Tuesday, June 17, 2014

Ops Warta : soalan yang selalu timbul dalam kes saman trafik

SOALAN-SOALAN YANG SELALU DITANYA BERKAITAN SAMAN TRAFIK

a) Saman tu kena bayar ke?

Saman ialah perintah kpd OKS [Orang Kena Saman] untuk hadir ke Mahkamah bukan perintah untuk membayar denda.. dalam saman mesti ada ayat

"KAMU DENGAN INI DIPERINTAHKAN supaya hadir sendiri atau melalui peguam di hadapan Majistret di ................................" 

TIDAK ADA sepatah ayat di dalam saman mengatakan penerima saman hendaklah membayar saman tersebut. Apa yang ada dlm Saman berkaitan bayaran HANYALAH tawaran kompaun yang tertulis spt berikut :-

"Kesalahan ini ialah kesalahan boleh kompaun dan kamu boleh membayar kompaun sebanyak RM300 pada atau sebelum.....(tarikh)"

Kata kunci dalam tawaran kompaun ialah BOLEH... bermaksud tak WAJIB bayar. Jika tidak bayar kompaun, maka OKS hendaklah hadir Mahkamah pada tarikh yg ditetapkan. Ketidakhadiran OKS pd tarikh yang ditetapkan boleh menyebabkan Mahkamah mengeluarkan WARAN TANGKAP. Jika kompaun dibayar, maka Saman dianggap selesai & OKS tak perlu hadir Mahkamah. Saman selesai & tiada saman tertunggak.

b) Kalau tak bayar tak pe ke?

Seperti yang disebutkan dalam perenggan (a), Saman bukan perintah utk membayar denda, jadi tidak bayar kompaun bukan suatu kesalahan tetapi OKS hendaklah ke Mahkamah jika kompaun tidak dibayar.

c) Kalau pergi Mahkamah, denda boleh kurang ke?

Denda bagi kesalahan lalulintas kebanyakannya ialah minimum RM300 & maksimum RM2000. Denda minimum RM300 ditetapkan sama spt kompaun RM300 bertujuan utk tidak menggalakkan OKS pergi Mahkamah. Digalakkan supaya semua OKS hadir Mahkamah & jangan bayar kompaun kerana jika ke Mahkamah, ada dalam situasi2 tertentu, jika mengaku salah sekali pun Mahkamah mempunyai budibicara utk melepaskan OKS dgn amaran jika OKS mempunyai alasan2 yang kukuh yg Mahkamah berpuashati. Alasan2 bergantung kpd budibicara Mahkamah. Walau bagaimanapun jika Mahkamah tidak menerima rayuan/alasan, dendanya tetap RM300 tidak kurang krn telah ditetapkan di dalam Akta.

d) Saya tidak pernah menerima Saman tapi saya cek dlm MYEG & SMS dinyatakan saya ada saman, cane??

Saman tidak perlu disemak krn setiap saman hendaklah diserahkan kepada orang yang disaman samada secara kediri atau dihantar ke alamat berdaftar dalam Geran pemilik kenderaan. Jika Saman tidak diterima bermaksud anda tidak disaman. Tetapi jika anda bertukar alamat, anda mungkin tidak menerima saman. Jika katakan anda tidak menerima saman krn bertukar alamat tetapi tidak maklumkan pertukaran alamat kpd JPJ, anda boleh disaman krn tidak maklumkan pertukaran alamat & boleh didenda tidak kurang RM2000 jika disabitkan bersalah.

e) Kalau tak bayar nanti kena blacklist tak boleh renew roadtax & lesen memandu.

JPJ TIDAK BOLEH blacklist atau halang transaksi hanya semata2 seseorang itu mempunyai rekod saman. Pengarah JPJ perlu melakukan siasatan dgn memberikan peluang kpd seseorang yang mempunyai rekod saman untuk menjelaskan perkara tersebut. "menjelaskan" bukan maksud membayar tetapi memberikan penerangan berkaitan rekod.

Contohnya Zulhazmi ada 20 rekod kesalahan dan tidak membayar. Jadi Pengarah JPJ sebelum menyenaraihitam nama Zulhazmi, perlu memanggil Zulhazmi menerangkan apa dan kenapa rekod tersebut ada dlm sistem. Apabila Pengarah JPJ berpuashati barulah beliau boleh samada hendak senarai hitam atau sebaliknya.

Rekod dlm sistem tidak membuktikan kesalahan.

ZULHAZMI SHARIFF
18 JUN 2014

12 comments:

  1. Anonymous7:41 PM

    Definitely believe that which you stated. Your
    favorite reason seemed to be on the net the easiest factor to
    be aware of. I say to you, I certainly get annoyed even as folks consider
    worries that they just don't know about. You controlled to hit the
    nail upon the top and also defined out the entire thing with no need side-effects , folks can take a signal.
    Will likely be again to get more. Thank you

    Check out my web-site - north carolina attorney search

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:42 PM

    terima kasih zul

    ReplyDelete
  3. Anonymous7:25 PM

    Undeniably believe that which you stated. Your favorite reason seemed
    to be on the web the simplest thing to be aware of. I say to you, I desfinitely get irked while
    people think about worries tht they just do not know about.
    You managed too hit the nail upon the topp andd also defined out the whole thing without having side-effects , people could take a signal.
    Will likely be back to get more. Thanks

    Stop by my blog post Skyhouse South luxury Apartments In midtown Atlanta

    ReplyDelete
  4. Anonymous3:08 PM

    It's ruly very difficult in this full off activity life to listen news on TV, therefore I
    simply use web for that purpose, and get the most up-to-date information.

    My site - Skyhouse

    ReplyDelete
  5. Anonymous5:52 PM

    Excellent post. I used to be checking constantly this blog and I am
    inspired! Extremely useful information specially the closing section :) I care for such information much.
    I was seeking this certain info for a very long time. Thank you and best of luck.


    my web page ... dr oz fat burning pill

    ReplyDelete
  6. Minta pandangan...
    kereta saya dilanggar lori..atas kecuaian pemandu lori..waktu report dah nyata lori tu ngaku salah n setuju tuk kelaskn kes RTI ( refer to insurance) lori tu..tp bila kuo surat polis yg saya dpt ialah RTM (refer to magistrate)..dan bila bincang dgn insurance sdn, xleh klim atas insurans lori..alasan tader surat saman drp polis...camner nk wat ek?

    ReplyDelete
  7. Saya nak tanya motor saya kena saman dgn jpj sbb kwn sy bwk xda lesen..bila roadtax sy mati sy boleh hidupkan tak?

    ReplyDelete
  8. Anonymous5:37 PM

    Kalau sy kena saman polis trafic sebab speeding atau salah parking, kena waran tangkap jugak ke?

    ReplyDelete
  9. soalan sya ada di ats.... sya try check saman melalui sms.... dan sman thn lps.. tapi sya dpt surat smn pn di rumah.. so mcm na yee... tu di kira smn ke tak

    ReplyDelete
  10. soalan sya ada diatas.. sya try check smn melalui sms... da ada 1 smn thn lps.. 2015..,tapi surat tak smpai umah pn...almt tk tukar.. so tu dikira saman ke..

    ReplyDelete
  11. Anonymous11:31 PM

    Adakah samam dbkl ada effect kepada lesen P (lesen D)

    ReplyDelete