Tuesday, September 27, 2011

Takziah : Ayah Edy Noor, Pengarah Propaganda SAMM baru meninggal

che'GuBard dan seluruh keluarga besar Solidariti Anak Muda Malaysia dengan ini merakamkan takziah dan rasa sedih atas kepemergian ayahanda saudara Edy Noor, Pengarah Propaganda SAMM.

Ayah beliau Abdul Muhin diberitakan meninggal sebentar tadi (6.00 petang) iaitu sehari selepas ulang tahunnya yang ke 53 semalam. Ayahnya telah hampir setengah tahun bergelut dengan penyakit leukemia.

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang – orang yang soleh. Moga Edy tabah dengan ujian. Jenazah akan dibawa untuk dikebumikan di Jelai, Gemas.

Ucapan takziah boleh dihantar ke email peribadi beliau; edyesdotcom@gmail.com. Selain seorang blogger, beliau juga baru sahaja menyiapkan buku FITNAH 2 terbitan SAMM yang ditulis bersama che’GuBard.

4 comments:

  1. Anonymous6:44 PM

    takziah al fatihah.

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:01 PM

    takziah

    ReplyDelete
  3. Anonymous4:03 PM

    takziah..al fatihah

    ReplyDelete