Monday, July 17, 2006

Siapa Tengku Adnan Tengku Mansor

Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Menteri Pelancongan dalam kerajaan Abdullah Ahmad Badawi pengasas ajaran Islam Hadhari, cucu kepada ulama terkenal, Haji Abdullah Fahim telah mengeluarkan idea yang amat ‘bernas’ dan tindakan yang ‘bijak’ untuk melanjutkan masa berhibur di pusat-pusat hiburan sampai pukul 5.00 pagi (sekarang ini setakat jam 12.00 tengah malam sahaja dan pada hari minggu dilanjutkan sehingga jam 2.00 pagi).

Adnan juga mahukan kerajaan Islam Hadhari menurunkan cukai arak, supaya harga arak di pasaran menjadi lebih rendah, kalau boleh lebih rendah lagi dari harga sebotol air mineral. Kalau boleh arak dijadikan minuman rasmi di majlis-majlis rasmi anjuran kerajaan dan diminum oleh orang ramai seperti air sejuk sahaja.

Tujuan Adnan ialah untuk menarik pelancong dari luar negeri datang ke Malaysia untuk berhibur dan beliau suka melihat pelancong asing itu terhuyung-hayang kerana mabuk. Saya rasa Adnan terlupa satu lagi bisnes yang paling menguntungkan. Setakat arak, judi dan hiburan tidak memadai. Adnan patut mengemukakan satu pelan tindakan yang strategic untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara ‘Pusat Pelacuran’ bertaraf dunia sebagaimana nama Genting Highland terkenal di seluruh dunia sebagai ‘Pusat Perjudian’ yang terbesar di Asia.

Arak, judi dan seks hendaklah dijadikan sebagai sebuah industri. Pekerja-pekerja seks hendaklah dinaikkan taraf setanding dengan kedudukan pegawai tinggi kerajaan atau setaraf dengan menteri-menteri. Siapa lagi yang hendak diharapkan membela nasib pekerja-pekerja seks ini, melainkan Adnan. Shahrizat Jalil tidak mungkin kerana beliau ada sedikit pegangan agama. Pusat-pusat pelacuran hendaklah dilesenkan supaya ia dapat bergerak secara sah dari segi undang-undang sebagaimana yang dinikmati oleh pusat-pusat perjudian, arak dan hiburan (pub-pub).

Apabila Malaysia berjaya mengwujudkan lebih banyak ‘syurga arak’, ‘syurga judi’ dan ‘syurga seks’, maka ramailah pelancong-pelancong dari luar negeri berduyun-duyun akan berkunjung ke Malaysia untuk menikmati syurga-syurga tersebut. Mereka tidak perlu lagi pergi ke Thailand (selama ini Malaysia dijadikan negara transit) kerana Malaysia juga turut menyediakan kemudahan-kemudahan tersebut standing dengan Thailand , malah pusat-pusat ini patut diperhebatkan lagi mengikut piawaian antarabangsa-selesa dan memuaskan dari segala aspek layanan.

Hasrat Adnan untuk meningkatkan industri pelancungan dan menjana pertumbuhan ekonomi Negara tentu akan tercapai. Disamping itu, ia juga dapat mengurangkan kadar penggangguran di kalangan belia-belia tempatan. Satu ketika dulu heboh seluruh Negara apabila Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di JPM mengeluarkan fatwa bahawa kerja sebagai ‘pelacur’ dibolehkan dalam Islam, sekiranya seseorang itu berada dalam darurat. Maka, menjadi tanggungjawab Adnan perlu mengadakan situasi darurat ini sepanjang masa supaya lebih ramai wanita-wanita di Malaysia menceburi bidang ‘pelacuran’ ini. Tidak perlu lagi kita mengimport wanita-wanita dari Negara asing. Wanita-wanita tempatan lebih hebat, cantik dan menawan.

Siapa Tengku Adnan Ini?

Adnan dilahirkan di negeri Melaka (asalnya dari Pahang) pada 20.12.1950 pada jam 6.10 pagi dengan surat pendaftaran lahirnya bernombor 100502. Ketika beliau dilahirkan, namanya ialah Adnan bin Mansor. Pada 20.12.1962, ketika beliau berusia 12 tahun, Adnan mulai memiliki kad pengenalan bernombor 4079409 atas nama Adnan bin Mansor juga seperti yang terdapat dalam surat beranak. Sekali lagi beliau menukar kad pengenalan bagi memenuhi kehendak undang-undang pada 3.3.1969 ketika beliau berusia 18 tahun, namanya masih lagi kekal dengan nama Adnan bin Mansor.

Tetapi, pada 3.10.1972, Adnan telah mengubah namanya menjadi Tengku Adnan bin Tengku Mansor. Beliau juga telah mengubah nama bapanya dari nama asal Mansor bin Haji Baba kepada Tengku Mansor bin Tengku Haji Baba. Dengan akuan bersumpahnya, beliau membuat perakuan bahawa beliau berasal dari Keluarga DiRaja Melaka. Keluarga beliau menurut katanya berasal dari keluarga beraja.Keluarganya adalah keturunan ke 3 daripada golongan Kerabat DiRaja Melaka.

Pada hari yang sama (3.10.1972), Adnan mendapat kad pengenalan yang baru di mana di atas kad pengenalan baru itu tertara nama ‘Tengku Adnan bin Tengku Mansor’. Lebih kurang 2 tahun kemudian, 2.4.1974, bapanya juga mendapat kad pengenalan baru dengan nama baru Tengku Mohammed Mansor bin Tengku Haji Baba dengan identiti kad pengenalan baru bernombor 3983336

Begitulah dengan mudahnya Adnan menukar identitinya dari orang biasa berpindah ke identiti baru-seorang berketurunan kesultanan Melaka yang hilang telah takhta akibat kezaliman terhadap rakyat. Adnan Tengku celup. Bukan Tengku asal dan tulin. Sesiapa sahaja di Malasia ini boleh menukar identiti dengan mudah termasuk untuk mendapatkan kad pengenalan seperti yang diperolehi rakyat asing dengan satu syarat memberi undi kepada UMNO/BN.

Kesultanan Melaka amat hebat di abad ke 15, Melaka menjadi tumpuan seluruh dunia yang mahu menjalinkan hubungan diplomatik dengannya. Disebabkan Raja-rajanya yang memerintah secara zalim mengikut hawa nafsu, maka Allah s.w.t t telah menghantarkan bala tentera dari luar (Portugal dan Inggeris) meruntuhkan kesultanan Melaka sehingga ke hari ini, Melaka tidak beraja. Jadi, tidak hairanlah sesiapa sahaja yang mengikuti perjalanan hidup Adnan ini penuh dengan mistri.

Adnan pernah menjadi Setiausaha Kerja UMNO di bawah Dr. Mahathir Mohamad menjadi Presiden. Adnan seorang 'businessman', beliau adalah dipercayai menjadi proksi kepada Vincent Tan pemilik Berjaya Group Berhad. Vincent Tan mendapat banyak projek-projek kerajaan melalui Adnan yang ada hubungan dengan pihak atasan UMNO yang berkuasa mengagih-agihkan kekayaan negara kepada kroni masing-masing.

Adnan merupakan seorang taukeh judi ‘Sport Toto’. Sport Toto Malaysia yang diasaskan pada tahun 1969 dengan nama asalnya Unilite Electrical Indusries Berhad. Pada tahun 1987, syarikat ini bertukar nama kepada Far East Asset Berhad dan dalam penstrukturan semula pada tahun 1992, ia diambialih oleh Berjaya Group dan dikenali sebagai Berjaya Sport Toto Berhad.

Adnan mempunyai saham dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sport Toto sebanyak 3.5 juta saham melalui syarikatnya yang bernama Cimsec Nominees. Ini menjadikan Adnan terlibat dalam industri perjudian Sport Toto melalui pegangan sahamnya dalam Berjaya Group Berhad.

Sport Toto mempunyai 681 rangkaian kedai judi di seluruh negara dan mempunyai dua syarikat perjudian di laur negara iaitu Philippines Berjaya Toto dan pada tahun 1997 membantu kerajaan Ghana menyusun kegiatan loteri di negara berkenaan.

Adnan dan kerajaan Pahang pada satu ketika dahulu melalui syarikat PASDEC Holding Berhad pernah memiliki saham dalam Bukit Tinggi Resort Berhad milik penuh Vincent Tan yang bergiat dalam kegiatan berjudi ‘mesin slot’, tetapi disebabkan oleh bantahan orang ramai, maka Adnan melepaskan pegangannya dalam bentuk saham dan kerajaan Pahang menjual sahamnya pada 23.5.2003.

Kesimpulannya, kerajaan Islam Hadhari semakin tidak peka dengan hukum-hukum Islam dan nilai-nilai murni masyarakat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Kerajaan Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria bahawa orang Melayu-Islam telah membelanjakan RM4 billion setahun untuk minum arak dan berjudi dan 100,000 lagi orang Melayu-Islam telah murtad sangat-sangat membimbangkan.

Apa akan terjadi kepada umat Islam dalam negara ini pada masa hadapan sekiranya kita mempunyai ramai pemimpin sejenis dengan Adnan ini. Ketika kita hendak mengembangkan nilai murni, berakhlak, sopan santun dan berbudi bahasa di kalangan rakyat, kenapa pula arak, judi dan seks dilakukan secara illegal sekarang ini (perbuatan maksiat kepada Allah} dijadikan bahan untuk menarik pelancong asing datang ke negara ini, sedangkan Malaysia mempunyai pelbagai sumber alam semula jadi yang menarik.

Kita patut utamakan pelancong yang berkualiti datang ke negara ini, bukan pelancong yang rendah moralnya yang mengutamakan arak, judi dan seks. Biarlah pendapatan negara tidak banyak, tetapi pendapatan tersebut mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

Kita amal kesal mempunyai pemimpin seperti Adnan ini yang sanggop menjual dan memperdagangkan maruah agama dan bangsa, demi kepentingan ekonomi yang haram untuk negara. Kita juga kesal dengan tindakan Abdullah melantik menteri yang terlibat dengan industri judi dan arak. Kita bertambah keliru dengan Islam Hadharinya. Dari satu segi, beliau berusaha untuk membentuk masyarakat madani yang berakhlak dan bermoral mulia mempunyai jati diri insani, tetapi dari sudut lain pula beliau memilih pemimpin (menteri, MB dan KM) yang tidak berakhlak yang terlibat dengan berbagai skandal dan rasuah.

Sekiranya cadangan ini diterima oleh Abdullah, maka usaha Islam Hadhari untuk membina generasi bersahsiah, berkeperibadian luhur dan murni akan menemui kegagalan dan akan hanya menimbulkan berbagai masalah sosial pula. Islam dan umatnya dalam gerhana di bawah pentadbiran Abdullah.

SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA SERTA PROTES HINGGA TURUN

3 comments:

  1. Anonymous2:33 PM

    aku cukup benci tgk muke tengku adnan nie...........geram nk pijak2

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:51 AM

    Patut la rumah terbakar. Makan duit hasil judi

    ReplyDelete
  3. Anonymous1:12 AM

    TAKDE MUKA ANAK RARA PON =. MUKA JERANGKONG ADA LA

    ReplyDelete