Saturday, July 29, 2006

Dua Datuk rebut sambut Mahathir punca gas lada itam !

Siapa sangka kejadian seumpama ini boleh berlaku.Dicelah-celah keriuhan kira-kira 1,000 orang menyambut ketibaan Tun Dr Mahathir Mohamad di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra,Kota Bharu tiba-tiba melihat beliau ‘dilarikan’ dengan sebuah kereta.

Kejadian yang berlaku tidak lama selepas beliau mendarat dengan pesawat ekskutif pada jam 10.50 pagi untuk menghadiri dua acara di ibu negeri Kel
antan ini membuat semua orang terkejut.

Sedangkan beliau sudah dijadualkan memberi ucapan ringkas menerusi sunroof sebuah jip Pajero yang diletakan diluar pintu masuk bangunan terminal lapangan terbang itu.

Selain itu ada konvoi 50 buah kereta kancil dan berpuluh buah motosikal sudah berbaris menunggu untuk mengiringi keretanya sampai ke Hotel Renaissance,Jalan Sultan Yahaya Petra ,tempat penginapannya.

Cuma mereka yang ada berdekatan dengan Dr Mahathir semasa diasak oleh orangramai sebaik keluar dari bilik orang kenamaan menuju ke jip berkenaan sedar ada semacam pertengkaran kecil berlaku antara Datuk Ibrahim Ali dengan seorang lelaki dekat pintu terminal itu.


Sejurus itu kedengaran suasana agak kelamkabut sikit.Dr Mahathir yang baru saja masuk ke dalam jip itu kelihatan berkerut mukanya dan terbatuk-batuk.


Para pembantunya terus menariknya keluar dan memimpinnya masuk ke dalam sebuah kereta bernombor DS666 yang diletak dekat jip itu.

Kereta itu dengan diiringi oleh dua buah kereta lain terus berdesup meninggalkan lapangan terbang itu.

Pada waktu yang sama kelihatan sebilangan orang ter
masuk wartawan Agendadaily,Lukman Abdullah seperti mengalami kepedihan pada mata. Ibrahim Ali pula dipapah oleh beberapa orang rakannya.

Rupanya ini gara-gara ada orang yang bertindak menyembur gas pemedih mata semasa Dr Mahathir menghampiri jip itu. Kejadian yang mulanya tidak dapat dipastikan apa puncanya telah mencetuskan berbagai andaian dikalangan mereka yang berada di sekitar kawasan lapangan terbang itu.


Berita kejadian itu yang merebak segera menerusi SMS dan cerita dari mulut ke mulut itu telah menyebabkan ia menjadi bahan bualan panas di merata tempat.


Andaian terhangat yang berlegar ialah ada pihak tertentu hendak mengagalkan program bekas Perdana Menteri itu di Kota Bharu.

Ibrahim Ali yang kemudiannya berucap dari atas jip berkenaan kepada orangramai di kawasan terminal itu berkata ia satu tindakan untuk sabotaj kedatangan Dr Mahathir yang dijadual menghadiri acara di dewan Hotel Perdana pada jam 3 petang dan di Hotel Riverview 8 malam.


Majlis di Hotel Perdana adalah anjuran jawatankuasa almuni bekas ahli parlimen dan wakil rakyat Kelantan
manakala di Hotel Riverview anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan.

Di Hotel Renaissance,Dr Mahathir yang berehat seketika dan membasuh kesan gas pemedih mata kemudia
nya telah menghadiri majlis makan tengahari di sebuah dewan makan di situ.

Hadir sama di situ ialah bekas Menteri Besar Kelantan,Tan Sri Mohamed Yaakob,bekas Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Hussein Ahmad dan bekas CEO Proton, Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff.


Dikerumumi oleh para wartawan untuk mendapat komennya mengenai kejadian ‘serangan’ gas pemedih mata itu Dr Mahathir memberitahu inilah kali pertama beliau mengalami kejadian seumpama ini.


Katanya beliau tidak tahu siapa yang melakukannya tetapi menduga ia satu usaha untuk menyekatnya dari
bercakap.

Pada awal petang,Bernama melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengarah pihak polis supaya menyiasat segera kejadian berkenaan.


Beliau marah dan kesal dengan kejadian itu.Abdullah bimbang ada pihak yang mengambil kesempatan menyebarkan khabar angin menerusi internet mengenai kejadian ini.


Lewat petang Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberitahu menerusi satu satu kenyataan
bahawa insiden itu berlaku ekoran timbul satu pertengkaran antara dua kumpulan yang menganjurkan majlis untuk menyambut ketibaan Dr Mahathir, satu diketuai Ibrahim Ali, dan satu lagi oleh Datuk Nik Sapeia Nik Yusof.

Pada sebelah malam Anas Hafiz Mustapha yang bertugas membantu Pegawai Khas Dr Mahathi
r, Saufi Yusof menyelaras jadual kedatangannya ke Kota Bharu memberitahu media, Nik Sapeia ialah bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai.

Beliau mengesahkan seperti apa yang dinyatakan oleh Musa bahawa ia ada kaitan dengan persaingan antara kumpulan Ibrahim Ali dengan Nik Sapeia.

Namun begitu beliau sendiri hairan bagaimana Nik Sapeia dan orang-orangnya yang berjaket hitam boleh terdorong bertindak menyebur gas pemedih mata hingga mengecohkan keadaan.


Kisahnya bermula pada hari Ahad lalu bila Nik Sepia menghubungi pejabat Dr Mahathir di Yayasan Perdana di Putrajaya untuk menawarkan bantuan dalam semasa sambutan ketibaan dan program di Kota Bharu.


Nik Sapeia bercakap dengan Setiausaha Sulit, Datuk Badariah yang kemudiannya merujuk hal berkenaan pada Dr Mahathir.


‘Saya diberitahu Tun kata apa salahnya kalau ingin membantu,Mungkin cakap Tun itu disalahanggap oleh Nik Sapeia sebagai memberikannya seluruh tanggongjawab jaga beliau semasa di Kota Bharu,”kata Anas.

Sedangkan Ibrahim Ali sudah awal-awal bersetuju hendak mengendalikan seluruh urusan berkenaan.


Akhirnya hasil dari perbincangan dengan Dr Mahathir, mereka bersetuju menyerahkan urusan pengangk
utan bekas Perdana Menteri itu semasa di Kota Bharu dikendalikan oleh Nik Sapeia dan orang-orangnya.

“Malah Tun sendiri ada bercakap dengan Nik Sapiea menerusi telefon memberitahunya mengenai hal itu,”katanya.

Kata Anas lagi Nik Sapeia telah menjemput Dr Mahathir makan tengahari di rumahnya selepas sembahyang Jumaat.

Bagaimanapun Dr Mahathir menolaknya kerana bimbang kesuntukan masa unt
uk beliau menghadiri majlis di dewan Hotel Perdana yang dijadual bermula jam 3 petang.

Sebelum ketibaan Dr Mahathir di lapangan terbang,Nik Sapeia telah menemui Anas dan Saufi untuk memohon berada dalam bilik VIP menyambut ketibaannya.

Bagaimanapun ini tidak dibenarkan oleh pihak keselamatan lapangan terbang itu.


Dalam pada itu di luar pintu masuk terminal,Nik Sapeia telah meletakan tiga buah kereta bersebelahan dengan jip Pajero dimana Dr Mahathir patut berucap.


“Kami semua tidak kisah kerana arrangement yang dipersetujui ialah lepasTun berucap sekejap ,beliau akan terus naik kereta Nik Sapeia bernombor DS666 untuk ke
hotel.Jadi kami semua terkejutlah sampai orang-orangnya bertindak menyembur gas pemedih mata di situ.

“Saya sendiri pelik kenapa jadi sampai begitu.Kalaupun bertengkar dengan Datuk Ibrahim Ali soal berebut nak bawa Tun…tak kan sampai sembur gas pemedih mata….saya pun tak tau apa motif Nik Sapeia,”kata Anas.

Setiba di hotel,Nik Sapeia telah mengiringi Dr Mahathir naik lif hingga ke bilik.

Ditanya samaada Dr Mahathir kenal siapa Nik Sapeia,Anas berkata ya.


Namun begitu beliau tidak tahu serapat mana mereka kenal.


Sewaktu majlis di dewan Hotel Perdana Nik Sapeia turut kelihatan ada bersama lebih 2,000 orang di situ.


Dia bagaimanapun sudah tidak kelihatan pada majlis di Hotel Riverview.

nota kaki :
1. la ingatkan sapa la sabotaj rupanya gaduh sebab sapa nak anjur sambutan ...iskh kalau dah puak 'tu' macam 'tu' la perangainyer....
2. oooooo.....bila Mahathir kena gas kecoh tapi ribuan rakyat kena gas dan kena pukul diam seribu bahasa lak...isk memang tak reti bahasa...tapi kesiannyer tengok muka Mahathir kepedihan...
3. kepada aktivis reformis jgn terperangkap dengan dua perompak bergaduh....Maha lawan Dollah 'isu proton, jambatan dll projek mega' tapi rakyat terhimpit minyak naik, letrik naik..barang naik !
4. seorang dr kota baharu telah menghantar email gambar banner di atas.............PAS anjur lawatan Mahathir ? Apa cerita sebenar........any respons?

3 comments:

  1. Dah sah 666... He's the devil!

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:47 PM

    Betul gak bila Dr. M kena semua kecoh, habis kita yang berjuang atas nama keADILan ni disembur gas, dibalun dengan belantan fru takdelak PM kecoh...

    PM mangkuk hayun.. boleh blah...

    ReplyDelete
  3. Anonymous1:37 AM

    Padan dengan muka Tun...Baru dia rasa...Dulu dia kata DS Anwar tumbuk muka sendiri masa dlm Lokap Bkt Aman, la ni dia yang spray mata sendiri...har har har...ha,ha,ha...

    ReplyDelete