Friday, September 02, 2011

Benarkah Umno menentang ideologi komunis ? Umno munafik kelas 1.

Tahniah kepada Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS kerana berjaya menarik umum untuk memasuki ruang perbahasan yang selama ini taboo untuk dibincangkan.

Malaysia sebenarnya begitu terasing dengan sejarah perlawanan penjajah. Kita selalu disajikan oleh cerita sejarah yang telah disunting untuk kepentingan pihak tertentu yang mewarisi kepentingan penjajah kapum pemodal British. Malah dalam beberapa hal pwaris itu lebih melampau dari penjajah asal khususnya dalam bab pembodohan minda.

Setiap kali kemerdekaan maka disajikan hanya Dato Onn, Tunku Abdul Rahman hinggalah Najib... adakah ini saja hero negara ? Sajian sejarah yang disunting ini menjadikan anak muda hilang minat dengan sejarah negara yang dilihat tidak cool....

Namun kemerdekaan kali ini yang awalnya dijangka tidak menarik perhatian kerana ditenggelami suasana 1 Syawal telah menjadi begitu menarik. Sejarah yang selama ini taboo telah dibincangkan terbuka.

che'GuBard tidak mahu menyentuh panjang, cukup dengan menyentuh benarkah Umno memusuhi PKM kerana ideologi Komunis atau kerana mewarisi sentimen perang penjajah.

Jika benar dengan bercakap soal ideologi komunis menghina bekas polis dan tentera maka bagaimana pula dengan Regim Najib yang memberikan lesen kepada lidah rasmi Parti Komunis China ?

Malaysiakini pernah melaporkan KDN memberikan permit kepada lidah Rasmi Parti Komunis China (klik sini untuk baca lanjut)

Betul benar, telah lama beri permit kepada organ parti kominis ini terbit di Malaysia. Mengikut laporan Malaysiakini pada 10 Januari 2005, KDN telah meluluskan untuk penerbitan suara rasmi Parti Kominis Malaya bernama "People's Daily".

Mengikut Wikipedia:

The People's Daily (Chinese: 人民日报; pinyin: Rénmín Rìbào) is a daily newspaper in the People's Republic of China. The paper is an organ of the Central Committee of the Communist Party of China (CPC), published worldwide with a circulation of 3 to 4 million. TERJEMAHAN: People's Daily adalah akhbar harian di China. Akhbar ini adalah suara rasmi Parti Komunis China

Yang hairannya, Harakah diterbitkan dengan 1001 satu syarat, Suara Keadilan tak diberi permit banyak lagi terbitan tidak dibenarkan tetapi lidah parti komunis dibenarkan.

kalaulah permit ini dibawah urusan kerajaan negeri , dan ada negeri PR memberikan kelulusan maka muncullah tuduhan seperti satu penghinaan kepada bekas2 tentera kita yang telah terkorban menentang penentangan Parti Komunis Malaya satu masa dahulu? Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China di mana segala kelengkapan mereka datang dari Parti Komunis China?

Tidakkah tindakan seperti ini juga seperti meludah di atas pusara mereka2 yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong juga?

Umno juga sendiri menjalinkan hubungan istimewa dengan parti komunis China, sehingga ada program pertukaran latihan.

Malah ramai yang tidak sedar Ramadhan yang lepas regim Najib telah menghantar paksa pulang Pelarian2 Politik Uighur China.

Menghantar pulang pelarian Uighur tersebut akan mendedahkan mereka kepada siksaan, kezaliman dan juga kepada kematian. Uighur ini ialah kelompok Islam yang bermasalah dengan Beijing, mereka punya sejarah melawan untuk sebuah negara Islam Merdeka.

Menghantar pulang mereka ke China seperti menghantar mereka untuk mati, ini kezaliman lebih lagi ketika Ramadhan.

Persoalanya adakah tindakan UMNO ini adalah disebabkan hubungan formal UMNO dan Parti Komunis China yang terjalin sejak lama dulu dan diformalkan beberapa tahun lepas. Barang diingat, hubungan ini bukan hubungan Kerajaan dengan Kerajaan. Ia adalah hubungan antara parti UMNO dengan Parti Komunis China.

Siapa sebenarnya yang pro komunis?

Kalau nak kata menghormati pejuang2 yang menentang komunis, ratusan ribu kaum Uighur gugur shahid menentang kebangikitan komunis sekitar tahun 30an dan 40an dahulu.

che'GuBard pertegaskan artikel ini ditulis bukan untuk memburukkan mana - mana ideologi. Ideologi. Jawapan kepada semua ini ialah untuk menunjukkan betapa Umno itu munafik nombor satu.

itu belum masuk lagi bagaimana kita bermuka - muka menentang Israel tetapi kita ada hubungan dagang bantu ekonomi negara haram Israel. (klik untuk baca artikel hubungan malaysia Israel)

Percayalah kita tidak akan ke mana - mana tanpa mengangkat sejarah sebenar dengan jujur. Ingatlah sejarah bukan untuk dihukum tetapi untuk dijadikan pengajaran berguna bagi masa depan kita.

Umno takut rakyat tahu sejarah sebenar tanahair kerana Umno ialah sebahagian dari pewaris penjajah.

10 comments:

  1. untuk yg tak paham2 maksud mat sabu ni, meh aku terangkan,,!

    SEMUA ADE TENGOK CITE P RAMLEE BERTAJUK 'SERGENT HASSAN' tak..?
    perasan tak watak saleh kamil sebagai apa,,,?
    watak saleh kamil adalah sebagai ' askar upahan jepun,,,! '
    saleh kamil adalah ORANG MELAYU ISLAM , tetapi mnjadi tali barut jepun,,!
    apa jadi pada saleh kamil yg melayu tapi jadi askar upahan jepun,,?
    dia akhirnya dibunuh P ramlee (sargent hassan) kerana mnjadi askar upahan jepun a.k.a tali barut penjajah jepun,,,!
    walaupun dia adalah org melayu islam tapi dia tetap dibunuh kerana jadi pengkhianat,,,!

    NOW , sekarang kite tengok polis di bukit kepong yg diserang mat indera,,,!

    - rumah pasong bukit kepong diserang pada 23 februari 1950 sebelum polis di upgrade kepada diraja, POLIS dapat 'diraja' pada tahun 1958 & diupgrade lagi jadi polis diraja persekutuan pada tahun 1963 .

    - ketika rumah pasong bukit kepong diserang ketua polis bernama
    SIR ARTHUE E.YOUNG...si lakhnat ni org british a.k.a PENJAJAH,,!!!

    - maka secara logik & automatik nye, polis pada ketika itu, wajah dan wataknye sama macam saleh kamil yg bekerja dgn penjajah atau tali barut serta pengkhianat org melayu,,!!! CUME BEZANYE ADALAH SALEH KAMIL TALI BARUT JEPUN / POLIS BUKIT KEPONG TALI BARUT BRITISH,,,!!!

    PERHATIAN: klw sarjan hasan yg bunuh saleh kamil dianggap 'wira' kerana bunuh saleh kamil yg mengkhianat dan jadi tali barut jepun, maka MAT INDERA yg bunuh polis di bukit kepong yg menjadi tali barut british tu bolehlah kita anggap wira tanah malaya kan..

    paham tak ni,,,!!!!!

    ReplyDelete
  2. Anonymous6:47 PM

    UMNO memang pengkhianat bangsa melayu...kerana umno sampai sekarang MELAKA tidak bersultan...jika umno membela melayu...sepatutnya melaka mempunyai sultan..terdapat individu yg mempunyai alasan kukuh untuk ditabalkankan sebagai sultan melaka...jika Tengku adnan mansur mempunyai alasan sebagai sultan melaka...maka tabalkan..jika dapat melindungi org melayu dimelaka..jgn sampai melaka jadi seperti pulau pinang...apalah bangang sangat pemimpin umno ne..pemimpin umno boleh dibeli dengan duit dengan burit...

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:21 PM

    Kerana tulahan lah setiap presiden UMNO @ PM Malaysia berundur dari kabinet menimpa duka nestapa,kajilah sejarah UMNO ini dan sampai bila-bila pun ahli UMNO tetap akan merusuk presiden supaya jatuh dengan hinanya.

    ReplyDelete
  4. Anonymous11:52 PM

    Salam

    rasanya tulisan dan penerangan blog chegubard memberi pukulan TKO kepada propaganda UMNO kali ni

    siap analogi cerita sargent Hassan.. mantop!!

    ReplyDelete
  5. Anonymous7:40 AM

    CELAKA BETUL LA UMNO NI!!!

    ReplyDelete
  6. anti-hipokrit10:25 AM

    Bodohnya cikgu ni..
    macam mana la orang bangang macam ni boleh digelar cikgu.
    Pengiktirafan kerajaan terhadap Parti Komunis China hanya berlaku sekarang, bukannya time PKM mengganas pada era darurat dulu.
    Kalau nak samakan yang sekarang dgn yang dulu, apa citer PAS dengan DAP? Tidakkan kemesraan hubungan PAS-DAP sekarang sama macam pejuang/penyokong PAS kini meludah ke atas kubur pejuang PAS terdahulu yang langsung tak boleh bertentang mata dengan DAP (atas dasar anti-negara Islamnya)walaupun kedua-duanya sama-sama memusuhi BN?
    Bagaimana pula dengan dewa kau orang, Anu-war Berahim yang pernah menghamun dan mencerca pemimpin PAS/DAP semasa dia masih dalam UMNO dahulu? Tidakkah dia sekarang menjilat ludahnya balik?
    Nak buat perbandingan, biarlah dalam konteksnya. Bukan dikutip benda-benda yang tujuannya semata-mata nak memburukkan lawan.

    ReplyDelete
  7. Anonymous6:46 PM

    anti-hipokrit tu yg BODOH!

    ReplyDelete
  8. Anonymous6:21 PM

    lebih baik saya menyokong arwah Mat Indera PKM dari menyokong perjuangan umngok yang munafik. tipu rakyat, curi duit rakyat, salah guna kuasa dan gila kuasa macam umngok tu lagi jahat

    Saiful AMK BTR

    ReplyDelete
  9. Anonymous3:39 PM

    subhanallah....dah nak kiamat dunia ni...yang salah jadi betul,yang betul jadi salah...sebagai rakyat bukan menyata dan mengutuk tapi berdoa supaya negara sentiasa aman dan ALLAH sentiasa memberi petunjuk kepada pemimpin..ALLAH Maha Melihat dan Maha mendengar...hidup di dunia cuma sementara...kumpulkan pahala kurangkan dosa sebab itulah yang akan dihitung di akhirat bukan UNMO,bukan PAS dan bukan KEADILAN...kita dah ada pemimpin yang sudah memerintah selama 54 tahun..doakan jela kepimpinan itu sentiasa di jalan yang benar...berdoa sebagai saudara islam,umat RASULULLAH S.A.W...

    ReplyDelete
  10. Anonymous4:28 PM

    islam tak ajar kt bermusuh sesama islam..islam ajar kt menentang org kafir yg mengancam syiar islam..noted..

    ReplyDelete