Friday, April 10, 2009

Keadilan Rembau bina rumah baru warga emas




KOTA - Kehidupan seorang warga emas, Manap Rasul akhirnya berubah, apabila kediaman usangnya digantikan dengan sebuah rumah baru yang jauh lebih selesa di. Kampun Selemak, Kota, Rembau.


Kisah kehidupan Manap Rasul yang tinggal seorang diri di rumah usang tanpa kemudahan asas pernah dilaporkan oleh Akhbar Sinar Harian.


Prihatin dengan nasib Manap, Keadilan Bahagian Rembau telah membina sebuah rumah yang agak selesa hasil sumbangan orang ramai yang ikhlas membantu.


Ketua Keadilan Bahagian Rembau, Badrul Hisham Shahrin berkata, rumah yang telah siap dibina lebih sebulan yang lalu merupakan hasil bantuan banyak pihak termasuk daripada Tabung Jejak Faqir Keadilan Bahagian Rembau.


Menurutnya, kedaifan hidup warga emas ini perlu dibantu memandangkan keadannya yang uzur ditambah pula keadaan rumahnya yang daif, hanya mengharapkan bantuan jiran-jiran termasuk keperluan makanan harian.


“Melihatkan keadaanya itu, Keadilan Bahagian Rembau mengambil keputusan untuk membina kediaman baru untuknya agar kehidupannya menjadi lebih baik.”


“Biarpun tak seberapa, dibina dengan kos RM 6,000, rumah yang dibina hasil sumbangan orang ramai ini begitu besar ertinya dalam membantu golongan yang benar-benar memerlukan bantuan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Rumah Warga Tua dan Miskin serta Penyampaian Zakat Bantuan di Kampung Selemak, Kota, Rembau.


Selain dari sumbangan individu projek ini juga menerima sumbangan dari Yayasan Aman iaitu berjumlah RM1800.00


Beliau yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat berkata, setakat ini keperluan asas dan air sudah disediakan, cuma menunggu waktu terdekat bagi dibekalkan dengan keperluan elektrik ke rumah tersebut. Dalam pada itu, 13 orang fakir miskin dan golongan kurang berkemampuan telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Saleh serta ADUN Sijangkang YB Dr. Ahmad Yunus Hairi yang telah sudi hadir dalam majlis itu.


Majlis itu juga telah diceriakan dengan persembahan teh tarik oleh bekas juara teh tarik F&N tahun 2004, S. Musliadi Sabtu yang juga merangkap Naib Ketua AMK Rembau.


Sementara itu, Manab Rasul ketika ditemui, mengucapkan rasa kesyukuran di atas sumbangan membina kediaman yang cukup selesa untuk dirinya berteduh.


“ Terima kasih di atas jasa baik Parti Keadilan Rakyat Rembau membina rumah ini dan saya benar-benar terharu dengan bantuan yang diberikan,” katanya sambil menitiskan air mata.


Projek seterusnya ialah membaiki rumah orang miskin berbangsa India di DUN Paroi bawah Parlimen Rembau, projek ini dijayakan oleh Unit Amal Rembau dengan sokongan Pusat Khidmat Rakyat Rembau (KEADILAN). Untuk menyumbang sila klik sini.

- tulisan Norazizi Aziz

9 comments:

  1. Teruskan bro....... teruskan !!!

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:24 PM

    good job bro!! keep it up..

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:25 PM

    good job bro!! keep it up!!

    ReplyDelete
  4. taniah cikgu bad kerana pr berjaya mengekalkan kerusi bukit selambau dan bukit gantang.
    Kejayaan ini adalah kerana kita berkerja kuat
    saya berharap pr dan pkr membuat kerja dengan iklas dan keiklasan ini akan menentukan kejayaan kita
    negeri sembilan walaupun masih belum dapat di ambil alih tertapi pr dapat kurusi dun di situ

    Cikgu bard sebagai anak rembau saya bangga kerana adanya pemimpin seperti anda dan saya berharap ramai lagi akan memcontohi anda

    umno sudah memerintah selama 52 tahun tetapi rembau masih banyak masaalah sosial. kita blh lihat setiap hari adanya masaalah dadah rempit bohsia dan sebangainya
    saya berharap cikgu bard dan amk dapat turun padang menyelami permasaalah mereka dan membawa mereka bersama cikgu

    ReplyDelete
  5. Anonymous3:05 PM

    Salam Bro..

    Teruskan usaha dekati rakyat...

    sammersing.

    ReplyDelete
  6. salam penulis dan pembaca..
    tan sri KJ tak kate pape ke cikgu? oooo die kan sebuk ngan pemuda sekarang.. hahahaha

    dan cikgu sebagai penganalisis politik harap boleh tolong sy jelaskan kerajaan campur..

    nak minta penjelasan kiranya anda boleh memperjelaskan sedikit hal undang2 MALAYSIA... bukan nak ajak bergaduh.. hehehe

    link yg terlibat:
    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/nik-aziz-bela-dap.html

    ReplyDelete
  7. Syabas dan Tahniah Rembau. Moga dgn niat yg seikhlas mungkin, pimpinan PR akan di martabatkan di persanda Harapan Baru Negara.

    Selagi nadi berdenyut, selagi itu perjuangan demi keadilan berterusan.

    @@ Pak Tam Jemapoh @@

    ReplyDelete
  8. Tahniah....AlLah SWT akan merahmati apa yang baik kita buat, meskipun kebajikan untuk bukan Muslim. PAS, PKR dan DAP semoga terus perkukuhkan ikatan walaupun berlainan fahaman. Lahirkan Malaysia yang bersih (luaran dan dalaman), penuh amanah dan penuh keikhlasan.

    ReplyDelete
  9. Anonymous5:48 PM

    semakin lama semakin aku paham kenapa bard ni banyak musuh dalam parti dan luar parti....

    jawapannya orang lain tak terbuat apa yang dia buat.... teruskan Bard...abang sokong kau

    ReplyDelete