Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengadakan rapat (pengurusan) kebangsaan kali kedua bagi tahgun 2011 selepas kali pertama diadakan di Rembau pada bulan Mei yang lepas. Rapat kali ini akan diadakan di Kompleks Perumahan (Exco) Kerajaan Negeri Selangor , Shah Alam pada 24 dan 25 September 2011 yang dijangka dihadiri oleh semua 32 pengarah dan penyelaras (pengurusan) SAMM peringkat kebangsaan dan negeri juga mewakili perbagai segmentasi anak muda termasuk pekerja dan mahasiswa.
Tumpuan Rapat kali ini ialah membincangkan ;
- susun hala tuju dan program pecutan penyusunan anak muda (SAMM)
- mengambil pendirian peranan dalam PRU
- memutuskan status pendaftaran organisasi dan sistem keanggotaan dalam SAMM
- mengeluarkan desakan / tuntutan anak muda Malaysia (resolusi) sebagai pedoman gerakan sehingga rapat akan datang
- menyelaras dua projek dan aktiviti di setiap peringkat
- perbincangan dan diskusi isu semasa
No comments:
Post a Comment