Kenyataan Umum
18 Jun 2014
18 Jun 2014
PDRM tak fahami undang - undang dalam melaksanakan Ops Warta cabar Ketua Trafik hadir forum dengan Peguam Zulhazmi Shariff
Membaca laporan akhbar theStar 18 Jun 2014 dengan tajuk berita "No money is no excuse under Ops Warta" ada memetik seorang Polis Trafik di Melaka namanya DSP Mohd Sham Abdullah yang menyebut lagi Polis diberikuasa untuk merampas kenderaan dalam ops warta kerana tidak bayar saman.
DSP Mohd Sham dengan angkuh berkata lagi, kebanyakan yang ditahan meminta diskaun tetapi tiada diskaun diberikan, maka mereka hendaklah membayar samanatau "face the music".
Untuk pengetahuan semua tidak ada satu pun dalam mana - mana peruntukkan khususnya Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memberi kuasa kepada Polis untuk merampas kenderaan sesiapa atas alasan mempunyai saman.
Dari laporan tersebut ternyata Polis sendiri tidak memahami peruntukan undang - undang. Peguam Zulhazmi Shariff merupakan seorang Peguam yang banyak terlibat dan sering mengeluarkan kenyataan berkenaan kes trafik dan saman ekor menegaskan dalam pelaksanaan Ops Warta ini Ramai tidak memahami apa dia notis polis, saman dan waran mahkamah.Polis sendiri tidak faham, keliru atau mengambil kesempatan atas ketidak fahaman orang ramai dalam melaksanakanya.
Dalam laman Facebook miliknya, Zulhazmi Sharif sendiri pernah menyiarkan surat beliau menjawab 'Notis' Trafik Bukit Aman kepadanya dengan bertanyakan status saman yang terkandung dalam 'Notis' yang diberikan namun kerana ketidak fahaman Polis maka suratnya bertarikh 21 Feb. 2011 sehingga kini tidak terjawab.
Solidariti Anak Muda Malaysia mengajak rakyat melihat perkara ini dengan serius. Dalam semangat menghormati tugasan anggota Polis dan memahami perlunya penegasan undang - undang khususnya dalam bidang trafik menjaga keselamatan jalanraya, SAMM menegaskan mana mungkin pelaksanaan undang - undang itu sendiri melanggar prinsip keluhuran undang - undang.
Banyak juga kes pemalsuan nombor daftar kenderaan, salah rakam kemera yang akhirnya mengakibatkan yang tidak bersalah terpaksa menanggung beban saman yang tidak dilakukan. Saman juga bukanlah jalan penyelesaian keselamatan jalanraya. Lebih malang lagi apabila saman dilihat sebagai sumber pendapatan bukan hukuman ke arah mendidik pengguna jalanraya.
Bukan menjadi rahsia dimana anggota polis sendiri punya kuota saman tertentu yang perlu dihabiskan dalam masa tertentu ini menggambarkan betapa terdesak menggunakan jalanraya sebagai sumber pendapatan.
SAMM dengan ini juga mengumumkan sedia menganjurkan Forum Kefahaman Undang -Undang (saman trafik) mendidik pengguna ke arah keselamatan jalanraya. SAMM akan menghantar surat Jemputan Forum tersebut kepada SAC Mohd Fuad Abd Latif, Ketua Trafik PDRM dan Peguam Zulhazmi Shariff untuk menjadi panel dalam forum tersebut.
Diharapkan dengan penganjuran forum ini akan menambah kefahaman rakyat dan polis itu sendiri mengenai undang - undang. Yakinlah rakyat yang faham undang - undang akan lebih menghormati pelaksanaan undang - undang itu sendiri seterusnya roh keluhuran undang undang itu sendiri akan terpelihara. SAMM menjangkakan selaku institusi yang seharusnya dekat dengan rakyat PDRM sudah tentu akan mengambil kesempatan forum ini untuk menyampaikan dan menerangkan peranan serta pendirian PDRM dalam perkara ini.
Notis polis yang pernah diperolehi oleh Zulhazmi |
surat balas Zulhazmi yang sehingga kini tak terjawab oleh PDRM |
Rujuk pada rekod JPJ ternyata Rosmah Mansor juga ada saman tertunggak, persoalanya adakah Rosmah menerima saman ituatau hanya notis polis dan adakah Rosmah juga akan ditahan di tepi jalan, kenderaannya di sita dan dibawa ke balai untuk membayar saman. klik sini untuk menyumbang kepada SAMM |
klik sini untuk menyumbang kepada SAMMSUATU HARI DI JALANRAYA...
Jai (bukan nama sebenar) sedang memandu kereta dari Kota Bharu ke KL melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Apabila tiba di suatu tempat ada Polis buat Operasi (Ops Warta Khas) untuk mencari pemilik saman yang enggan membayar saman. Kata SAC Mohd Fuad Abd Latif, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, ada lebihkurang 1.9 juta saman tertunggak dan waran tangkap yang belum selesai.
Polis : Encik... tolong ke tepi ya...
Jai pun memandu ke bahu jalan dan berhenti.
Polis : Mintak IC & Lesen Encik.
Jai keluarkan lesen & IC. Alhamdulillah lesen memandu masih hidup. Setelah memeriksa IC & Lesen Jai, Polis tersebut berkata.
Polis : Encik, ikut rekod kami, encik ada 15 saman tertunggak dan 1 waran tangkap. Jadi Encik kena ikut saya ke Balai.
Jai : Boleh tunjuk pada saya rekod yang Encik kata tu?
Polis pun tunjuk kepada Jai rekod dalam komputer dan kemudian diprintkan kepada Jai.
Jai : Owhhhhhh ini rekod saja... mana samannya?? Saya tak pernah tau pun ada saman. Ini rekod saman ke notis? Yang waran tangkap tu kes apa? Bila saman keluar? Bila saya kena pergi Mahkamah?
Polis : Encik, setakat sekarang ni, ini ja yang saya boleh tunjuk. Kalau encik nak lebih lanjut sila ke ikut saya balai.
Jai : Ok la kalau macam tu jom kita ke balai. Saya pun nak juga tahu saman apa yang saya ada & waran tangkap tu kes apa.
** Rajin ke Polis tu nak bawak Jai ke Balai dlm dok tengah kalot operasi??**
Kalau ke balai. Di Balai.
Polis : Ok encik ini senarai saman dan waran tangkap yang encik ada.
Jai : sama je, itu hanya rekod. Saya nak tengok saman. Nak tengok waran tangkap. Sebab saya nak tahu yg dlm rekod tu betul saman ke notis. Kalau encik tak boleh bagi sekarang, saya nak balik dulu. Saya ada kerja lain lagi nak buat.
Polis : tak boleh macam tu Encik, kami ada bukti Encik ada saman tertunggak.
Jai : Ya la encik ada bukti tapi mana buktinya? Yang encik tunjuk tu rekod tapi mana samannya? kalau tak ada, encik ambil nombor telefon saya, nanti bila ada bukti boleh telefon saya ya.
SEQODAR ITULAH PERBUALANNYA. JAI PUN START KERETA BALIK KL.
No comments:
Post a Comment