Monday, July 13, 2015

TPPA Perjanjian Bentuk Penjajahan Baru, Malaysia Jangan Jual Negara.

Kenyataan SAMM

12 Julai 2015
TPPA Perjanjian Bentuk Penjajahan Baru, Malaysia Jangan Jual Negara.
Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) adalah satu perjanjian bentuk penjajahan baru. Penjajahan ini tidak datang dengan tentera, Ini adalah penjajahan bentuk ekonomi yang akhirnya apabila kita sedar tentang penjanjian ini, Malaysia sebenarnya sudah tidak apa lagi. Justeru Itu, SAMM berpendirian kita tidak boleh punya pilihan banyak kecuali menentang perjanjian ini.
Malaysia merupakan satu negara yang sedang membangun. Namun, Malaysia asas ekonominya tidak kukuh. Dalam keadaan itu SAMM merasakan persoalan paling penting ialah sama ada kita bantah pasaran terbuka atau tidak. Hakikatnya Malaysia tidak mampu bersaing dengan 11 lagi negara besar lagi dalam perjanjian ini. Contoh Mudah, Pasukan Bola Sepak Malaysia lemah sepatutnya kita perbaiki kelemahan pasukan bola sepak Malaysia. Bukan memcampakkan Bola Sepak Malaysia yang lemah ini ke dalam Liga Eropah dan bersaing 12 Kelab terkemuka Eropah. Akhirnya sudah pasti Pasukan Bola Sepak Malaysia akan jadi pasukan belasahan saja. Begitulah perumpamaan dalam perjanjian ini, Malaysia tidak mampu bersaing dari segi ekonomi dengan 12 negara lain yang akhirnya menyebabkan Malaysia dibuli saja.
Dalam Sejarah Negara. SAMM ingin menjelaskan bahawa 100 tahun dulu, Tanah Melayu ini dijajah bukan sekadar penjajahan melalui tentera sahaja. British datang jajah Tanah Melayu bawa surat perjanjian iaitu penjanjian Pangkor. Akhirnya hasil penjanjian Pangkor Tanah melayu dijajah british. British jajah negara kita bukan semata-mata dia nak pacak bendera union jack di Tanah Melayu saja. British jajah Tanah Melayu untuk rebut kuasa Ekonomi Dunia ketika itu.
Kesan daripada Penjanjian TPPA ini, akan memberikan layanan sama rata terhadap para pelabur syarikat gergasi antarabangsa dari negara seperti Amerika untuk membida projek kerajaan yang selama ini diberikan kepada syarikat bumiputera. Jika kerajaan memberi layanan istimewa kepada syarikat bumiputera, pelabur asing itu boleh menyaman dan mengheret kerajaan Malaysia ke tribunal antarabangsa. Ini bermakna, hak istimewa Melayu dan bumiputera seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak lagi terpakai dan dasar kerajaan untuk membangunkan ekonomi orang Melayu dan bumiputera akan terbelenggu oleh kuasa syarikat gergasi antarabangsa asing yang mengawal melalui tribunal antarabangsa.
Hakikatnya, Malaysia tidak perlu TPPA, perjanjian ini juga sebenarnya hanya menguntungkan syarikat gergasi Amerika.
Perdangangan bebas yang dijanjikan dalam TPPA ini bukan perjanjian yang adil. Bayangkan hari ini tanpa ada perjanjian TPPA, Malaysia sudah dijajah ekonominya. Contoh, McDonald, KFC, PizzaHut, Sudah berapa banyak cawangannya dibuka dinegara ini. Tambah Syarikat-syarikat besar dari Amerika yang bertapak negara. Jangan cakap kita mampu bersaing dengan ekonomi Amerika. Apa akan jadi sekiranya TPPA sudah ditandatangan. Akhirnya, Negara ini boleh lagi menguruskan ekonomi ikut acuan sendiri. Kita tidak mampu lagi untuk suburkan ekomoni anak tempatan.
Amerika menyatakan ini perjanjian perdagangan bebas. Mereka boleh datang negara ini. Buka 500 lagi cawangan McDonold dinegara ini. Kita tanya diri kita kembali, Adalah makcik yang usahakan Restoran Nasi Lemak Antarabangsa Di Kampung Baru, Kuala Lumpur mampu buka cawangannya di Bandar-Bandar besar di Amerika?
Bagaimana Malaysia boleh beri ruang luas untuk negara jahat seperti Amerika. Tiada pilihan lain, Rakyat Malaysia wajib tolak perjanjian ini.

Sekian

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

1 comment:

  1. Anonymous5:05 PM

    Salam......mtk tok pa pujuk pm spy jgn sign
    TTPA ...... KAMI TOLAK TTPA! KAMI TOLAK TTPA.....!!!!!! SUBHANALLAH...

    ReplyDelete