Memorandum
Kepada Menteri Besar Johor Dan Ketua Pembangkang DUN Johor
Berkaitan Isu
1. Rayuan Terhadap Pulau Batu Putih
2. Penjualan Hartanah dan Pasir Kepada Warga Asing
3. Harga Rumah Di Johor Bahru
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor telah mengikuti dengan rapat akan titah DYMM Sultan Johor sewaktu merasmikan pembukaan Penggal Kedua, Dewan Negeri Johor Yang Ketiga Belas.
Sehubungan itu, terdapat 3 isu yang dilihat penting dan signifikan kepada kedaulatan negeri tercinta ini dan juga kepada situasi semasa kehidupan anak-anak muda di Bandaraya Johor Bahru.
Memorandum ini disediakan sebagai satu luahan suara hati anak-anak muda negeri Johor yang sangat sayangkan tanahair ini agar kedaulatan dan kesejahteraan negeri ini terus terpelihara.
Rayuan Pulau Batu Putih & Pemilikan Pulau Pisang
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor menjunjung kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan ke bawah DYMM Sultan Johor yang telah menitahkan Kerajaan Negeri
untuk mengemukakan rayuan kepada ICJ bagi menuntut kembali Pulau Batu Putih
yang telah terlepas sebelum ini.
Sehubungan itu, Solidariti Anak Muda Malaysia Johor mendesak Kerajaan Negeri
Johor untuk :
Secara umumnya, spekulasi nilai hartanah di Johor Bahru berlaku tanpa kawalan
sehingga telah menyebabkan berlaku keadaan kegagalan pasaran perumahan yang
telah menjadi terlalu mahal dan terlebih nilai.
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor menghargai usaha untuk menyediakan
rumah kos rendah dan mampu milik kepada rakyat yang berpendapatan isirumah di
bawah RM3000 sebulan. Namun begitu, bagi kelompok rakyat yang berpendapatan
isirumah di antara RM3000 hingga RM6000 sebulan, adalah sukar untuk mereka
mendapatkan rumah di kawasan hampir dengan pusat bandaraya Johor Bahru.
Kesenjangan harga rumah yang sangat besar di antara harga rumah kos rendah dan
mampu milik yang berharga diantara RM35,000 sehingga RM80,000 dengan harga
rumah biasa yang ketika ini berada di paras RM300,000 hingga RM400,000.
Ketiadaan rumah berharga diantara RM100,000 hingga RM299,999, telah menyebabkan
kumpulan rakyat berpendapatan sederhana yang berjumlah 40.1% daripada populasi
Negeri Johor tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri.
Sehubungan itu, SAMM Johor menyeru agar :
Ketiga-tiga isu yang dibangkitkan dalam memorandum ini adalah sangat penting
dan signifikan dalam memastikan kedaulatan negeri Johor tidak diganggu gugat
oleh negara asing dan juga untuk memastikan anak-anak Johor khasnya anak muda
tidak tertinggal dan sekadar menjadi pemerhati sahaja akan arus pembangunan dan
kemodenan Wilayah Iskandar Malaysia dan bandaraya Johor Bahru.
Pendahuluan
1. Mendesak Putrajaya untuk menubuhkan satu
Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat dan menyediakan kertas putih akan segala
dakwaan yang telah melibatkan Peguam Negara yang mengetuai panel perundangan ke
ICJ sebelum ini.
2. Sebelum rayuan dikemukakan ke ICJ yang
diketahui akan melibatkan proses yang rumit dan panjang, adalah sangat penting
untuk kita terlebih dahulu menyiasat setiap butiran dan dakwaan yang terkandung
di dalam Akuan Bersumpah Datuk Mat Zain Ibrahim.
3. Jika tuduhan ini benar, tindakan oleh
mereka yang terlibat itu adalah satu bentuk penghinaan bukan sahaja kepada
seluruh rakyat Johor dan Kerajaan Negeri Johor malah kepada ke bawah DYMM
Sultan Johor. Tindakan itu telah mencemar kedaulatan negeri Johor. Maka,
Kerajaan Negeri tidak boleh berkompromi dan sekadar mendiamkan diri sahaja.
4. Usaha mendapatkan kembali Pulau Batu
Putih ini sememangnya didokong oleh semua pihak, maka adalah diharapkan agar
semua pihak tanpa mengira ideologi partisan berusaha bersama-sama.
5. Kerajaan Negeri perlu menyegerakan
usaha dan tindakan proaktif dalam memastikan Pulau Pisang, Pontian akan terus
kekal menjadi milik Negeri Johor tanpa boleh dikacau ganggu oleh negara asing.
Penjualan
Hartanah Dan Pasir
Dalam
pada kita berusaha untuk mendapatkan kembali Pulau Batu Putih yang telah hilang
itu, adalah diharapkan juga agar pihak Kerajaan Negeri turut sama menjaga
aset-aset hartanah dan pasir yang ada di negeri ini khasnya di sekitar
Bandaraya Johor Bahru daripada menjadi milik warga luar.
Oleh
itu, Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor menyeru Kerajaan Negeri untuk :
1. Memastikan bahawa setiap hartanah yang
ada di bandaraya Johor Bahru ini majoritinya dimiliki rakyat tempatan dan hanya
dijual kepada warga asing dalam jumlah yang kecil.
2. Pemberian tanah-tanah kepada pelabur
asing juga boleh menghakis kedaulatan negeri ini disamping mengetepikan peluang
rakyat tempatan untuk merasai nikmat kemajuan dan kemakmuran pembangunan negeri
ini.
3. Adalah sesuatu yang menjolok mata dan
tidak dapat diterima oleh akal yang rasional apabila Singapura melakukan
aktiviti tambak laut dengan menggunakan pasir yang dibeli daripada Negeri Johor
sendiri.
4. Kesan tambakan laut ini bukan sahaja
boleh mengancam jarak sempadan perairan negara namun ia juga berpotensi
membunuh ekonomi nelayan dan juga mengganggu ekosistem perairan di Selat Tebrau
dan perairan sekitar.
5. Sepatutnya pihak Kerajaan Negeri
memikirkan dengan serius akan impak negatif yang bakal diterima oleh negara
amnya dan negeri Johor khususnya ekoran daripada kerja-kerja tambakan laut oleh
Singapura. Keuntungan kewangan yang dicari tidak sepatutnya memperjudikan masa
depan dan kesejahteraan negeri ini.
6. Kerajaan Negeri juga perlu mengawal
penjualan aset-aset hartanah dan komplek-kompleks milik anak syarikat atau GLC
Negeri Johor kepada entiti perniagaan milik asing.
Perumahan
Rakyat Johor Bahru
1. Kerajaan Negeri perlu mencari satu
mekanisme baru untuk mengawal spekulasi pasaran harga rumah di Bandaraya Johor
Bahru yang terlalu mahal dan terlebih nilai.
2. Adalah dicadangkan agar Kerajaan
Negeri samada melalui Lembaga Perumahan Negeri yang akan ditubuhkan atau
syarikat-syarikat milik negeri untuk menjalin kerjasama strategik atau
perkongsian dengan pemaju-pemaju perumahan bagi memastikan harga rumah tidak
terlebih nilai dan terlalu mahal.
3. Kerajaan Negeri juga boleh mewujudkan
Skim Perumahan Anak Negeri Johor yang mana setiap anak Johor layak untuk
menerima insentif atau subsidi agar dapat membeli rumah pada harga yang sedikit
rendah daripada harga pasaran. Keuntungan yang diraih daripada penjualan
lot-lot rumah kepada warga asing yang tinggi boleh disalurkan kepada skim ini
bagi memastikan anak-anak Johor tidak terkeluar daripada mendiami kawasan di
dalam Iskandar Malaysia terutamanya di Bandaraya Johor Bahru.
4. Walaupun syarat kuota politik atau
"political patronage" tidak tercatat di mana-mana syarat atau
undang-undang perumahan rakyat namun ia menjadi pengetahuan umum perkara ini
berlaku. Sehubungan itu, Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor mendesak
Kerajaan Negeri menghentikan perkara ini bagi memastikan setiap rumah kos
rendah dan mampu milik hanya diberikan tepat kepada golongan sasaran dan
memerlukan.
That it was relaxing to identify a Honest Kern overview, then stuck to the basic trail to
ReplyDeleteexactly what this unique charismatic person is required to suggest in his or her website.
Tiffany Dow is unusual for an Internet marketer - she's not the money-obsessed salesperson-turned-Internet whiz.
Develop Willie's discipline in yourself and you'll be
well on your way to being successful.
Feel free to visit my page :: frank kern reluctant hero
(www.amazon.com)
Yoսr tax llawƴer can also help you in ways financɑl
ReplyDeleteneeds analysis software can't.
Reνiew my website; naples florida financial planner [playpoi.com]
Jin Liqun, the boss of China's giant sovereign wealth fund, has said he's too busy
ReplyDeleteridding Hartford of its crumbling public housing units and is all but not interested.
If it ever happens, I just hope I don't make a complete fool of myself or embarrass him or anything.
This is what endangers our children, there are real issues that need fixing, including:The sequester :
Budget cuts are crisis management firm still happening.
Want nails for capitol roofing the Paslode Roofing nailerThe back
ReplyDeletepack should be an extension of community.
So I was a roofer for your house. Word of mouth referrals are the best nine holes I've ever played.
4 Is the Business Insured and Bonded? Checking the Inspector's CredibilityThe primary objective of an inspector is to observe the layers of
moisture that have attached to the building's structural
members. Another thing to consider is what kind
of timeline will be needed for the job.
Also visit my web page: roofing Longmont