Monday, July 03, 2006

Kritikan Salahuddin : AMK bersikap terbuka

KUALA LUMPUR, 1 Jul - Kelibat Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam kancah politik negara hari ini masih belum mampu menaikkan semula 'gelombang' kebangkitan rakyat seperti yang pernah berlaku ketika beliau disingkir dari Umno dan dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM)pada 1998.

Malah ada pendokong setia gerakan perubahan yang tertanya-tanya ke mana kelibat mantan TPM itu dalam arus politik mutakhir ini lebih-lebih lagi ketika percakaran antara bekas Perdana Menteri (PM) Tun Dr Mahathir dengan PM, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kian memuncak.

Meskipun baru-baru ini Anwar dalam sidang media terbarunya ada menyatakan bahawa Mahathir ada hak mengkritik, tetapi kemunculan beliau yang dijanjikan pada selepas Mei masih menjadi tanda soal kepada rakyat.

Anwar juga mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak akan kembali kepada Umno, katanya.

Begitupun, kemunculan secara konsisten bagi seorang 'ikon' seperti Anwar masih ditunggu rakyat, kata seorang pensyarah yang juga pemerhati politik yang enggan namanya disiarkan.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan Anwar sebenarnya sedang memikirkan 'starting point' untuk meledakkan pelbagai isu dan kemunculannya secara 'konsisten' menjelang Pilihan Raya Umum yang dijangkakan pada tahun 2007.

Sebelum ini, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob telah mengeluarkan kenyataan bahawa mutakhir Pemuda PAS tidak mahu Anwar terus menjadi pemimpin elit, sebaliknya beliau mesti pantas untuk mengambil kesempatan terbaik bersama Barisan Alternatif (BA) turun bertemu rakyat.

"Kini rakyat sedang menunggu beliau (Anwar) untuk memacu keadilan rakyat" katanya ketika Muktamar PAS ke 52 di Kedah baru-baru ini.

Mengulas mengenai kritikan Salahuddin itu, Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KeADILan (AMK), Badrul Hisham Shaharim berkata, pihaknya menyambut baik kritikan itu.

"Kami menghormati pandangan Salahuddin itu sebagai seorang pemimpin pemuda yang berkaliber," katanya ketika ditemui di Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR), Jalan Sultan Hishamuddin baru-baru ini.

Tambahnya lagi, AMK akan mengambil berat pandangan itu dan di pihak AMK segala kerja-kerja 'turun padang'dan menguatkan jentera sedang dilaksanakan, malah ianya juga sedang berlaku dalam jentera pusat (KeADILan).

Beliau tidak menolak kemungkinan adanya suara yang mahu Anwar segera kembali secara konsisten untuk terus menerajui parti dan menggembeleng arus perubahan rakyat, katanya.

Sambil tidak menafikan di peringkat AMK arus tersebut juga sedang berlaku, beliau juga mahu Pemuda PAS terus memberi pandangan kepada gerakannya sebagai rakan dalam Pemuda BA, katanya.

Sebelum ini Anwar telah mengadakan beberapa siri 'turun padang' bersama rakyat, pertamanya di Negeri Sembilan pada 1 Jun 2006, dan kemudiannya ke Kedah berceramah bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 8 Jun 2006 dan program bersama rakyat di Melaka pada 14 jun 2006.

Dalam siri ceramahnya bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Muktamar PAS kali ke 52 di Kota Sarang Semut pada 8 Jun 2006, kira-kira 50,000 penyokong BA hadir bagi menyaksikan dua tokoh besar itu berceramah.

Kehadiran tersebut adalah yang paling ramai setakat ini dalam ceramah dan siri penerangan BA sejak tiga tahun kebelakangan ini./wann.

3 comments:

  1. Anonymous4:22 PM

    Tahniah, chegu!
    hang la yg ada lagi anak muda keadilan nie nak letak harapan selepas Ezam nie..... harap hang ambil ajalah tanggungjawab tu......... Perak akan berada belakang hang.....

    Bab PAS tu belasah jerk..... tapi bukan belasah PAS cuma dua tiga kerat leader dia yng lupa diri tu....mengampu Maha lak....

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:26 PM

    Dah jelas pemimpin PAS, terutama Husam tu ampu Mahathir, tak caya, check dalam:

    www.partiislam.blogspot.com

    Bukak sekarang gakkkk

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:58 AM

    bard,
    Aku harap hang ambil tanggungjawab
    ketua angkatan muda malaysia selepas Ezam,aku menyokong usul yang dibawa oleh perak.
    Aku dan rakan di telok kemang akan menyokong hang

    ReplyDelete