Tuesday, July 14, 2015

DESAK PDRM MULAKAN SIASATAN KEKAYAAN LUAR BIASA 2 ANAK DR.MAHATHIR


Kenyataan Media
14 Julai 2015

DESAK PDRM MULAKAN SIASATAN KEKAYAAN LUAR BIASA 2 ANAK DR.MAHATHIR

1.Saya selaku rakyat Malaysia dan mewakili Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini membuat laporan polis mendesak PDRM (Bahagian Jenayah Kormersial) untuk mebuat satu siasatan menyeluruh mengenai kekayaan luar biasa 2 anak Dr. Mahathir yang di perolehi dalam masa yang singkat.

2.Mirzan Mahathir secara tiba – tiba 2010 memiliki saham dengan jumlah yang besar Petron Filipina sehingga dia menjadi Pengarah syarikat tersebut. Dia juga memiliki secara tiba – tiba memiliki saham syarikat arak San Miguel juga di Filipina. Melalui pegangan syarikat di Filipina beliau telah menelan syarikat Exxon Mobile (Esso) Malaysia.

3.Kemudian syarikat tersebut telah mendapat hak pembekalan bahan bakar untuk kapal terbang di KLIA dan mengawal banyak cabang perniagaan strategic. Apa peranan Mahathir ? Jika benar dia nasionalis kenapa tidak perniagaan bahan api yang strategic ini diberikan terus kepada Petronas syarikat negara tetapi sebaliknya dapat kepada syarikat anaknya.

4.Malaysia tidak harus lupa Mirzan anak kepada Mahathir inilah yang dikatakan punca Anwar Ibrahim dipecat kerana Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak mahu menggunakan wang negara untuk bail out dia. Selepas memecat Anwar , Mahathir telah memegang sendiri jawatan Menteri Kewangan dan negara telah bail out hutang besar syarikat perkapalannya RM266 juta (malah ada sumber yang menyebut nilai jauh lebih besar). Ahli perniagaan yang gagal dan diselamatkan dari muflis dengan dana negara ini tiba – tiba berjaya mengumpulkan kekayaan luar biasa.

5.Mokhzani Mahathir tersenarai antara orang paling kaya oleh sebuah Majalah antarabangsa FORBES. Kekayaan beliau lebih dari raja – raja Melayu apabila antara kereta mewahnya ialah Bugatti Veyron (warna biru) dengan plat WUS 17. Kereta itu boleh menjangkau RM1.5 juta dan sudah tentu nilainya jauh lebih tinggi dengan cukai dan no.pendaftaran istimewa.

6.Mokhzani pemilik Sapura Kencana sebuah syarikat petroleum mengundang ‘pelik’ sector korporat apabila menjadi kaya raya tiba – tiba dengan pantas. Ramai yang menyatakan dia mendapat peluang dengan laluan istimewa di Petronas di mana bapanya ialah penasihat. Contohnya syarikat Mokhzani terlibat dalam menyedut hasil bumi Kelantan.

7.Syarikat milik penuhnya Kencana HL Sdn Bhd dianugerahkan projek RM135.8juta untuk projek gas di medan Kamelia 150km dari Kota Bharu. Projek ini kemudian terlibat dengan projek RM15.6billion iaitu pembinaan paip gas sejauh 300km untuk melarikan hasil bumi ini dari didaratkan di Kelantan. Sapura Kencana juga mendapat  projek berjumlah RM836 juta dari Petronas Carigali. Projek sebesar ini bagaimana anak Mahathir dapat dalam keadaan Mahathir ialah penasihat Petronas.

8.Mokhzani disebut sebagai antara ‘pemilik’ Maxis. Dia juga kini ‘menguasai’ Litar Antarabangsa Sepang sebuah projek Mega Mahathir yang terpaksa di ‘bail out’ oleh Petronas.

9.Saya dengan ini bersedia untuk memberikan kerjasama dengan menyerahkan semua dokumen dan sumber berkaitan berbiliion kekayaan dua anak Mahathir ini yang saya perolehi dari perbagai sumber.

10.Umum perlu mengetahui apa yang menyebabkan Mahathir makin ‘garang’ kini ialah dia makin panik di hujung usia untuk mengambil alih harta kekayaan di tangan yang kita katakan kroni sebelum ini tetapi saya yakin ia adalah proksi – proksi beliau.

11.Mohon pihak Polis bertindak dan saya sedia memberikan kerjasama. Mohon kepada semua jangan terpedaya dengan kepandaian Mahathir memanipulasi keadaan dan mengambil kesempatan untuk membentuk legasi dinasti yang memegang kekayaan negara.

Sekian.

che’GuBard
Pengasas,
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis S2 (IPD Seremban) ,
14 Julai (Selasa), jam 3.00 ptg.

No report Seremban/006555/15



2 comments:

  1. Hello, Saya Puan Sandra Ovia, wang pemberi pinjaman swasta, adakah anda dalam hutang? Anda memerlukan rangsangan kewangan? kami juga menyediakan pinjaman akhir tahun, pinjaman untuk christmas pakej, tahun baru, seorang sehingga bil anda, mengembangkan perniagaan anda dan juga untuk pengubahsuaian rumah anda. Saya memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat tempatan, antarabangsa dan juga pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Anda boleh menghubungi kami melalui E-mel: (sandraovialoanfirm@gmail.com)
    Anda dipersilakan untuk syarikat pinjaman kami dan kami akan memberikan anda perkhidmatan yang terbaik kami.

    ReplyDelete
  2. Saya Widya Okta, saya ingin memberi keterangan kerja yang baik dari Allah dalam hidup saya kepada bangsaku yang sedang mencari untuk pinjaman di Asia dan bahagian lain perkataan, kerana ekonomi yang buruk di beberapa negara. Adakah mereka sesiapa yang mencari pinjaman di antara kamu? Kemudian, anda perlu berhati-hati kerana banyak syarikat pinjaman penipuan di sini di internet, tetapi mereka masih tulen sekali dalam syarikat pinjaman palsu. Saya telah menjadi mangsa yang 6 kredit peminjam penipuan, saya hilang begitu banyak wang kerana saya mendapatkan pinjaman daripada syarikat mereka. Saya hampir mati dalam proses kerana saya ditahan oleh rakyat hutang saya sendiri, sebelum i adalah pembebasan dari penjara dan seorang kawan saya yang saya menerangkan keadaan saya kemudian memperkenalkan saya kepada sebuah syarikat pinjaman reliabl yang SANDRAOVIALOANFIRM. Saya mendapat pinjaman saya Rp900,000,000 dari SANDRAOVIALOANFIRM sangat mudah dalam tempoh 24 jam yang i digunakan, Jadi saya membuat keputusan untuk berkongsi kerja yang baik dari Allah melalui SANDRAOVIALOANFIRM dalam kehidupan keluarga saya. Saya meminta nasihat anda jika anda memerlukan pinjaman anda lebih baik hubungan SANDRAOVIALOANFIRM. menghubungi mereka melalui e-mel:. (Sandraovialoanfirm@gmail.com)
    Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya di (widyaokta750@gmail.com) jika anda mendapati sukar atau mahu prosedur untuk mendapatkan pinjaman.

    ReplyDelete