Monday, December 02, 2013

Tahniah dan terima kasih Karpal bangkitkan laporan polis SAMM kes #AGagenCIA

Bahkan, menurut Karpal, polis juga boleh membuat laporan polis mengenainya.
Namun, kiranya Zahid terlepas pandang dan mengatakan siasatan mengenai Gani tidak dapat dilakukan kerana Mat Zain tidak membuat laporan polis, sebaliknya hanya membuat akuan bersumpah, sebenarnya Solidariti Anak Muda Malaysia atau SAMM sudah membuat beberapa laporan polis mengenai Gani.
Apakah laporan polis SAMM itu tidak mencukupi dan memerlukan Mat Zain juga membuat laporan polis?
Tetapi dalam beberapa kes sebelum ini, ada siasatan polis dilakukan tanpa pihak yang menuduh membuat laporan polis. Dalam kes antara Sharifah Aini dan Siti Nurhaliza beberapa tahun lalu, polis menjalankan siasatan berhubung emel yang dikatakan memburukkan Siti Nurhaliza walaupun penyanyi itu tidak membuat laporan polis, sebaliknya laporan polis dibuat oleh seorang wartawan hiburan.
Jika kes itu boleh dijadikan rujukan, polis sebenarnya sudah boleh membuka kertas siasatan ke atas Gani berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh SAMM itu dan tidak perlu menunggu sehingga Mat Zain membuat laporan polis mengenainya.
Tetapi jika itu yang disyaratkan oleh Menteri Dalam Negeri yang baru saja mendapat undi tertinggi dalam pemilihan Umno...........


http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/pepatah-hendak-seribu-daya-tak-nak-seribu-dalih-tidak-pernah-berbohong-shah

No comments:

Post a Comment