Friday, January 12, 2007

che'GuBard ajak semua turun demo ahad ini !

Selepas gagal untuk menghadiri demo minggu lepas kerana hal yang tidak dapat dielakkan kali ini che'GuBard akan bersama dalam demo ahad ini. che'GuBard menggesa orang ramai untuk turun dalam demo yang dianjurkan Gabungan parti pembangkang, kesatuan pekerja dan Pertubuhan Bukan Kerajaan, Protes Kenaikan Tol (Protes) untuk membantah kenaikan kadar tol Ahad ini (14 Januari), jam 4 petang, di depan Plaza Tol Gombak.

Orang ramai dijemput ke perhimpunan itu bagi menunjukkan bantahan terhadap kenaikan kadar tol di lima perhentian tol di sekitar Lembah Klang.

Di samping itu, perhimpunan itu juga diadakan untuk mendesak kerajaan mendedahkan betir-butir perjanjian konsesi lebuh raya dan membatalkan keputusan kenaikan tol.

Berhubung kenyataan Perdana Menteri yang akan menggunakan Akta Rahsia Rasmi terhadap mereka yang mendedahkan perjanjian konsesi lebuh raya, Setiausaha Protes, Dr Hatta Ramli dalam kenyataan kepada Harakahdaily semalam menegaskan menjadi hak rakyat untuk mengetahui kandungan perjanjian yang melibatkan kepentingan rakyat itu.

"Namun kerajaan bukan sahaja tidak ingin mendedahkan perjanjian tersebut, malah mengeluarkan kata-kata yang berbunyi ugutan untuk menakutkan parti pembangkang. Ini adalah sikap yang amat tidak bertanggungjawab," kata Dr Hatta.

Sebelum ini, Protes telah pun menyerah memorandum bantahan kepada Perdana Menteri dan menganjurkan ceramah umum "Bantah Kenaikan Tol" pada 27 Disember lalu.

Mereka juga mendedahkan perjanjian konsesi lebuh raya yang ditandatangani kerajaan dan syarikat lebuh raya, serta menganjurkan perhimpunan awam di Kompleks Membeli-belah Sunway Pyramid buat pertama kalinya pada 7 Jan lalu.

Menurut Dr Hatta, perhimpunan kedua ini juga akan dihadiri oleh pimpinan parti pembangkang, kesatuan pekerja, pertubuhan bukan kerajaan dan mahasiswa.

6 comments:

  1. Anonymous5:54 PM

    angkatan muda telah bersama sejak minggu lepas lagi.tahniah pada angkatan muda.

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:44 AM

    Minggu lepas atuk kau mati... minggu nie sapa lak mati ??

    Mak ngan bapak tunang kau sakitkan kalau diaorang mati pun ok boleh kau raih simpati politik lagi...

    AMK lain jgn terpengaruh teruskan usaha murni. Tahniah AMK..

    Hidup SAM..

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:33 PM

    Tahniah AMK,teruskan perjuangan, tahniah juga buat pemangku ketua angkatan muda dan seluruh ahli amk.

    ReplyDelete
  4. Anonymous3:18 AM

    badrul bukan lagi ahli amk....

    teruskan usaha SAM....

    ReplyDelete
  5. Anonymous3:50 AM

    Hidup SAM !! aku juga menyokong Zaki Yamani sebagai tokoh untuk mengisi Timbalan Ketua AMK..

    ReplyDelete
  6. Anonymous1:59 PM

    sam teruskan usaha,semua ahli amk meletak kepercayaan anda,zaki memang di kenali sejak dari dulu.jangan gentar pimpinan amk.

    ReplyDelete