Wednesday, April 23, 2008

Undi Anwar Ibrahim Untuk “Time Magazine’s Most Influential Peoples in The World”

anwartime

Setiap tahun, Time Magazine akan mengadakan edisi khas 100 Insan Paling Berpengaruh di Dunia. Malaysia bertuah kerana Anwar Ibrahim, Ketua Umum KeADILan tampil mengisi ruang dan kapasiti Malaysia di mata dunia untuk tercalon sebagai 100 Insan Paling Berpengaruh di Dunia.

Untuk makluman, Anwar Ibrahim adalah satu-satunya rakyat Malaysia yang tercalon di dalam senarai ini. Tambah mengejutkan, Anwar berada di kedudukan 139 pada hari Sabtu lepas, tetapi kini kedudukan beliau melompat tinggi ke tangga 40, menghampiri rapat calon Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan manusia terkaya di dunia, Bill Gates.

Undi Anwar Ibrahim di capaian ini dan sama-sama menyatakan sokongan kepada bakal Perdana Menteri Malaysia!

9 comments:

  1. Assalamualaikum, sebenarnya 2 hari lepas, ANWAR IBRAHIM berada di tangga ke-4 di atas AL GORE.... akan tetapi, terdapat segelintir daripada mengundi meletakkan rate yang rendah kepada ANWAR IBRAHIM menyebabkan ANWAR IBRAHIM jatuh ke tangga ke-13.....

    Alhamdulillah, sekarang ANWAR IBRAHIM berada di tangga ke-7 dengan average ratingnya sebanyak 56 daripada kesemua jumlah pengundi ANWAR IBRAHIM sebanyak 20,150.

    Undilah ANWAR IBRAHIM dan letakkan rate sebanyak 100.

    ReplyDelete
  2. Itu pengundi hantu BN PRU12 telah pergi ke Time 100 untuk menjatuhkan rating Anwar Ibrahim. Lebih ramai yand undi lebih jatuh ratingnya. Yang lain calon, rating konsisten dengan meningkatnya undi.

    ReplyDelete
  3. Banganglah undian ini. Apa tidaknya, seorang popstar seperti Rain bisa menduduki tangga teratas! Kelakar habis. Ini seperti Siti Nurhaliza diundi sebagai manusia paling berpengaruh di Malaysia.

    Lihat saja undian Rain, sampai jutaan. Maklumlah negara Korea antara yang paling terhubung dalam soal internet.

    Tak nak mainlah macam ni chegubard ...

    ReplyDelete
  4. Anonymous10:31 AM

    It's an honour to be listed in this prestigeous magazine. He's a Malaysian, so we should all vote him.

    ReplyDelete
  5. Anonymous6:59 PM

    bukanlah ia memalukan untuk hang mencari penyokong untuk anwar ibrahim?

    ini untuk masyarakat umum sokong dia. bukan untuk rakan-rakan hang. kalau benar-benar anwar ibrahim tu ada influence then he will get the support - for you to push for votes for him is not only redundant, tapi memalukan.

    ReplyDelete
  6. Anonymous9:23 PM

    wow, you mean you have to root for him to be an influential figure? i mean. he must be weak in influence that you have to do such publicity for him. tsk tsk.

    ReplyDelete
  7. Anonymous3:42 PM

    JANGAN TAKSUB SANGAT...if he is really good, then he'll get the vote. Seems like all of you don't have any other job. Cammon Bad, eventhough you lost at Rembau but I heard almost half of Rembau vote for you, so you should be working for the half who vote for you. Remember, we work not because of the TITLE, it should be IKHLAS then...

    ReplyDelete
  8. orang yang mempunyai kenalan rapat dengan pemimpin-pemimpin yahudi, berkawan rapat dengan orang yang mengatur untuk menyembelih orang islam, mendapat sokongan kuat israel, pemimipin yang macam ini yang kau agung-agungkan? please la chegu bard kau ni orang apa yahudi ke? membuat kacau bilau kat malaysia ni. Jangan asyik mencari glamer negara sendiri porak peranda!!!!!

    ReplyDelete
  9. rupanya kau tapis dulu comment kat sini ye , bacul punyer orang!!!

    ReplyDelete