Monday, April 02, 2007

Harus ada perhimpunan besar sambut dua keputusan....

Pertama sekali saya ingin melahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dua perkembangan minggu lepas.

Pertama keputusan Mahkamah Majistret Kuala Klawang 23 Mac lalu membebaskan dan melepaskan (discharged and acquited) Naib Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu, saya dan empat orang tertuduh yang lain di atas pertuduhan menghadiri perhimpunan tanpa permit di bawah seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967.

Kes ini berkaitan kesemua tertuduh didakwa terlibat di dalam perhimpunan di pekarangan rumah Hj Jamlus di Batu 2/12 Kg. Chenor, Kuala Klawang pada 16.7.2001 jam 9.45 malam.

Tiga tertuduh ditahan pada malam tersebut tetapi yang lain termasuk saya ditahan di tempat kerja, Sekolah Kebangsaan Mambau ketika sesi pengajaran (ketika saya bertugas sebagai seorang guru di situ).

Keputusan Majistret tersebut dibuat setelah Timbalan Pendakwaraya memberitahu kepada pihak Mahkamah hari ini bahawa pihak pendakwa tidak lagi ingin menawarkan apa-apa keterangan di bawah seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

Di sini juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peguam yang terlibat khususnya Mohamed Hanipa Maidin dan Syed Fuad Syed Ahmad. Kes ini merupakan kes yang amat panjang dan melibatkan ramai orang. Pada peringkat awal ramai peguam yang terlibat termasuk Tn Hj Ruslan Kassim, Fernandez dan Shamsul Iskandar tetapi menarik diri ketika proses perbicaraan kerana alasan tertentu.

Hanipa Maidin dan Syed Fuad Syed Ahmad dari tahun 2001 hingga ke 23 Mac lepas tanpa gagal terus membela ke semua tertuduh dalam kes ini tanpa bayaran dan mengeluh. Jelebu yang jauh dan agak terasing dari segi geografinya menuntut kesungguhan bukan kepalang untuk berulang selama 5 tahun untuk menghadiri perbicaraan. Jumlah kehadiran mereka jika di hitung dan dibezakan dengan jumlah kehadiran saya (yang sering MC) menggambarkan kesungguhan mereka. Mereka antara peguam rakyat. Terima kasih !

Kes ini juga telah mematangkan saya, selain dari ’terpaksa’ meletakkan jawatan sebagai seorang guru. Polis menyerbu sekolah hanya kerana nak menahan saya yang sedang mengajar ?..... macam macam...malah dalam kes ini dua kali saya terpaksa berdepan dengan masalah berkenaan jaminan.

Pertama sekali ialah apabila penjamin saya (juga merupakan teman AJK Pemuda Keadilan Nasional Negeri Sembilan) telah menarik semula jaminan secara tiba – tiba pada hujung tahun 2001. Tindakan beliau pada ketika itu dipercayai kerana kecewa dengan kemenangan saya sebagai exco Pemuda keADILan Pusat dalam pemilihan parti di Kemaman November 2001. Malah pada masa yang sama dua peguam juga menarik diri.

Walaupun saya dipahamkan wang jaminan tersebut bukan milik mutlak peribadi beliau tetapi merupakan wang kutipan orang ramai tetapi secara teknikalnya beliau boleh berbuat demikian. Masa yang suntuk selepas wakti rehat tengahari menarik jaminan pada ketika itu saya rasakan memang bermaksud untuk membuatkan saya tidur di dalam lokap paling kurang semalam kerana saya rasakan amat mustahil untuk mencari wang jaminan sebelum waktu pejabat tamat. Ketika genting ini kad pengenalan saya telah ditahan dan saya tidak dibenarkan meninggalkan kamar mahkamah.

Nasib baiklah pada ketika itu saya hadir ke mahkamah bersama Sanusi Abdullah (exco Pemuda Keadilan nasional ketika itu). Beliau telah berusaha dengan bantuan Ibrahim Yusof mencari penderma untuk wang jaminan. Saya rakamkan juga di sini terima kasih kepada Tn. Hj Abd Rahman Osman kerana beliau bermurah hati untuk memberikan wang jaminan yang dicari – cari.

Masalah kini ialah masa tidak cukup untuk menunggu Tn Hj Rahman hadir menyatakan jaminan tersebut di hadapan majisterit. Maka dipersetujui wang dimasukkan ke akaun seorang teman AJK keADILan Jelebu, beliau membuka akaun bank baru dengan wang tersebut dan Alhamdunillah sebelum 4.30 petang semuanya dapat diselesaikan. Terselamat dari bermalam di lokap Jelebu.

Kali kedua masalah ialah apabila AJK bahagian Jelebu tersebut (penjamin saya) yang merupakan seorang kontraktor terpaksa menarik jaminan kerana paymentnyer dilambatkan kerana menjadi penjamin. Nasib baik Wak Katiran (Timbalan YDP Pas Jelebu ketika itu) sanggup mengeluarkan wang beliau dan menjadi penjamin.

(dipahamkan sehingga kini wang jaminan pemberian R.0 masih ditangan penjamin lama yang seorang konraktor dan masalah menjadi rumit apabila beliau telah meninggal dunia tahun lepas).

Perkembangan yang menarik juga minggu yang sama apabila suhakam mengeluarkan laporan mengenai inkuiri awam peristiwa bloody Sunday May lalu. Pesuruh jaya suhakam dengan jelas menyatakan bahawa polis bertindak di luar batasan pada ketika itu dan mencadangkan agar akta polis dipinda.

Dalam sidang media ketika melancarkan laporan inkuiri tersebut hari ini, Pengerusi Inkuiri Awam bagi kes tersebut, Dato' K.C Vohrah mencadangkan permit polis tidak diperlukan bagi perhimpunan awam supaya tidak mencabuli Perlembagaan negara yang memberikan hak berhimpun.

Beliau juga mencadangkan Seksyen 27A, Akta Polis 1967 yang memerlukan orang ramai mendapat permit perhimpunan dihapuskan.

Berdasarkan Inkuiri Awam yang bermula pada 5 Oktober dan berakhir pada 18 Oktober 2006, ahli Panel Inkuiri mendapati perhimpunan berlaku dalam keadaan aman dan tindakan polis menyuraikan perhimpunan telah mengganggu hak-hak ahli untuk berhimpun.

Malangnya dalam laporan tersebut menyatakan juga bahawa Suhakam tidak punya kuasa untuk bertindak. Laporan itu secara tidak langsung mengatakan bahwa perhimpunan aman menyatakan perasaan (tunjuk perasaan) tidak salah dalam negara Malaysia.

Perkembangan ini harus disambut oleh semua pecinta keadilan di bumi Malaysia. Ini harus dirakam sebagai cabaran kepada anak muda ’progresif’ di Malaysia agar dengan berani mengadakan perhimpunan untuk menyambut dua perkembangan ini.

Demokrasi , ruang bersuara harus di tuntut bukan di minta.... Ayuh atau anak muda Malaysia selesa dengan panggilan anak muda kain batik (pakai cakap Md Sabu) ?

* gambar di rakam 2006 di depan Mahkamah Jelebu sedang bercakap dengan Peguam Hanipa Maidin turut kelihatan dalam gambar ialah Peguam Hj Syed Fuad.

5 comments:

  1. Anonymous5:46 PM

    Saidina Umar Al Khattab pernah menyebut bahawa untuk mengenal perilaku seseorang itu, kita perlulah tinggal bersama untuk tempoh 3 hari ataupun bermusafir bersama...baru kita kenal siapa teman kita yang sebenar.....teruskan perjuangan, kami menanti kepulangan mu....

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:08 PM

    nak penjelasan saudara betulker SAM dan Ruslan tarik diri sebagai peguam after Kemaman ? Then mereka juga pengaruh suruh tarik jaminan ...? kalau betul mereka gila pangkat nama dan kuasa.... lebih baik org UMNO dr mereka....

    Teruskan bejuang saudara !

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:10 PM

    ini hanyalah artikel fitnah untuk memburukkan ketua AMK sekarang. Sdr. Shamsul seorang peguam yang dedikasi... pedulikan fitnah ini.

    Badrul kau penakut kawal komen, padam chat box... hanya yang memuja kau akan keluarkan.... sama lah kau dengan Ezam... bila SAM baik dgn Azmin dia marah sebab dia nak semua puja dia

    ReplyDelete
  4. Anonymous8:51 AM

    ni lar kejer ko..buat perhimpunan besar..habuk tarak..pastu delete shout box...ko same jer macam pemimpin politik yg corrupt..penakut

    ReplyDelete
  5. Anonymous2:19 PM

    Pemimpin korup dan penakut ? siapa SAM ? dia tak jawab lagi pasal duit yg kena songlap aritu...kata nak saman bard ...lathefah koya kuty sanggup jadi lawyer dia ...tapi kenapa senyap dah skang.... sapa yang takut ?

    Bard biarkan depa nie ... depa tgh panic pasal dalam mereka kepung, kawal dan ugut masih banyak bahagian amk yang calonkan hang... dia kena pikir amk benar -benar bosan dengan cara depa itu sebab Hasmi pun boleh dapat pencalonan itu tanda protes..depa kena paham...

    Kami tunggu hang balik dan kami hormati apa jua keputusan hang...cuma kami rasa hang boleh menang jika lawan SAM dan Lathefah yang banyak cakap tu....

    ReplyDelete