ReplyDelete