19 Disember 2013
Kenaikan Kos Sara Hidup - Jangan Lupa Bagaimana Najib Merayu Sebelum PRU
Solidariti
Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan kenaikan harga barang dan
perkhidmatan secara mendadak dan bertindan-tindan adalah umpama satu
misi balas dendam terhadap rakyat yang majoritinya menolak Barisan
Nasional dalam pilihanraya umum yang lalu.
Selepas harga petrol dan gula dinaikkan beberapa
bulan lalu, kesannya telah mula menjalar hari ini. Malah barisan
kerajaan yang dipimpin Najib Razak bertindak zalim apabila lebih banyak
siri kenaikkan yang membebankan rakyat telah disusun, antaranya
kenaikkan pengangkutan awam seperti LRT dan bas sekolah, kenaikkan tarif
letrik, kenaikkan tol dan tidak mustahil subsidi petrol yang berbaki 52
sen itu akan dilupuskan awal tahun depan.
SAMM mengingatkan semua agar jangan sesekali melupai
bagaimana wajah Najib Razak yang merayu agar diberi peluang sepenggal
lagi, dengan berjanji untuk menangani kos sara hidup dan pelbagai lagi
janji. Selepas BN terselamat mengekal kuasa, semua bertukar menjadi satu
pembohongan dan rakyat khususnya pengundi BN telah ditipu hidup-hidup.
Lebih malang, respon pemerintah melalui
menteri-menterinya terhadap kenaikan bertindan ini menimbulkan kemarahan
orang ramai. Menteri ini anggap rakyat bodoh dan pelupa, kerana itu
mereka berani menaikkan apa sahaja sesuka hati demi tembolok anak bini
dan kroni.
Percayalah, selepas mendapat kuasa, rakyat
akan dijerut habis-habisan dalam masa setahun ini, dan mereka akan
kembali menagih simpati di saat PRU menjelma dengan pelbagai pakej-pakej
yang penuh helah.
SAMM menggesa supaya rakyat mengambil pedoman ini
secara serius. SAMM juga menyeru agar rakyat bersatu menunjuk kekuatan
dalam satu acara sambutan tahun baru di Dataran Merdeka pada 31 Disember
2013. Kita tidak ada pilihan selain menunjukkan kuasa sebenar rakyat.
Nantikan perkembangan terkini mengenai gerakan
protes anjuran rakyat ambang tahun baru dengan menyertai diskusi di
laman seperti di bawah;
Malah anda juga boleh mengesahkan kehadiran anda melalui laman ini.
Sekian
Rakyat Bersatu Tidak Dapat Dikalahkan
che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Sila tanya berapa ramai keluarga pengundi setia Umno/BN yg teraniaya menjelang 1 Jan 2014 ni apabila suami/bapa mereka diberhentikan kerja oleh agensi Umno gara2 menang dalam kekalahan dlm PRU 13 lalu. Kami antara yg jadi mangsa hipokrisi, habis manis sepah dibuang. Agensi kerajaan yg buat kerja politik utk Umno - langsung tak pandang tak hargai pengorbanan bapa kami yg setia berkhidmat utk pemerintah dari zaman muda smpai tua, kalau nak mohon kerja tempat lain dah tak boleh sebab dah nak pencen, tapi agensi Umno ni tetap sampai hati zalim tamatkan perkhidmatan bapa atas alasan Umno tak menang besar dlm PRU13! Kami keluarga yg dizalimi akan ingat ini smpai bila2 wahai Umno yg angkuh. PRU14 penentu berbeda undi kami, yg pasti bukan utk penipu yg bodoh sombong ini.
ReplyDelete