Tuesday, December 17, 2013

Kenyataan Terbuka Buat Hj Hadi : ADAKAH HJ HADI SAMA TARAF DENGAN ZAHID HAMIDI ? BUKTIKAN ATAU MOHON MAAF !

Kenyataan terbuka buat

Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hj Hadi Awang.

18 Disember 2013

ADAKAH HJ HADI SAMA TARAF DENGAN ZAHID HAMIDI ? BUKTIKAN ATAU MOHON MAAF !

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat;217 yang bermaksud:
 “Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: “Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh…”

Saya Badrul Hisham Bin Shaharin atau lebih dikenali sebagai che’GuBard telah bertanding di kerusi N21 Dun Sungai Acheh, Pulau Pinang. Walaupun kerusi tersebut ialah kerusi PKR (tahun 2008 ditandingi PKR) tetapi kerusi tersebut telah turut ditandingi oleh calon PAS.

Semasa kempen Pilihanraya Umum lepas Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang telah berceramah di Marang pada 22 April menyatakan dengan jelas kononya PAS terpaksa menghantar calon berlawan dengan calon PKR (Pakatan Rakyat) kerana 3 alasan :

1.    Calon PR yang lain yang telah dipersetujui awal dilawan kerana lambat menghantar borang pencalonan
2.    Calon PR yang lain yang telah dipersetujui awal dilawan kerana terlibat menjual pil kuda
3.    Calon PR yang lain yang telah dipersetujui awal dilawan kerana berfahaman komunis
Jelas saya antara calon yang dipersetujui awal bertanding atas mandat Pakatan Rakyat tetapi turut dilawan oleh calon PAS ? Saya tidak hadir lewat ke Pusat Pencalonan maka saya antara yang dituduh oleh Tuan Guru sebagai penjual pil kuda atau berfahaman komunis atau kedua - duanya sekali.

Saya menganggap tuduhan itu berat bukan hanya ketika berperang (Pilihanraya Umum) Tuan Guru  membekalkan peluru kepada musuh tetapi tuduhan tersebut yang diambil menjadi berita utama oleh media tidak pernah dibetulkan oleh Tuan Guru sehingga kini. Gambar saya turut disiarkan bersama kenyataan Tuan Guru dan antaranya menjadi tajuk muka depan.

Sedarkah Tuan Guru dengan prosedur yang beban membuktikan ialah beban yang ditanggung oleh pembawa tuduhan.

Saya menuntut Tuan Guru untuk menyebut dengan jelas siapa yang komunis dan siapa penjual pil kuda sebenarnya ? Apa buktinya ? atau jika gagal membuktikan dan menyebut dengan jelas maka Datuk Seri perlu tampil memohon maaf secara terbuka seperti mana tuduhan itu dilemparkan.
Datuk Seri ingatlah firman Allah SWT di dalam Surah Al -Buruj ayat ke 10. "Sesungguhnya orang yang memfitnah orang mukmin dan mukminat dan kemudiannya tidak bertaubat, maka bagi mereka neraka jahannam dan dan bagi mereka azam dari api yang membara".

Saya berdiamkan selama ini kerana saya gunakan perbagai saluran dalaman malah saya terus tidak dipedulikan. Ini soal maruah, saya ada mak bapa juga anak – anak... apa perasaan mereka mendengar sindiran atau terbaca bahan sejarah kemudianya yang mempalitkan saya dengan tuduhan tersebut ?

Tuan Guru, kami tidak tahu apa yang ada di dalam hati Tuan Guru..... Hanya Allah Yang Maha mengetahui. Namun begitu ingatlah akan Hadis Nabi SAW. "Abdullah bin Amr mengatakan bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Empat yang barangsiapa terdapat pada dirinya keempat sikap itu, maka dia adalah seorang munafik yang tulen. Barangsiapa yang pada dirinya terdapat salah satu dari sifat sifat itu, maka pada dirinya terdapat salah satu sikap munafik itu, sehingga dia meninggalkannya. Yaitu, apabila dipercaya dia berkhianat (dan dalam satu riwayat: apabila berjanji dia ingkar), apabila berbicara dia berdusta, apabila berjanji dia menipu, dan apabila bertengkar dia curang." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

Datuk Seri Tuan Guru, saya menyahut seruan yang sering Datuk Seri sendiri laungkan iaitu berpeganglah kepada ajaran Islam. Maka wajib ke atas diri Datuk Seri kemukakanlah bukti. Cakaplah di tempat yang sepatutnya. Berilah keadilah kepada semua. Semoga Allah beri keadilan kepada kita di Mahkamah Keadilan Rabbul Jalil. Janganlah Datuk Seri baling batu sembunyi tangan, aibkan orang dan kemudian duduk berdiam. Jika benar Datuk Seri tahu siapa menjual pil kuda dan diamkan maka Datuk Seri juga sedang mendiamkan jenayah yang menghancurkan anak Malaysia sendiri yang sudah tentu berbeda dengan perjuangan yang Datuk Seri cuba tonjolkan.

Ini semua mengingatkan saya kepada ucapan tuduhan fitnah jahat Dato’ Seri Zahid Hamidi tujukan kepada orang No. 2 dalam PAS.

Saya ada keyakinan Zahid Hamidi melontar fitnah itu kerana mendapat maklumat yang salah dari kelompok tertentu yang kemudian dijadikan isi ucapan. Adakah Datuk Seri juga begitu dan hanya setaraf Zahid Hamidi ?

Namun sekurang – kurangnya pihak Zahid Hamidi tampil menyatakan bukti gred B dan menyimpan bukti gred A yang kemudian mengundang ketawa perbagai pihak. Sekurang – kurangnya ada juga cubaan membawa bukti , namun Datuk Seri Hj Hadi diam selepas melontar fitnah. Kita marah kenyataan Zahid Hamidi tetapi mengapa kebanyakan kita mendiamkan kenyataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi ? Adakah kebenaran itu berdasarkan dimana kita berada ?

Kepada semua yang lain harus di ingatkan ini bukan masalah PAS atau PKR, ini masalah saya dengan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sahaja. Saya akan terus menyokong dan mendokong PAS malah ibu saya sendiri terus menjadi ahli PAS Cawangan Taman Bukit Chedang, Kawasan Rasah dan panji PAS terus berkibar depan kediaman keluarga saya walaupun telah lama melepasi pilihanraya.

Semoga surat ini Datuk Seri baca dengan tenang dan jauh dari prasangka. Sesungguhnya tiada seorangpun dari kita yang mampu menongkat langit.

Saya mengulang tuntutan saya. Saya menuntut Tuan Guru untuk menyebut dengan jelas siapa yang komunis dan siapa penjual pil kuda sebenarnya ? Apa buktinya ? atau jika gagal membuktikan dan menyebut dengan jelas maka Datuk Seri perlu tampil memohon maaf secara terbuka seperti mana tuduhan itu dilemparkan dengan mendedahkan sumber maklumat yang menyebabkan Datuk Seri tersalah sebut ketika memberikan ucapan itu.

Saya orang muda yang banyak kelemahan memohon maaf jika terkasar namun saya yakin saya perlu menuntut hak saya untuk dibersihkan fitnah yang terpalit ke atas saya. Yakinlah tampil memohon maaf tidak akan mengurangkan sedikitkan darjat manusia malah Tuan Guru akan semakin dihormati.
Jika dosa itu berkaitan dengan manusia, hendaklah meminta maaf daripada manusia terbabit.

Sekiranya dosa berkaitan dengan harta benda, hendaklah dikembalikan harta tersebut kepada tuannya
.
Sekian.

Che’GuBard
Email         : chegubard@gmail.com
blog         : http://chegubard.blogspot.com
Twitter     : @chegubard

14 comments:

  1. Anonymous9:55 PM

    saya sokong sepenuhnya.. kalau boleh saman je hadi awang ni..
    saya sokong sepenuhnya Hadi Awang letak jawatan..

    jawatan Presiden dipangku oleh Mohamad Sabu....

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:55 PM

    Aku ingat mamat ni cerdik. Rupanya bodo jugak.

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:02 PM

    Kau le chegu paling bodo...

    ReplyDelete
  4. Anonymous1:26 AM

    Che Gu Bad....You are a real gentleman..! Hadi Awang should reveal the truth if he is a real Muslim..!

    ReplyDelete
  5. Anonymous5:10 AM

    Chegu bard pun gila jawatan.. buat adukn kt anwar atau majlis presiden laa badigol.. hang mau ka org tulis surat tbuka kt anwar atau limkitsiang.. akai x dak ka atau hang dh dpt upah ameno

    ReplyDelete
  6. Anonymous7:41 AM

    Yang jual pil kuda dan komunis tu calon kota damansara laaa. Sume org pun dah tau maa

    ReplyDelete
  7. Anonymous7:55 AM

    Apa hak kamu nak suruh tn guru letak jawatan. Poorahhh!!!

    ReplyDelete
  8. Anonymous8:29 AM

    Rasanya Hadi Awang tuju kat calon pkr Bukit Besi dan Seberang Takir. Bukan kat ko Bard.. ko pening ker?

    ReplyDelete
  9. memang ada calon PKR jenis tangkap muat..jenis komunis dan jual pil kuda..TGHH tak mau peristiwa kejatuhan kerajaan negeri perak tahun 2010..berulang..! pasal yb pkr yang bahlol...mat bundle.kena tekan, ugut, tawaran...akhirnya lingkop kan sebuah kerajaan...ingat TGHH tak serius ke?

    ReplyDelete
  10. Anonymous10:57 PM

    HADI AWANG BUAT TAIK DI PAHANG

    http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/4/27/mstar_berita/20130427202600&sec=mstar_berita

    JERANTUT: Datuk Seri Abdul Hadi Awang menzahirkan sokongan secara terbuka kepada calon Bebas, Koh Boon Heng bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak telah menimbulkan kemarahan sekutu politik mereka Parti Keadilan Rakyat (PKR).

    "Saya berharap pengundi akan memberi sokongan kepada Cikgu Koh pada hari pengundian. Beliau menggunakan simbol bunga raya," katanya sebelum mengangkat tangan Koh dan calon PAS bagi kerusi Parlimen Jerantut Dr Hamzah Jaafar sebagai tanda sokongannya.

    Koh merupakan Timbalan Pengerusi DAP Pahang, namun statusnya dalam parti menjadi tanda tanya apabila Pengerusi DAP negeri, Leong Ngah Ngah enggan mengulas ketika ditanya sama ada Koh telah dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas.

    Sementara itu, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata tindakan Abdul Hadi itu bertentangan dengan semangat Pakatan Rakyat apabila PAS menyokong kempen calon Bebas.

    "Kami akan mengkaji isu ini secara mendalam dan akan membawanya ke peringkat pimpinan pusat," katanya sambil menambah PKR turut bertanding di kerusi berkenaan bagi mewakili Pakatan Rakyat.

    Kerusi DUN Damak menyaksikan saingan empat penjuru, antara calon PKR, Jamaluddin Abd Rahim, calon BN Datuk Lau Lee dan dua calon Bebas, Mohd Nor Jaafar serta Koh sendiri.

    Pengundi Cina di kawasan itu membentuk, 34.3% daripada 22,917 jumlah pengundi di Damak.

    Dengan seminggu lagi menjelang hari pengundian, PKR dan DAP masih lagi bertelagah mengenai siapa yang berhak untuk bertanding di kerusi DUN Damak.

    Pada hari penamaan calon, Koh menghantar kertas penamaan calon tanpa mendapat sokongan daripada pimpinan parti.

    Koh mendakwa dia mempunyai peluang yang cerah untuk menang selepas berkhidmat kepada penduduk di kawasan itu dalam tempoh lima tahun dan beliau menyerahkan kepada parti untuk menentukan status keahliannya.

    ReplyDelete
  11. Anonymous12:48 AM

    tak payah la nk berladil-dalil plak si bard...

    ReplyDelete
  12. Anonymous3:18 PM

    apa yg ngko meroyan ni bard......

    ReplyDelete
  13. Anonymous6:24 PM

    Sorang lagi manusia yang tambah meluat aku kt PKR. Puiiiiii

    ReplyDelete
  14. Anonymous9:52 AM

    Time time camni dia pun nak tumpang sekaki cari publisiti. Semua orang dah tahu maksud TGHH ditujukan kat siapa. Perkara macam ni takkan memenangkan anda sama di dalam pemilihan PKR atau di dalam mana-mana PRK/PRU sekiranya anda bertanding.

    ReplyDelete